Wednesday, December 28, 2011

Sms

As Salam..

Aku x tau gi mana nak menggambarkan perasaan aku. Dah masuk 2 tahun tetap sama. Cuma this year ada la banyk kali keluar. Yang buat aku geram tu x tau nak sms tanya kabor ke? Kalau tegur pun x berjawap. Aku tau la skop tugas dia. Tapi takkan 1 perkataan pun x leh nak reply..itu yang aku menyampah sangat tu. Mujur la aku ni bukan kaki marah melulu. Pendam jer..Beruntung dia, tp tak tau nak menghargai. Aku bukan nak angkat bakul, dah mmg kenyataan sebegitu.

Apa lagi yang aku nak buat. 3 hari ni satu sms pun x de. Apa yg aku antor semua x balas. Entah kenapa saturday hari tu inform aku dia bizi sangt kat Kemaman. Ada aku kisah..bila aku tak pikir ada pulak sms...ish ish ish. Lagipun banyak kena buat observation..hehehe.

Kalau nak mintak tolong cepat jer balas sms. Tak tolong karang ckp macam2. Lagipun ni 1st time dia mintak tolong..Aku nak tengok setakat mana kejujuran dia. Aku tak akan paksa. Aku nak cool jer dulu. We look n see yer!..

New Year is coming..kita tengok kesudahan telenovela ini..Aku hanya mampu berserah kepadaNya.

Oklah..i wan to chao..it's raining.

Daa..

Lunch

As Salam..

Tengahari tadi boss belanja kami berempat di Madam Kuan..aku order prawn mee. Not bad la. Yazleen & Vann ordered Wantan Mee, my boss ordered wantan soup n Yin eat asam laksa. Side orders boss ordered Ikan tenggiri & otak2..wallawey..so full.

Masuk jer keter, mmg rasa mengantuk sangat sebab kenyang. Tapi ok la kan. Selamat le ongkos lunch hari ni..tq boss..hehehe

Waktu ni ujan nak turun. adoi terpaksa la aku meredah ujan nampaknya..huhu

Ok la. Nak chao dulu..nanti kita sembang later yer.

Daa

Tuesday, December 27, 2011

Year End

As Salam..

Hmmm..malasnya nak keje arini..dah 3 hari cuti. Aku biasa ler ujung minggu kemana lagi kalau x ke kedai. Hari Sabtu aku supink kat Carrefour.

Semalam penat sikit sebab kedai ramai customer. So letihnya hari ni. Itu baru ujung minggu jer. Kalau hari2 mau aku pingsan..hehehehe

Ok. la. nak out dulu..teda idea le fulak..

Daa.

Friday, December 23, 2011

Flying Swords of Dragon Gate teaser |JET LI| - A Tsui Hark film



Release Date: 22 December 2011
Language: Mandarin
Subtitle: English / Malay / Chinese
Genre: Action / Martial Arts
Running Time: 2 Hours 3 Minutes
Director: Tsui Hark
Cast: Jet Li, Zhou Xun, Chen Kun, Li Yuchun, Kwai Lun-mei

Synopsis: The bad guys are the eunuchs of the Imperial Court, who have created their own unaccountable secret police, armed with bizarre weapons and utterly ruthless in their quest for power and wealth. The good guys are led by a former general, stripped of his rank by the eunuchs, who set out to shield the innocent, right some wrongs and restore decency to the Imperial Court. And the ugly guys are a gang of cut-throat bandits who have caught scent of a hoard of hidden treasure. Their conflicts come to a head at Dragon Inn, a remote outpost in the desert at the very frontier of the kingdom. But nearby stands Dragon Gate, portal to a lost world under the sands and a vast sandstorm is bearing down on the region. The final battle to the death is fought out amid the traps and feints of a great lost city, and in the whirlwind which turns the desert into a maelstrom of choking sand.

Salam..

