Wednesday, May 28, 2008

Celoteh

Bimillahirrahmanirrahim..

Terasa cam nak mencoret sesuatu di sini hari ini..walaupun ku dibebani oleh tugasan yang tiada stop. Saje nak menyelit kejap, release tensen.

Esok aku mula bercuti sehingga ke isnin depan..instead dpt makan angin, aku sekeluarga menghantar anak buahku Najib yang akan melangsungkan perkahwinannyer dengan gadis dari Jerteh Terengganu. Mak buahnya x tau la bila?hahahaha..tapi aku tak kisah..segala2nyer ketentuan yang Maha Esa. Aku pasrah.

Apa lagi ek? Mata pun dah mula nak terpejam nih.Aku x ready apa2 pun untuk perjalanan esok. Baju pun x pack lagi..huwaaa dah le x smpt nak li baju baru. Apa la aku nih..apa2 pun akan ku usahakan sesuatu petang nih..hehehehehe

Simbolik Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Tika ku singkap TIRAI SEMALAM dari kotak ingatanku akan sebuah cerita KEHEBATAN CINTA di antara seorang teruna dan dara yang masih di dalam PERSIMPANGAN DILEMMA walaupun kisah ini sudah berlalu hampir 10 tahun yang lalu tanpa akhiran penghujungnyer. Si dara masih lagi terkapai-kapai MENEKA DALAM KESAMARAN kerana tersiksa oleh rahsia peribadi si teruna. JERAT PERCINTAAN yang tercipta hanya bertahan seketika cuma. TAKDIR DAN WAKTU yang akan menentukan sejauh mana kesetiaan ini dapat bertahan...biarlah masa yang akan menentukan.

SEANDAINYA MASIH ADA CINTA di hatimu teruna, USAH DIRAGUI kasih sayangku..KEABADIAN CINTA membuktikan ERTI CINTA tak pernah padam. Walau SERIBU TAHUN pun aku tidak mampu untuk terus melupakanmu teruna. Aku ingin kembali kepada suasana SEPERTI DULU mengharum kembali. SAAT HILANG CINTAMU begitu menghiris perasaanku. Terasa diri ini begitu kerdil tanpamu disisi.Biarpun layananmu selama ini biarlah aku saje yang tahu. Wajahmu sering bermain2 di skrin televisyen. Tidak juga pernah padam di skrin mataku saban hari. Bunga-bunga cinta sentiasa mekar di hatiku..

Malah ianya semakin rindu semakin sayang dan terasa begitu dekat padamu. Aku bukan boneka yang boleh kau buat sesuka hati. Aku juga punya hati dan perasaan. Sehingga ke hari ini KAU TAK PERNAH JAUH DARI SUDUT KAMAR HATIKU. Ku pendam sebuah duka dan ku intai cinta dalam rahsia.Apakah ertinya semua ini teruna? Pengorbanan yang kucurahkan selama ini tidak kau hargai langsung. Trauma yang kau tinggalkan untukku sudah menjadi sebati dalam kehidupanku di dalam mengharungi liku2 kehidupan harianku. Mujurlah Tuhan kurniakan ketabahan buatku. JANGAN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL selagi kebenaran belum wujud. Aku masih lagi mampu untuk terus menunggu walaupun hakikatnyer...Aku juga masih MENARUH HARAPAN agar kebenaran itu akan menjadi sebuah kenyataan. PINTAKU yang terakhir renungkanlah CERITA CINTA ini dengan fikiran yang lebih matang dan terbuka..Jangan biarkan dendam menguasai fikiran..HANYA ENGKAU YANG MAMPU..

Tuesday, May 27, 2008

Love & Relationship

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku takkan bersuara selagi cinta itu hidup. Ku takkan lepas selagi cinta itu bersatu. Selagi ada cinta aku akan terus kuat.Kaulah segalanya buatku. Walau seribu tahun ku terpaksa menunggu..

Walaupun hampir 10 tahun perpisahan kita, terasa baru kelmarin segala2nya berlaku. Ku masih tidak dapat melupakan dirimu. Bisakah aku buang segala kenangan terindah yang pernah mengisi ruang hidupku. Datanglah kepadaku kembali. Sampai bila kau harus menyiksaku begini..atau sudah adakah seseorang yang menghiasi kehidupanmu kini..Hanya kau yang mampu..

