Tuesday, November 30, 2010

Kafe Ani Sup Utara Saujana Utama


Salam semua,

This picture was taken about 2 weeks ago..ni le buah hati aku n famili. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Masalah biasa la..

Jalan- Jalan Di Changkat






Salam..

Gambar2 kat atas tu tempat2 yg sempat aku, mie and muhaini ronda2 masa jalan2 raya aritu di changkat. Banyak jugak le perubahan kat situ. Ada setengah2 tempat mcm dah jadi scary place jer. Dulu2 di sinilah kami selalu lepak umah Azlin (sepupu muhaini) dan rashidah shahrani (class mate sek rendah). Memang kenangan sungguh. Rumah Muhaini pulak dah jadi tempat giat mara. Sempat le aku snap gambor surau tempat kami mengaji dulu. Bila ingat2 balik memang seronok..

Anda ada kenangan?

Monday, November 22, 2010

Jalan2 ke Melaka dan Seremban - 20 - 21/11/2010

Salamzz,

Tanpa dirancang, my bro ajak aku n my parents pegi jalan2 ke melaka last saturday. Ekceli depa ada wedding kat Alai..So kami ni pun juin le sekali.

Kami gerak dari umah kul 7.30 pagi and singgah minum pagi kat dengkil lebih kurang kul 8.40 pagi. After breakfast kami terus menyambung kembali perjalanan. Seronok rasanya sebab cuaca yang x berapa panas dan x berapa sejuk. Tapi yang boringnya jiwa aku pulak terasa sedikit sebak. Entah mengapa sepanjang perjalanan ke Melaka aku teringat 'dia'. Bergenang airmataku seketika. Aku mmg tak suka kalau perasaan ttg dia bertandang dlm kepala otak aku ni. Kalau betul2 'hubungan' kami confirm lain le cerita kan..aarggh!..bosan betul.

Kami tiba di melaka agak awal, lbh kurang kul 10 lebih. Apa lagi meround2 di kawasan kapal besar n muzium tldm. Sempat la memborong tit bits serba sedikit. Nak beli baju tak de yang sesuai..lagipun corak/pattern x menarik..hehhee

Kami sempat tukar baju kurung sebelum ke kenduri kawin kawan my bro. Sampai kat sana dah ramai la jugak orang. Juadahnya nasi bukhari, rendang daging, gulai kawah, pajeri nenas, tapai, dan sayur campur. Aku x lalu nak makan sebab bau nasik mcm daging kambing..lgipun aku x berapa lapar sangat kan...

Kami menginap di Seri Malaysia Air Keruh. Sempat call Hasnah 1 day before. Mujur masih ada bilik sebab musim cuti sekolah kan. After check in kami berehat, manakala anak2 buah ku sibuk berendam kat swimming pool. Kami keluar jalan2 ke pekan petang tu sebelum maghrib dan makan ikan bakar kat umbai. Nak kata menarik sangat tu teda jugak la..biasa2 jer.

Lepas balik dari makan kami jalan2 di town bandar hilir..Sesak jugak jalan. Mak aku tu dah le x larat nak jlan. Last2nya dia duduk, kami jer mencari barang yang mak aku nak. kami cari keropok bawang berperisa cokelat, kopi, strawberi. Sempat le jugak beli sekeping belacan..

The next day kami sekeluarga breakfast dengan Hasnah. Pagi tu Seri malaysia menerima kunjungan konvoi datuk zahid n the gang. Datin n anak2 dia pun turut serta. Sebelum balik pulak kami telah diberi penghargaan untuk sama2 lunch dengan Hasnah dan Zali. Kenyang tul seh!..

For Hasnah & Zali..thanks for the hospitality and generosity for having us at Seri Malaysia.. jangan lupa datang makan sup kat kafe kami pulak..

Dari Ayer Keroh kami ke Senawang sebab nak jumpa my dad's fren yang duduk sama2 bujang dulu. So kami bertandang kat sana dan from sana terus balik ke Sg Buluh.

Itu saja lah yang sempat aku update tuk kali ni..insyallah senang2 aku update cerita baru pulak ya..

Daa

Hari Raya Haji - 17/11/2010

Salamzz,

Tahun ni aku beraya di rumah my bro kat Saujana Utama Sg Buluh. Lgpun my parents still ada kat sini. So kira seronok la kami dapat berkumpul kat sini. Cuma adikku Ina je x juin sebab dia teda cuti. So mereka cuma beraya di Teluk Intan jer.

Menu raya kami tahun ni, lemang (beli jer), rendang ayam, nasi impit,kuah kacang, karipap n cokelat cake..meriah kan. Sori x sempat nak amik gambor..hehehe. Almaklum le tgh sibuk sangat. Tak sangka menjadi jugak cake aku tu..thanks addya. Lagipun senang je nak buatnya..

