Monday, June 14, 2010

Terima Kasih Teman

Bismillahirrahmanirrahim

Salamzz..

Memang tidak dapat dinafikan 2-3 minggu ini mud aku mmg down. Walaupun pada zahirnya aku nmpk seperti biasa. Cuma perasaan dalaman aku yang sedang sakit. Yang lebih tepatnya jiwa aku sedang kacau sekarang. Persoalannya kenapa????

Mengenalinya 7 bulan yang lalu begitu membahagiakan diriku. Aku sangat menyenanginya. Aku rasa akulah manusia yang paling bertuah kerana dapat mengenalinya. Aku rasakan ada juga orang yang sudi untuk menjadi temanku untuk berbicara. Dalam masa yang sama sudah ada satu perasaan lain yang mula menerjah dalam diriku. Aku tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Hadirnya perasaan ini tanpa aku undang. Ianya memang ikhlas lahir dari hatiku yang tulus suci. Aku cuba menyelami dan memahami dirinya.

Walaupun begitu ada masanya aku begitu keliru dengan hubungan kami. Pernah juga aku merajuk dengan sikapnya. Tapi bila dah dengar suaranya dan terima smsnya perasaan rajuk dan marah itu otomatik hilang. Terubat segala rindu buat seketika. Itulah penangan panahan asmara kan..hehehe. Lupa seketika apa yang telah berlaku.

Tidak dapat dinafikan kerjayanya memang membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Ditambah pula jawatan yang disandangnya. Aku bangga dapat mengenalinya kerana karismanya, soft spoken, suka bergurau dan romantik. Dia selalu cakp suara aku garang dan tak romantik langsung. Aku hanya ketawa sebab aku ni bukan jenis suara dalam kelambu.hehehehe.Eleh kalau ikhlas tak kisah pun suara tu macm mana pun. Betul tak?.Tapi kebzian bukan alasan yang kongkrit untuk tidak membalas dan bertanya kabar tru sms kan. Tolonglah jangan perbodohkan aku. Bak kata pepatah kalau nak seribu daya dan kalau tak mau hanya dengan satu alasan jer kan. I know u hiding something from me rite? Dan tolong jangan ambil kesempatan dengan pangkat yang yu sandang sekarang and you boleh buat sesuka hati you. Aku berkawan dengan seikhlas dan seadanya diri dia bukan sebab pangkat atau harta. Cuma bg aku itu satu bonus untuk aku. Yang penting kejujuran.

Imbasanku berputar.Petama kali berjumpa membuatkan hati aku berdebar2. Tak tau kenapa? Dalam hati risau pun ada, takut pun ada. Al maklum la 1st time kan. Dari awal pekenalan boleh le tahan kiriman sms darinya. Tapi masa tu aku x rasa apa2 pun. Dia amat jarang call sebab tak suka dengar suara aku yang tak romantik ni kut..hehehe.

Perjumpaan kedua pulak selepas 3 bulan dari perjumpaan pertama. Kalau betul dia ingin mengenaliku dengan lebih dekat, mesti setiap ujung minggu mesti nak jumpa kan. Ini tak, kalau aku yang tak tanya dia mmg tak nak jumpa aku kut.huhuhu. Tapi aku suka sebab dia sendiri yang call aku ajak aku keluar dan tengok wayang..masa tu aku rasa terkezoot jugak dan rasa macam dalam mimpi pulak..seronoknya aku rasa. Aku rasa hepi sangat.

Tidak dapat dinafikan naluri seorang perempuan. Walaupun dia paham dengan situasi pekerjaan temannya itu, jauh di sudut hatinya tersimpan perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Begitu juga aku..tak dapat den nak lari.

Di ketika ini aku mmg rasa kecewa yang amat sangat dengan sikap dia..aku pn tak tau di mana silapnya. Salah aku jugak mungkin. Yang aku nmpk perubahannya selepas aku berterus terang. Salah ke aku buat sebegitu. Nak tunggu dia cakap hampeh. Kalau tunggu lama nanti lagi aku yang parah. At least aku lega sebab dah bg tau kan. Alah orang jantan ni mmg ego. Ingat dia aje yang betul, am I rite?

