Monday, May 30, 2011

Juadah - 30/5/2011

- sambal sotong

- masak lemak timun cina

As salam..juadahku untuk hari ini..

Daa..

Tuesday, May 24, 2011

Sayur Campur

As Salam,

Tgh hari ni aku cuma masak sayur campur. Yg lain aku bawak ikan masak sambal. Cik yang suruh bawak sebab tak de sapa nak makan. Save time aku sikit masak lauk..hehhe.
Inile sayur ku for today.


Daa..

Monday, May 23, 2011

Nur Kasih

As Salam,

Pada sabtu yang lepas (21/5/2011) aku ada facial appointmnt di summit kul 1 tghari. Malam sebelumnya addya dah bagi tau appointment tgk wayang tukar saturday as dia kena masuk opis pulak ari ahad semalam..kesian adikku itu..huhuhu.

So, aku keluar dari rumah lebih kurang 11 lebih sebb nak mengelakkan laluan di summit tu yang sentiasa jem..tensen tul. Bila dah selamat parking aku pun teruskan perjalananku ke panggung wayang tuk beli tiket. Bila dah tengok time yang ada dan message addya, aku pun beratur la beli tiket. Aku pilih pukul 4.30 takut facial aku lambat habis lak kan.

Bila addya sampai, aku dah siap abis buat facial. Kami pegi makan kat ayam penyet. Tak round kemana pun kat summit hari tu. Siap makan kami terus naik atas dan beli popcorn dan air tuk di bawak masuk.

Masa ni la satu kejadian lucu berlaku..si addya tengok tiket yang dia pegang. Tiba2 addya tanya :-

addya : k.intan, apasal tiket ni kul 12.30. dah lepas dah ni..
aku : ya ke addya, td aku ckp 4.30 kat kaunter tiket. aku yang silap cakap ke, dia yang silap dengar
addya : macm mana ni k.intan
aku : tak pe kita buat tak tau dulu. silap aku jugak sebab tak tengok masa beli tiket tadi. Maka kami berdua pun duduk jer la sementara nak tunggu wayang start.

Bila tempat kami ni ada orang claim dan budak panggung tu mintak tiket baru la dengan muka poyo aku ckp tak sengaja sebab aku mmg sepatutnya beli waktu 4.30 tp aku yang tak tengok time kat tiket tu. Aku tanya adik tu samada nak kena bayor extra ke. Dia kata tak payah, kami boleh sambung tengok..alhamdulillah syukur tak terkata. Padahal dlm hati aku dah cuak, malu pun ado..hehhee.

Daa
- hahahaha..poyo tul aku kan..

Itu la pengalaman pertama aku yang terjadi sebegini..next time harus berhati-hati kalau aku yang kena beli tiket..mgkin memory dah low x leh nak input banyak sangat..hehehe

Tertumpah jugak airmata aku tengk citer ni..kalau korang nak tau best ke tidak, tonton ler sendiri ye!..hehehe

Ai nak chow dulu..

Daa.

Pirates of Carribean

As salam..

Last Friday nite pegi nonton sama dengan group SLW di Summit. Ceritanya Pirates of the Carribean..best citer ni tengok gelagat jack sparrow. Mmg poyo tul..hehhee. Anyway mmg enjoy la citer dia. Tapi yang tak best tu jumpa Mr/Mrs Lee and family dan staff lain yang aku tak kenal..

Keseluruhannya citer ni memang best walaupun aku tak follow dari 1st season lagi..

Daa

Monday, May 16, 2011

Hidangan Hari Ini

As Salam..

Lately ni aku macam tersangat rajin nak bawa bekal ke ofis..bukan apa malas nak turun satu, lepas tu nak menghadap benda yang sama kat ofis ni pun satu hal..adoyai.
So, apa lagi, aku pun masak ler.



Tak sabar aku nak tunggu tengahari..sampai ke offis terus wallup..hahahhaa

Daa..

Fast Five OFFICIAL TRAILER ( Fast and Furious 5 Official Trailer )



As Salam..

Last Friday nite, aku pegi tengok wayang citer ni..best. Nak tunggu sambungan ke episod 6..dear, kita pegi tengok lagi ya..

Daa..

Saturday, May 14, 2011

Janji Temuku...13/5/2011

As Salam..

