Thursday, July 31, 2008

Supreme lagi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini aku terima aduan lagi..entah sampai bila la supreme ni nak simpan staff2 yang kuat mengecon nih..kalau had setakat mengecon tak kaco orang lain tak jadi hal la..ni sampai nak mengenakan orang ape lak jadahnyer..aku pun turut berangin jer, laki bini ni (x leh mention nama) sama jer..sekarang baru aku tau sebenarnya hati mereka ni busuk..

Aku pun tidak ketinggalan juga terkena..pinjam buku aku sampai hari ni x reti2 nak pulangkan. aku pun bukannyer cetak duit nak beli buku. aje yang tak ngasi tul (slanga orang perak le)..hehehe..bini dia pn aku dengar dah makin loghat..semuaya berselindung disebalik kelembutan..baik orng mcm aku nih rupa brutal serios, tapi kalau dah kenal tau la aku ni cam ner..(bukan le nak puji aku nih baik..hahahha)..lu pikir la sendiri.hiks.

Di supreme ni memang ramai melayu tak sedor diri..kalau ada pangkat pun bukannya boleh decision making..berlagak jer lebih. Entah apa la yang dah dimandremkan si mamat econ nih. aku pun x tau le. aku sememangnya dah lama geram dengan mamat poyo nih, perasan lebih..bukannyer tau prosedur pun.tunggu le masanya. Akan sampai jugak untuk ko..tak selama2nyer kau boleh bertahan..TENGOK AJE LE..

Yang penting aku dah angkat kaki dari situ..aku tak kose nak enterprem politikus kat supreme.tak mendatangkan faedah langsung.kalau dapat duit pun aku tak emboh.

Eeee geramnyer

Bismillahirrahmanirrahim..

Dua hari lepas memang geram..mana taknyer pagi2 lagi dah tertukar makanan. sepatutnya aku order mihun kosong tapi aku dapat mee goreng plak.tapi aku x kisah sangat..aku paham. lgpn abang tu dah gabra sket pasal ramai orang lain tunggu nak beli nasi lemak..aku mujur jumpa k.norley langsung aku tumpang order dengan dier sekali..kalau tak lagi lambat la aku kena tunggu...tp ini bukan main agenda yang buat aku geram.

Lebih kurang kul 10 pagi aku menerima panggilan dari mamok ex-boss aku..aku ingatkan dia saje jer nak tanya kabar atau ada aktiviti yang suruh aku join.tp sangkaan aku meleset..si mamok tu call sb nak mintak tolong katanyer. Aku ni tak kisahlah kalau boleh tolong. Apa yang uat aku terkezoot bila dia tanya aku ada ke aku pernah simpan SIRIM sticker yang lekat kat radio tu..aku jawabla aku x pernah simpan, semuanya aku bagi kat store..lagipun aku simpan nak wat haper. yang buat aku bengang ni dah le setahun lebih dah aku tinggalkan company tu..kenapa masih tanya aku lagi..aku dah tak ade kena mengenan dah..hampeh betul..petang tu langsung si mek ha & k.shida ajak aku gi lepak..

Entah la, sekarang ni aku lebih tak faham dgn sikap si mamok tu..ada assistant tak nak suruh..masa time aku dikerahnyer habis-habisan..sampai masa aku cuti pun asyik call jer..hangin jer aku dibuatnyer. Dah le semua benda aku kena buat, order, follow-up shipment local/overseas, reconcile a/c lagi, report lagi, order SIRIM sticket, buat import permit ISO lagi..memang aku tak de time langsung masa tu. Ada jer keje. Nak cuti pn rasa maleh. mana taknyer cuti pun tak tenang. Asyik ada jer benda dia nak tanya. Masalahnyer dia tu x nak mengaku kalau buat silap, nak pintpoint kat orang jer..tu la orang x pernah nak campur ngan orang.dah tu tak pernah keje tempat lain sebelumnyer.itu le jadinyer.

Kalau nak dicerita memang x abis2..malez dah aku nak ingat lagi..dia belum kena buku ngan ruas lagi..kita tunggu dan lihat jer mcm mana..

Wednesday, July 30, 2008

Kenapa Ingat Dier

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa ek? dua ke tiga hari ni asyik tingat kat dier jer..agaknya dia pun ingat kat aku kut..hehehehe.memang dah lama aku tak nampak dier, dengar citer dier..semuanya tentang dier.entah la. apa lagi yang ku nak tahu pasal dier. kalau nak diingatkan balik memang sakit hati..tapi aku bukan jenis mengungkit..cuma aku terkenang saat itu..pergi tanpa sebarang kata, tinggalkan diriku terkapai2, keliru, tanpa jawapan bagi persoalan yang tergantung bertahun2..