Aku rasa mmg sifat dia suka mempermainkan hati perempuan yang lemah mcm aku..tpi aku tak bodoh. Is ok la you..you yang berjanji, you yang nak selalu bersama i kan, dat is my promis dun worilah. Yu nak itu, yu nak buat ini. tapi all your promises semua x leh pakai langsung..cakap x serupa bikin.

Kelainan yang paling ketara masa perjumpaan ketiga kami. Aku realise, tp aku buat tak tau jer. Macam ada paksaan jer dia jumpa aku. Dia tak banyak ckp. Sibuk dengan handphonenya. Entah siapa yang di sms aku tak pasti. Macam aku ni tak wujud kat sebelah. Aku hanya berdiam. Aku tak mahu mengeruhkan suasana. Dah la susah nak jumpa. Cuma masa dia bawak aku jalan2 tu ada la skit2 kami bersembang termasuk le cerita tentang famili dia. Tapi masa hantar aku balik lgsung tak de cerita apa pn. Dia asyik sms jer.

Sampai hati dia buat aku cenggitu. Sedih la jugak kan. Kini setelah hampir 2 bulan aku rasa aku dah temui jawapannya. Tak payah nak mengobak berbakul2 dan pikior banyak2 lagi. Segala2nya dah nyata. Memang dia reject aku bulat2. Mulai hari ini dan saat ini aku takkan menganggu lagi with all my sms watsoever. Aku juga punya maruah diri. Semuga Tuhan kuatkan semangatku untuk aku lebih yakin dlm menghadapi sebarang dugaan yang mendatang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan Maha mengetahui dan jangan menyesali apa yang terjadi. Perbanyakkan bermunajat kan muhasabah diri. Insyallah segala2nya akan berjalan lancar. Kalau ada jodoh tak ke mana?..insyallah.

You take care yourself n jaga diri baik2. Aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan you dunia akhirat..amin..

Daa..

Friday, June 11, 2010

Aduss!..

Salamzzz..

Entah kenapa semalam tiba2 mud aku down. Nak period ni kut tu yang lain macam jer hormon..hehehe. This week mmg aku rasa macam serba tak kena. Perasaan aku asik berdebar dan sedih tak menentu jer pulak.

Malam tadi aku tak tau kenapa aku benar2 sedih dan terusik. Berjurai2 airmata aku membasahi pipiku. Hajat di hati nak buat semayang sunat tp kepala pulak terasa berat. Last2nya aku tertido. Aku tak tau nak explain macm mana. Macam2 yang menerjah kepala otakku. Memang benar la kata orang2 tua. Once umur kita meningkat setahun ke setahun pasti ada perubahan. Tanpa sengaja kita akan cepat berasa sensitif. Itulah yang aku rasakan perubahan yang ada pada diriku. Cepat terasa hati walaupun kadang2 aku cuba menidakkan. Adakah aku ni nak menopose kew? Ish! seriau aku dengar> Tapi yang selebihnya aku benar2 rindu dengan seseorang..siapa??? biarlah rahsia..hehehhee

Aku sempat mengucapkan tahniah pada adik angkatku addya sebab baby dia dah kuar. Akhirnya tercapai juga impiannya.jangan lupa tau bwk akakmu ni jalan2. Itupun kalau sudi ler..hehehe

Aku bermohon kepada Tuhan agar memberikan aku rezeki dan kuatkan semangatku di dalam menghadapi segala cabaran di dalam meneruskan kehidupan seharianku. Yang paling penting semuga Tuhan mempelihara imanku dan ketaqwaanku. Aku ingin menjadi antara insan yang disayangi oleh Allah SWT. Semuga Tuhan akan memberkati doaku.Insyallah..Aminn

Daa..

Thursday, June 10, 2010

Famili Photo

Salamzz..

Selepas menghadiri perkahwinan Amy, kami sekeluarga terus ke kedai gambo amik photo keluarga. Nak tunggu semua berkumpul susah. Ni la dia hasilnya.



Daa..

Tuesday, June 8, 2010

Aksi si Nur Farah Aliya (Yaya)




Salamzzz

hari ini aku sempat capture telatah anak buah aku yang sorang ni. Cakap bukan main pandai lagi. Keletah sungguh n nakal jugak. Kuat pembuli abangnya...hehehe

Monday, June 7, 2010

Hatiku Sedih dan Terusik

Salamzzz..