My dad pulak dah siap2 beli ubi kentang suruh aku buat karipap. Kesian pulak. Jadi aku pun buatkan je la untuk makan pagi raya tu..Alhmdulillah licin karipap yg aku buat.

Pagi raya after semayang raya, my 2 bros n my dad pegi masjid sebab we all sponsor sup untuk daging korban. So sama2 la tunjukkan muka kat situ kan. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Tahun ni kami x buat korban pun. Insyallah ada rezeki tahun depan..

Itu aje la akviti aku di hari raya aidil adha tahun ni..

Daa..

Tuesday, November 16, 2010

Terkurung

Salam..

Adus!!..pagi2 aku dah terkurung dalam lif kat komuter subang tu..sebaik masuk je aku x leh tekan button naik ke atas. Tekan butang ttp pun x berfungsi jugak. Tanpa berlengah aku apa lagi tekan la loceng kecemasan tu 2 x tp teda response. Kali ke-3 aku tekan kuat2 baru ada orang jawap. Aku bg tau lif x leh bukak. Once bukak aku terus naik tangga dan tren pun sampai..lega..

Lepas ni harus aku berfikir banyak kali nak gunakan lif tu lagi. Bukan apa sebab tadi aku bawak beg berat. Sebab malas nak naik tangga itu la jadinya..huhuhu

Moral of the stori len kali kena la naik tangga..hehehehe..

Monday, November 15, 2010

Estet Trailer by Mamat Khalid



Salam..

Hari sabtu lepas aku telah keluar dating dengan addya. Kami pegi menonton citer Estet di Midvalley. Sebelum tayangannya aku macam tak sabar nak tengok, tapi bila dah tengok tak de la sesedap mana. Cuma aku ucapkan terimakasih pada pengarahnya yang cuba memaparkan perpaduan semua kaum di Malaysia ni walaupun ianya berkisar kepada latarbelakang kaum india terutamanya di kawasan Estet yang banyak dimonopoli oleh kaum India. Persahabatan dua kaum tidak menghalang untuk sama2 memastikan segala apa juga rintangan dapat diatasi. Tapi yang kelakarnya tengok Farid Kamil bermadah dalam bahasa Tamil..hehehe

Dah abis tengok wayang kami ronda2 ke pasar malam Jalan TAR. Aku tak memborong apa pun cuma temankan addya jer..cuma aku beli botol air di JJ jer..

Makan-Makan




Salamzz..

Sekarang ni mcm malas je nak update blog..since ari ni ari senin, so aku pun tempel le cerita bagi mengisi 1st day of the week. Biasa la kan ari senin selalunya hari malas sedunia..hehehe

Mana la pulak peginya icon nak add gambor ni..huhuhu. Mcm mana nak donlod gambo..adus

Lihat lah gambar makanan2 yang telah didonloadkan. Masa ni kami sekeluarga makan2 di kampung. Adikku Halim yang masak nasi minyak ni..hmm yummy!

Thursday, November 4, 2010

Ronda2 dengan WUH

Akhirnya..aku memberanikan diri jugak membawa WUH meronda2 di keliling kawasan rumahku. Ketika itu jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Aku mengajak anak buahku ronda2 sekali. Kalau sorang2 tak berani lak aku, at least ada jugak orang nak berbual kan..

Yang bestnya time siang tak berani sungguh aku nak kuarkan WUH tu sebab tak yakin takut terkena pintu gate, tapi malam semalam senang je aku keluarkan..hahahha. Ni menunjukkan perkembangan yang positif. Parking pun aku dah pandai..wow!..tak sabarnya aku nak pandai..boleh le aku meround2 tempat yg jauh2 sket. Lama juga la aku meronda2 kat kawasan2 sekeliling ni..ngam2 jer aku sampai umah cerita Gelora di Hati Sara baru nak bermula. Tak leh miss sebab episod akhir..hehehe..

Out dulu la..

Daa

Finally...

Salam..
Malasnya nak update blog aku ni. Biasa la bila kemalasan tahap gaban ni. Tak jadi apa la kan..Baru2 ni 23/10/2010 kami sekeluarga buat doa selamat sempena pembukaan kafe Ani Sup Utara yang bertempat di Saujana Utama Sg. Buluh.

Finally, kafe ini selamat dibuka pada tarikh 29/10/2010. Punya la ramai orang datang.Alhamdulillah. Rasa cam tak cukup tangan. Aku tolong2 la mana2 yang patut. Lagipun 1st day kan..ramai yang dah lama menanya bila kafe ni nak bukak..so, segala2nya sudah terlaksana..aminn

Gambar akan diuplodkan kemudian..

Daa..