Monday, September 27, 2010

Jalan2 Raya - Part 2 Report...

Salam geng.,

Hari ni teman nak menyambung ke 2nd report. Lanjutan daripada jalan2 beraya pada raya ke-5.

Jangan kome tak tau raya ke-5 aku, mie n Muhaini berhariraya ke rumah Atun. Ini le masanya pun nak menziarah kawan lama. So,hari Selasa tu kami set time menjenguk Atun di rumahnya. Atun sempat le menjamu kami dengan mihun goring. Sedap pulak mihunnya, tpi memandangkan kami dah kekenyangan so kami sekadar menjamah le hasil ayor tangan Atun..hehhehe.Atun macam dulu2 le juga..Cuma badannya agak berisi. Dia tinggal berdua je dengan mak dia. Lama juga le nyembang dengan Atun..macam-macam issue pun nan ado..hehehe.

Dalam kul 5 lebih kami gerak dari rumah Atun makan angin jalan2 meround ke Changkat nak mengimbau n mengutip kenangan masa kami duduk kat Changkat..hehehe. Muhaini tukang bawak aku n Mie round2. Masa tu hujan lebat gak le. Tapi memang best cuaca cenggitu, sejuk sket..ngeh! ngeh! Ngeh!

Dah banyak jugak perubahan kat Changkat tu. Ada setengah tempat tu dah mcm scary place jer sebab tinggal bangunan jer yang dah x berpenghuni..masa tu pulak dah petang sangat. Terasa ler juga seremnya..hehehe. Ingat nak meround kat Convent, tapi tak sempat sebab masa tak mengizinkan..itu akan dicontinue di next episod jalan2 di kampong..hehehe.

Dalam masa meround2 tu, yang paling unsangkarable, kume telah berjejak kasih dengan sorang lagi geng convent kita yang agak femes dengan kita..tentu kome semua tertanya2 siapa orangnya yang sempat kami berjumpa..jeng! jeng! Jeng! Kami bertiga sempat berjejak kasih dengan GURMEET KAUR..bestnya. Kume bertiga sempat beraya teruih kat rumah Gurmeet..hehehe. Dah berisi sungguh minah tu, tp muka maintain serupa..Dah le time tu ujan, ate dapat pulak minum teh tarik dengan fruit cake, apa lagi ngap ajer ler..hahaha..sempat lagi si Gurmeet tanya nak makan capati kew?muahaha. Kalau ikutkan memang le nak, tapi time pun dah nak maghrib..maybe next time ler ya Gurmeet..hehehhe

Sempat le Gurmeet bagi tau sekarang ni dia tinggal di Mentakab Pahang. Dah jadi surirumah sepenuh masa dengan 2 orang anak pompuan. Yang sulung dah Form 2 dan 2nd daughter sek. Rendah. Dia pun tak sangka boleh jumpa kume..mati2 dia tak percaya bila anaknya cakap ada kawan sekolah nak jumpa..hehehe. Si Gurmeet siap suruh kita semua datang rumah dia time deepavali nanti..kalau sesiapa ada balik nanti boleh le kita terjah rumah Gurmeet, dpat makan capati..muahaha.

Akhirkata setakat ni le 2nd report aku..yang buat aku teruja jez nak kabo kome yang kume bertiga dah berjejak kasih dengan Gurmeet..hehehe

Sori geng, kali ni betul2 dah tadak idea nak tulih apa lagi..hehehe. Semuga kita ketemu di lain masa dan perjumpaan seterusnya. Harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam report2 ni harp maaf ya!..

Yg Menjalankan Tugas,
~ Intan Shamsina~


p/s..sori geng gambor x de..

Daa..

intan 1



Salam..

Da lama x update blog ku ini. Cuma baru anto report gedering raya baru ni..Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar..

Baru2 ni seorang teman telah memberi ku vc tentang aku..amat terharu aku menerimanya. Aku rasa cam x caya jer..anyway thanks abg z? Bila nak shoot 2nd vc..ngeh ngeh ngeh

Ini la dia hasil vcnya..layanzzz...


Daa

Monday, September 20, 2010

Gedering Raya di Rumah Datin Rokiah (12/9/2010)






Tarikh : 12th September 2010
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Poolside Mahkota Wira Kondo, Ipoh

Salam semua,

Pertamanya teman ingin mengucapkan kesyukuran di atas kejayaan kita berkumpul di rumah Datin Rokiah kita di kondo indahnya di Ipoh pada raya ke-3. Alhamdulillah perancangan kita berjalan dengan lancar walaupun tak berapa ramai penyertaaan dari geng2 convent kita yang hadir namun ianya tetap meriah dan gamat..hehhe.

