Friday, April 23, 2010

Jalan-Jalan ke rumah Presiden Class of 1985


Salam..

Aktiviti ni sebenarnya menyahut ajakan Puan Hajah Norbaya untuk ketemu sebab beliau baru aje balik dari mekah pada tahun 2009 yang lalu. Secara kebetulan perancangan awalnya nak jumpa di luar. Jenuh le suggest pegi makan kat mana2. Semua tak menjadi. Last2nya Puan Presiden kita suruh melepak kat umah dier di Kajang.

Yang tak sedapnya Zana suruh kami ni semua bawak makanan. Dia cuma menyediakan nasi, minuman petang dan pencuci mulut jer. Macam diktator tul la presiden kita ni..hehehe. Pagi2 subuh dah anto sms tanya kul bape nak datang..sebenornya presiden kita ni baik orangnya..cuma biasa ler, aje suka menyakat si Zana. Tambah pulak geng dengan si Puji..hahahaha. Apa2 pun memang kami enjoy pun..

Kami bertolak dari subang dekat kul 11 lebih le juga. Sap yang bawak keter. Tak de le jauh sangat. Puan Hajah kita yang jauh lagi dah sampai dulu..kami yg dekat ni tersesat jalan..hahaha.

Yang paling kelakar si Baya ler. Udah naik haji pun masih rock lagi. Siap tanya ada karaoke ke kat umah Zana..apalagi kitaorang pun ketawa le berdekah2. Baru2 ni siap si Hajah ni pegi nengok FI kat Sepang..cayalah Baya..mu memang best ler.

Seharian kami di rumah Zana. Sessi kutuk mengutuk memang tak leh lari punya. Sempat juga le berbincang untuk aktiviti seterusnya. Cadangan tahun ni reunion di Cameron Highlands.

Apa2 pun memang seronok bila dapat berkumpui mcam ni walaupun tak ramai tp meriah jugak. Mana tidaknya kepala kantornya ada memang jadi ler..hehehehe

Semuga kita berjumpa di lain coretan. Insyallah.

Cuti CNY 2010

Salamzz..


Tiba2 terkenang lak peristiwa balik kg masa cuti raya cina yang lepas. Mana taknya berjam2 duduk dalam bas. Ponggong pun da rasa kematu ngalahkan keje start kul 9 -6 petang.

Aku gerak balik kg pada hari sabtu 13/2/2010. Naik bas pukul 10.30 pagi. Aku memang tak terpikir langsung ari tu jem teruk nak balik ke utara, sebab pada pikiran aku mesti rakyat2 cina ni dah balik kg masing2 pada ari jumaat. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Aku dengan selamba idak le nak bungkus xtra2 titbits atau makanan masa nak naik bas. Alih2 kelapakaran. Nak tido pulak tak nyenyak sebab passenger kat belakang aku asik pok pek pok pek becakap dalam handphone. Kalau orang melayu ok le jugak. Ni tah datang dari pelosok india mana tah? Bingit telinga..

Pada hari yang sama si Ju pn naik bas balik kg. Tapi dia naik kul 8.30 pagi. Aku yang tolong amikkan tiket tuk dia. Hari tu mmg jem giler. Dia yang naik awal pun smp Lambor kul 1.30 tengahri.Pada aku normal lagi. Idak le teruk sangat. Aku yang naik 2 jam lewat dari Ju boleh sampai kampung pukul 6 petang..hampeh tul. Yang debar bas pulak entah jalan mana yang diikutnya last2 tembus ke tanjung tuallang
terus ke batu gajah. Sakit badan2 duduk dalam bas lama2. Ngalahkan balik ke Kelantan/Ganu..hehehee

Next time aku kena book tren. Balik pada raya cina tu lagi senang. Idak le jem sangat sebab semua deme tu dah balik kg beraya. Antara pengalaman2 terindah di dalam kehidupan..

Aku chao dulu ler..tak tau dah nak tulis apa..

Daa..