Friday, October 31, 2008

Kemuncak Aidilfitri @ Dewan Tun Rahah KL on 29/10/08

Bismillahirrahmanirrahim

Hari Rabu yang lepas aku pegi ke majlis kemuncak Aidilfitri AF anjuran maestro. Yang paling best kami sampai kul 9.30 malam sebab sesat..hehhee. Meraikan harijadi adik maneh sekali.




4 dara pingitan..wakakakaka..

bergambar dengan Noni



Sempat jugak ku bergambar ngan nubhan..1st time jumpe..hiks

Antara kenangan terindah dalam kehidupanku..nanti sambung lagi..chao!

Lumrah Manusia

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang2 tak paham dengan perangai manusia. Macam mana nak cakap ek. Kalau nak buat perubahan tu kena la berubah untuk diri sendiri. Tak payah la nak menyindir orang lain. Kita pun pernah muda. Naluri dan keinginan tak dapat nak dipisahkan. Jangan kerana diri itu sudah berubah baik nak tunjuk la yang entertainment life ni tak perlu langsung. Yang penting kita tahu batasnya.

Kalau atas dasar nasihat tak pe..ingat mengingati tapi jangan terlalu lantang menyindir dengan terang. Kita sebagai manusia punya hati dan perasaan. Sembahyang tunggang tunggek pun tak guna kalau hati dah busuk.

Sememangnya aku tidak memahami setengah2 manusia yang begitu degil, stubborn, asyik dia yang nak menang. Tapi bila kita berhadapan dengan situasi orang yang sebegini jalan yang terbaik hanya mendiamkan diri. Bak kata orang sekarang, buat muka poyo jer..hahahaha..Kalau dilayan mungkin akan menjadi lebih teruk.

Bagi aku, kalau berhadapan dengan situasi yang begini,aku biarkan sahaja. Biarlah aku yang beralah. Tak bersuara tak bermakna kita salah. Sesuatu kebenaran itu akan timbul juga. Cuma masa yang akan menentukan. Semuga Tuhan akan pancarkan sinar harapan buatku. Insyallah..mudah2an.Amin


Dah tak tau nak tulis apa, mulalah nak merepek merapu..muahahaha.

Akan disambung laterz..wassalam

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri di rumah kawan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ingat nak rest aje semalam memandangkan sebelah petang nak ke rumah kakak ipar kakakku di Sentul. Sebelah paginya pulak aku mengemas bilik ku yang dah macam tongkang pecah. Sakit mata dah tengok barang2 yang bersepah. Tiba2 aku mendapat call dari ex-colleague aku si Norley call jemput datang kenduri di rumahnya sempena tahlil arwah maknya. Sekali ngan kenduri buat ayah abang n kakak iparnya yang nak ke mekah 7/11/08ni. Nak tak nak pegi jugak la aku sebab rumah dia sama taman ngan aku. Berjanji ngan Mek Ha kami pun pegi la makan kat umah Norley tu. Kakak ku suruh Mek Ha singgah beraya lepas balik kenduri umah Norley. Tup tup dengan Norley sekali aku kidnap dia datang beraya sekali dengan Mek Ha..

Balik dari rumah Norley pun dah pukul 4 lebih. Last2nya aku tak jadi ikut kakak aku pegi open house dok melayan Mek Ha ngan Norley. Aku suka jugak sebab nanti penat nak makan lagi..muahahaa. Kami berborak sampai kul 7 petang.

Terimakasih Mek Ha n K.Norley..nanti datang lagi ya.

Itulah antara aktiviti aku di ujung minggu. Penat dengan aktiviti rumah terbuka..hehehehe

Chao!

Makan2 di Rumah Saiful Hazzly@26/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Kami berkumpul lagi walaupun dalam small group sebab Saiful tak menjemput ramai orang makan2 di rumahnya. Yang datang aku, k.azmah, Norzailan & family, Zarina & family & Maizan n family. Semua makanan di rumah Saiful memang best bangat terutama mee udang n sate ikan. Walla..yummy!

On the way balik, kami singgah di rumah Kamal & Salinda. Dapat la makan buah rambutan. Sampai aku mintak bawak balik. (tak malu betul..hehehe)

Yang penting hepi bangat. Sori x de snap gambor!

