Monday, August 22, 2011

Cabutan Bertuah


As Salam..

Lihat gambar di atas..aku menang! yeay!
Tapi itu hanyalah sementara saja? Sebab apa? Sebab dia suruh aku beli barang lain tuk dapatkan hadiah free tu..Bukan main le salesgirl tu promote nak yakinkan aku dengan cik. Aku tau tektik depa tu cuma nak perangkap kita suruh beli barang.

Tak pe la aku tak kisah dan tak terkilan pun. Cuma saje je bagi muka sikit kat depa..hehehehe.

Hati Yang Gembira..

As Salam,

Setelah hampir 2 minggu aku menanti panggilan dan sms darinya akhirnya berhasil. Aku tak menyangka pada petang jumaat hari tu @ 5.32pm mr buj call. Tapi sayangnya di ketika itu aku tak dengar panggilannya..huhuhu. Aku ingatkan mek ha yang miss call. 2nd all Mek Ha aku jawap. Jadi aku tak pedulikan siapa yang miss call aku tu. Sempat aku singgah di bazar ramadhan beli kueh.

Bila tiba kat rumah time aku nak semayang asar, aku tengok balik le siapa gerangan yang missed call aku. Bila nampak namanya terpampang dalm skrin telefon, hati aku sayu sebab tak sempat nak jawap call dia. Menyesal pun ada. Dah le nak dapatkan panggilan dia memang susah. Dia call aku dari pejabatnya. Aku dial balik no pejabat dia tapi x berjawap..aku cuba pulak call handphne dia. Lama baru dia angkat dan cakap.." i call u balik." adus!! Bila setiap hari aku tgk phne tak de pulak nak call ke sms ke, tapi bila aku tak ingat dan buat tak tau ada pulak dia call/sms. Aku tunggu sampai pukul 7 tak juga dia call aku balik. Last2nya aku sms dia kata sori kalau call aku tu kacau dia n bagi tau dia really miss him so much. Aku tahu sure dia x reply punya kan..so aku biarkan jer la. Tiba2 aku dengar ringtone sms aku berbunyi dan aku nampak dia reply sms aku..alhmdulillah. Katanya dia pun rindu sangat aku tp bz..huhuhu..Yang penting aku tau dia ingat aku dan dia sihat. Kadang2 kesian jugak kat dia sebab x de masa nak berehat. Itupun dia kena adjust masa kalau nak keluar ngan aku..tak pe la cik abang sayang, kalau ada rezeki tak kemana..insyallah!. Hepi le aku hari jumaat tu. Berkali2 tengok sms tu. Rasa macam so touching and keikhlasan darinya..hehehehe

On saturday pulak masa aku tengah sibuk melayan kawan2 yang berbuka di kafe aku di Saujana Utama, aku terima lagi smsnya..Hepinya aku. Terus aku reply. Tapi tak cerita banyak. Aku sampai rumah kul 12.40 am. Sempat lepak dengan mek ha kat kedai makan lagi..hehehe. Masa tu aku hantar dia balik umah.

Malam semalam aku pulak anto sms kat dia dalam pukul 9.30 lepas aku semayang isyak. Mcm biasa aku x le harap pun dia nak reply, tp cepat sungguh dapt reply dari dia..syukur alhmdulillah. Aku tanya dia kat mana, katanya dia kat Kemaman. Aku suarakan padanya bila nak keluar berbuka. Katanya nanti dia adjust. Bukan apa, aku nak jumpa dia nak salam dengan dia, nak mintak maaf dengan dia..sebab kalau nak jumpa dia pun mesti selepas raya..lama tu. Masa time raya banyak sangat kena entertain boss pulak jamuan hariraya. Kan aku dah bg tau, dia memang busy sokmo..huhuhu

Walau apa pun, aku tak la berharap sangat dia dapat fulfill time dia tuk buka pose dgn aku. Kalau ada rezeki aku, insyallah. Semuga dipermudahkan segalanya buat kami.

Inilah dia coretan aku buat kali ini..nanti ada idea lagi aku sambung lagi ek!..hehehe

Daa




Buka Puasa Gedering ESLW

As Salam,

Last Saturday we have buka puasa gedering at my kafe Ani Sup Utara at Saujana Utama Sg. Buluh. Happening jugak le walaupun ada beberapa jemputan yang tidak dapat untuk menghadirkan diri.

Below is the report..