Semalam aku seperti di alam mimpi..jam 5.46 petang aku menerima pesanan ringkas dari seseorang nak ajak aku kuar..Aku ingat siapa sebab no phne lain. Tapi bila aku baca sekali lagi baru aku tau siapa gerangan orangnya. Dengan sepantas kilat aku membalas pesanan itu. Mesti la aku hepi sebab aku dah x jumpa dia setahun weh! mesti la aku gembira bangat..hehehhe

Mr Buj suruh aku datang ke Amcorp Mall. Time tu udahlah jem. Aku yang tak nak drive malam terpaksa le amik cab ke sana. Bukan apa, silau keter nanti buat aku gayat kome weh!..kalau dah terpaksa aku gagahkan jugak ler.heheheh

Aku naik cab dari Careffour Subang Jaya..Masa tu dah kul 7.30pm. Mr Buj dah call aku tanya aku kat mana. Ya la, susah nak dapat Cab tambah2 hari Jumaat kan. Mujur la teksi driver tu amik jalan yang tak jem. Cuma dekat Federal Highway sket yang
jem. Aku sampai lebih kurang 7.45 malam. Biarlah dia tunggu aku pulak. Selama ni aku jer yg asik tunggu dia..hehehe

Bukan main hepi lagi Mr Buj nampak aku. Terus tanya aku nak tengok wayang kat mana..hahaha. Aku cakap tak kisah la sebab jalan mmg jem. Dia tak percaya bila aku ckp kat amcorp mall tak de panggung wayang. Siap tanya guard kat situ..hah kan dah senyum simpul bila guard tu kata tak de. Last2nya pegi sunway piramid.

On da way pegi sunway piramid tu la mr buj dah terlajak jalan sehingga ke puchong. Jenuh nak mengonar. hampir sejam kami kat dalam keter..huhuhu. Sampai kat sunway pulak sibuk mr buj nak beli beg sebab nak masukkan ipad n phne dia..Bila beratur kat wayang atas tu punya la ramai. perut la lapar. kebanyakan kedai dah tutup. Lastnya aku ajak mr buj makan kat luar.

Adoi, masa nak keluar dlm sunway piramid tu pulak jem..Olmos 45 min's baru dapat keluar..lastnya pakcik tu bawak aku makan kat seksyen 14 PJ. Masa tu dah kul 10.45 pm.

Yang best kedai tu service dia bagus. Cepat jer order kami sampai. Aku order nasi goreng paprik n pakcik tu pulak order sup ekor n nasi goreng ikan masin. Punya la kami ni lapar, tak cakap apa2 pun masa makan..hehehe. Sehingga bersin dan berpeluh pakcik tu makan..hahaha.

Dah selesai makan masa tu kul 11.110. Rasa macam awal lagi, so pakcik tu tanya nak ke tengok wayang..aku jawap y not. dah la alang2 nak jumpa dia pun susah aku on jer la..hehehe. Kami terus shoot ke summit tgk wayang..citer apa??

We all tengok citer Fast &Furiost..action movie. best gak citernya. Aku tengok pakcik tu enjoy citer tu. Lama gak durationnya - 2 jam..huhuhu. Aku smp umah kul 2.15 pagi.

Hah!..itu la aktiviti yg dah lama aku tunggu. Setahun kami tak berjumpa dsebabkn kebiziannya. Dan semalam impian ku terlaksana..terima kasih sayang..miss u so much.

Hopefuly i still have a chance untuk aktiviti seterusnya dengan sayangku itu..aminn

I got to go now..see uols later.

Daa

Thursday, May 12, 2011

Dish for today

As Salam..

Hari ini menuku ialah ikan kurau masak asam. Bukan apa sebab terliur tengok Michelle masak lauk ikan kurau masak acar semalam. Cuma bezanya Michelle ikut Penang style. Dia pakai cuka. Aku pulak sebab rumah teda cuka so aku ubah le resepi tu guna air asam jawa..Nak tau resepinya..

IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahannya

1 keping ikan (tak kira la ikan kurau, ikan merah, ikan cencaru etc)
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2sudu biji sawi
2 biji cili hijau/merah
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan goreng sehingga agak garing.
2. Hiriskan bahan seperti halia, bawang besar, bawang putih
3. Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak
4. Tumiskan bahan2 yang dah siap dihiris
5. Bila dah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa
6. Gulai dah mendidih masukkan ikan
7. Masukkan cili hijau/merah. Belah dua cili ni. Kalau nak lagi pedas, bubuh la
cili padi.
8. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Dah siap..mudah kan..hehehe

Kalau nak lagi sedap biarkan semalaman. Pergh! sebab rasanya dah sebati. Memang best. Kalau nak cuba sila la. Tapi kalau ikut Penang style instead guna asam jawa, kita boleh guna sedikit cuka. Rasanya ada la sikit perbezaan. Pemilihan ikan tak kisah, in fact ikan kembung/ikan selar pun sedap jugak masak ni. Kira sesuai la.

So, kepada sesiapa nak mencuba sila la. Ni dia gambar dishes yang aku masak semalam tu..layanzzz..

- sayur tumis dengan daging


- ikan kurau masak asam

Adakah anda terliur?.....


Daaa..

Wednesday, May 11, 2011

Sandakan oh Sandakan

As



Salam..

Tak abih2 lagi citer pasal Sandakan..hehehe.Aku tepekkan lagi a few photos sewaktu trip ke Sandakan baru-baru ini..antara kenangan yang sempat di rakam..

