Monday, July 30, 2012

Jamuan Berbuka Puasa - 28/7/2012

As salam,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana impian untuk jamuan budak2 tahfiz telah terlaksana. Walaupun tak berapa sempurna, kami memohon maaf di atas segala kekurangan. Walaupun sedikit kepenatan tapi kami bersyukur sb telah melaksanakannya sebaik mungkin. Budak2 tahfiz ini bersembahyang berjemaah, solat tarawikh dan kami buat sedikit tahlil pada majlis malam sabtu tu.

Insyallah kalau ada berkesempatan dan rezeki kami akan buat lagi acara sebegini. Membantu mereka yang memerlukan. Semuga impian dan doaku ini akan tercapai..amin.insyallah.

Daa.

Sms Lagi..LoL..:)))

As salam,

Bestnya dapat sms lagi on saturday and sunday. Ada orang dah rindu sangat..hahaha. Jez wait and see. Berapa banyak rindu dia tu..hehehe. Ada one more week to go.

Daa..:)))

Al-Fatihah

As salam,

Salam takziah buat keluarga uncle Agus yang telah menghembuskan nafas terakhir di hospital selayang pada jam 2.30 pagi 29/7/2012. Jenazah selamat dikebumikan di mont kiara semalam juga.
Buat Teh, Girl and Fara serta keluarga harap tabah di atas segalanya dan dapat mneruskan kehidupan seperti biasa seperti selalu. Semuga arwah ditempatkan di kalangan para2 solihin..amin.

Wassalam.


Thursday, July 26, 2012

Sms from London

As salam,

Petang tu lepas balik dari bazar ramadhan aku terus le sembahyang asar dan membersihkan diri seadanya. Lepas siap semuanya aku pun turun le sb nak siapkan meja untuk berbuka. Sebelum tu aku tengok my hp. Ada 2 sms. Satu tu nombor aku tengok lain. So aku pun bacalah..nak tau siapa?hahaha. Tak sangka pulak dia sms aku from London. Katanya tengah boring giler and that time is 12.23 tengahari..lama lagi nak kena buka puasa. Kesian dia. But dia teda choice sebab boss bagi mission kena pegi London. Skrang kan Olimpik games. Sekarang pulak musim summer. Letih le nak puasa 18 jam sb siang lebih panjang..huhuhu. Dia kena stay sana sampai 6 August. Masak le puasa di perantauan kan. I hope dia kuat..at least lepas gak la rinduku..hehehe

Oklah..daa

Bazar Ramadhan

As salam..

Sebenarnya tak de cerita menarik pun..saje sb tak de benda nak buat kan..hehehe. Last Tuesday aku sibuk pegi skodeng Bazar Ramadan kat area my house. Dalam hati teringin nak makan popia yang pernah aku beli last year. Tempat bazar masih sama lagi cuma menginjak ke depan sikit sb ada construction pembinaan LRT. Jauh jugak le aku nak jalan. Consider exercise jugak ler..hehehe.

So petang tu aku meninjau2 dulu apa yang ada sb 1st day pergi. Sebelum ni tak berkesempatan nak menyinggah lagi. So aku marked le kedai2 tahun lepas eg. kedai tepung pelita, karipap, popia etc. Aku buat satu pusingan. Bila dah patah balik tu baru start beli. 1stly aku beli karipap ayam & karipap sardin. Pas tu aku ingat terus nak cari popia tu, tapi tak jumpa. Jadi aku pegi le kedai lain yang jual popia. RM1 per piece. Mahal jugak tp besar. Aku cakp let's try le. So aku beli dalam 10 keping and 5 keping popia basah. Beratur punya la pnjang..ini gerenti sedap punya. Lepas tu aku beli pulak tepung pelita pakcik. Mmg since last year aku dah rasa tepung pelita pakcik ni mmg sedap. So aku beli 10 pcs. Masa ni tangan pun dah lenguh. So aku amik keputusan balik ajelah sb dah banyak dah juadah. Takut tak habis le pulak kan..aku tak nak membazir.

Alhamdulillah rezeki Allah. Semua kueh2 tu selamat dimakan. Memang sedaplah popia tu, cuma yang basah tu kureng sikit. Neway no harm to try le kan. Next time leh beli yang goreng jerlah..hehehe.

