Monday, April 30, 2012

Weekend Yang Penat

As salam, Hari sabtu yang lepas seperti ujung2 minggu sebelumnya memang menjadi rutin aku ke kedai. Mg ini aku gerak dari rumah lagi 15 min pukul 11 pagi. Sampai je nak masuk simpang ke Glenmarie tu jem pulak. Tak bergerak langsung. So aku terus masuk Federal Highway ler nak ke Sg buluh dan aku buat U-turn kat PJ Hilton. Semenornya dah terlajak nak korner kat ofis aku tu..hehehe. Tak per la, saja makan angin..hehehehe. Mujur le jalan tak berapa jem, ok la kan. Hari sabtu agak penat sb ramai pelanggan. Aku dah diamanahkan untuk membancuh Ice Lemon Tea untuk Weekend Special Item (Ayam Penyet + Lemon Tea + Muffin). Seronok jugak rasanya bila tengok ramai yang datang menikmati juadah. Sampai je umah terus pengsan sampai pagi..hehe Semalam tak ramai sangat. Lagipun adik aku nak tutup awal sb tak larat. Masa tu ada customer lagi dan waktu yng sama my parents sampai dari kampung. Aku gerak semalam pun dekat2 kul 7 petang dan smp subang almost 8pm. Nak appointment dengan mak norli pun x larat..huhu Ok lah, nak chao dulu..daa

Thursday, April 26, 2012

Appointment

As Salam, Aku dah rasa dah, appt harini mmg tak jadi. Kenapa pulak aku nak sedih. Lagipun apa hak kau nak bersuara/berkata2 dari sepatutnya. Bangunlah. Yang geramnya aku kena naik bas balik petang ni..kalau tau aku mmg bawak keter ari ni. Sudahlah. Sakit hati aku. Asik aku jer kena jaga hati dia. Kalau dah tau gigi tu sakit bagitau jerlah aku awal2. Susah sangat ke. Bukan kena bercakap pun..menyampah. Lantak kaulah, lepas ni malas aku dah. Beria berjanji. Lain kali nak jumpa bawak keter masing2. Aku malas nak tunggu dah! Berjanji no 1. Lepas ni malas nak tau. Sukahati.. No moood to write more. Daa

Wednesday, April 25, 2012

Kitchen tour for today..

As salam, Semalam aku sempat singgah di Carrefour. Saja la mcam dah lama x cuci2 mata ni. Aku sempat intai2 kat kedai baju dan kedai kasut. Kedua2nya ada baju dan kasut yang aku berkenan tapi aku terpaksa tahan le dulu sb belum gaji. Tapi nak ikutkan tk de la mahal sangat pun, cuma aku kedekut sikit nak keluarkan duit..hehehe So dah puas jalan aku terus masuk supermarket. Dalam kepala otak mmg dah rancang nak masak daging. So aku terus je beli daging dan cili hijau. Ingat nak beli sayur tapi tak tau sayur apa yang sedap. Last2nyer 2 barang tu jer yang aku beli. Jadi lah. Lagipun fulus tengah kekontangan ni..huhu. Terus je balik umah lepas tu. Memang boleh jimat kalau hari2 bawak bekal, tapi ada kalanya mmg malas bebenor nak masak ni..hehe. Time rajin tu x payah cakaplah, semua benda nak dibuat. Oklah, teman nak chao dulu ler. Ada banyak lagi kroje kena siapkan.. Daa

Wednesday, April 18, 2012

Boringlah

As Salam..

Lately ni nak pegi keje macam boring jew. Mungkin faktor usia kut. Atau mungkin dah agak lama kita bekerja di satu2 tempat dan environment sekeliling buat rasa cam tak best. Tapi apa2 pun kena jugak keje kan. Kalau tidak sape la nak tanggung hidup aku ni.huhu.

Tak tau pulak nak sembang apa lagi..memang betul2 tengah boring ni..

Out dululah..

Daa.

Friday, April 13, 2012

Cemana Eh!.

As salam..

