Monday, September 26, 2011

Jamuan/Gedering Raya di Rumah Anum - 24/9/2011

As Salam..

Hari sabtu yang lepas, kami berkumpul di rumah Anum di Damansara Utama. Punya la riuhnya. Itu memang simptom biasa ler bagi geng2 convent 85 ni..hehehe.

Pertamanya aku nak ucapkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan rumahnya Anum di atas jemputan ke kediamannya di Damansara Utama. Alhamdulillah perjumpaan kami ni suksess ler..meriah sungguh..Hidangan yang disajikan walaupun simple tapi sedap especially nasi lemaknya. Yang tak bestnya aku x berapa menikmati makanan pada hari tu sebab tak sihat. Jadi selera pun kureng...huhu




Tengok le antara aksi2 yang sempat dirakam..hehehe. Seperti biasa kepala kantornya Puji le..tanpa dia memang tak meriah..hehehe. Inilah geng2 yg paling best yang mengelilingi kehidupan aku..semuga ikatan ukhwah kita akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat..amin

Kita jumpa next n3 pulak ya!..insyallah.

Daa

Demam

As Salam..

Minggu lepas hari yng paling menyakitkan dalam hidupku. Apa taknya aku diserang demam urat. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya. Nak tidur pun x boleh. Semua sendi2 menyucuk2 sakitnya. Aku dah terpikir 'nak mati ke aku ni. Ya Allah, aku belum cukup amal ibadatku.." memang menangis ler. Itupun dah pegi klinik tu..

2nd time aku pegi lagi sekali klinik, sebab takut le denggi ke kan..sebab simptom denggi pun kan sakit2 badan..huhuhu..Syukur alhamdulillah bukan..doktor bagi aku ubat yang sama jugak..jenuh jugak le aku takut ubatnya x sesuai pulak kan.

Tapi hari ini syukur alhamdulillah, aku dah beransur pulih. Cuma lenguh2 dan sengal2 tu masih ada sikit2 lagi. Selera makan aku pun hari ni ok sikit. Pagi tadi aku berselera makan roti jala. Syukur sangat2..minggu ni aku tak ke kedai pun. Tak larat aku nak drive..dah make known to my brother tak leh nak datang.

Sekarang ni penyakit pun macam2..penyakit zaman moden. Tambahan dengan keadaan cuaca, persekitaran dsbnya..

Dengan itu kita kenalah jaga kebersihan diri sendiri dan jaga diri kita sendiri.

Daa..

Wednesday, September 14, 2011

It's about time

As Salam..

Lately ni aku berfikir dengan semasak-masaknya dan aku dah amik keputusan. Cuma tunggu masa yang paling sesuai untuk diberitahu. Walau macam mana pun keputusan harus diambil dan tegas untuk melaksanakannya. Nanti lama2 lagi susah. Bukan setakat aku, mereka yang sewaktu denganku juga susah.

Tapi walau cemana pun aku tetap nak ucapkan terima kasih di atas keperihatinan mike. U make me feel honored walaupun sementara. Aku adalah aku dan tak mungkin aku akan membuat pengorbanan sebesar itu. Apa yang tinggal pada aku sekiranya semua kuberikan. Oh tidak!. Terima kasih ya Tuhanku. Aku bersyukur di atas rahmatmu. Aku berterima kasih di atas perlindunganmu. Peliharakanlah imanku.

Sekiranya apa yang ku fikirkan ianya benar, assalammualaikum. Hanya setakat ini.

Wassalam..daa

Monday, September 12, 2011

Colombiana Trailer - 9/9/2011



As Salam,

Ekceli aku tak menyangka aku akan jumpa 'Mr Buj' tu Last Friday. Last minit he called me around 6+ p.m. Aku pulak time tu dah berjanji untuk pegi rumah Faizal. Aku pulak memang dah windu bangat sama dia sebab dah lama x jumpa dia since sebelum puasa disbkan kebiziannya. Sepanjang bulan pose asik outstation jer..huhuhu. Aku tak tergamak tuk menolak untuk berjumpa dengannya, makanya aku terpaksa berkorban tuk tidak ke rumah mu Faizal. Maafkan aku ya teman sebab x dapat juin. Pertemuan aku dengannya lebih bermakna buat aku..harap memahami dan memaafkan aku ya.

Setiap kali jumpa dia mesti nak tengok wayang. Tempat yang paling selesa di Summit ler. Sebelum dinner kami tengok dulu citer apa yang best. Belek punya belek kami pun pilih le citer Colombiana ni. Ok gak la citer dia. Action movie tunjuk anak perempuan revenge tentang kematian familinya. Yang bestnya pakcik tu tidor..hahahaha. Penat sangat la tu. Kalau tidak dia memng minat action pack ni.
Kesian pulak aku nengoknya. Nak tak nak aku layan jer citer ni sorang. Tak berapa ramai sangat pun nengok citer ni.

Masa berlalu pantas sangat. Lepas tengok wayang dia terus antar aku balik rumah. Masa tu dah tepat kul 12 midnite..udah ghope cinderella le pulak..