Out dulu..tengah teda idea ni..kita jumpa lagi di next n3..

Daa...

Akibat Kasut..

As Salam,

Bulan lepas aku beli sports shoes yang baru. Yang lama tu ada brand Nike, tp aku risau nak pakai sebab tapaknya licin. Lagipun masa tu nak holiday ke sandakan bersama kawan2 sekolahku. Xana kata masuk utan, tu yang nak tak nak beli la jugak. Kasut ni mmg sedap dipakai, tapi apa jadi selepasnya, ini la akibatnya..huhuhu

- takut nak tengok -


- wajah kuku yang dah tercabut -

Balik2 jer kat rumah aku tgk kuku kaki ku itu dah lembik. Penuh dengan air. Lagipun masa tu tak rasa sakit sangat..bila dah keluar air baru la rasa pedih. Ada sikit Nanah dan darah. Aku mula la letak minyak gamat. Tapi air yang bertakung kat dalam tu x abis2. Aku pun pegi jumpa doktor dan doktor tepaksa balut kaki kanan aku tu.

Aku risau jugak kalau doktor nak korek kaki aku ini..alhmdulillah dah tanggal kukunya ni baru le aku lega sikit dan dah beransur baik. Nak tunggu kuku yang sebelah kiri ni pulak tanggal..

Mungkin ketat sangat kut kasut yang aku pakai tu..huhuhu. Seriau nak pakai kasut yang bertutup dah sekarang ni..huhuhu

Daaa..

Hari ku Yang Rajin

As Salam..

Pagi tadi aku bangun kul 6.45 pagi. Tujuannya sebab nak masak..hehee. Semalam aku sempat melilau kat Carefour cari barang2 apa yang nak dimasak pagi ni. Nak tau apa yang aku beli..jeng jeng jeng..aku beli sayur 3 jenis, udang tuk buat perencah dengan santan.

Malam tadi aku masak ikan bilis goreng cili..sebab senang pagi2 x yah nak kelam kabut. Pagi ni pulak ingat nak tumis sayur sawi tu jer, alih2 terpaksa buat sambal tumis udang yang aku beli tu..nak tau kenapa???? sebabnya aku tengok expiry date esok 12/5/2011. Ater, terpaksa le aku tumiskan..kalu nak tunggu esok ntah aku nak masak ke tidak. Bab2 memasak ni semenornya ikut mood.

Ini la dia hasil tanganku hari ini..

- sambal tumis udang dengan ikan bilis berlada

- sayur sawi tumis air

- brekfast ku jua di pagi ini

Sedap x sedap belakang kira kan..janji sendiri telan..hehehe

Daaa...

Monday, May 9, 2011

Teman Baru..heheheehe

As salam..

D sini ingin ku paparkan teman baruku ketika di Sandakan..hehehehe



Ensem kan..time aku jer dia toleh..masa geng2 aku yang lain bergambar, dia x heran pung..hehehee. Aku ni ada aura kut..kih kih kih

Layanzzz..

Daa

Wednesday, May 4, 2011

Dia dan dia..

As salam..

Di ketika ini aku rasa mcm seseorang menghargai diriku walaupun ku tahu statusnya. Dalam pada tu aku kesihan padanya tak kurang juga rasa bersalah. Apa yang harus aku lalukan. Aku cuma ingin merasai/menumpang sedikit rasa kasih dan sayang. Tak lebih dari itu. Selama ini aku tak pernah aku merasakan diriku dihargai sebegitu dan disayangi sepenuh hati. Bukan setakat chatting hari2 tapi sanggup call aku dari Turkmenistan demi aku..terharu sungguh aku. Tapi setakat ini aku masih dapat control diriku..insyallah. Cuma aku tak nak kehilangannya kerana bagi aku dia terlalu istimewa..

Yang lagi satu ni terlalu sibuk dengan aktiviti tugasannya..aku pun tak mengerti. lagipun dia dah bg tau aku yang dia kureng tertarik padaku dengan alasan aku tak romantik..tp kenapa masih nak sms aku lagi, miss me lagi, luv you lagi..aku tau dlm masa yang sama dia x nak kehilangan aku sebab...nak tau sebab apa? Biarlah rahsia..
Aku cuma berdoa agar di suatu hari dia akan realize jugak. Buat masa ni aku tak nak memaksa..aku jez nak tengok flow mcm mana..aku akan ikut jer rentak dia dulu dan kumpul semuanya barulah aku bertindak. Langsung dia tak nak jaga hati dan perasaan aku..promisenya berkati2 tp satu pun belum fulfill..huhuhu. Aku yakin insyallah satu hari nanti dia akan falls kat aku jugak..it is not revenge tapi satu pengajaran pada dia..Tuhan tu Maha Kaya, semuga akan dibukakan hatinya untuk menjadi seorang insan yang lebih bertakwa kepadaNya.amin