Monday, August 23, 2010

Apa Aku Buat..

Salamz..

Pada hari Sabtu yang lepas, aku bangun tidur pukul 10.30 pagi..Bestnya dapat tidur lama. Ekceli mmg la tak elok kan bangun lambat, tambahan bulan pose. Tp yang penting aku enjoy..aku cuma tolong cik kemas rumah sikit2 le ari sabtu tu..

Selepas zohor aku keluar dengan mek ha ke KL temankan dia cari tudung. Lagipun aku tengah cuti pose..hehhehe. Jadi aku x le kisah sangat. Kalau tidak malas aku nak kuar, tambah dekat jalan tunku abdul rahman tu. Ramai bangat umat manusianya..bukan apa aku risau aku pengsan je..hehe. Tapi alhamdulillah ler, aku selamat sampai di rumah..hahaha

Aku sempat pegi bazar ramadan kat rumah k.norley dengan mek ha. Bnyak juga juadah yang sedap2. Aku cuma borong samosa inti ayam, tepung pelita, taufu-pa n popia basah. Banyak juga kan..aku sempat beli mihun goreng sebab dah x tahan lapor..Almaklum ler aku kan x pose..hehehe.

Hari Ahad

Aku bangun lambat juga, lebih kurang 10.45 pagi. Tapi dah siap mandi subuh tu sekali dengan mandi hadas. So sedap le tidur kan. Lepas je sembahyang subuh aku terus landing. Tengok sekejap drama di TV1 sambil siap2 nak bawak cik pegi shopping. Aku bersiap ala kadar jer. Mula2 kami ke summit sebab cik x pernah pegi summit. dari situ
kami ke subang parade dimana cik nak pegi bata. Selepas tu kami ke Carefour Subang Jaya beli barang2 basah dan a few things le kan. Sampai umah dah dekat kul 3 petang. Ingat nak buat agar2 tak sempat..hehehe

Penat juga le..tp yang penting aku puas tidur..

Daa..

Monday, August 16, 2010

Last Weekend

Salamzz..

Sabtu
Hari ini aku ke rumah adikku di Sungai Buluh. Aku kesana menaiki tren. Dari stesen sg buluh kami ke Kota Damansara. Saje nak pegi meninjau2 di Perodua. Aku sedang berpikir samada nak amik kereta sekarang ataupun selepas raya. Bukan apa kalau lambat nanti interest lagi tinggi. So aku tengah berpikir ni sambil mengira2 bajet..hehhe

Duduk kat perodua pun dah hampir pukul 2 petang. Mana taknya adik aku suruh aku pikir dulu elok2 sebelum amik keputusan. Kalau ikutkan mmg aku dah confirm pun..tapi ya la kan kita kena la ikut nasihat jugak..hehehe. Tapi aku dah siap bagi IC/Lesen pada adib (salesman perodua). Cuma sekarang tunggu aku punya confirmation ON atau TIDAK je..

Ahad

Bangun jer sahur, aku tengok habis seluor aku merah.aduss! tak sangaka pulak period. Punya la sakit perut, pinggang, kaki semuanya sengal2. Selalu x le sangat macam tu rasanya. Tapi aku teruskan jugak makan sahur walaupun rasa x lalu makan.. Lepas salin seluaor baru aku sambung tidor sampai pukul 10 pagi..nah amik!..hehehe.

Lepas tu follow adik aku ke pasor..tujuan nak mencari makanan. Nak masak kat umah karang anak buah aku nampak kesian pulak depa nengok mak longnya makan pulak..So aku suruh adik aku berhenti kat kedai mamak dan aku pung order le mee goreng. Itu yang paling senang. Lepas balik dari pasar sambung lagi tidur sampai kul 3 petang n watch movie kat AXN. Seronok le pulak.

Adik aku hantar balik subang kul 5.30 petang. Sampai je di rumah kakak aku ajak pulak rumah Abg Id sebab dia nak pegi umrah hari senin. So kami berkumpul adik badik berbuka pose di rumahnya. Balik kul 11 malam..penat jugak la. Tapi aku puas sebab satu hari aku dah tidur banyak..hehehehe

I think I need to stop here for today. Will continue with the next n3..