Pagi ni hatiku rasa sedih dan terusik. Macam la aku ni buat kesalahan yang besar. Tak payah la nak membebel akan kesalahan aku. Aku ucapkn terima kasih banyak2. Aku terpaksa la mengalah walaupun pagi ni aku punya mood pun sebenarnya memang dah spoil..asyik aku je nak paham masalah orang..hatiku ada orang nak jaga???.

Sudah la, aku malas dah nak layan. Suka hati lah. Aku mintak maaf di atas kesalahan aku. Buat la apa yang korang nak buat. jangan ganggu aku lepas ni. Jangan ajak aku teman pegi mana2. Aku nak low profile je selepas ni. Aku malas nak jadi pendengar masalah orang dah. Salah sendiri tak nampak. Asik dia je yang nak menang? Tengok dan cermin diri sendiri. Jangan nak menyalahkan orang seratus peratus. Muhasabah diri dulu.

Aku tak nak cakap banyak2. Cuma aku mohon pada Tuhan yang Maha ESa agar kuatkan hati aku dan jauhkan aku dari sifat berdendam. Semuga engkau berbahagia duania dan akhirat. Semuga rezkimu berlimpah ruah.amin...

Daaa

Friday, June 4, 2010

Mengimbau Kenangan - 5

Bab 5

Tengahari itu Nonny berjalan menuju ke restoran Pelita yang dijanjikan bersama-sama temannya tadi. Dia mengambil tempat yang agak jauh tersudut dari meja-meja lain disekelilingnya. Sementara menunggu teman2nya sempat fikirannya melayang mengingati seseorang.

" Woi Nonny." sergah Anita dan menarik kerusi bersebelahan Nonny. Nonny tersentak seketika.

“ Apa halnya tiba-tiba panggil kitaorang lunch nih.” Soal Azira pulak dan duduk bersebelahan Nonny. Nonny hanya menyeringai menjawab pertanyaan teman2nya. Mereka mula memesan makanan.

“Duduk la dulu.Kan dah lama x lunch dengan korang. Rasa rindu la pulak.” Nonny menjawab lembut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia ingin memulakan. Azira sudah menghirup air fresh oren yang baru saja dihantar oleh pelayan restoran.

“ Uwek! Nak termuntah aku. Dah pandai rindu pulak kawan kita ni Zira.” cebir Anita. Azira ketawa terbahak-bahak melihat reaksi anita.

“ Menyampah la korang nih. Serius le sket.” Nonny mula mencuka.

“ Lain macam jer kau nih. Apa halnya.” Tanya Azira setelah ketawanya surut. Azira lebih memahami Nonny berbanding Anita.

“ Sori la Nonny. Geli pulak hati aku bila kau cakap macam tu.” Anita memohon maaf di atas usikannya tadi.

“ Aku pun tak tau macam mana nak cakap ngan korang.” perlahan suara Nonny.

“ Masalah berat ke? Soal Anita

“ Bagi aku memang berat la. Macam ni, sebenarnya Kak Sofia nak kenalkan aku dengan seseorang?Nonny memulakan bicara.

“ Wah ini sudah bagus Zira. Sat lagi leh la kita makan nasi minyak.”sampuk Anita.

“ Ish ko ni Nita, asyik ingat makan jer.Tapi aku sendiri tak pasti dengan diri aku lagi. Lagipun aku selesa dengan kehidupan aku sekarang nih? luah Nonny jujur.

“ Why dun you give yourself a chance Nonny” dengan lembut Azira memberi cadangan.

“ Mamat tu keje apa? soal Anita. Dia sedikit teruja dengan apa yang Nonny cuba meluahkan.

“ Entah..tak tau pulak aku. Cuma K.Sofia cakap dia keje sendiri.? Nonny memberitahu.

“ Wow, untung le kau” serentak Azira dan Anita bersuara. Sempat Anita mengenyit ke arah Nonny.

“ Ko tepuk dada tanya selera. Kau yang nak kawin.Pikirlah baik-baik Nonny. Kami akan sokong apa juga keputusan kau.” Jawab Anita jujur.

