Monday, February 21, 2011

Jalan-Jalan

Salam..

Pagi semalam aku telah pegi breakfast di restoran Taj di area SJMC. Aku menerima pelawaan si Allison yang beria2 benar mengajak aku breakfast. Si Nora pun bawak anak2 dia. Kalau ikutkan aku mmg tak minat sangat nak bawak Nora tu. Tp memandangkan Allison dah ckp terpaksa la jugak. Si Nora bawak 2 orang anaknya sekali.

Setelah menghantar Nora balik, aku pun terus drive bawak si Allison ke Sg Buluh. Sempat le kami berdua mensopping kat Central Mart tu. Rupanya si Allison ni suka makan. Jadi semalam kira2 macam hari makan sedunia..hahhaa

Nanti next time boleh le aku bawak si Allison ni jalan2..hehehe

Friday, February 18, 2011

Lunch with Abang A..

Salam..

Tak sangka akhirnya aku bertemu juga dengan dia..ingatkan takut tak jadi balik ke sb dia dah mention mungkin dia bz dengan keje dia..for me it's ok la kan. Tak de la pikir sangat pun. Lagipun dia yang beria2 nak jumpa aku sangat.

Tiba2 pagi semalam dia ym aku dia dah 5 hari ada di KL. Tapi tak contact aku sebab apa????..rupanya tertinggal no aku kat diari dia di Turkmenistan tu..hahahaa..padan muka..dah kelam kabut nak balik masa tu, semuanya tinggal..hehehe. Aku tak komen apa2, malas.hheehe. Biarkanlah..

Kami lunch di madam kwan di empire shopping gallery. Aku masa tu kenyang jugak la. Order kway teow pun tak abis..cik abang tu makan chicken chop pn tak abis..dah kenyang..

Personally orangnya ok la..tp aku???no komen...

Daa

Wednesday, February 16, 2011

Minuman Petang

Salam..

Semalam semua rakyat malaysia bercuti sempena sambutan maulidur rasul 15/2/2011. Aku xtra rajin semalam dengan membuat karipap. Ini la dia hasilnya..



Puas dan kenyang la menyantap karipap semalam..hehehe

Daa.

Monday, February 14, 2011

Kematian

Salam,

Pada hari Jumaat lepas aku menerima perkabaran Wan Nik di Kg Susun meninggal dunia. Wan Nik merupakan sepupu kepada abah aku dan kami rapat. So, last Saturday kami sekeluarga balik menjenguk keluarga Wan Nik. Kami tak sempat melihat jenazah ketika sampai di sana.

Sempat le kami singgah di Kg Dhobi melihat rumah peninggalan arwah datukku. K.Long pun tak berani nak tinggal kat situ. K.Long sekarang tinggal dengan abah dan mak di Bemban. Cuma dalam seminggu tu abah akan tengok2 rumah pusaka tu..Sayang kan rumah tinggal cam tu..

Semasa on the way balik KL, kami dapat lagi satu berita pakcik ku sorang lagi meninggal..innalillah. Semuga arwah Wan Nik dan Pak Ee di tempatkan di kalangan orang2 berimana..amin.

Daa..

Gedering At Endah Parade

Salam..

Setelah sekian lama tidak bertemu, semalam kami telah berkumpul di rumah K.Ros di Endah Parade Seri Petaling. Si Julia mengorder nasi ayam. mihun sup n ayam penyet. Tak ramai sangat yang datang..gedering kali ni diserikan dengan kehadiran Ain AF8. Memang best sore minah ni..Sempat Ain mendendangkan beberapa buah lagu untuk kami semua..


Kami berada di rumah K.Ros sehingga jam 8 malam. Hujan agak lebat dengan guruh dan angin..Dari sana aku menghantar Sue ke KL Sentral dan bawak balik Addya yang parking keretanya di rumah aku..

Insyallah kita akan ketemu lagi..

Daa..

CNY Celebration

Salam..

Lately ni mmg malas bangat nak menulis di blog ni. Malas tahap gaban..huhuhu. Sebelum bercuti untuk CNY, aku sempat dinner dengan Kelly, Pei2 di Empire Gallery Subang Jaya di restoran Madam Kwan..besar sungguh potion makanan di sini. Jenuh nak abiskan.


Ini la portion chicken chop aku..besar kan..hehehe

Daa..

Terharu

Salam..

Pada 1/2/2011 warga kota KL/Putrajaya bercuti sempena sambutan hari wilayah. Tapi bagi aku tarikh ini keluargaku diselubungi kedukaan kerana kehilangan Chu yang kembali ke rahmatullah. Hari ini juga cik nik menyambut harijadinya yang ke 62.

Sebaik aku lepas breakfast K.Chu call aku ckp ada bad news yang Chu meninggal jam 8.30 pagi. Vannessa baik hati terus antar aku balik umah. Lepas tu kami terus ke putrajaya.

Kami terus ke Masjid Putra dimana Chu dimandi dan dikafankan di sana. Selepas semayang zohor jenazah Chu selamat dikebumikan di tanah perkuburan presint 20. Semuga roh Chu berada bersama2 di kalangan orang2 beriman..amin