Chao!.

Jamuan di Rumah Mr Presiden Kelab e_SLW@19/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini kami ramai2 menyerbu ke rumah En. Azhar. Antaranya aku, K.Azmah n Umi, Quah & Family antara orang yang terawal sampai. Banyak la jugak juadah yang disediakan oleh isteri Encik Azhar. Terlupa nak snap gambor..huhu..

Aku n k.azmah beraya sampai kul 3 lebih. Tunggu hujan berhenti. Lepas tu k.azmah bawak aku jalan2 ke Tessco Setia Alam.

Antara yang hadir pada jamuan hari tu :-


1st group yang sampai..



2nd group..

Banyak jugak la yang tak dapat nak menghadirkan diri pada masa tu. Tunggu aje la next aktiviti.

Chao!..

Incanto's Open House @ 25/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Raya sudah hampir ke penghujungnya. Semalam pula adalah merupakan perayaan Deepavali. Weekend yang lepas penuh dengan aktiviti open house. On last saturday aku, addya dan Izan together2 ke rumah Inc for jamuan raya. Masa sampai di rumah Inc, punya la ramai orang. Mula2 segan la pulak rasanya. Tak lama lepas tu Hezz, Maya & Phewwit (bawak Hirdy Jr) Wawa & arin. Kami menikmati juadah di rumah Inc. Bestnya semua makanan.

Thanks to Hezz jugak sebab bawak speghetti. Sedap la. Nanti wat lagi ek!..hehehe

Around 4 something Abad n Diddy sampai. Waktu tu rumah Inc memang masih lagi ramai tetamu yang datang.. tengok le gambor yang disnapkan..


3 dara pingitan..muahahaha


belated birthday boy..Diddy!!


arin yang cumil..mmuah


diddy n me..tu tengah sibuk nak potong kek!..hahahaa


jemaah yang hadir..hehehee

So Izan cam ner? Ensem tak Diddy bila tengok face to face..hehee. Len kali meh le join lagi, k?


layanzzzz..kita chao dulu. Idea tadak..

Monday, October 13, 2008

Ribut

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Sabtu yang lepas aku keluar ke Carrefour dan buat facial di Summit. Masa aku keluar tu cuaca terik. Terasa jugak le bahangnya. Akak aku plak ada kursus haji dan open house kat umah anak buah abang ipar aku. Aku tak larat nak ikut sebab bukan sikit2 rumah yang derang pegi. Lagipun aku nak relax sket dan memanjakan diri di salun..muahahaa. (dah mcm orang kaya la pulak..perasan)..hehheehe..apa2 pun as long aku happy.

Aku singgah di pejabat pos sb nak renew lesen kete..Setiap tahun asyik renew jer bawak keternya jarang sekali. dah le keternya pun tak de..hahhahaha..Kawan2 aku ckp simpan jer la lesen ko tu dalam album..hehhehe.Tahun ni aku terus renew 2 tahun terus..malas nak pikir lagi. Pas tu aku terus ke summit tuk buat facial.

Seronoknya dapat merelaxkan diri. Kelly plak bg aku souvenier dari australia..cantik bangat..thannx lalink..mmuah. Sepatutnya appt aku on friday evening tp disebabkan hujan lebat tu la aku postpone ari sabtu tengahari.

Mula2 planning nak singgah cuci mata kat Carrefour..Last minit tukar plan, nak terus balik ke rumah. Masa tu cuaca dah gelap. aku plak tak bawak payung..aku ckp tak pe la, aku tunggu kat bustop memandangkan aku pn x de payung kan. Tiba2 terus hujan turun dengan lebat campur dengan angin dan kilat yang kuat. Aku naik risau jugak. Masa tu ramai jugak le orang kat bustop. Aku terus membaca ayat2 quran bagi melegakan angin dan kilat yang kuat. Sempat jugak aku bang dalam hati. Aku tengok sendiri angin tu berjalan2. Habis basah baju aku. Mulut aku tak renti2 kumat kamit membaca..takut sangat masa tu. Lama jugak la aku kat bustop tu. Menyesal lak tak masuk C4..