Adoyai, maleh jer nak kroje, almaklum ler dah lama bercuti kan..namun demi tugas terpaksa le juga kroje kalau idak miss le shoru..hehehe

Sebenornya teman tengah tak de idea lagi ni nak menulis report ni. Ilham belum berkembang lagi..hehhe.Tapi teman akan cuba gagahkan juga untuk mencoretkan episode gedering kali ini dengan sebaik mungkin. Kesian pulak nanti kome nunggu report aku.(perasan kejap)..hehhee. Mana2 ada yang terkurang/terlebih teman mintak maaf ya.

Antara geng2 yang hadir pada majlis gedering kali ini di poolside kondo Datin Rokiah kita :-

1) Mala – geng yang paling awai sampai..Jenuh juga dia nunggu keme2 ni yang x sampai2..hehehe
2) Ijan – bawak set askar2 dan hubby..muahaha..glemer kamu Ijan. Seronok anak2 dah besor.
3) Midah – solo }
4) Intan – solo (belum berdua lagi..hehehe) } kami2 ni termasuk mala bwak diri sendiri jer..muahahaha..
5) Zana – solo }
6) Linda – solo }
7) Baya – bawa bersama putera dan puterinya.
8) Puji – bawak bodyguard – hubby tercinta..hehhe
9) Mas a.k.a Normah Sulaiman – dengan 2 org anak daranya yang tgh membesor..hehhee
10) Lailaton Azlina – dengan puteri bongsunya
11) Rofeah – bawak hubby – 1st timer juin gedering
12) Hanida – bawak suami juga – 1st timer juin gedering
13) Noraida Othman – dengan puterinya
14) Harlina Harmain – bawak family – 1st timer juin gedering

Biasa le kan pegi mana2 pun tak boleh ilang riuhnya geng2 kita ni. Apa tidaknya bila dah start upacara sakat menyakat, kutuk mengutuk dah x leh nak buat apa dah..ate..gelak je ler..kih kih kih. Tahun ni kita welcome geng baru kita yang baru juin & lama x jumpa iaitu rofeah, harlina, hanida dan mas. Kome2 jangan serik2 datang juin..kami2 ni mmg mcm ni riuhnya..serupa juga mcm time sekolah..hehehehe. Jue, rugi kamu x datang, Kiah dah marah nunggu kamu bawak kuih ‘lidah jin’ kamu tu..hehehe. Lepeh ni kamu kena kowtim dengan puan datin ler..aku nyampaikan pesan jer..hehehe..Deme semua marah kamu x datang, Ina ngan Mas call kamu pun tak berjawap..aku pun marah juga ni sebab aku yang kena menjawab..huhu..:)-

Yang seronoknya jangan kome x tau, perjalanan kami dari Batu Gajah pun dah communication break-down..mana idaknya aku dengan Mie asyik menyembang langsung le terlepeh dari simpang ayam golek tu..hehehe. Ada 3 lagi keter yang membontoti kume hehhehe. Jenuh Baya/Puji nunggu kume sebab jauh deme nak mengonar..hehhee. Ate.., maafkan le keme yek! dah byk perubahan kat Bt Gajah ni..tu yang teman pun tak berapa nak reti..hehehe. Lastnya aku ngan Midah nunggu deme2 kat simpang nak ke ktm stesen. Bila Mas/Ina sampai kume terus jer gerak ke Ipoh melalui simpang pulai. Sampai pun dah pukul 1.00 tgh. Dah ramai juga ler tetamu jemputan yang datang. Geng yang paling awai sampai Mala dengan Noraida..hehhee. Puan Presiden kita dengan Linda sampai kemudiannya. Yang paling akhir si Peah.

