Wednesday, April 30, 2008

Aktiviti di Izzi Restaurant





Bismillahirrahmanirrahim..

Seronok dapat berkumpul. Wah, Mak Tira sporting tul.Seronok tengok..hehehee

Ini ektibiti menyaian buku otograph sejarah..hahahahaa

BOSAN

Bismillahirrahmanirrahim ...

Hari ni rasa mcm bosan sangat. Dah la kepala pun berat semacam jer. Rasa cam nak demam la. Tp ku teruskan jugak buat kerja. Lagipun big boss ada..kena le tunjuk sikap baik beb.hehehee...

First time menggunakan e-filing.Lebih mudah rasanya berbanding isi form. Lagipun calculation dah format dalam tu. Senang sket. Tak payah nak pikir2 lagi..hehehe
Dalam masa 5 minit dah siap semua..

Ini saja coretan ku untuk hari ini..nanti akan bersambung lagi mg depan sebab hari jumaat cuti..yeeehaaaaaaa..at least release tensen sket..hahahhaa

Tuesday, April 29, 2008

LION DANCE



Bismillahirrahmanirrahim..

Kelakar le..masa tu ex-company tu panggil lion dance kat ofis. Dah le bebudak cina tu amik keberkatan lion dance tu. Tak terkecuali le boss aku..dengan tempat duduk aku sekali suruh amik berkat..wakaakka..masa tu hepi sangat. Mana taknyer boss aku tu memang selalu buat aku kenyang. Ada jer makanan dia bawak. Pastu selalu paksa aku makan. Kadang2 sampai tak terlarat aku nak makan. Terpaksa le aku buang, itupun masa dia tak tengok le..hehehehe..kalau tidak nahas aku..

INTERBIU KHAS..


Bismillahirrahmanirrahim..

Detik2 yang paling kelakar bila baca interbiu khas nih..credit to Syari n Abg Bad!
Reporter: Apa pengalaman yg sronok utk Diddy?
Diddy: Pegi gathering umah Kak Inc?
Reporter: Apa yg sronok sgt?
Diddy: Dpt jumpa Kak Intan!
Reporter: Knp plak Diddy ketawa?
Diddy: Sbb Kak Intan mmg best! Dia unik!
Reporter: Unik?
Diddy: Ha ah!Kak Intan ada buku autograf pling unik Diddy penah tengok!
(masa ni Diddy dah ketawa guling2)
Diddy: Dah jgn tanya lagi nnti Diddy x leh nak nyanyi!
Reporter: Soklan terakhir! Pesanan utk Kak Intan?
Diddy: Diddy akan ingat Kak Intan sampai bila2! Diddy syg Kak Intan!

K.Intan pun sayang bangat sama Diddy..Wishing u all the best in your career and life.
Sampai sekarang ni pun masih tak lupa dan still leh ketawa lagi bila baca interbiu nih..Syari memang berbakat..mmuaah..

Kenangan 5 - Jumpa Hantu@Summerset Rompin

Bismillahirrahmanirrahim..

Ketika aku bekerja di previous syarikat, setiap tahun ada mengendalikan trip. Pada tahun 2004 company trip kami ialah ke Summerset Rompin. Kami menaiki bas ke sana. Company ni kalau tak join trip rugi rasanyer. Dah la tiap2 bulan potong gaji. Ikut ajer le..

Kalau tak silap, aku ke Summerset tahun 2004 rasanyer. Masa tu masih ramai geng yang kejer kat situ lagi.Kami bertolak dari ofis dalam kul 9.00 pagi. Lagipun perjalanan ke sana tak berapa jauh.

Yang bestnya aku ngan Ha tak join apa2 aktiviti pun. Kami banyak lepak kat bilik jer. On the 1st night lepas dinner aku n Mek Ha terus aje ke bilik. Lg pun tak de aktiviti yang menarik. Balik bilik Mek Ha nampak ada sekor lipas merayap2 dalam bilik. Aku cuba nak halau lipas tu tapi tak dapat. Dah le kami berdua ni takut lipas..hehehehe. Agak lama juga berperang ngan lipas tu. Last2nyer aku suruh Mek Ha panggil front ofis tolong. Kan kelakar tu..lipasnyer bukan banyak pun cuma sekor jer..Ketawa abang tu bila tengok kami berdua..hahaha..

