Monday, October 25, 2010

Open House

Salam..

Biasa la kan musim raya, banyak la open house yang dikunjungi. Semalam aku berkunjung ke rumah adikku Halim d Sungai Buluh dan ke Melaka rumah Maya..penat seh!..kul 10 malam baru sampai umah..huhu..

Tapi yang paling best tak sangka boleh smp ke melaka. Memang seronok. Bila lagi nak berjalan2 makan angin kan..

Dah x tau apa nak citer..wa chao dulu!.

Daa

Berhenti berharap



Salam..

Aku sudah mula belajar untuk berhenti berharap. Walaupun aku x nafikan ingatan ku terhadapnya masih lagi berlegar2 di ruang kotak memoriku. Cuma dalam keadaan sekarang aku tidak ingin bersuara tentang apa2 pun berkaitan tentang dirinya. Aku cuma mampu berdoa dari jauh agar dia sihat di dalam peliharaan Allah SWT. Aku masih rindu akan dia, tapi aku kena kuat. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dan semangat yang kental agar aku dapat mengharunginya dengan mudah.

Aku inginkan kebenaran. Tolong berikan aku jawapan yang pasti supaya aku lebih tenang. Berilah aku peluang untuk mengetahuinya. Sekiranya ia mendatangkan kebaikan buatku aku mohon restumu Ya Allah. Ketika ini aku mmg sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berlaku dan aku bersyukur aku berada di dalam peliharaan Allah SWT di atas apa yang berlaku. Cuma aku kena lebih bermunajat kepadaNYa agar dapat lebih keyakinan di dlaam mengharungi liku2 kehidupan yang serba mencabar.

Ya Allah, Kau permudahkanlah kehidupanku, pekerjaanku, perniagaanku, jodohku, rezekiku dan kesejahteraan kepada kedua ibubapaku, adik beradiku, anak2 buahku, makcikku, sepupu2ku, teman2ku dan seluruh umat Islam. Jauhkanlah kami dari perasaan hasad dengki, busuk hati dan tamak haloba. Bersihkanlah hati kami..aminn Hayati bait2 lagu ini :-

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Semuga kita akan menjadi seorang insan yang lebih bertawakal..insyallah..amin.

Chao dulu!..

Daa

Hari Ini..

salamzz..

Cepatnya masa berlalu kan. Ari ni dah kembali ari senin. Biasa la is a mondy blue day. Nak buat keje pun malas sket rasanya..hehhe.

Sejak 2-3 hari ni badan terasa tul letih. Almaklum le umur pun dah meningkat ni mcam2 la rasakan. Tambahan dengan keadaan cuaca yang tengah panas ni. Tapi aku tetap bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Ujung minggu baru2 ini aku berkampung di rumah adikku di Sg Buluh. Yang aku x tahan rumah dia memang panas. Mandi pun x terasa. At least rumah aku di Subang masih ok. Mgkin sebab tak de ruang angin tu yang buat lagi panas. Air kolamnya pun panas..aduss.

Apa lagi nak citer ek! nanti aku update kemudian la..

Chao dulu..

Daa

Rahsia Hati

Salam..

Aku sebenarnya terharu, amat terharu. Aku tak sangka ada jugak seorang insan yang sudi berkawan dengan diri ini. Dan yang paling membuatkan aku tk percaya ingin menjadikan aku suri hidupnya..alangkah bahagianya diri ku..tapi aku terpaksa kuburkan perasaan aku. Aku tidak mahu diriku digelar 'perampas'. Dan aku bukan seorang yang suka meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Dari kecil lagi aku memang tidak diajar untuk berbuat begitu. Aku lahir dari keluarga yang kuat pegangan ugama. Aku tak sanggup untuk menyakiti kaum sejenis ku. Aku selalu meletakkan diriku jika sekiranya aku berada di tempat itu..so lebih baik aku tidak mencari masalah..am I rite..nanti sendiri yang susah..lu pikir la sendiri..hehehe

Aku tak dapat menahan airmataku dari jatuh berguguran. Berulang kali aku baca titipannya. Aku turut merasai apa yang dia rasai..kalau aku ni ikutkan hati memang akan menjadi terus..huhu..tapi aku mash berfikiran waras dan tau apa yang aku lakukan. Walaupun ianya pahit aku akan telan jua demi untuk kebahagiaan mu.

Terima kasih sayangku..i really appreciate it very much.