Daa..

Friday, August 13, 2010

Dance With Me 1998 ( Music : You're My Everything)



Salamzzz..

Suka sangat lagu ni..touching sungguh.

Layanzz ya..

Daa

Hish!!!!!!

Salamzz..,

Hari ni aku nak berkongsi cerita la kan tentang budak2 sekarang ni jika dicomparekan dengan zaman2 dulu masa time2 mak2 kita. Kalau dulu perempuan yang dah berkawin malu kalau bangun lambat segan dengan mak mentua. Tapi sekarang selamba jer. Kalau bangun awal pun bukan tau nak buat apa2. Ni bulan pose ni kalau x kejut mmg tak tau nak bangun.

Pagi tadi kalau aku x turun, memang semua orang tak bersahur. Cik pun x sedar. Lagipun cuaca semalam amat panas. Aku mandi jugak sebelum tidor. At least cooling le sket kan.

Aku bukan la nak mengata dalam bulan2 pose ni tapi cume mengenang jer. Tak salahkan. Aku bukan apa kesiankan kakak2 aku tu, nanti jadi hamba menantu pulak. Aku mmg x komen apa2 pun. Cuma menjadi pemerhati terhormat sebab yang selalu kena aku..huhuhu. Sebab dia rasa dia x de saingan lagi kan..we look n see.

Itu baru sorang anak.Semua nak kena bertolong. Tapi aku x salahkan dia 100%, aku tetap salahkan kakak2ku yang mua sangat kat dia. Naik tocang ler. Sore bukan main nyaring lagi kalau bercerita pasal2 artis ni bukan main 1st class. Kalah pulak aku, huhuhu..dia lagi terer rupanya. Bukannya dengki atau busuk hati cuma tak suka attitude dia. Sekarang ni aku malas nak cakap banyak pun sebab sore aku x laku dah kan..huwaaaa. Lagipun berdiam diri tu x bermakna aku kalah cuma aku rasa lebih baik sebegitu. Jadi hati aku kurang sket sakitnya..am I rite??

Nak bercerita panjang x yah ler..lagipun bukan aku dapat apa2 pahala pun. Jnganlah aku berperasaan sakit hati camni..Seriau.Nauzubillah min zaliq. Aku berdoa semuga Tuhan akan memperkenankan permintaanku untuk berdikari. Lagipun dah terlalu lama aku di situ..insyallah.

I think I better stop here..will continue with my new n3 later..

Daa..

Hari Ini..

Salamzz..

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Aku mengucap syukur di atas segala rahmat yang Tuhan berikan di atas kesempatan menunaikan ibadah puasa dan bertarawikh. Semuga segala amalan ku akan mendapat keberkatan olehNya...insyallah. amin.

Aku sebenarnya sedang terpikir apa yang sedang 'dia' lakukan. Semuga dia sihat sejahtera di dalam peliharaan Allah SWT. Itu saja yang mampu aku buat. Memang payah untuk kita melupakan sesuatu kenangan. Setiap daripada kita pasti ada kenangan mengusik jiwa kan..

Bagiku x salah kan kalau kita titipkan pesanan Selamat Berpuasa kepada teman2 dan handai taulan kita, rite? Tapi siapa la kita untuk paksa orang supaya reply setiap message yang kita hantar. Mungkin dia sibuk dan tidak berkesempatan untuk membalas atau dia lupa untuk membalasnya..anggaplah dia tidak melihat nota2 itu. Itu adalah lebih baik dari kita beranggapan buruk kepada orang2 sebegini..

Sebagai seorang teman aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keceriaan teman-teman d sekelilingku termasuk la 'dia'. Semuga 'dia' mendapat rahmat dan hidayahNya supaya tiada lagi hati2 yang terluka dengan lakunan dan bicara manisnya. Buat rakan2 sekolahku pula insyallah kita akan bertemu di hari raya ke-3 di rumah Datin Rokiah kita. We will make it the most happening gedering...insyallah.

"Selamat Berpuasa"

Daa..

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua rakyat Malaysia yang beragama Islam
Semuga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dariNya.
Semuga segalanya akan dipermudahkan dan amalan kita diterima
Insyallah..amin