Setelah 2 bulan tak ketemu, akhirnya kami set date semalam. Tak kemana pun. Jez release tension nengok citer Jet Li ni. Mula2 nak tgk Mission Impossible tapi lewat sangat. So sampai2 jer terus book tiket n terus masuk panggung citer ni..3D. Patut le mahal tiketnya. Aku tak berapa minat tengok 3D..tp ok la kan..tengok jer..Aku ni jenis tak kisah citer apa pun layan - Siam ke, Melayu ke, English ke, kartun ke. Saje tease 'pokcik' tu citer suatu malam kubur berasap..marah dia..hehehee. Memang dia tak minat nak tengok citer cam tu. Tapi citer ombak rindu sibuk pulak dia menanya..ish ish ish.

Yang paling best sebb time2 cuti sekolah ni jalan pun x jem. So cepat je la nak kesana sini pun. Pokcik tu sampai semalam amik aku pn 1/2 jam je dah sampai subang. Dia mention gak bila aku nak datang putrajaya pulak..hehehe. Aku cakp nanti la aku pandai jalan dulu baru le aku leh jumpa dia kat sana.

Habis movie kami pegi makan kat Restoran beside Shell depan summit. Ntah apa nama restoran dia.Dah berkali2 pegi pun x ingat. Ingat both of us nak pekena sup tulang tapi kedai ni tak de sup le pulak. So terpaksa la order goreng- gorengan le pulak. So aku makan mee goreng n pokcik tu makan nasi goreng ikan masin + telur mata. Aku dah tau serba sedikit feberet dia..hehehe.

Sambil2 makan kami borak2 kosong n tgk youtube. Banyak jugak le dia citer pasal family dia n tunjuk dia punya schedule. Memang memenatkan..tak abis2 dengan miting. Kalau aku pun pengsan..hehehe. Bila aku renung dia, nmpk dah 'ketuaan' pokcik tu..hahaha. Cuma aku tak tau cemana aku nak tanya satu soalan tu? Sebab kadang2 dia tu unpredictable. Konfirm ke dia tu ??? Kadang2 sms aku pun dia tak layan..
Yang aku sendiri tak de jawapan - kenapa aku suka dia??? sape nak jawap tu..hahaha
Samapi hari ni aku teda jawapannya..

Itulah sessi date aku semalam. Lepas ni aku tak tau la bila dia nak jumpa aku. Hopefully dpt jumpa dia masa birthday dia nanti..Insyallah. Aku ada suprise tuk dia..tunggu aje le yer?

Oklah, teman stop sini dulu..wait for the next n3.

Daa..

Monday, December 19, 2011

Saturday - 17/12/2011

As Salam..

Bangun pagi pun dah kul 8.00 am. Siap2 mandi and terus pakai baju. Nak pegi bayar cc. Turun minum sembang2 sikit pun dah kul 9.30 am. Cepat2 aku kuar sebab SS15 tu kan parking susah sikit. Ingatkan leh settle satu tempat. Mesim Cash deposit pulak buat hal..duit x leh nak roll masuk. So aku pun fedup, sebb kat belakang pulak orng dah ramai beratur. So aku keluar balik dan shoot ke wisma consplant.

Aku malas nak singgah kat Subang Parade..Nanti ada je benda aku nak beli. Lagipun the day before (Friday) aku dah beli novel Awak Suka Saya Tak..tak tau le bila leh abis baca pun. Aritu beli 3 novel baru je abis baca satu. Yang lagi dua tu entah. Pas tu cari pulak novel Ombak Rindu. Itupun 1/2 way baca..hehehe. Bagi pinjam kat Eliza suruh baca dulu. Lagipun aku dah tengok movie dia..cuma nak buat perbandingan antara citer wayang dengan novel.

Sampai rumah Nyah Minah datang makan tengahari kat umah. Jumpa la sekejap sebelum aku pegi Sg buluh..ini kan rutin mingguan aku. Nak kuar deting pun pak wenya tak mandang..hehehe.

Nak chao lah..boring nak sambung..nanti2 lah eh!.

Daa

Wednesday, December 14, 2011

Terimakasih kerana Menghargai Diri Ini.

As Salam..

Hari ini aku amat bersyukur. Akhirnya keputusan dia betul2 buat aku lega. Alhamdulillah kerana kami berdua mmg sependapat dalam apa juga. Masing2 paham dengan kedudukan masing2. Itu sebab aku respect dia. Selama aku kenal dia mmg dia amat memahami dan menghargai aku..

