Friday, June 20, 2008

Weekend Aktivities




Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa seronok banget sebab dapat kuar umah..kul 10 pagi aku dah kuar umah pegi summit buat facial. Lepas tu Kelly ajak makan kat steamboat Johnny's restaurant.Best tul steamboat tomyam kat situ..Kenyang giler. Thanks Kelly...hehhehee

Sebelah petang Sue datang amik aku di SJ. Dari situ hantar kawan Sue balik Taiping dan selepas tu kami terus ke kajang amik Julia n Hanee totoni dan terus ke setiawangsa. Dapat berkenalan ngan k.sweet, dash, ryanshah. Sempat jumpa Nadia dan merasa popia di kedai Nadia..tak puas la makan popia Nadia..hehehe. Selepasnya Sue ada meeting pepari.

Keesokannya aku,Sue, Heri sekeluarga ke KL gi semua house..Addya pun turut serta. Kami bawak Sue bersopping kat KL..hehehehe.

Ini la aktiviti yang aku buat selepas penat berkenduri mg sebelumnyer...

Thursday, June 19, 2008

Dugaan

Bismillahhirrahmanirrahim..

Dah agak lama aku x update blog nih..lagipun x ade citer menarik nak dituliskan. Huh! satu keluhan yang dapat kuluahkan, walaupun tak baik kita mengeluh..Dugaan datang tanpa kuduga..mg lepas aku dijangkiti sakit mata.Aku dapat la 2 hari mc..seronok jugak sb dah lama tak mc..hehehe..

Yang tak bestnyer 2 hari terkurung di rumah boring le pulak..Asyik tido jer..cuma uat keje umah sket2..urat mata sakit. Sebaik baik jer aku terus nyungkit kuar pegi buat facial, pas tu gi ikut Sue ke umah Heri di Kepong..Release tensen aku..hahahaha

Sebaik aku mula bekerja ari senin yang lepas aku dikejutkan dengan berita mak aku sakit. Rasa tak tentu arah..buat seketika aku blank & blur..dah tak tau nak wat apa. Aku siapkan kerja yang mana perlu dan siap2 berkemas balik kg kul 2 petang tu jugak sama2 dengan adik2ku..

Mak aku lemah sangat..kesian aku tengok mak aku. Doktor kata pressurenya naik tinggi sampai 210..seriau aku dengar. Lagipun mak aku ni ada darah tinggi. Semuga mak cepat sembuh ya..jaga diri. Kami adik beradik mendoakan kesejahteraan mak dan abah. Amin...

Tuesday, June 3, 2008

Perkahwinan




Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya tiba jua tarikh yang dinanti2kan. Anak sedaraku selamat diijabkabulkan pada malam jumaat yang lepas.Alhamdulillah.

Perjalanan ke Jerteh Terengganu memakan masa yang panjang. Sehari suntuk kami sekeluarga di dalam perjalanan. Bertolak dari pukul 8.00 pagi dan sampai di Demong Beach Resort T'ganu dalam pukul 6.30 petang. Bayangkan betapa sakit pinggang sebab duduk lama di dalam kereta..hahahaha..

Kami menginap di Demong Beach Resort. Kakakku siap booking dari awal tahun lagi. Ketika ini sukma juga sedang berlangsung di Terengganu. Mujurlah sempat booking resort. Kalau tidak entahla..hehehehe

Tengah tak de idea la..Nanti aku sambung lagi coretanku..hehheehe

Gambar2 yang ada dalam koleksiku..