Thursday, March 29, 2012

Malu..

As salam..

Lately ni aku terasa malu benor bila dah tau akan kebenarannya. Nampak benor pulak macam aku yang desperado. Tapi pada hakikatnya aku tak macam tu. Kalau dari awal aku tahu aku mmg tak mau. Takkan la aku nak interprem. Aku tau

Semuga awak terus berbahagia dunia dan akhirat. Tolong jaga mereka dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah harta yang paling berharga. Dun wori about me as I am old enough to jaga myself.

Daa..

Monday, March 26, 2012

Gedering Retro Convent BG'85 (24th-25th March 2012)

Convent ’85 Outing 2012 – Retro Gedering
Venue : Hotspring Residence Sg. Klah Sungkai
Date : 24-25th March 2012

Hye frens,

Sabtu – 24/3/2012

Fuhh!! Akhirnya aktiviti ke Sg. Klah happening jugak. Alhmdulillah segala perancangan dipermudahkan. Ekceli teman sebenornya risau jugak pada awalnya. Tapi syukurlah segala2nya berjalan dengan lancar walaupun ada di antara geng kita yang last minit tak dapat nak menjuinkan diri. Insyallah kome boleh ikut the next trip/aktviti kita.

Firstly, I would like to say sorry to Mas sebab terpaksa tunggu kami agak lama di Subang Parade. Jem teruk pulak Subang Jaya hari Sabtu tu. Nanti lagi lama pulak si Puji/Baya terpaksa nunggu kat Giant. So, aku suruh Sap cakap kat deme to make a move dulu to Sungkai sebab Puji kena check-in Villa dulu.

Ok, sepanjang perjalanan kami smooth jer. Singgah makan di kawasan rehat Rawang dan menikmati makanan tengahari kat situ sambil beli jajan (kudap2)..Nak kata jauh sangat tak de ler. Kami sampai pun dalam pukul 3 lebih.

Sampai2 je di Villa tak de lain, terus gelak..ate apa kelagi. Kita ni kan semuanya murah gelak dan murah senyuman.hehehe.Terimakasih Ijan sebab sempat jugak buatkan rendang tuk kami…terbaek rendang kamu tu..lain kali buat lagi ek!..hehehe. Puteri, I loike your prune dessert. Nanti bagi resepi yer!.^_^. Uma, special thanks to you sebab make effort to juin us. Jangan serik lagi tau juin kita lagi untuk next aktiviti. Tengok le kita semua ni dari dulu memang asik gelak jer..hehe. Tu sebab muda jer kita ni..hehehe.

Di bawah inilah aktiviti yang kami lakukan ketika di sini. Layanzz..hehehe

Petang

Petang tu pun tak de apa2 aktiviti yang kami lakukan. Cuma bersembang, makan, bersembang makan.Itu le krojenya. Selain tu aktiviti usik mengusik, sakat menyakat, kutuk mengutuk dah mmg acara wajib..hahaha.

Zana dan Linda sampai dulu masa kami bertiga pegi tapau dinner. Seronoknya sebab deme jadi jugak juin..ate bertambah ghiuh le upacara sakat, kutuk dan sewaktu dengannya..hehhehe. Masa ni semua berkumpul kat dapur menikmati makanan yang ada. Enjoy sungguh masa ni. Memang best.

Malam tu dinner kami nasi goreng kampong + telur mata. Untuk anak puteri kami belikan nasi goreng cina. Kami bertiga pulak sempat makan mee goreng sementara tunggu makanan yang bungkus tu siap..hehe. Boleh le tahan jugak masakannya. Sampai Villa pun sambung lagi makan..aje ngan lapor!..hehehe.

Malam

Pukul 8.00 malam, time ni semua orang belum lagi menjejakkan kaki kat jakuzi. Masih ada juga yang bersidai makan2 kat dapur.hehhe. Cuma Ijan jer sempat berendam petang tadi. Masa tu jakuzi banyak pulak rumput berkumpul. Takut miang ler kalau nak berendam. Sudahnya Puji panggil orang tuk bersihkan jakuzi dan ganti dengan ayor baru. Sementara nunggu tu kume bersembang jer ler. TV pun x terlayan..hehehe

Masa nyembang2 ni ler Ijan sempat turunkan petua kat Uma Dhevi. Macam-macam..hehehe. Biasa le, dia dulu2 ghopenya minat bab ubat2an herba dan sewaktunya ni. Idak le kume ni tahu Ijan ooi..hehehe. Dicampur pulak bab2 alam rumahtangga ni.. Banyak benor petuanya..hahaha.

Akitiviti berendam cuma bermula jam 11.00 malam ke atas..hahahha. Penuh kume semua berendam dalam jakuzi tu..apa lagi ghiuh ler mengusik, menyakat, gelak..hehehe. Masa ni sempat le bincang tuk next aktiviti. Pilihannya banyak benor nak perginya…Last2nyer kome baca le perenggan bawah nanti kemana destinasinya..hahahaha.