Semuga kita akan ketemu lagi sayang..miss u so much. mmuah!

Daa

Friday, September 9, 2011

Jumpa Kawan - 8/9/2011

As Salam,

Semalam petang selepas balik kerja aku ke KL menaiki komuter tuk berjumpa seorang teman. Last aku jumpa dia masa bulan May hari tu dia balik bercuti. Hari ini dia akan berangkat semula ke Turkmenistan balik. So aku pun pegi la jumpa dia semalam.

Kami dinner di papa rich di Bukit Bintang. Punya la sesak teruk kat situ. Itu yang aku menyampah nak pegi BB tu. Tapi memang happening pun kat sana. Lepas makan aku lepak jap kat bilik kawan aku tu bersembang. Dalam kul 9.30 aku chao ler sebab nak amik keter kat ofis. Aku tak berani nak drive sampai ke KL lagi..masih di lingkungan limited zone..hahahaha

Petang ni pulak kami akan beraya di rumah Faizal, ex-colleague aku. Entah macam mana keadaan Faizal tu. Hari tu dah masuk spital. Harap2 semuanya ok.

Tunggu ler next n3 aku seterusnya..

Daa

Tuesday, September 6, 2011

Istana Lama di Papan, Pusing

As salam,

Pada hari raya kedua, kami sekeluarga beraya di rumah pakcikku di Pusing Perak. Masa tu dah agak petang gak la kami ke sana. Masa ni semua kami empat beradik berkumpul dengan famili masing2. Cuma aku jer le yang ehem2..tak kisah le beb!..hehhee

Dari pusing kami ke Istana Lama di Papan, depan rumah pakcik Pian. Tapi x masuk pun sebab dah nak senja. Lagipun ada budak kecik si Fatin Amirah. Cuma kami lihat kawasan sekeliling jer.

Istana lama ni memng menjadi satu sejarah. Ramai yang datang buat shooting kat sini. Yang terbaru citer Penunggu Istana. Ini le gambor yang sempat aku snap.


Layan..

Daa

Gedering Raya - Ijan's House (3rd Raya)

As Salam Geng..

Firstly alhamdulillah di atas gedering raya di rumah Ijan yang di adakan pada raya ke-3. Walaupun penyertaan tak ramai, tapi tetap happening. Kita mengalu2kan kehadiran Harvinder dan Nazura (Adi) yang sama2 datang memeriahkan suasana.

Terimakasih x terhingga pada Ijan di atas menu yang amat menyelerakan. Gulai Tempoyak, Ulam kacang botol, pucuk ubi yang dicicah dengan sambal tempoyak, ikan goreng, sambal belacan, sambal tumis udang petai dan kari telur..Wallawei, yummy & marvellous..memng sedap. Rugi sape tak datang..hehhee.Gmbar akan didonloadkan kemudian..

Dalam perjalanan pulang, aku, Mie n Baya sempat singgah menziarahi Reha Tajuddin di Batu Gajah. Sampai rumah dah dekat maghrib..biasa la kalu dah dapat merayap, mcm ni la..Ala, lagipun setahun sekali kan nak berjumpa..hehhee

Rasanya setakat ini report tuk kali ini..insyallah kita akan bertemu di aktiviti2 seterusnya. Aku ingin mengambil kesempatan tuk memohon maaf di atas segala salah silap dan tutur kata yang pernah membuatkan kawan2 terasa, harap dapatlah dimaafkan. Kita kira 0-0 ye!..

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wassalam


Kg Dhobi

As Salam,

Inilah rumah peninggalah arwah datukku yang terletak di kampung dhobi yang dikenali sebagai kampung sultan jugak. Di sinilah abahku dibesarkan. Sudah hampir 7 bulan rumah ini tidak didiami kerana makcik ku yang meninggal dan kakak sepupu pulak tak berani nak duduk sorang kat sini. So abah suruh duduk dengan kami. Cuma seminggu atau dua minggu sekali abah, mak n k long datang bersihkan..

Gambar2 yang sempat di rakamkan ketika petang raya aku berkunjung di sini.









Masa dulu ini lah tempat aku dibesarkan sehingga aku habis sekolah. Banyak kawan2 sekampung yang bermain bersama. Sekarang kampung ni dah lengang.

Layan dulu eh!..nanti sambung lagi

Daa

Rayer..

As Salam..

Kini dah hampir seminggu umat Islam merayakan sambutan hari raya. Terasa pantasnya masa berlalu. Bagi aku raya tahun ni biasa jer tak seperti sebelumnya. Ntahlah tak tau naper suasana mood raya tu kurang sangat. Namun aku tetap hepi sebab dapat balik kg dan berehat..

Juadah raya tahun ni pun ala kadar jer. Cuma sebelum raya kami sempat buat rendang ayam sama2 dengan kakak aku. Meriah sebab mereka sama2 beraya bersama kami di rumahku.

Pada malam raya tu sempat kamu buat sedikit jamuan yang dah hampir 10 tahun tak buat. Abg Chu tolong masakkan mee goreng.

Ini la coretan yg sempat ku coretkan untuk kali ini.

Daa..