Monday, April 13, 2009

Jangan Tegur

Salamzzz..
Hujung minggu yang agak melegakan, walau cuaca hujan. Pada pagi sabtu tu aku sibuk membuat kerepek seaweed. Lagipun bahan2nya ada aku pun apa lagi. Nak keluar memang malas benar rasanya. Memang relex tahap gaban. Mek Ha ajak tengok pc fair pun aku tolak. Bukan apa orang ramai sangat buat aku tak tahan. Naik pening. Aku dah serik pegi PC fair tawun lepas dengan addya..hehehehe.

Hari Ahadnya pulak aku pegi menonton bersama K.Azmah. Kami ke Summit untuk nonton citer Jangan Tegur arahan Pierre Andre. Selalunya aku ni ok le jugak tengok citer2 serem ni, tapi yang ni aku kalah. Aku banyak tutup mata. Suspen woo!..mujur tengok siang, kalau tidak memang tak leh nak tido.heheheehe Sebelum wayang start kami sempat 'melalak' jap kat karaoke..nak release tensen le kunun..hahahhaa.

Citernya tak le lama sangat, cuma 1 jam lebih sket jer..tp rasa macam lama sangat. Aku nak buat komen sket. Ekceli citer Jangan Tegur masih ada unsur2 tak logik. Mana ada orang mati tak tutup mukanya dan tak ada orang tunggu baca yassin sebelah mayat? Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita bermunajat dan percaya akan kekuasaan Tuhan. Menunjukkan manusia ni luarannya saja Islam tp tak menunjukkan ciri2 sebagai seorang islam. Kalau nak buat filem macam ni kaji la dulu, jangan main redah jer. Ini boleh buat orang konpius. Renung2 dan pikir2kanlah!..

Selesai aktiviti menonton aku sempat nyopping beberapa helai baju. CAntik le pulak. Tu sebab bajet I pun dah lari you!..hehehehe..lepas ni kena la jimat2..

Itu le sahaja aktiviti untuk mg ini..nanti jumpa lagi..

Chao!