Wednesday, June 22, 2011

LaddaLand - 21/6/2011

As Salam..

Petang semalam aku mcm tak percaya aku received satu pesanan tanya nak jumpa tak malam ni..waduh2 seronok tak terkata. Cepat2 aku katakan ya dan kami jumpa di Amcorp Mall around 7 p.m. Jangan cakap le Federal Highway jem selepas melepasi PJ Hilton tapi bergerak la, so tak de le tensi sangat kan. Risau nanti orang tu tunggu lama pulak. Aku mcm biasa drebar merah putih tu ler yang tolong hantar..hehehe. Dia dah tunggu aku kat depan padang. Tapi kali ini dia tunggu x lama sangat ler.

Turun je dari keter merah putih tu pintu keter VIOS dah sedia terbuka tuk aku..wah! mcm princess le pulak.hehehe. Setiap kali jumpa mesti dia tanya nak ke mana? Paham2 je la time2 cenggitu memang ler jem tambah2 menghala ke KL. Tak sanggup aku. Lagipun hari bekerja malas nak balik lambat. So lastnya pegi summit jugak la. Dia nak tengok wayang. Aku lagi suka sb dekat dengan rumah aku..hehhee

Kami sampai kat summit lebih kurang 7.50 malam. So 1st step kitaorang tengok listing wayang and agrees tuk tengok citer seram. Aku nak tengok KL gangster tapi orang tu tak suka nak tengok citer melayu, so we all pilih ler citer seremm Thai Laddaland. Ni la dia sinopis ceritanya.

Synopsis:
Buying a home is a dream that everyone strives for. Thee is one of millions in Bangkok that cannot afford a home, much less a spacious home on his meager staff salary. One day, a huge job opportunity knocks on his door and Thee accepts a position at a company located in northern Thailand. Without hesitation, Thee decides to leave his old life and move his family to Laddaland in Chiang Mai. Little does he realize that a Burmese maid is brutally murdered at a neighbor's house. Savagely beaten, her mangled body is found stuffed inside the refrigerator. Death is something we all must face soon or later, but in Laddaland it's your dead neighbors is what you must deal with.


Bagi aku ok la citer ni tapi tak la scary sangat cuma dia ada suspen sikit..hehhee. Nak tunggu habis punya la lama benor rasanya. Kami tengok kul 9 pm and ending at 11 pm. Masa ni la perut kami berkeroncong kelaparan. Aku bawak dia makan berhampiran stesen shell nearby summit tu. Around 11.45 aku dah sampai rumah.

Thank you sayang sebab sudi keluar dengan ai..miss you and save driving to Kemaman today..mmmmuaah.

Daa..

Monday, June 20, 2011

Berakhirlah Sudah..

As Salam..

Terlebih dahulu ucapan Selamat Pengantin Baru kepadanya yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 2/7/2011. Yang aku geram tu apasal kawin bulan besday aku..huhuhu.

Tapi not to worry la, I redha akan perkahwinan you. I sedar diri ini tak punya apa2 pun untuk duduk sama tinggi dengan awak. Saya mmg dah lama x harap apa2 pun dari awak. Semuanya sy dah halalkan.Kalau tidak smp hari ni hidup aku tak tenang dan tenteram kan kan kan..

Dengar2 pasangannya dari kampung nun di Terengganu jugak, anak kepada seorang datuk dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang bisneswoman, so padan la dengan dia. Lepas ni aku tak nak ada satu jejak pun tentang dia. Aku tak harapkan apa2 jemputan dari nya. Kalau ada pun aku x nak pegi, nak buat apa?

Aku rasa hanya itu yang mampu untuk aku luahkan. Semuga kehidupan anda berbahagia di dunia dan di akhirat. Aku akan hapuskan jejakmu dari kotak ingatanku.

Selamat Tinggal dan Selamat Berbahagia..

Daa.

Wednesday, June 15, 2011

Haruskah!!

As Salam..

Haruskah aku teruskan sedangkan memang sudah jelas dan nyata. Aku tidak mahu hidupku terus dibelenggu oleh rasa bersalah dan rasa berdosa di sepanjang kehidupanku. Cukup2 lah apa yang telah berlaku. Aku bersyukur kerana aku tidak mengingatinya langsung sepanjang 2 minggu ini. Cuma ianya sedikit tergugat apabila semalam dia menghubungiku. Aku memang dah agak pun..tapi aku teda mood sebenarnya nak sembang atau nak tau cerita dia. Bagi aku dah tak de excitedment.

Aku harus mencari jalan bagaimana untuk mengakhirinya tanpa melukakan hatinya. Semua orang buat silap. Sedarlah..dah banyak kejadian ini di alam realiti. Aku tidak mahu menjadi penyebabnya..Lagipun siapalah aku untuk berkata apa2. Lebih baik aku angkat kaki dulu sebelum apa2 terjadi.