Tak lama lepas tu bilik kami diketuk Azli. Masa tu time dah dekat kul 12 dah. Azli suruh join lepak kat tepi pantai sambil makan roti. Masa dinner tak puas makan. Aku n Mek Ha memang malas pada mulanya, tapi kesiankan Azli turutkan jugak le. Masa kat pantai tu aku,azli, mek ha, zarimi, k.shida, nik (anak k.shida), amran.Banyak jugak la benda yang kami bualkan, sampai tak sedar masa berjalan. Aku ni pulak sambil2 menyembang mata tu melilau. Tiba2 aku ternampak satu lembaga putih bediri kat tiang lampu. Aku terus cam tersentap kejap. Pas tu cepat2 aku alihkan pandgan aku pada zarimi. Masa tu zarimi pun aku tengok dah lain mcm jer. Aku pun buat tak tau dan terus lagi sambung sembang. Mek Ha pulak cam rasa tak sedap perut, tambah nampak binatang yg mcm anjing mundar mandir kawasan yang kami duduk tu..Bila K.Shida tengok jam dah kul 5.00 pagi terus jer berkemas balik tidur. Aku tak cerita pun kat sape2 apa yang aku nampak malam tu sampai le aku balik KL baru aku cerita..Itu le pengalaman pertama aku nampak makhluk mcm tu..syukurlah tak jadi apa2..seram seh..

Kenangan 4 - Gempak Selebriti@Subang Parade

Enjoy sakan gi tengok gempak selebriti di Subang Parade. Dua hari berturut2 tengok adik korea n adik jepung wat persembahan. Ketika itu ujibakat rajalawak juga diadakan..Hepi banget..tambahan tak de owang kat rumah sebab k.chu balik kg. Enjoy katak la aku masa tu.hehehehe..

Habis aje tengok gempak kami sumer terus gi Plaza Alam Sentral sebb nak tengok Diddy buat persembahan untuk juara lagu..first time kenal Diddy n Abg Bad..

Wednesday, April 23, 2008

Kenangan 3 - CNY get together di rumah Inc (7/2/08) dan Besday Julia Celebration @ Izzi Restaurant






Bismillahirrahmanirrahim..

Kami berkumpul lagi..masa ni time Chinese New Year. Ramai jugak yang datang. Aku bawak kek ke rumah Inc..Yang best Abg Bad masak Loh Shi Fun..yummy yummy..hahahaha. Diddy masih tanya lagi pasal buku sejarah tu..hahahha. Nonny pun ada sambil menyakat aku. Katanya Caller Ringtone (lagu George Graban..kalau tak silap le..)aku tuh zaman dedolu punya lagu. Lagi satu Caller Ringtone aku lagu Hilang Diddy. Letih nak tunggu aku jawab katanya..Kesian kat Diddy sampai serak nyanyi tak jugak jawap2.Punya la pecah perut aku ketawa...seronok sungguh rasanya. Hepi tul si adik jepung menyakat sana sini. Masa sessi karaoke seronok tengok Diddy n Nonny nyanyi.best banget..

Dari rumah Inc..aku terus ke Izzi Restaurant. Dpt jemputan meraikan harijadi Julia..Yang lebih meriah dengan kehadiran adik korea dan adik jepung..hehehehe..menggamatkan suasana. Dah mcm kanak2 riang..hahahaha..

Aku,Addya dengan adiknyer sama2 bermalam di rumah Eri sebb esoknye kami sumer tumpang
Sue balik kampung!!

