Tuesday, August 25, 2009

Outing for Convent-85 Schools at Felda Residence Hotspring Sg Kelah (15 - 16 Ogos 2009)







Salam semua..

Hooray! pertamanya teman nak mengucapkan terima kasih kerana 1st outing untuk convent girls school sukses. Tahniah buat puan Presiden kita walaupun yang join tak ramai tapi tetap meriah. Begitu juga dengan teman lain yang join outing kali ini..Ucapan terimakasih juga buat Mala yang menaja kami dengan hamper biskut raya. Kami dah belasah biskut2 tu. Semua biskut dalam hamper tu memang sedap tapi ada satu biskut yang ada bertih tu yang paling sodap Mala. Tapi isi sikit bebenor..muahahaha.


Day 1


Perjalalan kami ke Sungkai lebih kurang dalam satu jam setengah jer dari KL. Zana dan Puji amik teman dan Baya di Subang Parade dalam pukul 11 pagi. Sepanjang perjalanan memang tak kering gusi le dengan celoteh kawan2 kita nih..Nak tido pun rasa sayang kut2 termiss cerita2 yang menarik..hahahhaa. Mujur sepanjang perjalanan ke Felda Residance tak hujan. So ok la kan.

Geng2 dari Perak pulak Linda, Puteri dan Ijan menunggu kami di simpang nak masuk ke Felda Residence. Kami makan tengahari kat sini. Makannya tak berapa sedap, Tapi untuk lapik perut hentam aje le..hehehe.

Villa kami Villa 11. Villa ni memang selesa. Ada 3 bilik kesemuanya dengan ruang tamunya yang besar. Semua kelengkapan ada. Kalau nak masak pun boleh.hehehe. Yang paling menariknya kami ada Jacuzzi sendiri. Apa lagi berendam sakan le kami. Sebaik jer masuk villa, terus jer bersiap2 masuk kolam. Tak payah pakai swimming suit, pakai baju dalam ngan seluar jer pun dah cukup. Ijan paling best, berkemban je trojun dalam kolam..muahahahaha.

Aktiviti kami memang berendam jer la sambil makan2 dan sambil kutuk mengutuk, dan usik mengusik. Lepas asar je kami keluar jalan2 ke kawasan sekeliling sambil nak menunggu waktu dinner. Kira jauh jugak le nak pegi Kafe untuk dinner. Jangan tak tau grup kume yang paling riuh. Dapat pulak berkenalan dengan polis yang menjaga kawasan tu. Siap nganto kami sekerat jalan nak ke kafe..kan best tu. Dah le semuanya xtra peramah. Masa sambil jalan2 tu sempat le abang polis ni bagi penerangan dengan apa yang terdapat di sini. Ada Ayuverda massage. Pricenya ok la jugak. Air panas kat sini boleh rebus telur. Nak buat reflexologi pun boleh.

Sebaik sampai di kafe, hujan pun turun lebat. Kume duduk tempat spesel. Idak le kena tempias dek hujan. Siap diserve dengan teh tarik lagi.hehehe. Masa balik pulak kami dihantar balik oleh manager kafe ke villa. Nak jalan kaki gelap beb!. Memang seronok sakan kume.hehhehee

Ingat selepas dinner ada yang nak berendam lagi. Tapi waktu pun dah pukul 9.00 malam langsung tak jadi. Selepas menunaikan solat masing2 berkumpul di ruang tamu. Masa ni la sessi mengimbau kenangan pun bermula. Aku sampai berayor biji mata dengor cerita deme. Yang paling best Ijan le. Cakap lampo le laju. Toto yang Ijan bawak abih keluor bulu sebab baru amik dari dobi. Bukak TV pun tak guna. Riuhnya dah ghope keling karam. Mana tidaknya mun semuanya nak bercakap..Yang paling tak tahan si Ijan le selalu lari dari tajuk. Si Baya pulak dah jadi kembor Ijan..hehehehe. Ate deme baru berjejak kasih..hehehheehe..bagi can le..muahahaha

Day 2

Pagi2 lagi si Ijan berendam lepeh subuh dengan kain kembannya. Aku tido lagi. Nak bekfest baru bangun. Kami jalan kaki je ke kafe. Tak jauh pun. Dekat sikit dari tempat dinner semalam tu. Ingat mulanya maleh nak berendam. Tapi tak leh tahan tengok deme yang lain dah masuk dalam ayor. Cuma Puteri je kesian tak dapat nak join aktiviti mandi-mandian nih sebab mengandung. Tahniah buat Puteri yang bakal menimang cahaya mata yg ke-4 tak lama lagi. Tapi aku salute Puteri yang nampak sihat dan masih boleh join dengan gedering ni walaupun dah masuk 7 bulan.

Bukan main riuh kume mandi. Main gelungsor ayor lagi. Memang best sangat. Umur 41 tahun pun belum sedor diri lagi...masih seperti kanak2 riang..muahahaha. Ate..bila lagi ya tak? Ada dekat ½ jam kut kume berendam kat situ. Terasa pulak masih di alam remaja..hehehehehe

Mulanya nak naik tren jalan2 sekeliling. Tapi trennya pulak tak muncul. Sudahnya kami pegi tempat untuk mandi manda. Since tak leh nak merayau naik tren kami putuskan balik ke villa tuk sambung berendam lagi. Aku masa tu memang ngantuk, badan pun berat sebab tak cukup tido..hehehe.

Sampai kat villa deme apa lagi sambung berendam., Ijan potong le buah2an yang ada. Semua letak kat tepi kolam jacuzi dengan tit-bits yang ada. Aku dan Linda sambung tido. Puteri pun berehat sekejp. Deme yang lain berendam. Zana sampai tutup suiz jacuzi suruh deme naik tak nak juga naik..hehhee. Aje suka benor berendam..


Kami chek-out pukul 1.00petang. Kami bergmbar di kawasan Villa. Sempat le singgah beli petai buat buahtangan orang di rumah..petai kampong tu. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur hujan lebat. Dalam kereta tak kering gusi dengan telatah Puji. Ada je cerita dia yang buat aku ketawa..Untuk makan tengahari kami singgah di restoran jejantas Sg Buluh.


Aku rasa ini je le report/summary yang mampu aku tulis. Mata aku sebenornya tengah layu ni. Idea pun belum kembang lagi. Belum abih lagi ngantuknya..hehheehe..sori kalau tulisan aku ni cam skema jer. Sesape yang nak sambung lagi summary ni amat2 dialukan. Mana tau kut ada yang tertinggei..

Untuk pengetahuan semua, setelah dipersetujui oleh presiden dan ahlinya yang lain, aktiviti kita ni akan diadakan setiap tahun. Tempatnya akan berbeza la. Lagi ramai yang join lagi bertambah meriah..Insyallah tahun depan Anum pun boleh le join kita..yahoo.

Akhirkata sebelum aku mengundur diri, aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa ke, perbuatan ke semasa kita berkampung di Felda residence tempohari. Terlebih terkurang maafkan teman yek.Insyallah lepas ni kita akan berkampung lagi di tempat2 lain pulak. Jangan risau gambo akan didonloadkan kemudian. Kamera teman tak leh nak donload sebab wayarnya tak betui. Kena pegi kedai tukor..muahahahaha.

Kepada Zana, Puji, Linda, Puteri, Baya, Ijan..aku rasa sangat bertuah mengenali kome sebagai kawan ..semuga persahabatan kita akan terus kekal sehingga ke akhir hayat..amin. Buat kawan2 yang lain mari le kita mengeratkan lagi silaturrahim kita pada aktiviti yang akan datang.

Wassalam.
Intan