Yang paling lawak Ijan ler, banyak benor meghaban tebin sampai nak masuk program ‘BersamaMu”.ekekeke. Tu langsung Kiah jawap “aku ngantor kamu 1 lori beras.” Dalam pada nak masuk bersamamu tu sempat pulak nak berFB..kih kih kih..nak canggih kunun..kih kih kih. Uma Dhevi cakap jangan nak malukan Convent ’85. Kume idak nak mengaku kawan dah..bantai kume semua gelak sakan.hehehe Kenapa Ijan, Kenapa Ijan..muahahaha.

Gebang punya gebang malam tu sampai pukul 3 pagi baru stop. Yang lain2 udah lama mengholoh.Tinggal aku, Ijan n Baya. Tak pasal2 aku jadi ahli menyuarat tingkap.hehehe. Topiknya cerita alam rumahtangga tapi last2nyer terus ke cerita politik..hehehe. Sementara tu sempat jugak ler aku bedal nasi goreng yang ada tu. Ate udah tak mau tidor, aku apa lagi..hehehe..Masa tu kepala pulak rasa cam berat jugak, tapi aku tak layan sangat..huhu. Apa2 pun teman enjoy!..

Ahad – 25/3/2012

Jam 7.00 pagi Zana/Linda balik ke Batu Gajah sebab Zana ada hal nak kena balik KL awal. So, kami yang dah bangun ni panas2kan apa2 makanan yang ada sementara nak tunggu pegi breakfast. Masa ni si Kiah pun sampai dengan anaknya. Kami pegi breakfast ramai2 sambil buat morning walk dan menikmati kawasan sekeliling. Kami berjalan ke tempat merebus telur, merendam kaki. Puteri pulak bawak anak2nya mandi kat kolam. Aku, mas and Uma balik Villa. Bukan apa konon2 nak sambung tidor, tapi tak mau jugak ghopenya.Lastnya berendam kat jakuzi..hehehe. Puji ngan Ijan juin Baya, Puteri kat kolam.

Cepat benor masa berlalu. Dalam pukul 12 tengahari terpaksa le bersiap2 untuk check-out. Tak puas rasanya..huhuhu. Tapi nak buat cemana kan. Insyallah kita akan kesini lagi nanti. Sebelum balik sempat ler kami amik group photo kat luar pintu Villa.

Teman ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap di sepanjang kita berkampung di Sg Klah. Terima kasih pada semua yang menjayakan trip kali ini.

Aktiviti Seterusnya

Announcement geng!..Untuk aktiviti seterusnya kita akan berkampung pulak ke destinasi seperti berikut :-

Destinasi : 3D 2N di Pulau Pangkor
Estimated date : July 2012 (date to be advised)
Bajet : RM++++ (to be informed later)

Selain daripada itu kita juga akan mengadakan aktiviti Hi-Tea dalam waktu2 terdekat ini dan juga aktiviti Berbuka Puasa. Semuanya akan diupdate from time to time.

Penutup

Ok girls!, cuma ini yang termampu teman tulis tuk report kali ini. Idea tengah kekontangan. Sepuluh jari kususun seandainya terdapat kekurangan dan kesilapan di dalam report ini. Harap semuanya enjoy gedering kita kali ini. Semuga kita akan ketemu di aktiviti yang seterusnya. Insyallah.

Layan le gambor2 yang telah diuploadkan..

Yang menjalankan tugas,



Intan Shamsina Ahmad Sanadi
Group Sexiteri




Friday, March 23, 2012

Hmmm..

As salam,

Jez sending two words thru sms. But yet to get reply until I sent 2nd sms. He is so kelam kabut due to his passport expired next month and on Monday he is flying to Myanmar..I told him that next time kena pakai reminder ler. At that time wen he replies my sms he was on the way to see his 'boss'.

I think I know which boss he mentioned. Tapi masih x nak bagitau. Is ok one fine day I will let him know.hehhe. Masa tu ko jawaplah ek!.

Selama mana nak berselindung di sebalik kebenaran. Instinct aku selalunya benar belaka. Bukti pun dah sahih. Sori sangat2, aku nak tunggu hutangku disettlekan dulu. Kali ni kepercayaanku pun dah ilang. Lepas ni tanya kabar jer la eh!.

Oklah. malas nak ingat lagi dah. C uols in the next n3 update..

Daa

Wednesday, March 21, 2012

But How????

As Salam,

Lately ni aku amat bersyukur kerana Tuhan telah menolong aku dari terus lalai dan tertipu. Alhmdulillah dan terima kasih Ya Allah.

Setiap kali ku lihat wajah mereka, aku rasa kalau aku berada di tempat mereka, sudah pastinya aku akan kecewa. Aku bukan spesies yang sebegitu. Aku kena pull diri aku slowly sb aku tak nak apa yang aku rancangkan diketahui olehnya. Selagi hutang aku tak settle aku 'terpaksa' berlakun. Lepas tu sori mori ler.

Dun wori apabila semuanya settle, aku akan back to normal post as before. But how? Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. I wun interprame no more.semuga Tuhan memperkuatkan imanku dan permudahkan segala2nya bagi ku. insyallah. amin.

