Thursday, September 27, 2012

Resident Evil Retribution - Official Trailer (HD)

As salam

Semalam tengahari aku antar sms to him say hye. Tapi aku tak rasa pun dia nak reply sebab aku tau dia bizi. Gamble aje le. Lagipun aku bukan hari2 sms dia kan..hehhee. At around 2.30 pm dia reply saying he miss me..hahaha. adehh. Pas tu tanya aku lagi bila nak jumpa. Aku tembak jer la kata hari ini and dia approve kata boleh gak..Seronoknya aku kan. Apa lagi. Set time macam biasa la. Kiranya surprised jugaklah..ngeeee..panjang senyumanku..

Tapi semalam mmg worst day for me, sebab dari petang aku balik sampai la nak jumpa incik abe tu. Banyak kejadian yang berlaku..Keluar dari ofis cermin kiri aku terlanggar sorang mamat indon yg berjalan kaki. Berdentum kuat bunyinyer..adoi..risau aku takut apa2 jadi. Mujur dan alhmdulillah teda apa2 cuma siku mamat tu sakit sikit ler..maaf ya pak!.

Sampai ajer rumah aku terus bersiap. Mandi pun ala kadar jer. Masa tengah siap incik abe sms jadi ke nak jumpa at 8pm sb dia baru perasan wallet tinggal kat umah. adeh!!. cepat2 aku reply kata aku dah siap..then dia reply balik dia tak de duit pun, malu nanti aku bayar semua. Aku reply kata apa salahnya sekali sekala. Cepat je dia jawap kata ok and gerak dari ofis dia..hehehee.

Aku siap2 masa tu time dah maghrib. Aku lepaskan azan dulu baru keluar rumah. Call teksi macam biasa la sb aku kalau boleh x nak bawak keter waktu malam. Memang dah biasa pun incik abe yang akan bawak aku..hehehe. Call teksi sampai 1/2 jam tak de jawapan. Ringing tone ada tp tak berangkat. Aku pulak dah cuak. Nak tak nak masuk umah balik amik kunci keter terus shoot ke tempat biasa tunggu incik abe. Lama jugak le aku tunggu. Aku anto sms dia tak jawap. Rupanya ada orang call dia sampai terlajak tunggu aku kat bustop SP..hahahaha. Mujur aku bawak keter. kalau jalan kaki jenuh aku nak menapak. So aku bagitau incik abe kena ikut aku balik ler sb aku nak parking keter aku balik  baru aku leh naik keter dengan dia..adehh!..memang betul2 masalah negara betul semalam..i learn from my lesson.

Seperti biasa kami apa lagi tengok wayang ler citer Resident Evil. Nak tengok citer lain time tak sesuai. Kami tak tunggu lama pun sb kami sampai pun 8.40pm. Movie start at 9 pm. So ok ler.

Good nite uols!..Gue nak tidor..

Daa

Wednesday, September 26, 2012

Kuat..

As salam..
Aku pohon kekuatanmu Ya Allah..tak sanggup sudah untuk aku menanggung rasa yang bukan milik aku. Tunjukkan aku cara yang terbaik untuk aku menghindarinya dari terus bercambah. Aku tak mahu merampas sesuatu yang bukan hak aku..


Monday, September 24, 2012

Sifat Manusia

As salam,

Sejak 2-3 bulan ni rajin jugak le sorang ni call aku, jumpa aku. Aku layan jer la, tapi lately aku rasa macam dah buhsan dengan lakunan dia. Sebab apa, sb tiada keikhlasan sebenarnya. Aku ckp macam ni sebab dia ada agenda di sebalik itu. Selama hari ni tak berapa perasan sangat, tapi lately ni nampak keikhlasannya kian menonjol. Dia bersandarkan agama sebagai modal tuk menarik minat orang yang dikenalinya. Orang macam ni mmg hipokrit..lepas tu terlepas ckp pulak kat adik aku..memang sahih ler dengan hidden agenda dia.

Aku nak tengok sejauh mana perginya. Dua minggu ni aku akan kejar dia sebab ada benda yang harus diselesaikan. Orang perak kata labun tinggi tapi sebenornya tak pakai otak. Nak tipu pun tak pandai..hahahaha.

Kita tengok dan lihat lakunan dia seterusnya ya!..

Daa

Tuesday, September 18, 2012

Get together di rumah Kak Ros - 16/9/2012

As salam,

Hari Ahad lepas kami get together di rumah Kak Ros di Seri Petaling. Yang ada cuma kami berempat jer la. Lagipun sb dah lama tak jumpa kan. Tak de apa yang menarik pun cuma sembang2 kosong. Menikmati juadah kway teow goreng K.Ross. ermmm yummy!