Cemana eh!. Nak cakap cam tak terluah. Dalam fikiran macam2 nak cakap. Kena cari jalan yang betul2 untuk settle masalah ni.

Aku rasa dia dah mula 'suka' kat aku. Tapi x nak cakap. Sebab dah terlepas cakap. Tu la eksen dengan aku lagi..aku tak buat apa2 pun..hahahaha
Kita tunggu dan lihat.

Out dulu..hehhee

Daa

407 Dark Flight [ New Official Trailer ][HD]



Sinopsis

A flight attendant has to deal with a supernatural event when passengers on her plane start to die one at a time. This is Thailand’s first horror movie.

Title: 407 Dark Flight
Director: Isara Nadee
Cast: Klaokaew Sintepdol,Masha Wattanapanich,Namo Tongkumnerd,Peter Knight,Poramet Noi-um
Rating: Horror, Thriller PG13
Release Date in Thailand: 22nd March 2012

As salam,

Malam semalam teman keluor deting dengan kawan. Udah 2 bulan tak jumpanya. Tu yang my fren redah je jumpa semalam. Al maklum le my fren tu kan VIP. Bila free je leh jumpa dia. Tu yang semalam aku bg tau dia lepas ni 3 bulan pulaklah kita jumpa eh!. Cepat2 jer dia jawap " I will make effort untuk jumpa seminggu sekali." aku hanya diam jer ler bila dia cakap cenggitu. Lagipun siapalah aku untuk bersuara kan..tetts!!!

Happy jer aku tengok kawan aku tu. Macam dapat release tension besor. Yelah kan hari2 mengadap jadual yang ketat, miting sana sini. Bila dapat waktu terluang cam ni ok le kan.

Oklah, teda apa yang menarik tuk aku cerita. Nanti kita jumpa next n3. Insyallah.

Daa

Thursday, April 12, 2012

Cuti Pertabalan Agung ke14

As Salam..

Syoknya semalam cuti sempena pertabalan agung yg ke14. Relax and tak ke mana pun. Cuma tengahari tu keluarga Pak Cik Man datang berziarah. Aku tolong kakak aku masakkan mee goreng tuk tetamu.

Lepas tetamu balik apa lagi, aku pun menidorkan diri ler. Nak basuh kain pun malas. Hajat dihati nak kemas bilik tapi bila dah dapat bantal, paham2 jer lah..hehehe

Ekceli aku teda citer menarik pun. Ntah la tengah malas nak menulis. So cenggini le jadinya bila tahap kemalasan melanda diriku..

Ok lah. Nanti kita sambung later yer!.

Daa

Wednesday, April 4, 2012

Demam

As salam..

Daku dilanda demam, flu dan batuk since 30th March 2012. Tapi cuma selsema jer dan da baik the next day. Tapi ahad malam aku kena flu teruk balik + coughing + demam. Apa lagi sumbat le idung aku..nak bernafas pun rasa susah. Bau2 lagi tak berfungsi. Tidur pun bernafas melalui mulut. tu yang buat tekak kering. Aku rehat satu hari di rumah. Semalam pun aku datang keje half day. Dalam kul 3 petang aku balik. Mintak izin boss nak balik. Balik umah petang tu aku sempat la tidor kejap petang tu.

Lepas maghrib aku makan nasi tuk makan ubat. Nak telan sesuap nasi pun x larat, almaklum ler tak de selera. Lepas telan ubat, aku terus jer tidur lepas isyak tu. Soh jer tidor. Ujan pulak tu. Tersedor bila perut memulas. Masa ni la period pulak keluar. alhmdulillah.

Baru sekejap 'pokcik' call. Dia pun demam..hahaha. Sama le kita weh pokcik. Bezanya aku dah beransur pulih dia pulak baru kena. Dia mcm tak percaya bila aku ckp aku pun demam jugak...apa la pokcik ni. Semuga cepat semboh pokcik..

Setakat ni jer la n3 aku..tak de mood nak sambung. chao dulu!.

Daa.