Thursday, May 22, 2008

Bicara Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku menulis lagi..tapi tak tau nak citer apa..cuma yang dapat ku beritahu ari ni is the worst day for me. Mana taknyer sales manager aku ilangkan Do/Invoice yang customer dah sign. Naik hangin le aku weh..kalau 1 dokumen tak pe jugak, ini sampai 3-4 copy entah mana dia letak..Nak update record pun susah. Terpaksa le aku kena print baru..membazir kertas jer..Tak bertanggungjawab langsung..,hampeh tul!

Wednesday, May 21, 2008

Dingin

Bismillahirrahmanirrahim..

Senikata lagu dingin begitu menusuk kalbuku.
Adakah aku mampu menawan kembali cinta yang sama..???????

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ujiannya
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

Kisah Seorang Teman

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalu nak ingat balik aku memang sakit hati. Tak jujur langsung. entah2 selama hari ini aku dah TERTIPU dengan perangai dier nih. Kalau bercerita pasal orang tu orang nih dia lah yang pandai. Aku ingat dia dah berubah, tapi..

Sekrang ni aku pun x tau dia buat apa. bisness laki dier dah ok ke tidak, malez aku nak tau. Tak kose aku dah. kalau dia jujur aku x le marah dan sakit ati cam nih. Masa nak meminjam bukan main lagi cakapnyer, tak percaya kat dier la, nak pakai 2 minggu jer la. time tu aku memang dah x sedap hati..dek kerana kesian sebb dia pun byk tolong aku (betul ke ataupun ada niat sebaliknyer)aku pun bagi le..itu pun baru bayar sekali jer..bila aku follow-up lagi balance terus dia hilangkan diri...ini macam orang pun ada woo..hampeh (cakap tak serupa bikin). Sebab menipu la dia jadi cam tu..ingat, anak2 tu sumernya pompuan..

Aku dah memang x de hati nak teruskan persahabtan lagi ngan minah tu..tak tau le kalu jumpa tengh jalan aku tegur la, tp nak baik balik sorry le beb. sekali terkena ingat selamanyer..

Mengimbau Impian Antara Kita

Bersabar dalam marah
Bertenang dalam gundah
Banyak rahsia di sebalik wajah

Yakini dalam ragu
Senyum di dalam sendu..
Aku kagumi..ketabahanmu..

Andainya sejak mula Hatimu dapat ku baca
Ku percaya pasti ada ruang buat kita
Sayangnya di ketika itu
Pandangan sering terkeliru
Tidak tahu, yang tulen atau yang palsu..

Kesilapan masa lalu, jadi pengajaran
Darimu kutemui sumber kekuatan
Ku bermohon keizinan membuka bicara
Mengimbaui impian yang tak sudah
Antara kita….


Best rasaya lirik lagu Ibnor Riza nih..mcm tekena kat batang idong sendirik jer..hehehehe

Cerita Hari Ini





Bismillahirrahmanirrahim ...

Aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk hari ini..tapi tak tau apa benda nak citer..hahahaa..AF6 sudah nak sampai ke penghujungnya. Siapa yang bakal jadi juara, kita sama2 saksikan pada 24/5 nih. Tapi konsert yang melekat dihatiku masa konsert ke-9. Suka sangat tengok aksi Riz & Nadia dan Nubhan & Stacy, walaupun pitching ada sumbang mambang sket2 aku tak kisah..yang penting aku sokong derang.

Baru saje aku makan tengahari, mata pun dah mula mengantuk. Biasa le waktu2 mcm nih mata pun layu ler. Perut pun dah kenyang..kalau dapat tidur nih bestnyer..hiks.

Wednesday, May 14, 2008

Kecik Hati

Bismillahirrahmanirrahim....

Entah kenapa selepas balik dari keje semalam, rasa cam tak sedap badan jer. Masa tengok citer Bella tu aku masih punya mood yang baik..Cuma selepas maghrib mood aku dah tercalar..Bilik penuh ngan buku2 masa belajar dulu..Memang bercadang nak bawk balik tp x de kesempatan..Aku disuruh kemaskan buku2 itew di dlam stor.

Lepas jer semayang isyak, aku mandi dan terus kemaskan buku2 tu. Mana yang nak simpan, mana yang nak dibuang..sampai pukul 12 lebih baru abis..Nak buat cam ner..Hidup menumpang mcm tu le..terasa sangat.Malam td aku memang tk makan apa2 pun. Lagipun perut tak berapa lapar sangat..

Walau apa2 pun aku kena professional. Tak nak terlalu mengikut emosi..biarlah diri ini yang menanggung segala2nyer..Akan ku usahakan sesuatu dengan secepat mungkin..insyallah. Amin..