Cuma aku x sempat la nak bagi present buat kenangan. Tak pe la. May be next time aku beri.. itupun tengok keadaan cemana? Tapi aku rasa x de doh..hehehe.

Terima kasih di atas segala2nya, perhatiannya, kasih sayangnya. Aku tak regret pun sebab antara kami mmg saling paham memahami.

Semuga ikatan persahabatan dan ukhwah antara kami akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Insyallah. Doa ku iringkan semuga dirinya akan terus berbahgia di samping keluarga tersayang..amin

Ok..aku chao dulu eh!..

Daa.

Sedihnya..

As Salam,

Last monday nite aku singgah makan di jom bali. Bukan apa nak lepaskan tensi sebab aku tunggu tren dari KL Sentral 2 jam nak balik subang. Itupun tren yang ke-4 baru lolos masuk. Kalau tidak mmg x leh nak squeeze langsung. Koc wanita berebut2, sampai polis pun kata orang lelaki pun x seganas pompuan..kih kih kih.

So, aku order nasi goreng lamb chop. Aku lupa aku ingatkan chicken. Keras giler lambnya. tak berapa sedap pun..last2nya aku makan nasi jer..huhu. Masa aku tgh tunggu order sampai aku received one sms. Tengok2 dari Mr B..miss me so much and kita jumpa esok eh!. My reply pun simple jer : "ok." miss u too much." Masa aku tulis reply ni aku rasa perasaan aku ketat jer. Tak tau nak kata happy ke, apa ke? And then 2nd message in tanya aku rindu sikit ke banyak. Bagi aku kenapa nak tanya. Tak de maknyanya kalau dia tahu pun. Aku dah letih la, bosan pun ada. So aku pun pandang sepi je la message dia..

So,aku pun x la bawak keter pegi ofis semalam. Nak patah2 balik aku malas. Tapi aku x rasa pun aku akan jumpa dia. Cuma dekat nak petang tu jer aku rasa cam berdebar. Aku mmg tak suka kalau ada perasaan mcm tu. Tapi aku nak buat cemana kan. Kalau aku tau tak jadi mmg aku drive semalam. Kali ini aku tak nak percaya lagi.suka hati lah. Lagipun I am not important in yr list..kenapa aku kena kisah kan.

At 5.05pm aku message le tanya jadi ke nak jumpa. Reply dia i baru nak sms, abg kena pegi Kemaman sb ada banjir kat a few kawasan di Kemaman. Aku nak kata apa. Kata sori pun x de. Meleleh jugak le airmata aku. Memang dia selalu cam tu. Tahun ni aku rasa dah a few appt kami dia yang pullout last minit. Tu sb aku tak suka dia janji nak jumpa n last2 mcm ni ler..hampeh. Kalau dia tau amik hati aku lain le cerita. Ini buat mcm tak ada apa2 berlaku jer..aku reply dengan dia :tak pe la. is ok. Keje tu kan penting. Kt jumpa next time. take care. Dia tak balas langsung. Dalam pada marah2 tu aku titipkan satu lagi sms safe journey n miss u so much. Saja nak pujuk hati aku sendiri.. Sakit hati aku ni Tuhan jer yang tahu. Aku berdoa padaMu Ya Allah, kuatkan semangat ku untuk meneruskan segala dugaan ini. I cuma dapat iringi doa agar you sihat selalu..take care.

Aku x nak pisang berbuah dua kali. Lebih baik aku diam dan low profile. Itu tindakan sebaik2nya di samping tu aku boleh bermuhasabah diri..aku ingin mulakan kembali zikrirullah aku. Permudahkanlah segala2nya bagiku Ya Allah..

Letih dah nak tulis n3 ni. Kita sambung lagi..

Daa

Friday, December 9, 2011

Penghujung Tahun

As salam

Cepatnya masa berlalu. Sekarang dah masuk pertengahan Disember. Setakat ni aku tak nampak pun apa2 kejayaan dalam kehidupan aku. Cuma gembira dapat berkumpul dan makan angin dengan geng2 sekolah. Lagi satu hubungan silaturrahim kembali bertaut setelah hampir setahun sengap low profile..hehehe..kesudahannya teman x tau le..follow the flow jer..kalau ada rezeki x kemana kan..mudah2an..amin.