Daa..

Doa Selamat

Salam..

Firstly aku ingin memanjatkan kesyukuran, kerana pada hari Jumaat malam (22/10/2010) telah selamat mengadakan kenduri doa selamat di kedai No. 80, Jlan Bidara 603, Saujana Utama 3. Alhamdullillah.

Alhamdulillah setakat ni progress berjalan dengan baik dan insyallah real opening akan diadakan pada hari Rabu 27/10/2010. Doa2kan lah semuga segala2nya berjalan dengan lancar. Aku pun sebenarnya risau jugak. Macam2 bermain di kepala otak aku ni. Yang paling kesian adik aku le, nak makan pn tak talu memikirkan tentang semua perancangan ni. Dah le dia yang buat dan involve dari awal lagi. Aku benar2 harap adik aku lebih kuat semangat. Memang la perit tambah2 waktu2 sebegini kan..

Aku akan sentiasa berdoa agar segala2nya akan berjalan dengan lancar..aminn..

Kita akan bertemu di catatan seterusnya..

Daaa..

Thursday, October 14, 2010

Semalam

Salam..

Aku rasa mcm semakin malas nak update blog ni..hehehe. Lagipun x de cerita menarik yang nak ku ceritakan.

Semalam co aku ada press conference kat damansara perdana. So around 4.30 aku keluar dan terus ke sana. Masa aku tiba tu semuanya dah selesai, almaklum le aku datang kemudian sebab ofis teda orang. Selepas tu we all procid makan kat Babba gummers kat the curve.

Tengahari semalam seperti selalu abg 'a' menegurku. Kami bersembang mcm selalu. Tiba2 cara dia bersembang buat aku sedih. Tak payah la nak ingatkan aku pasal usia aku. Aku mmg sedar pun. Jangan kerana aku tidak menerima dirinya sesuka dan sesedap rasanya mengutuk aku..eleh orng lelaki ni biasa ler, kalau mengayat bukan main pandai lagi. Tapi sori la, aku bukan jenis perempuan yg suka mengambil kesempatan apatah lagi nak merobohkan masjid orang..jauhkanlah aku dari berbuat demikian..

Entahlah, kadang2 sikap orang lelaki ni buatkan aku bosan. Dah la ego. Mana leh nak paksa2 orang. Kita pun ada jugak our own maruah kan. Jangan samakan aku dengan orang lain.

Tu la yang malas aku nak sembang dah..aku nak chao dulu la..

Thursday, October 7, 2010

WUH 4996

Salam..

Rasakan bagai mimpi aku dapat bofren pada masa raya lepas. Masa tu cuti 31 Ogos aritu.Tak tergambar rasanya.Namanya WUH 4996. Warnaya yang grey medilion begitu memikat hatiku. Alhamdulillah apa yang aku mimpikan termakbul juga. Cuma aku belum berkesempatan mengenalinya dengan lebih dekat. Dah hampir sebulan aku tidak melihatnya.Minggu ni aku dah tak sabar nak mendampingi WUH ku..

Daa..

Tuesday, October 5, 2010

Mimpi dia lagi

Salamzz..,

Ish3 dah lama benor x update blog..ni tengah kemalasan tahap gaban. Lagipun keje tgh banyak. So x dapek le berbuat apa2 kan.

Yang aku nak cerita hari ini, malam tadi aku termimpi si dia. Dalam mimpi tu aku terima panggilan dari si dia ajak keluar. So aku pun keluar la. Sempat la gi makan2. Tapi aku x ckp banyak. Lepas tu kami terpisah sekejap, tp bila aku call dia jawap dia tengah tunggu aku..so bersambung kembali. Kami berjalan sampai turun naik bukit. Ntah kemana lokasinya aku pun x tau. Tiba2 aku terjatuh dan terus aku x tau kemana si dia. Aku berjumpa dengan school mate aku mintak tolong dia carikan si dia. Tp kawan aku kata dia kena jaga kedai smp kul 7 petang. Aku merayu2 menangis mintak kawan aku tolong. Aku pulak dah jenuh call tapi tak berjawab walaupun phone berbunyi. Akhirnya aku membiarkan ianya terus berlalu begitu saja..bila aku tersedar jam dah pukul 5 pagi..Ate..tak tau ler aku. Kesudahannya hanging gitu.

Adakah dia masih mengingati aku lagi???? I do not know the answer. Let him figure out himself..

Daa.