Datin Kiah kita hepi benor bila kami2 ni sampai. Seronok benor dia..ate ye ler, dah lama x jumpa kan. Tambah nengok kume2 ni yang macam kanak2 riang..orang2 yang ada pun heran..hehehe. Itu ler kami..kemana2 pegi pun mesti riuh kalau dah jumpa geng2..hehehe. Makanan semuanya best2..ada nasi beriani, kwaytiao goring, cendol, biskut2, buah2an, air sirap, coffee. Memang puas ler makan tapi aku pasti semuanya x kenyang..Ate..paham2 aje ler, kenyang gelak jer lebih..hehehe. Terima kasih buat Mala yang sponsor kami dengan fruit and cheese tart..memang sedap. Ghumah aku pun licin juga..tak sangka adik teman pun gemor bebenor..hehhee

Bila masing2 dah kenyang, apa lagi sibuk dengan sesi berphoto le pulak di tepi swimming pool.. Bermacam2 aksi ada. Nanti kita lihat photo2 yang sempat disnap oleh rakan2 kita. Akan dipublishkan di FB dan email once gambar dah didonloadkan…sabar ya kawan2..kome, legheh le donlod gambor, tak sabor nak nengok aksi2 “terlampau”..hehhehe. Setakat ni aku nampak Puan Lailaton kita dah nganto aksi2 kita kat FB..sile le nengok..hehehhe

Sebelum kume bersurai, Puan Presiden kita sempat mengucapkan sepatah dua kata mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Rokiah kita yang menjadi host untuk gedering kita pada tahun ni. Datin jangan serik2 ye jemput kami2 ni yang sentiasa hepi go lucky dan ghiuh sentiasa..hehehe. Kami juga berterima kasih tak terhingga di atas pengorbanan Puan Datin kita yang terpaksa menangguhkan untuk beraya ke Australia semata2 nak berkumpul dengan kita.. kami amat2 menghargainya..mmuah!.
Tak lupa juga buat teman2 yang menghadirkan diri dan insyallah pada tahun hadapan diharapkan akan lebih ramai lagi penyertaan dari geng2 kita yang lain…Insyallah.
Kami juga sempat berbincang untuk aktiviti seterusnya. Outing untuk aktiviti seterusnya akan diberitahu dan diwar2kan by time to time. Lokasi yang dicadangkan ; Cameron Highlands/ Pangkor /Teluk Batik/ Lumut/Teluk Rubiah. Tarikhnya akan diberitahu kelak berkemungkinan pada awal tahun hadapan. Segala infonya akan kami update nanti. Tapi sekiranya ada yang berminat nak pegi umrah ramai2 boleh le kita buat kutu..bendaharinya kita lantik Puan Hajah Norbaya untuk mengendalikan aktiviti mengutip kutu..hehhehe..apa macam Baya!..muahaha
Tak cukup dengan rumah Datin, kume terus menterjah rumah Mala pulak ..hehhe. sempat le beraya sekali di ghumah Mala sambil solat zuhur. Kami ngikut sebab si Ina nak amik kueh kat Mala..Zana and Rofeah pun ikut juin sekali. Masa kami nak balik tu hujan lebat. Tak abih rumah Mala, aku ngan Mie singgah pulak rumah Muhaini. Memang raya sakan kami ari tu..hehehe..ate bila lagi kan..maghrib baru sampai ghumah..hahahha..
Teman juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika sekiranya coretan kali ni tak berapa nak umph dan agak skema sket, sebab input memori tawun ni agak slow sket..hehehe..al maklum ler kan..:)- Di harap kawan2 semua hepi. 2nd report akan menyusul..tunggu!...
Akhirkata SELAMAT HARI RAYA buat semua sekali lagi..selepas ni kita terjah rumah sape pulak!..ngeh ngeh ngeh.

Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
~ Intan Shamsina~

Thursday, September 2, 2010

Hmmm...

Salam..

Dah lama x update blog. Semenarnya teda citer menarik pung..sesaja je nak melawan rasa mengantuk ni. Biasa la kan, bulan2 pose ni mmg mengantuk. Lapar tu kurang..

Baru tadi aku decide bg tau my mom yang aku dah beli keter as per my father's advice...hehe. bukan apa aku takut dia risau. Tapi dia nasihat aku supaya aku praktis betul2 le dulu sebelum bawak balik kg..hehehe.

Raya dah semakin dekat ni. Aku rasa mcm biasa je. mungkin sebab faktor usia kut. Lagipun yang paling meriah budak2 le kan. Mereka yang tengah seronok kutip duit raya. Persediaan aku biasa jer. Untuk diri aku x de apa2 pun. Cuma ingat nak beli jeans jer nanti. tapi x tau bila nak pegi kedai. Kasut x payah beli. Mmg dah ada. Biskut2 pulak ujung mg ni ready. Duit je belum keluar lagi nak bayar duit biskut raya.