Apa2 pun aku mendoakan kebahagiaanmu sehingga ke hujung nyawa. Hargailah pengorbanannya dan jangan sia2kan setiap detik indah yang pernah di lalui di sepanjang kehidupan kalian. Aku dah cukup dewasa untuk menjaga diriku sendiri.

Cukuplah suka/duka. gembira/sedih yang pernah kita kecapi dan aku tak akan lupa sebab membenarkan diriku 'menumpang' walaupun sebentar cuma. Aku rasa cukup hepi. tqvm..

Ngantuks benar aku..nak chao dululah yer.

See uols in the next n3..insyallah.

Daa..

Monday, March 19, 2012

Phne call - 18/3/2012

As Salam.,

Around 8.43p.m me received a call..but aku rasa mcm biasa jer. Tak de rasa excited mcm biasa pun. Jez let me know that he will make effort to see me this week...aku jawap ok jer. Dah tak tau nak sembang apa. semuanya rasa cam tak de topik nak cakap. Org tu katanya 26th March nak berangkat ke Myanmar for 6 days. Nak bagi tau aku pun nak buat apa. Ada aku kisah..

Sekarang ni aku kena la pretend mcm tak ada apa2 berlaku lagi. Once he settle everythig I will make a move sikit by sikit..kita tunggu eh!.

Aku hout dulu la..tak nak mengeruhkan mud isnin aku..insyallah kita ketemu lagi di next n3. tak tau la bila kan..insyallah.

Daa.

Wednesday, March 14, 2012

Ahad - 26/2/2012

As salam,

Pagi ni terus ke kedai dalam kul 11 lebih. Si Lilis dah belikan aku nasi dagang. Boleh tahan gak ler rasanya.

Lepas tu time zohor K.Azmah bawak si Faizal datang makan kat kedai aku. Dah lama tak jumpa mamat tu. Alhmdulillah dah nmpk dia sihat. cuma mata jer tak nampak. Semuga dia akan terus sihat dan dapat bekerja seperti selalu. Lama jugak la kami sembang sampai ke petang.

Ezad - Percintaan Ini lirik



As Salam..

Kena pula lagu ni dengan kisah aku..huhu

Daa..

Monday, March 12, 2012

Fullstop!..11/3/2012

As Salam.,

Terlebih dulu aku ingin memanjatkan kesyukuran di atas segala limpah rahmatnya. Pertanyaan yang sentiasa membelenggu fikiranku selama ni telah terjawab dengan terang dan jelas. Aku amat bersyukur kerana aku tk payah nak bertanya directly pada dia. Di sanalah segala teka-teki terjawab dan mimpi yang kualami juga serupa. Ramalanku benar belaka.

Dengan langkah drastik aku akan membuat pembaharuan. Untuk meneruskan aku dah tak nak dan tak sanggup lagi dah. Cukuplah aku rasa diriku tertipu selama ini. Aku bersykur instinct aku tepat. Rasa malu, segan semua pun ada.

Tapi aku x nak la cepat melatah. Aku akan teruskan lakunan aku sehingga hutang aku dijelaskan. Lepas tu aku akan angkat kaki perlahan2. Biarlah samada dia nak tanya ke tidak selepas ini aku dah x nak menoleh ke belakang lagi. Cukuplah. Aku bukan seperti yg kau samakan dengan yg lain. Kalau aku tahu dari awal mmg aku tak nak pun.. buat apa kan?

Tak perlulah aku nak mengungkit lagi. cukuplah ianya menjadi satu kenangan yang terindah dalam lipatan kehidupanku. Akan aku semat kemas2 dalam kotak ingatanku. Aku x nak bukak lagi selepas ini. Cuma sebagai seorang teman/kawan aku mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat. Jangan sesekali kau menyakiti insan yang telah banyak berkorban untukmu. Hargai dia dengan sebaik2nya.

Selepas ini apabila segala2nya sudah selesai, tolong jangan cari aku. Biarkan aku dengan kehidupanku.

Terima kasih di atas segala2nya. Terima kasih pernah buat I suka/duka/happy dan mcm2 lagi.

Akhirkata ku ucapkan Selamat Tinggal Kawan. Insyallah kalau diizinkan Tuhan kita akan bertemu.

Tiada apa lagi yang ingin aku coretkan..aku nak hout dulu.

Daa..

Monday, March 5, 2012

Balik Kg

As Salam,

Jumaat lepas aku bercuti balik kg. Dah lama x naik bas. Tapi yang paling aku nampk ketara bila time nak berjalan ke Pudu Sentral. Terasa benor kaki tak kuat. Lenguh dan berat je rasa nak melangkah.

Kalau ikutkan aku mmg nak drive je, tp my mom pulak tak bagi. Ate, kena la ikut. Nanti risau pulak my mom..aku ni kan anak mak..hehehe.

Bila balik kg tu rasa cam da lama benor tak baliknya..hehhee. Ada jugak le perubahannya..terutamanya bila naik bas. dah kena call teksi pulak nak smp umah sb bas tak lalu sana.

Esoknya famili aku buat kenduri doa selamat. Ramai juga le yg datang. TQ to Puteri sebab sudi datang..semua adik beradik berkumpul..hehehe

Nak out dulu..tunggu nxt n3.

Daa