Thursday, May 8, 2008

Cerita Hari Ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku dah mcm VIP la pulak ari ni..dah le masuk meeting untuk Account software. Sebaik habis jer meeting my ex-colleague lak call, nak ajak lepak..hahhaha. Pulak tu berpusu2 ym interframe..jenuh jugak nak layan..hahaha

Wednesday, May 7, 2008

Hari Terakhir di SLW..


Bismillahirrahmanirrahim..

Agak sedih juga sebab dah bekerja di sini selama 13 tahun. Walaupun berat hati nak melangkah tapi ku harus kuatkan semangat demi untuk masa depan. Lg pun kat sini banyak masalah dalaman yang paling canggih..aku rasa x de company lain yang politik dalamannya seteruk ini.

Walaupun mcm tu aku enjoy jugak. Aku tak amik pot sangat. Antara kami staf2 tak de masalah, cuma management jer. Kalau pandai mengipas ok le. Once kalau management tak suka dia akan buat apa sajer..itu le keburukannyer.

Tapi sekarang aku dah lega. Tak yah nak pikir2 lagi...hahhhaa..syukur alhamdulillah.

Si Dia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa si dia ek? Si dia yang masih kukenang dan kuingati sehingga kini..susah nak buang perasaan tu. Dah lama tak nampak si dia. Mungkin sibuk kut..almaklumlah. Yang paling seronok bila si dia bagi aku roti ban pada suatu petang lepas balik keje. Semua orang tengok..hahahaha..dah la kawasan tu kawasan pasar malam. Malunyer aku masa tu. Dalam masa yang sama bangga pun ada sebab si dia ni memang ensemmmm..

Aku rasa amat bertuah kerana dapat mengenali si dia. Sejak mula kenal aku tak pernah putus2 berusaha nak tarik perhatian si dia..hahhaa. Dengan orang lain aku tak pernah buat cam nih..Setiap kali berjumpa si dia mesti jantungku berdebar2..tak tau kenapa jadi cam 2. Sebelah petang jadi rutin harian menelefon si dia..hehehehehe..aku pun tak sangka aku boleh buat cam tu. Sampaikan kawan2 si dia dan kawan2 ku cakap muka kami pun dah serupa..hahahahhaha

Sehingga ke hari ni aku dpt tau si dia juga masih solo. Sama seperti aku. Masih lagi mencari. Atau aku masih ada can lagi..hahahha.. Entah la..Cinta tak boleh nak paksa. Segala2nyer biarlah Tuhan yang menentukan..Aku hanya mampu berdoa..

Yang paling aku tak boleh lupa masa aku ternampak dia di Carefour pada bulan pose tahun lalu. Aku masih ingat tarikhnyer 10/10/07. Aku dah mcm cacing kepanasan apabila ternampak dier. Masa tu si dia beramai2 ngan geng dier. Aku cuba2 nak interpreme jugak tapi dia tak nampak. Ketika itu aku sedang menunggu Norli untuk berbuka puasa bersama.Ilang sekejap rinduku yang tak terbatas nih.

Apa lagi ek nak citer? Memang banyak kenangan aku dengan si dia..Cukuplah sedikit sebanyak yang mampu aku luahkan..Nanti sedih la plak sebb aku tak suka nak mengungkit dan mengorek lagi citer2 sejarah tu.

Tuesday, May 6, 2008

Mengantuknyer...


Bismillahirrahmanirrahim..

Ngantuknyer ari ni..kalau kat umah memang dah tidur pun..hehehee.Apa nak cerita yek. At least segar sket tengok gambar pemandangan nih..Entah bila la dapat pegi tempat2 cam ni untuk bercuti..hahaha

Tak tau nak citer apa lagi..nanti kita sambung lagi..tunggu

Monday, May 5, 2008

Dinner@15





Bismillahirrahmanirrahim..

Buat pertama kalinya menghadiri dinner yang dianjurkan oleh chatters@15 Astro. Seronok dan bertuah rasanya. Kami beramai2 menginap di hotel concorde seramai 5 orang dalam satu bilik..hahhahaa...punya la riuh seh. Tak dapat nak lupakan suasana masa tu. Sha & Brit pun turun..

Lanai Seni





Bismillahirrahmanirrahim..

Kami sumer meredah hujan yang lebat ke lanai seni sebb nak tengok adik jepung..hehehe..yang datang pun agak ramai juga la walaupun dalam kehujanan..

Aku sempat la jugak menyuakan buku otograph sejarah suruh adik jepung tulis..hahahha
. Memang kenangan terindah yang tak akan ku lupakan sehingga ke akhir hayatku..