Bila hujan dah mula reda barulah aku naik bas dengan baju yg basah kuyup. Cepat2 aku salin baju. Masa tu plak tak de current sebab kilat kuat sampai tendang main suis. Kakak aku tak sempat nak amik aku gi beraya umah Hisham sebb jalan pulak jem. Aku kata tak payah le. Aku suruh derang pegi terus..At least aku relax kat umah..hehheehe

Ok la..aku stop kat sini dulu..nanti aku hupdate lagi..

Tuesday, October 7, 2008

Kenangan Hari Raya 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah seminggu umat islam merayakan syawal nan indah ini. Aku pun baru aje mula bekerja ari nih..hehhe. dah seminggu cuti macam malez jer nak keje kan..masih mamai2 lagi..hahahaha.

Tahun ini aku sambut aidilfitri dgn sederhana saja..ada la beli 2-3 jenis biskut raya. Adik2 pun ada beli jugak kueh. so campur2 banyak jugak le biskut raya..masuk kepek2 lagi meriah.

Juadah hariraya pertama aku speghetti..walaupun tak berapa pandai tapi kira ok jugaklah..boleh dikatakan licin jugak le..balance yang tinggal pun cikit sangat..alhamdulillah..

Raya kedua pula aku beraya bersama-sama dengan teman2 sekolah..haru biru dibuatnya. Mana taknya tengok telatah Puji, Xana dan yang lelain hepi jer..dah mcm kanak2 riang. Grup kami yang paling bising sekali, sampai mak sedara sap pun aku rasa pening nengok kami tak renti2 mengusik dan ketawa tak hengat..hahahaha. Dari umah Sap kami terus ke rumah Leli yg tengah sarat mengandung anak ke-5..cayalah Leli..
Dari rumah Leli kami ke umah Ainon pulak..tapi tak masuk. cuma sembang kat luor jer sebab dah petang sangat..rugi tak dapat rasa laksa Ainun..hiks dan destinasi terakhir kami di rumah Muhaini..sempat Puji tangkap gambo kat kerusi tom tom bak..mak budak yang vogue gitu..muahahaha.. Yang paling best dapat duit raya dari Sap & Ani..

ni..kat umah Sap

masing2 memperagakan handbag..hiks

Raya ketiga pulak adik aku yang bongsu sampai. Masa tu Sue and family datang beraya kat umah..hehehe. Menunya ari tu lontong yang dimasak oleh adik iparku. Aku pulak menolong mak buat makaroni bakar..yummy bangat.

posing maut dari teman2ku yang vogue gitew..hehehe

ni le dia kanak2 riang kat atas kusi tom2 bak..hiks

Raya ke-3 ada kejadian yang tak disangka berlaku..kami semua sibuk kat dapur masa tu. anak2 buah aku semuanya main kat luar. Pas tu anak buah aku bg tau ada orang datang kat opahnya..mak aku pun pegi le tengok. Orang tu tanya ada ke hilang cucu ke umur dalam 2 tahun. Mak aku jawap tak de. Boleh plak mak aku sambung cakap kenapa la mak bapak budak tu tak jaga anaknya..last2nya cucu sendiri yang hilang..muahahaha.kemudian adik ipar aku menyusul ke depan. Lepas tu dia tanya anaknya yg lain mana Liyana. Semua tak tahu. panggil 2-3 kali tak juga ada. Masa tu baru le perasan Liyana yang hilang..apa lagi mak ngan adik ipar aku terus le ke blok belakang tu cari Liyana. Adik pompuan aku Ina cari sebelah sini..rupa2nya si Liyana ni jalan terus ke blok belakang. semua orang tak sedar. Aku rasa mesti adik aku mengamuk bila tau anak dia hilang..masa tu semua orang pegi semayang jumahat. Alhamdulillah anak buah aku tu selamat kat umah jiran blok belakang tu. Kalau dia jalan ke jalan besar aku tak tau apa akan jadi..nauzubillah..apa yang penting segala2nya dah selesai..lega aku. kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan.

Hari2 seterusnya aku tak kemana pun, cuma gi beraya umah Sue and then pegi melawat tessco baru kat seksyen 18.

Sampai setakat ini dulu coretanku kali ini..idea tadak..Nanti aku sambung lagi..chow dulu..