Semalam ingat nak singgah bazar ramadhan, tp terasa malas le pulak. Dalam pikiran ingat nak buat sandwich. Dah siap beli roti pun..lastnya tak buat jugak sb cik dah masak lauk sardin. Insyallah hari ni kut aku nak buat sandwich. Tak pun roti telur jer la..hahahaha.

Korang punya juadah cemana eh!..

Daa

Tuesday, July 24, 2012

Sahih

As salam..,

Memang terang2 dah..tak payah la nak pura2 lagi. Aku tak nak terlibat dah. Tapi kena slowly2 jugak sb nanti terkezoot pulak. Yang penting I wan to get back my needs. Bila la nak bagi. aku mmg dah malaslah. Aku takut nanti aku x leh nak lari dari dia dah.Nanti kalau melekat dah mmg payah nak diclearkan..adehh!!

Kali ni ko x leh lari lagi dah. Memang dah sahih dan nyata. Tapi tolong jangan tipu aku. Ingat aku ni orang kampung senang ko nak perkotak-katikkan aku. Cukup2lah. aku really dah malas. Yang penting sekarang bagaimana aku nak elakkan dari meneruskannya..

Terimakasih di atas segala2nya.

Daa..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 2012

As Salam,

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semuga ibadah kita pada tahun ini akan dipermudahkan dan sihat di bawah PeliharaanNya dan diberkati olehNya..aminn

So, malam ni jom kita berterawih..

Daa.

Burfday Memori 2012

As Salam,

Alhamdulillah..aku sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas di mukabumi ini. Terimakasih buat semua yang sama2 meraikan Birthday aku semalam (19/7/2012). Satu hari aku happy..rezeki Allah..:))))

Yang paling best aku dapat hadiah rantai & bracelet batu swaroski dari Kelly & Pei Pei. Malu pun ada..yalah cantik bangat deh!..nanti aku nak pakai masa raya..

Ribuan terimakasih juga kepada semua teman2 di FB, keluarga dan teman rapat yang wish Happy Birthday..aku amat2 menghargainya. Tapi this year aku rasa tak de la excited sangat..macam biasa jer, almaklumler umur pun dah meningkat kan..kena la control sikit.

Selepas lunch tengahari we have celebration in the office. I dapat 2 birthday kek you..amik kau..hehehe. Rezeki kan..Celebrate wif all my officemate..meriah. We take a few photos together.

Sepanjang waktu siang semalam aku tak de la pikir sangat tentang 'dia' sb aku dah remind dia one day before. He said he will try to see me yesterday. But I know it is impossible due to his scope of work and I pun tak de la harap sangat2. But I jadi cam sedih sb tak de pun birthday wishes dari dia..huhuhu
Tapi aku sembunyikan perasaan aku dari Kelly sb dia n Pei2 nak belanja dinner for me. So haruslah aku happy kan..Tq my fren. luv both of u!!

Aku sampai rumah semalam almost 9pm..lagipun badan dah penat. Sampai kat umah sempat melayan kerenah Kiki a.k.a Zikri. Main2 dengan dia..dahlah dia terlebih peramah. suaranya sebatu leh dengor. umur baru 3 tahun..hehhee.

Masa tengah leka2 melayan si Kiki ler aku terima panggilan dari dia..mula2 ingat nak merajuk tapi bila dia wish Happy Birthday Sayang..kembangnya rasa..ekekeke. Dia mintak maaf sb lambat wish. Aku bagitau dia ingatkan dah lupa. Katanya ingat n mmg nak celebrate and give me something katanya. Tapi lambat pulak selesai kerjanya. Lagipun dia rushing siapkan kerja memandangkan nak ke London on Monday for the Olimpik Games. Tapi yang paling sweet bila dia cakap I'll get something for you in London. Wah!..seronoknya. Tapi aku malas nak perasan, nanti harap2 tak do pulak kan. Ekceli dia request suruh aku add dia dlm FB aku tp aku on hold dulu..hehehhe.

Ok.lah..itu aje aktiviti aku yesterday. Selamat Berpuasa Kawan-Kawan.

Daa.