Ekceli aku ingin tingkatkan usaha aku.Aku sentiasa berdoa semuga perniagaan kami berjaya. Semuga segala2nya dipermudahkan dalam apa juga yang kami lakukan. Hindarkan/Jauhkan kami dari sebarang dugaan yang berat. Berikan kami kesihatan yang baik.

Tak tau nak citer apa lagi...me out dulu ler..hehhe

Daa

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu



As Salam,

Semalam petang aku pegi nonton citer ombak rindu dengan K.Azmah. Kami tengok show kul 9.30 malam. Aku udah le ngantuk dan letih masa tu tapi sebab dia dah janji terpaksa le aku follow jugak.

Pada aku ok la citer dia. Kuar jugak le airmataku. Tapi ramai orang cakap baca buku dia lagi kaw kaw. Aku rasa aku nak beli la satu novel ni. Nak buat perbezaan dari segi filem dan novel.

Tapi aku suka lirik dan lagu adira feat hafiz. Bait2 lagunya mcm menyentuh perasaanku. Nama watak utamanya mengingatkan aku pada seseorang yang selama ini tak pernah nak menghargai diriku. Hayatiler bait2 lagu ini.

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Aku sampai umah dalam pukul 12.10pm.

Daa..

Siapa Aku..

As Salam,

Siapakah aku? Adakah kehadiranku menyusahkan. Adakah kehadiranku menganggu kehidupanmu. Kalau sekiranya benar, beritahu saje kepadaku. Aku tak kisah pun, sekurang2nya aku tau. Tapi aku jugak bukan jenis wanita yang gewdiks..Tolong jangan tipu aku. Selalunya naluri seorang wanita mmg betul. Cuma kali ini aku rasa tekaanku tepat. Aku paham kesibukannya..tp takkan sebutir ayat pun x leh nak reply. Ruangan tu sanggup nak reply.

Since last two (2) weeks everybody is busy termasuk le dia. Tapi yang buat aku menyampah tu sikap dia. Aku dah benci le nak ada perasaan macam ni. Silap aku jugak sebab...???

Kali ini aku betul2 nak menjauhkan diri ler. Kalau terus2an mcm ni aku tak nak biarkan untuk mengharap sesuatu yang mmg tiada kepastian. Suka hatilah. Aku nak buat perhitungan terakhir.

Kenapa susah sangat nak cakap. Kalau tak suka bg tau jer lah. Aku dah bosan la dengar perkataan miss u, rindu..uwekk! nak termuntah dah aku. Aku mmg benar2 bengang dan keliru..rasa nak menjerit jer bila nama dia terpacul dalm ingatanku...benci! benci! benci! yang paling aku geram kenapa aku yang tak boleh nak undur diri dan lupakan diaaa..uwaaaa.

Aku nak tengok progress seterusnya. Nak jual mahal..hehehe..Entah siapa la aku ni ye! Kali ni aku tak akan mengalah. Jika dapat dibuktikan kebenarannya dan kesincererity dia, akan dipertimbangkan. Kalau tidak bye bye le beb!..hehhee. tak kose teman dah. Org hipokrit dan penting diri ni jangan kawan. Tengok le suatu hari nanti siapa yg cari siapa..kita tungguuuuuuuuu..!!!

Oklah malas nak pikior dah. Nak out ler.

Daa

Monday, December 5, 2011

Dairi Hati

As Salam..

Macam biasa dah seminggu dia sengap..aku hantar sms tak de reply. Aku sebenarnya bosan la. Bila hati aku mula terbuka banyak pulak dugaan yang aku terpaksa tempuhi walau aku suka ataupun sebaliknya. Namun aku tetap redha. Cuma aku kurang pasti kenapa begini jadinya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan akan beri kita yang lebih baik dari itu...aminn.

Aku rasa aku kena membuat sedikit perubahan, slowly ler. Nanti takajuit pulak orang tu..hehehe. Biarlah aku simpan dulu perubahannya. We look n see yeah!..:)

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya..semuga Tuhan mempermudahkan segalanya. Berikan petunjuk dan hidayahnya..amin

Hope You Will be Happy Owez my dear..