“ Patut la masa main bowling hari tu kau lemau jer.” Usik Azira. Nonny hanya tersenyum..namun resah di hatinya tiada siapa yang tahu.

Thursday, June 3, 2010

Kenapa Jodoh Masih Belum Bertandang..

Bismillahirrahmanirrahim

Salam..

Aku pernah mendengar ceramah Dr Fadzillah Kamsah dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim pasal persoalan jodoh. Ada banyak sebab kenapa di zaman yang serba moden ini persoalan ini masih lagi bertandang..antara faktor2nya.

1. Usaha Belum Sempurna
2. Belum benar-benar bersedia
3. Tiada Daya Penarik
4. Doa tidak termakbul
5. Restu Ibu Bapa belum total
6. Faktor Metafizikal

Setiap manusia ada pasangan masing-masing. Mgkin lambat atau cepatnya kita bertemu jodoh..apa yang penting kita perlu redha dengan apa yang telah ditentukan kepada kita. Tidak salah sekiranya pihak perempuan yang memulakan langkah. Tapi perlu ikut jalan yang betul. Usaha tidak mencukupi sekiranya kita tidak mengerjakan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Maha Esa. Sambil berusaha kenalah kita bermunajat memohon pertolongannya agar segala usaha kita dirahmati dan dimakbulkan..amin

Aku juga berdoa agar segala2nya berjalan lancar. Permudahkanlah jodohku dan berilah aku rezeki serta berkatilah hubungan kami..aminn..

Daa..

Hari Yang Sengal..

Salamzzz

Semalam adalah hari yang sengal. Aku nak anto message kat boss bg tau lambat masuk tp sms tak lepas. Siap tulis your message is barred. Adoyai. Dah le aku kena ke KL sebab ada hal sket..huhuhu

Bas pulak lambat. Sampai kat depan masjid darul ehsan dah jem giler sebb trafik lite kat depan tu rosak. Lagi le aku geram. Dekat 1/2 jam jugak le terkapai kat situ. Naik tren pegi KL and Adir dah siap tunggu kat KL Sentral

Tapi yang bestnya tghari semalam dapt makan free. Ada restoran baru bukak..menu laksa dan mee rebus..wallla..yummy.

Tuesday, June 1, 2010

Debar

Salamzzz..

Entah kenapa dari semalam hatiku berdebar dan bergetar apabila aku teringat akan dia. In fact semenarnya since last week lagi. Kebiziannya kadang2 membuatkan hati aku berkata-kata. Orang perempuan ni biasa le kan..hehehe.

Adakah dia juga merasakan getaran apa yang aku rasa. Atau hanya aku jer yang berperasaan begini. Dah lama aku tak merasainya. Tambah d usia yang sebegini malu ler weh!. Nanti orang cakap perasan le pulak. Bak Kata Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.

Namun aku rasa aku lebih matang walaupun kadang2 terbabas le jugak bila orang x sms balik. Mesti sakit hati kan..tu adat ler..hehehe

Anyway aku sentiasa mendoakan kesejahteraanya di dalam kerjaya dan kehidupan. Semuga ada sinar buat aku untuk kebahagiaan di hari depan..insyallah

Daa

Warna Warni Solat

Bismillahirrahmanirrahim dan salammzz

Aku begitu tertarik untuk kita renungkan bersama dan memperbaiki segala kelemahan diri di dalam memperbaiki solat kita.

SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sumber : www.zahazan.net

Inilah masanya kita memperbetulkan apa yang kurang..semuga kita akan menjadi insan yang lebih cemerlang..amin.

Daa

Today

Bismillahirrahmanirrahim dan salamzzz

Hari ini aku rasakan ada sedikit ketenangan walaupun di fikiran serabut dengan macam2persoalan. Setiap manusia ada masalah tersendiri. Begitu juga dengan aku. Tapi majoriti masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan kan!. Namun aku tetap bersyukur dan ini tidak menghalang aku untuk terus merasa bahagia dan hepi di dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma ada batasan la kan.

Pagi ini aku titipkan pesanan ringkas kepadanya. He's on the way to KLIA. Tak sangka pulak nak reply almaklum ler...biarlah rahsia..hehehe

Daa..