Monday, July 16, 2012

Angin

As salam,
Seperti biasa setiap ujung minggu aku akan ke sg buluh. Sebelum ke sana aku sempat singgah Carrefour kejap sb nak beli barang. Lepas keluar dari C4, terus ke stesen minyak di Glenmarie. Aku sampai sg buluh at around 11++am. Cuaca sekarang memang panas. Aku kalau di kedai sememangnya x berhenti dari minum ais. Sepanjang hari minum ais..huhu

Nak di jadikan cerita, aku balik dalam pukul 10.30 malam. Tidur rumah adik di Saujana Utama. Since petang tu aku mmg tak makan apa2 cuma amik mee sup jer sebelum kul 7pm. Lepas tu aku tak makan apa2 and sampai rumah my bro baru aku jamah nasi sikit sebab adik ipar aku bawak lauk dari surau sb ada kenduri tahlil. Yang paling best ada pengat pisang. Aku pun apa lagi, lepas makan nasi makan pengat pisang tp tak lah banyak dlm 2 sudu jer. Sebelum tu aku dah siap2 mandi.

Malam tu mmg aku x leh tidur nyenyak. Dah lah umah adik aku tu panas, pasang kipas pun tak jalan. Aku pun apa lagi berpeluh2. Habis basah baju tidur aku. Tiba2 masa tengah baring tu kepala aku berpusing2..sudah!..aku takut dapt sakit angin yang teruk ni. Pusing kanan tak jadi, pusing kiri x leh. Ni yang buat aku nak nangis ni, tp masih leh bertahan lagi. Last2nyer aku pun bangun pelan2 dan pegi bilik air buang air besar..lama jugak la, sb nak buangkan angin. Tekak pun masa tu ada rasa loya tapi x leh nak keluar walaupun aku cuba jolok. Sempat la aku mandi terus sb panas sangat. Lepas tu aku baring atas kusyen. Adik ipar aku tanya aku kenapa. Aku mintak minyak angin. Masa tu jam dah kul 6 lebih. Lepas gosok2 ngan minyak angin aku terlelap kejap smp le anak buah aku yang kecik umur 6 tahun tu melalak x nak pegi sekolah. Aku dah le pening, dengor melalak tu lagi le tension..aduh!!. Masa ni le baru aku terasa nak muntah. Apa lagi keluar le pisang yg aku makan semalam tu. alhmdulillah lega sikit. Aku bg tau adik aku dan dia bagi ubat angin. Aku pun jamah nasi goreng adik ipar aku dan makan ubat angin. Rehat sekejap aku pun mandi sebab nak ke kedai. Basah semua rambut pas tu aku baring kejap. Dalam 10.15 a.m aku keluar ke kedai. Sampai di kedai aku siapkan yang sepatutnya pas tu aku sambung tidur jap. Baru le lega sikit.Alhmdulillah.Tapi perut masih sebu.

Aku ni pulak terlupa, masa balik umah malam tadi, aku telan sepotong labu. Lupa labu pun angin. Dahlah pagi tadi nak bangun kepala pusing. Ni pun masih terasa lagi..aduh!..serik le aku mcm ni. Bnyk dah x tahan nak makan tambah2 umur melewati 4 series ni..Mujur aku ada spare 100+ ni. Mudah2an tak apa2. nak letak minyak kat perut.

Mujur jugak batuk aku byk dah berkurangan dan selseme pun tak menjadi. Cuma kepala tu mmg berat. Perut pulak memulas. Sarapan tadi aku makan tepek jer kat rumah. Lagipun perut semacam nih. Rasa tak larat sangat dah..huhuhu

Dalam masa yang sama sebenarnya aku 'rindu' kat dia. Almost one month dah tak jumpa. Bz sangat dengan tugas2 outstation. This week pulak nak ke London..huhuhu.

Ok lah..banyk dah melalut..nanti sambung lagi..

Daa..

Monday, July 9, 2012

advance Besday & Get Together @ Kelab Maritime Putrajaya


Assalammualaikum & Hello uols!

Yahoooooooo!!!!!Finally our get together semalam is really happening. Jutaan terimakasih kepada Kiah, Linda n Ijan yang dapat sama2 menghadirkan diri pada gedering kali ini. Tak ketinggalan juga buat Baya yang gerak dari Melaka dan kami2 yang duduk disini Anum, Puji, Xana and Intan.

Walaupun tak ramai tapi tetap meriah. Itupun dah cukup ghiuh dah..hehehe. Gedering kali ini diadakan di kelab Maritime Putrajaya..

Yang bestnya sebab ada kek lawa..hehhee. Sayang pulak nak potong. Tapi walau apapaun memang untuk dimakan pun kek itu. Terimakasih pada Anum yang tolong belikan kek lawa tu!..hehehe. Lagipun keme berdua ni kan sambut besday in advance tahun ni..Ini le 1st time sambut besday dengan geng2 sekolah..ekekeke. Terharu pun ado!..