Kenangan 2 - Get together di rumah Inc (9/12/2007)




Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika ini aku berpeluang beramah mesra dengan peminat2 Diddy yang lain di rumah Inc.
Aku dan Sue bawak agar2. Banyak makanan ada. Tapi yang paling best masa aku memberikan otograph tahap sejarah pada Diddy. Punya la ketawa terbahak2 Diddy bila tengok buku sejarah tu. Sambil tu leh tanya buku aku ni wujud tahun berapa! hahahaha..sampai guling2 Diddy ketawakan aku..Diddy terus tanya nak tulis apa kat dalam buku tu? Aku cakap tulis la apa2 pun..sambil menulis pun dia leh ketawa..Cute betul la..Sampai ke hari ini kalau jumpa Diddy mesti Diddy tanya pasal buku tu..hahhaa

Kenangan 1 - Hari Raya Haji 2007

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku menyambut Hari Raya Haji di kg. pandan selepas bersembahyang hariraya di surau. Kedua ibubapaku mengerjakan haji. Sedih rasanya sebab tak dapat balik kg. Terpaksalah ikut K.Chu berhariraya di kg. pandan. Semua famili Abg. Chu ada.Bukannya tak biasa, tapi kalau famili sendiri lagi best..

Adik2ku semuanya balik umah mak mentua masing2. Aku lebih selesa ikut k.chu sebab aku tak berapa biasa ngan family mentua adik2ku....

Tapi yang paling best dapat jumpa Diddy & Abg Bad..hahahaa..Seronok bangat seh..

KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Banyak sebenornya kalau nak citer ttg kenangan nih. Salah satunya kenangan masa kejer kat S.Alam. Walaupun banyak masalah dalaman, tapi aku tetap enjoy..Itu yang bestnyer. Lagipun ramai kawan dan kami masih lagi berhubung. Bila berjumpa jer mesti citer kutuk ex-company tuh. Bukan ada citer lain pun..tak tau lah naper?hehehee..seronok agaknyer.

Baru2 ni aku call ex-boss di ex-company tuh..bukan setakat tanya kabar je, tapi byk citer yang nak diberitahu. Katanya nanti set nak jumpa.Wah dah mcm kaunselor le pulak.hahahaha..

Thursday, April 10, 2008

Zaman Persekolahan

Bismillahirrahmanirrahim..

Zaman sekolah sememangnya waktu yang paling menyeronokkan..Ketika itu kita tak hirau pun segala masalah2 yang menghantui rutin kita. Yang penting dapat jumpa kengkawan, dapat main sama2. Sewaktu aku bersekolah permainan yang paling best ialah main getah. Berlawan-lawan dengan kengkawan sumer tengok sape leh lepas sampai tahap yang paling tinggi. Selain tu kami juga bermain permainan galah panjang, teng teng, police sentry.

Ketika aku di tingkatan 3 kami bermain permainan yang dinamakan spirit2 of the coin. Main lak kat sebelah jerat Cina. Mana taknyer dewan sekolah bersebelahan jer..ramai juga yang tak percaya betul ke tidak coin tu boleh berjalan. Sampai hari ni pun aku pun tak tau nak jawab cam ner..hehehehe..

Aku boleh dikatakan aktif juga masa di sekolah. Aku pernah buat persembahan duet dengan temanku Mala. Masa tu konsert sekolah. Kalau tak silap aku waktu tu aku di dalam darjah 5 atau 6. Dah tak ingat le..hhehehe..Kami berdua nyanyi lagu Hail dan Uji Rashid..tapi tak de gambor la..sayang rasanyer..Walau pun aku ni femalu tapi aku tak kisah..nak jugak tunjuk bakat tuh..hahahahha..

Masa di dalam darjah 6 (masa tu dah taiko le..)aku berlakun masa hari guru kalau tak silap la dan menari buat persembahan kat rumah D.O tarian belotah. Masa tu aku, puteri, linda, kiah, puji, tipah, mala, midah, maji. Sori geng yang mana aku tak sebut nama tu aku dah tak ingat le..hehehehe

Bila melangkah ke sekolah menengah aku cuma buat persembahan tarian jer. Tapi tak ingat lagu apa..joget atau inang. Masuk persatuan muzik dan drama jer.