Daa..

Vampires Suck Movie



As Salam,

Seperti biasa di hujung minggu memang routine aku di kedai ler. Banyak menghabiskan masa di kedai jer sambil2 tunggu customer datang. Aku sempat le shopping benda2 merapu i.e beg kertas la, itu la, bla bla..kalau ada duit itu ler jadinya..ada je benda nak beli.hehehe

Minggu ni aku tidur di Desa Coalfields. Sempat tolong sikit2 rumah adik aku tu. Minggu ni dia jadi orang bujang sb bini & anak2nya balik kg..hehehe. Ingat nak singgah umah adik yang sorang lagi tu deme tak de la pulak..Entah ke mana menyongkitnya. Tak kisah la beb.

Semalam kami dua beradik sampai kedai almost kul 11. So dengan teda breakfastnya kami keluor ghomah. Sampai kedai, aku tapau roti telur for me n capati for my bro..dalam masa yg sama aku makan mi sup jugak. Ni kira brunch le beb sebab lapor giler..hehehe

Cuaca time ni ok lagi. Customer pun tak de le menyerbu dalam satu masa. In and out, ok ler kan. Tak de le kelam kabut sangat. So petang tu my bro bukak le movies di astro cerita Vampire Sucks. Jalan citernya sejibik citer Twilight series. Tapi nama2 ada yg dia ubah contohnya i.e Edward Cullen => Edward Sullen and Bella => Becca. Tapi memang kelakar giler la citer tu..mengekek2 kami nengok citer tu..hehe

Habis jer movie tu hari pun gelap. Aku terus mintak izin adik aku nak balik Subang. On the way hujan le pulak. Tapi alhamdulillah ler. Cuma kilat je yg buat aku seriau sikit. Sampai umah dalam 6.45 petang.

Daa uols..

Thursday, December 1, 2011

Doa dan ayat ayat syifa



As Salam..

Dengar2kan pengubat hati dengan berzikir. Jadikan kita seorang insan yang lebih menghargai diri, menjadi insan yang baik dan semuga amalan kita semua akan diberkati..aminn

Ya Allah kepadaMu aku bermohon, permudahkan segala urusanku, ampunkan dosa2 keduaa ibubapaku, ampunkan dosa2 ku jua Ya Allah.permudahkanlah perjodohanku, permudahkanlah perniagaan kami, Berilah kami kekayaan, berilah kesejahteraan kepada kedua orangtua, diriku dan seluruh adik beradik dan keluargaku. Sembuhkanlah penyakit kedua orang tuaku dan penyakit ku. Semuga apa yang kami lakukan mendapat keberkatanMu ya Tuhan!..amin

Daa..

Kisah Hati..



As salam,

Apakah akan ada seseorang yang akan menyanyangi aku sepenuh hatinya. Apakah akan ada orang yang sudi menemaniku sehingga ke hujung nyawaku..apakah aku akan terus2an sebegini..Inilah kisah hati..

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Daa..

Facial & Dinner

As Salam,

Yesterday evening aku pegi buat facial di summit. Rasa cam lama x buat facial. Yang part paling aku tak suka tu time mengorek tu ler..sakit bebenor.

Abis je facial Kelly ajak aku dinner dengan kakaknya. But suprised husband Kelly pun ada sekali. 1st time kami makan together..peramah jugak la hubby dia si Andrew ni. Loyar buruk pun ada jugak..hehehe

Kami dinner di Johnny's steamboat..wallawey, selalunya aku rasa cam jelak je makan seafood tp semalam aku rasa sedap bangat. Lagipun x makan benda lain, ok la kan.hehehe

Balik rumah pulak semalam uncle aku & famili datang bertandang sementara tunggu anaknya balik dari pejabat. Sempat aku skodeng FB sekejap sebelum tidur..Letih bangat rasanya. Bangun pagi pulak terus sakit tekak, badan pun rasa cam x sihat jer..huhuhu.Tengok le cemana nanti. Nak pegi doktor.

Stop sini dulu..

Daa