Kami juga sempat bincang untuk aktiviti hari raya dan trip untuk tahun ni. Ada dua aktiviti yang dirancangkan.

1.Raya Gedering

Tahun ini sekali lagi host untuk raya gedering akan diadakan di rumah Datin Rokiah kita. Dan seperti di tahun2 sebelumnya gedering ini akan diadakan pada Hari Raya ke-3. Alamat dan time akan diupdate kemudian. So gurls make yourself free on 3rd day of raya, so kita leh berjimba jimbi. Ijan akan menyediakan set karaoke untuk sape2 yang teringin nak menyumbangkan suara..hehehe

2.Langkawi Trip

Tahun ini kita akan makan angin ke Langkawi..yahooo. Dicadangkan bulan October kita akan kesana. Bajet/Tarikh dan tempat penginapan akan diupdate kemudian.

Inilah dua aktiviti kita yang akan diadakan untuk tahun ini.Semuga perancangan kita akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala2nya..amin

Di kesempatan ini intan nak ucapkan ribuan terimakasih pada Xana sebab amik Intan kat stesen Bangi and tqvm juga kepada Anum dan suami sb antor teman sampai Carrefour subang..hehhee. Mmuaah!

Ok ler geng. Stop kat sini dulu. Nanti kita berjumpa lagi..insyallah!

Nikmatiler gambor2 yang ada buat tatapan kepada yang tidak dapat menghadirkan diri..tunggu le gambor2 lain diuploadkan..

Wassalam.


Ikhlas dari,

~Intan ~
Sexiteri XCBG85

Monday, July 2, 2012

Wedding Invitation - Grand Bluewave Shah Alam

As Salam,

Pagi semalam aku bangun agak lewat jugak dalam 8.30 pagi. Rasa cam malas jer nak bangun, tapi aku harus bangun jugak. Da le 1st day bendera merah..adeh!! lagi la bertambah malas..huhuhu
Lepas mandi aku terus bersiap2 ke kedai. Datang awal senang sikit banyak benda leh tolong buat/kemas sb hari Sabtu tak sempat menjenguk.

Aku sampai Sg Buluh dalam pukul 10 lebih. Aku sempat beli barang ofis dan kegunaan sendiri dulu sebelum memulakan sbrang aktviti di kafe. Lepas dah siap semua dan kemas semua baru rasa lega. Memang itu le tugas aku di hujung minggu.

Ekceli aku ada wedding invitation kul 2.30 petang di Grand Bluewave Shah Alam. Jemputan ni dari seorang kazen aku. Memang pada awalnya aku malas nak pegi sebab..biarlah rahsia. Tapi memandangkan parents aku x dapat datang, terpaksalah aku mewakilkan kehadiran aku ke sana. Adik2 aku pulak punya hal masing2. Nak tak nak aku terpaksa pegi jugaklah. Kalau ikutkan hati tak mau aku pegi..nak tunggu nak balik pun rasa lama jer.

Balik dari wedding aku terus ke rumah mek ha amik barang. Mek ha da siap buat air..hehehe. Tq Mek Ha. borak2 sekejap dengan Mek Ha dengan Hasrul suaminya..Aku gerak balik umah pun hampir maghrib. Memang penat giler. Tidur awal pun tengahmalam aku jaga..tak tau naper. Terkenangkan 'mereka' berdua..Sedih pulak, terasa macam down jer. Apa2 pun aku mesti kuat..smuga segala urusanku dipermudahkan dan diberkati..aminn

Daa..

Balik Batu Gajah

As salam,

Last saturday aku balik BG. Memang dah lama benor aku x balik. Aku ikut K.Chu balik sb nak amik K.Long. So kami gerak dari Subang Jaya around 8.45am. Sampai Batu Gajah kul 12 lebih sikit sb menyinggah kat pasor.

Sampai umah gulai semua dah siap. Cuma tinggal nak gaul kerabu daun mengkudu and goreng sayur. So my mum suruh aku tumis sayur. K.Chu pulak beli tembikai, mangga dan buah lai.

Kami gerak balik ke KL dalam pukul 5.30 petang dan sampai KL dalam pukul 8.00 lebih sebab singgah semayang kat R&R Elmina. Sebelah malamnya pulak Ajib belanja kami makan sate kat restoran Seri Anggerik.

Tamat aktiviti untuk satu hari. Keesokannya aktiviti..tunggu

Daa