Friday, November 28, 2008

Tetamu Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam aku dan keluarga beramai-ramai ke Kelana Jaya menghantar kakakku 2orang dan abang ipar ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan rukun islam mengerjakan ibadah haji. Kedatangan kami diiringi dengan hujan yang begitu lebat. Sedih la pulak tengok kakak ku semalam. Sebulan la den jadi ibu tunggul..hehhehe. Mana taknya akulah jadi lady boss kena jaga umah. Semua orang kena ikut cakap aku le beb!hehehhee

Seronok jugak tengok orang pegi mekah nih. Insyallah aku juga akan mengikuti menjadi tetamu Allah. Datenya tahun 2015, lagi 7 tahun. Mana la tau kalau duit dah cukup mungkin dapat pegi awal lagi kan..mudah2an.Aminn..

Aku stop kat sini dulu. Kita jumpa later, k?

Chao!

Wednesday, November 26, 2008

Anak Buah









Bismillahirrahmanirrahim..

Teman mencoret lagi. Tapi tak tau nak citer apa. Setakat ini aku dah ada ramai anak buah. Pangkat cucu pun dah banyak..hehheehe.

Gambar anak2 buah yang ada dalam koleksiku..

Wa chao dulu!

Tuesday, November 25, 2008

Award

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali ingin ku ucapkan ribuan terima kasih pada Ai di atas award yang diberikan. Teman punya blog ni tak de le best mana..banyak merapu jer..hehehee..Rasa terharu di atas perhargaan yang diberikan.



Neway thanx for the compliments.

Wednesday, November 19, 2008

Sampai Bila

Di manakah… kesetiaanmu
Di manakah… janjimu dulu
Di manakah…
Cinta kasih sayang yang kau berikan padaku

Sampai bila haruskah ku
Berpaut di dahan rapuh
Mungkinkah cintamu dulu mekar kini… layu

Sampai bila… harusku tunggu
Sampai bila… menanggung pilu
Sampai bila… kan aku jadi begitu sayu

Tak perlu lagi bertemu
Tak perlu lagi bermesra
Ku redhai… seandainya jodoh kita… tiada

Dulu kau pernah lafazkan padaku
Cintamu sejernih embunan pagi
Dulu kau hembus bisikan
Akulah nyawamu

Epilog cintaku di penghujung waktu
Berakhir disitu lembaran kasihku
Tinggallah kenangan antara kau dan aku
Biarkan ku membawa diriku ini

Epilog cintaku memori diuja
Ikatan cinta kini terlerai sudah
Mengundang seribu kenangan yang manis
Kaulah permata hatiku

Monday, November 17, 2008

Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan kalimah bismillah aku memulakan coretan ini. Semenarnya tak tau apa nak tulis..hehehe. Last Friday night, teman balik kg naik bas plusliner kul 8.30 malam. Dah lama tak balik malam..tunggu punya tunggu bas datang kul 9 malam. Hampeh tul. dah le aku tunggu dari kul 7.15. Letih den. Mujur jugak dah sampai pudu hujan lebat. Kalau tidak mesti basah kuyup seh!..hehehe

Sebelum tu aku sempat tapau burger kat depan watson kotaraya tu. Burger dia memang sedap.hehhe. dapat lak pisang free satu sebab ari jemahat.hahaha. Aku planning naik je bas aku nak makan la burger tu. Tup tup yang duduk sebelah aku tu sorang mamat melayu. Segan plak nak makan. Aku cuma cekik pisang jer..muahaha. Perut aku dah le lapor..tp kena tahan jugak sebab malu punya pasal. Bila bas berhenti untuk rehat, aku cepat2 keluarkan burger tadi tu dan terus wallup masa mamat tu turun..muahahhaa. aku ni rupa jer brutal, tp semenarnya femalu seh! hahahaha. masih lagi ada ciri2 gadis melayu terakhir..wakakakaka!..

Itu le ceritaku pada minggu ni. tak tau nak tulis apa. Nanti aku hupdate later la ya.

Daa..

Monday, November 10, 2008

Kenduri Doa Selamat

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada sabtu lepas 8/11/08, kakakku telah mengadakan kenduri doa selamat. Ramai la adik badik abang ipar dan saudara mara yang lain datang. Cukup bulan ni kakakku akan berangkat ke tanah suci mekah. Selama sebulan aku mesti boring giler. Sunyi sket la, tak de kawan nak berborak. Anak buah aku sorang tu dah le keje..huhuhu

Semuga kakakku akan selamat pergi dan selamat pulang. Tolong doa2kan teman kat sini ya.

Tuesday, November 4, 2008

wajah kenangan




Bismillahirrahmanirrahim..

Wajah kenangan sewaktu kecil terimbas. Cumil gak aku sewaktu kecil nih. Dah le ada rupa anak cina..hahahhaa..

Chao!

Kenangan Alam Persekolahan



Bismillahirrahmanirrahim..

Aku paparkan sedikit gambar2 kenangan ketika di bersekolah di Sek. St. Bernadette's Convent Batu Gajah.

Zaman terindah yang tak dapat nak dilupakan. Akan ku kenang sehingga ke akhir hayat. Masih ada sebahagian kawan2 yang masih lagi berhubung di antara satu sama lain. Terima kasih kawan2 kerana masih sudi menjadi temanku..

Insyallah..akan ku sambung lagi coretanku ini. chao!!