Hola geng,

Yeay, happening jugak Get2Gether kita semalam ye! Alhamdulilllah. Sy nak ucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga di atas kehadiran kawan2 semua pada majlis get2Gether semalam.

Saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan layanan yang tidak memuaskan semasa jamuan kita berlangsung..Harap semuanya kenyang ye semalam.Thanks to K. Azmah yang bawak buah pulasan..dah lama benor teman tak makan buah pulasan ni..hehehe. Juga timakasih pada wife yusri yang buat karipap..yummy dan special thanks buat Kamal & Salinda yang bawak biskut2 raya, memang sedap la Kamal. Kalau nak order leh tak. hehehe, Adik ipar aku n anaknya suka biskut ijau & biskut yg ada kacang tu, tp as for me aku suka semua..hehehhe.

Thanks SP & Yus for the lovely photo..cepatnya dah upload..hehehe
Lagi satu Lai Seang & Zarina Mokhtar send their regards to uols..Maap kan den yo, terlupo nak bagitau..hehehe

Di sini juga sy ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan selamat hari raya & hepi holidays buat kawan2 semua..semuga kita berjumpa di gedering yang seterusnya..insyallah.

Terima kasih semua.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daa...


Thursday, August 18, 2011

Ke manakah dia...

As salam..

Da hampir 2 minggu dia sengap. Aku punya sms semua dia tak reply. Last aku terima call dia pada 7/8/2011 ari tu..huhuhu.Takkan le loghat benor bizinya smp x de masa seminit pun nak reply.uwaaaa.

Tapi apa yang aku leh buat., sabor jer la. Sakit hati pun ado. Mencik la. Orang yang pentingkan diri dia sendiri mmg susah. Asik kita je kena jaga hati dia..uwaaa (nanes lagi... sampai ati miker..sob sob sob.

Lantak ler yeop ooi, suka hati hati mike ler. Teman udah tak kose. Kalau ada secebis ingatan mike reply ler/call ke. Kalau idak teman dah maleh, cuma teman akan sms mike masa rayer je le nanti. Itupun terpulang le pada mike nak reply ke idak..

Teman tak berharap tapi teman sedih le kalu mike udah tak ingat teman..anyway take care sayangku..

Daa..

Monday, August 15, 2011

Rindu Bertandang Lagi..

As Salam..

Dah hampir 2 minggu tak kedengaran cerita tentang dia..memang bizi giler le tu..apo nak buek..takkan aku nak paksa dia pulak kan. 2 x aku anto sms dia tak reply..huhuhu.Kalau ikutkan rasa hati memang ler geram. Tp bulan2 pose ni aku malas la nak marah2 ke apa ke kan. Malas aku nak merenyih/menggedik., nanti tak pasal2 aku jugak yang kena marah pulak. Biarlah dia nak reply dengan keikhlasan hati dia.

Bukannya apa, cuma perasaan rindu aku tu bertandang. Tak tau aku nak gambarkan cemana kan. Simpan jer la sorang2. Jangan diharap pada sesuatu yang belum pasti. Aku kena banyak istigfar. Kalau ada rezeki tak kan kemana..betul tak?hehehehe

Aku nak out dulu..

Daa..

Thursday, August 11, 2011

Ungkapan Puitis

As Salam..

Hatiku tersentuh bila ku baca statement dibawah ini yg tertera dari fb seorang producer tv3..credit to you cik Intan Suraya..:)

Adakala..kita terlupa
Orang yang romantik itu
Adalah orang yang paling setia cintanya
Dari orang yang romantis giler
Tapi lazimnya crocodile...

Memang dalam maksud ungkapan ini..apa pendapat anda semua? Lu pikir la sendiri..hehehe

Daa..

Ceritaku..

As salam..

Hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Cepat jer masa berlalu kan. Semalam aku planning nak pegi bazar ramadhan tapi fail jugak nak singgah sebab ujan renyai2. Aku pun menonong jer la balik rumah. Mujur le semalam cik buat cucur bawang. Ada la kueh tuk berbuka puasa semalam..alhmdulillah. Ajak anak buah aku katanya tak mau sebab nak berjimat..lagi sedap. Bagus jugak, at least aku leh le kontrol sket keborosan di bulan ramadhan ni.hehee.