Yang paling menyeronokkan time sukan. Aku kapten umah biru masa tingkatan 4. Bila suruh berlatih sumer cabut lari..termasuk le aku..

Itu la kenangan zaman persekolahanku..kalau la dapat direverse kembali zaman itu alangkah seronoknyer..

Geng Sekolah



Bismillahirrahmanirrahim..

Yang paling best aku dan rakan2 sekolahku dapat berhubung kembali..Aku antara orang yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan semula kesemua rakan2 sekolah. Antara yang dapat aku kumpulkan Puji, Xana, Linda, Ita, Anum, Leli, Tipah, Mieda, An, Ani, Atun, Ramesh, Mala, Datin Kiah, Auzia, Rohaya dan Sap. Tapi masih ada di antara nama2 ini yang belum lagi sempat berjumpa. Kebanyakkan mereka sudah berkeluarga. Tapi yang bestnyer husband mereka amat sporting kalau time kami nak berkumpul..Antara gambar yang ada dalam koleksi aku

CINTA

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku benar2 mengenali apa itu cinta apabila aku telah jatuh hati dengan seorang jejaka. Dimana sehingga ke hari ini aku masih tidak dapat untuk melupakannya..Kehadirannya telah mengetuk pintu hatiku..sangkaan yang pada mulanya jejaka itu bukan berbangsa melayu..kenangan yang paling manis dalam hidupku.

Aku sendiri tiada jawapan kenapa hatiku terpaut padanya. Mungkin sebab kehenseman dier yang menambat hati aku atau ada keistimewaan yang tersembunyi yang tak dapat nak ku ungkaikan di sini..

Apa yang paling menggembirakan aku ialah ketika dier menyambut salam perkenalan dari ku dengan baik. Selalu berkirim salam padaku..Alangkah indahnya waktu itu. Kerana dia juga aku berusaha di dalam segala2nya. Sedaya upaya aku menjaga tingkah laku dan berharap agar perhubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya..


Aku hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan segala2nya. Tak aku nafikan ketika itu aku sudah benar2 bersedia..tapi tiada jawapan yang aku terima, malah aku ditinggalkan terkapai2 tanpa sebarang ucapan atau kata-kata hikmat dari mulutnyer. Seluruh hidupku rasakan tiada maknanyer lagi sehingga aku hampir gagal dalam pengajianku..tp aku cepat sedar dan aku memohon ke hadrat ilahi supaya dapat tenangkan kembali diriku dan menyuntik semangat baru buat diriku. Aku berazam untuk menebus kegagalanku..Alhamdulillah usahaku berhasil. Aku amat bersyukur semangatku kembali pulih.

Walaupun ianya sudah berlalu hampir 10 tahun yang lepas, tapi namanya, wajahnyer tak pernah padam dalam ingatanku. Namanya sering meniti di bibirku siang dan malam. Aku sudah lama menerima kenyataan ini, tapi sedikit terkilan dengan sikapnya yang takut untuk berterus terang.

Namun walaupun begitu aku amat berbangga dengan pencapaiannyer sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan agar dia berbahagia di dalam kerjaya dan kehidupannyer. Aku dah lama memaafkannyer. Tiada dendam dalam hatiku..kerana itu lebih baik dan aku tenang. Semuga Allah akan tetapkan imanku dan memiliki hati yang bersih walau seburuk mana pun orang menyakitkan hatiku..Amin

KEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya tiada apa yang menarik nak kuceritakan. Cuma kadang-kadang aku rasa terlalu bosan dan sunyi dalam kehidupan. Di dalam usia yang meningkat banyak benda yang masih lagi tak tercapai. Adakah aku masih mampu untuk melakukannyer..

Hidup ini kadang2 ada masa kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Itu la dia putaran kehidupan yang perlu kita lalui. Seberat mana pun dugaan yang kita tempuh kita haruslah bersyukur. Tuhan beri kita dugaan agar kita lebih bersyukur dan mengingatinya.