Aku telah lama memaafkan dirimu dan aku tidak menyimpan sebarang dendam pun pada dirimu. Aku anggap itu sebagai rencah asam garam dalam kehidupan..terima kasih aku ucapkan. Kehadiranmu pernah buatku rasa bahagia walau seketika cuma..

Doaku agar kau akan terus suksess di dalam kehidupan dan kerjaya yang melibatkan kemasyarakatan. Aku bangga kerana impianmu selama ini telah berjaya..cuma pintaku janganlah kau lupa pada orang2 yang pernah sama2 mengiringi kejayaanmu di hari ini. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran tapi secebis ingatan buat seorang yang pernah singgah di sudut hatimu.

Renungkanlah..hanya kau yang mampu..

Thursday, July 24, 2008

Corat Coret

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni rasa cam boring jerk..keje dah le banyak, tp x tau nak buat yang mana satu..lastnyer aku release tension jap kat sini..hehehehe.
Seronok rasanya dapat menjejak kasih kawan2 lama..semalam aku dapat bersms dengan seorang lagi rakan sekolahku..walaupun kami x sama kelas aku rasa terharu mereka sudi nak menghubungiku..tima kasih. Boleh dikatakan aku ni ramai jugak yang kenal masa sekolah dulu..(femes le katakan..hehehehe, pasan jap)..

Bulan depan sebahagian dari group ni akan bersantai di Seri Pacific (aktiviti sebelum pose tahun ni)..teruja rasanyer..maklum le dah lama x jumpa. Banyak cer yang pasti akan mengusik kenangan..tak shabarnyer nak jumpa korang..

Apa lagi ek? dah x de idea la pulak..nanti kita sambung lagi ya..

Monday, July 21, 2008

Birthday Celebration - 19/7/2008






Bismillahirrahmanirrahim..

Tarikh yang kutunggu dan kunantikan tiba jua akhirnya. Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi berada di mukabumi ini sehingga ke hari ini.

Tanggal 19/7/2008 tidak akan ku lupakan sampai bila2..tarikh keramat dimana berlangsungnyer majlis Besday Celebration Nonny & Shawal..Aku rasa bertuah kerana majlis ini diadakan pada tarikh harijadiku pada hari yang sama. Seronok rasanyer..

Buat teman2 yang sama2 menjayakan majlis tersebut, terima kasih bebanyak. Apa yang terkurang ke terover ke, ku susun sepuluh jari kemaafan. Sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan..

Kepada semua kawan2, teman dan anak2 buah..terima kasih di atas ucapan yang kuterima sempena hari ulang tahunku..Saaaaaaayyyyyaaaaaaaang kat korang sumer..daku pun mengambil kesempatan mendoakan kebahagiaan kalian sumer..amin

Jom layanzz gambar..

Monday, July 7, 2008

Kenangan Annual Dinner 2006





Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba2 aku terkenang annual dinner 2006 di summit hotel. Inilah dinner yang terakhir sebelum aku berhenti kat sini..Memang kenangan terindah yang x dapat aku lupakan..

Jalan2 Dengan Ex-Schoolmate

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi sabtu lepas aku keluar jalan2 ngan member sekolah Ita n Midah. Kami bertiga berjalan2 ke Pavilion sambil menikmati makanan di KL Plaza di Johnny Restaurant. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan kawan2 lama. Walaupun bertiga happening gitu..hahaha.Sempat lagi aku nyopping reben kat tangs (ada sale u...)

Banyak jugak le agenda yang kami bincangkan..Midah pun banyak idea yang bernas (thanks sis..). Since Anum pun nak balik next year kami setuju nak buat reunion besar2an di Lumut/Pangkor..consider buat famili gedering le..aktiviti akan diatur masa percutian tu. Uish! tak sabor plak aku nak tunggu tawun depan..hahahaha

Latest updates dalam perancangan untuk set up another hitea on 9/8 kat Seri Pasifik KL before puasa nih. tak tau lagi berapa orang yang akan join..susah tul nak kumpulkan mereka2 ini. tak kisah le as long sesape yang leh datang kira on la tu..newsletter akan dihupdate secepat mungkin..

Tuesday, July 1, 2008

Gedering at Pizza Hut

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam aku dan ex-colleague berkumpul di Pizza hut Subang Parade. Seronok sekali sekala dapat berkumpul dan beramahmesra. Semalam kami meraikan hari terakhir Amran bekerja di SLW. Yang ada semalam, K.Shida, Mek Ha, Nora, Fitri, Suhaimi, Azli, Khairul, Hasrol, Zahari. Tima kasih Mek Ha sb jemput aku sekali..hehehehe. Sori le gambor x de.

Semuga Amran akan berjaya dan suksess dalam kerjaya dan kehidupan. Selamat Pengantin Baru..masih tak terlambat lagi kan Amran..hehhee

Azli..Hepi Besday yg ke tetttsss.