Tahun ni juga aku masih belum berkesempatan tuk menunaikan semayang terawih. Tak tahulah kenapa tahap kemalasan aku melanda..lagipun perut aku tak sedap tahun ni.Yang penting aku perbetulkan semayang 5 wktu aku..Insyallah kalau ok, malam ni aku nak cuba pegi terawih..mudah2an dipermudahkan..

Apa yang aku nak cerita ni pada ahad lepas, aku menerima panggilan dari Mr Buj@ 10.20p.m. Masa tu he's on the way coming back from Kemaman. Jem katanya. Bukan main ceria jer suara dia, siap gurau2 lebih..hepi la aku kan..katanya nak berbuka puasa dengan aku, tapi entah bila. Cuma katanya ujung minggu dia kena ke Kemaman entertain kawasan bossnya. So aku no komen ler dan aku tak de la harap sangat kan sebab kesibukan dia. Jadi aku tak memaksa. Orang lelaki ni tak suka kalau kita paksa2 sangat. Jez be urself..so tak de la kita kecik hati sangat kan.

Aktiviti bulan puasa ni tak de yang menarik sngat pun..cuma kita kena lebihkan amalan kita ke arah kebaikan.

Aku stop sini dulu ler..nanti sambung lagi..

Daa..

Friday, August 5, 2011

Sms

As Salam..

Rabu yang lepas aku terima kiriman sms dari Mr. Buj @7.02pm sebelum waktu berbuka pose. He miz me so much katanya. Itu aje. Entah la Mr Buj tu ikut angin kalau nak reply sms. Tu yang kadang2 buat aku sakit hati tu..huhuhu. As long dia nak sms ok la kan. Aku sekarang ni malas nak sms banyak2. Aku pun ikut jer la rentak dia.

Yang sorang lagi tu nun di Turkmenistan tu rindu jugak tu..Tapi aku x kisah sangat sebab dia selalu berhubung ngan aku. Tapi yang dekat ni yg ikut mood dia nak sms/call aku..huhuhu.

Tak kisahlah beb!..suka hati korang ler..kalau tegur aku jawap, kalau tidak lantak lah. Ada aku kisah..asik aku je yang ingat kat orang..mereka2 itu ada kisahkan aku..
huhuhu..

Namun aku tetap insan yang mulia sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka semua..semuga beroleh kesejahteraan dan selamat berbuka puasa abang2 ku syang..^_^

Daa..

Time Rajin

As Salam semua..

Seminggu sebelum pose aku ada sifat terajin sikit. Sempat le masak bawak ke ofis. Last menu yang sempat aku hidangkan ialah sup ayam dan gulai lemak sayur sawi batang putih.




Sebelum tu,the day before aku sempat buat karipap untuk menghilangkan kempunan..hehehe

Ini lah dia hasilnya..

Daa

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 2011

As Salam..

Hari ini merupakan hari pertama umat islam menunaikan ibadah puasa untuk tahun 2011. Tapi yang tak menariknya aku tak dapat nak berpuasa untuk 1st day ni..apa lagi 'bendera merah' le wah ooi!..huhuhu. Rasa tak seronoknya. Last year aku gumbira sebab dapat sama2 pegi buat terawih awal2 pose dulu..Namun aku redha.

Tiada apa yg menarik untuk aku ceritakan di sini. Cuma aku tak sangka pulak Mr Buj reply sms aku selamat berpuasa. Aku rasa rugi sebab tak sempat nak jumpa Mr Buj ari Jumaat lalu. Aku pun tak sangka la dia nak jumpa aku. Mana aku nak tau la kan. Bila aku free dia pulak tak free. Takkan aku x leh nak buat rancangan lain pulak semata2 nak tunggu dia. Memang pada dasarnya aku frust la kan. Tapi aku yakin semuanya ada hikmah. Tak tau le pulak kalau bulan pose tahun ni dia teringin nak berbuka dengan aku..Tapi aku tak berharap pun. Cuma aku dah suarakan keigininan aku tu, tp dia tak kata apa2 pung. Biarlah..aku tak akan memaksa. Aku nak dia keluar dengan aku dengan keikhlasan, bukannya paksaan.

Aku berdoa dan bermohon pada Tuhan agar puasaku tahun ni lebih bermakna dan diberkati..aminn. Aku juga bermohon agar Tuhan memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua orang tuaku, diriku, adik beradikku, kakakku, teman2ku,tak terkecuali buat abgku tersyang mr buj.

Sekali lagi ucapan Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka buat semua!..

Daa..