Terima kasih di atas segala2nya. Selamat Tinggal.

Daa..

Tuesday, June 14, 2011

Kenapa?

As Salam..

Maleh benor rasanya nak update blog ni..memang kena tunggu time dan mood yang sesuai baru syok nak update...hehehe

Hari ini aku dah duga 'dia'mesti call aku punya, sebab dah 2 minggu dia tak berbuat demikian. Al maklum le baru balik dari melepaskan rindu di kampung halaman. Aku memang sengaja tak on ym aku sebab aku maleh nak bercakp/bersembang dengannya. Mood tadak. Tapi terpaksa juga le 'berbual' sebab dia call aku..huhuhu

Yang sorang lagi ni pulak sibuk memanjang. Aku anto sms last Friday, smp ari ni tak berjawap..mencik tul. Lantak lah. Malas aku nak kesah dah. Sebenornya aku rindu sangt kat dia..hehehe. Nak buat cemana, terima jer la..

Orang yang kita tak expect nak call, dia call. Orang yg kita tunggu tak nak pulak call..adoii!!!

Apa2 pun suka hati lah..

Daa..

Monday, June 13, 2011

Gedering di Putrajaya

Jalan-Jalan Ke Putrajaya
Tarikh : 12/6/2011
Tempat : Maritime Club Putrajaya

As Salam..

Firstly thanks to all frens for our lawatan/gedering di Putrajaya semalam. Memang happening ler walaupun 6 orang jer yang menghadirkan diri..

Perjalanan bermula dari seawal 9.00 pagi aku bergerak dari rumah dan berjumpa Rozana di KTM Subang menuju ke KL Sentral untuk bertemu dengan Ina di sana. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke Putrajaya dengan menaiki KLIA Express. Ekceli kume bertiga ni tak pronah naik tren laju ni..jadi peghak le sikit..hehehe. Namun perjalanan kami berjalan dengan lancar, alhmdulillah.

Kami tiba di Putrajaya Sentral dalam pukul 11.20 macam tu ler. Puji menjemput kami dengan kreta Inspira warna putih..hehehe..Masuk je dalam kereta acara pertama gelak dulu..he he he..Lepas tu Puji bawak kami ke Masjid Putrajaya untuk bertemu dengan Baya pulak. Aku ingatkan Baya dah sampai ghopenya kume kena tunggu dia..hehehe

Sepanjang kume berada di Putrajaya ni Pujilah yang menjadi tourist guide..hehehe. Lagipun kan dia duduk di sana. So meronda le kami menikmati keindahan yang ada di Putrajaya. Masa ni Xana lum sampai lagi..Xana sampai masa kume semua dah abih makan..ajenya..he he he.

Puji membawa kume ke Maritime Club untuk bersantai. Kat sini ada swimming pool kat tingkat atas. Tujuannya memang nak berendam.Lagipun ari minggu tak ramai orang sangat. So tempatnya memang cozy dan nyaman..macam2 ada kat sini. Tempat solat pun bersih jer..Boleh le bawak anak2 bersantai kat sini, nyambey2 tu leh le baca novel. Deme yang bawak baju mandi pun last2nya tak jadi mandi..hehehe. Ate penuh le pulak orang kat swimming pool termasuk le Miki anak Puji berendam kat situ.hehehe..Pemandanganya pun memang menarik sebab mengadap tasik yang punya macam2 aktiviti. Kalau nak naik cruise pn leh round dalam ½ jam. Tapi kami cuma gebang jer..

Dari situ Puji bawak kami ke Taman Warisan tuk menikmati cendol/ais kacang. Macam2 herba dan pokok2 buah yang ada kat sini. Ramai juga orang petang semalam sebab nak nengok konsert akhir AF kat Dataran Putrajaya Presint 3. Aku semalam pun tak tengok habih konsert tu..ngantuk benor. Tapi juaranya aku dah tau Hazama..he he he

So geng, ai stop kat sini dulu ler..tak mandang idea..hehehe..Tunggu le Ina/Zana donlod gambor yang lain pulak..

Sebelum mengundur diri teman mewakili kawan2 yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada husband Baya yang menaja makanan kami semalam. Dan terima kasih juga pada Baya sebab sudi buat cekodok yang sedap buat santapan kami..Rugi kome semua x dapat rasa cekodok Baya..he he he. Agenda seterusnya we are looking forward to Singapore…ate apa lagi jom le kome..tunggu updatenya di FB dan email..

Akhirkata sepuluh jari ku susun jika sekiranya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan, harap maaf ya kengkawan..

Ai chao dulu..

Wassalam
~ Intan ~