Balik dr Seri Petaling terus shoot ke Sg Buluh balik..hehehe. Si incik A..datang dinner kat kafe at around 10.00pm..lately aku rasa cam boring jer dengan incik A ni..Malas ler nak rapat sangat dah dengan dia. Aku rasa cam dia tu amik kesempatan jer..org sekarang bukan boleh percaya sangat..aku cuma nak balik hak aku jer. Dah berbulan2..sampai bila nak tunggu. Cakap mmg le pandai, tapi serupa bikin tak..well! we look and see.

That's all for today..will see uols on the next n3.

Daa..

Wednesday, September 12, 2012

The Possession Official Trailer #1 (2012) - Horror Movie HD


As Salam,

Paling best kalau si dia ajak keluar sb kami jarang keluar. Ikut time n mood dia. Aku malas nak pikir and tanya. Bagi aku kalau nak seribu daya, kalau tak nak dengan satu alasan pun dah cukup kan. Yang best tu aku ingatkan dia tak jadi nak keluar ngan aku sb selalunya kalau dia cakap insyallah mmg tak jadi. So aku buat tak tau jerlah sehinggalah dia yang call aku tanya nak jumpa tak? Dia marah aku sebab aku tak tanya dia. Aku kata aku tunggu dia ler, malas  nak kacau takut tengah sibuk.
aMasa tu aku dah sampai umah pun. Dia tanya sempat ke kalau nak keluar..aku cakp boleh jer and bg tau dia around 7.45 ler. So dia kata ok. Aku nak kata excited sangat pun tak de la jugak. Cuma aku mandi dan tukar baju jer sebelum jumpa dia. Lagipun cuaca panas, tak mandi rasa melekit.

Tak sangka pulak dia awal 10 mins sampai tempat biasa. Aku pulak ngam2 sampai @7.30pm. Sedang elok le pun. Tak de la dia tunggu lama. Lepas tu kami terus procid le tmpat biasa, mana lagi kalau tak tengok wayang. So semalam kami tengok horror movie tajuk The Possession. Masa kam1 masuk tu movie baru jer start. Ekceli nak tengok citer lain tp timing tak kena. So kami pun masuk je ler terus..heheehe.

Overall citer ni taklah menakutkan pun. Biasa jer. Actionnya pun biasa2 jer. Layan ajer la sebab dah tak de citer lain..hehee.

Itulah aktiviti kami kalau berjumpa. Lepas ni entah berapa lama lagi kena tunggu nak keluar bersama lagi..hehehe..tunggu aje la update aku seterusnya.

Daa!..


Dah agak dah

As Salam..

Apa yang aku fikirkan memang benar? Kali ini aku dah malas nak reply. Suka hatilah sebab aku sudah tiada kena mengena dalam ini gambar..hehhee. Aku sudah bosan! bosan! dan bosan..
Aku mahukan kebebasan..tak payah sibuk2 nak tanya aku. Dah sampai masanya pun.

Mulai saat ini aku dah x nak bersuara apa2 pun dah. Letih mak, nak? Berdiam diri lebih baik.

Selamat tinggal kawanku..aku mohon undur diri..

Daa.

Monday, September 10, 2012

Beraya ke Melaka - 9/9/2012

Hola Geng!,

Alhamdulillah segala perancangan yang telah sekian lama terperap akhirnya menjadi juga. Terimakasih pada Pn. Hajah kita di atas layanan yang tak terhingga di atas kedatangan kami menyerbu ke rumah mike semalam. Baya, sebenornyakan aku tak pueh makan sebab aku minum banyak ayor.huhu..makanan semua sedap2 pulak tu. Macam Xana cakp sambei nyior kamu mmg sedap!..i loike.

Juga ucapan ribuan terimakasih kami yang tak terhingga di atas segala layanan dan masakan yang sedap2 tu. Jangan serik tau kalau kume serbu lagi umah kamu..hehehhee..

Maaf yer kawan2, tak sempat nak ambik gambor makanan sebab kami terus ngap jer makanan yang dah siap dihidangkan oleh Pn Hajah kita..hehhee. Apa2pun kami semua mmg kekenyangan..alhamdulillah!

Akhirkata sepuluh jari di susun di atas segala keriuhan semasa kedatangan kume di Melaka..

Semuga kita berjumpa lagi yer!

Wassalam.

~ Intan~
Sexitery XBG'85

Wednesday, September 5, 2012

Diam

As salam,

Ntah kenapa semalam satu hari aku rasa berdebar, skrang ni pun rasa berdebar. Siapa pulak yang ingat kat aku nih. Since semalam mcm ni. Ni yang buat aku tak suka kalau ada rasa cam ni.Memang aku plan nak diam jer, tp hati tetap berkata2. So petang semalam @ 7.00p.m aku antar 1 short sms to say hye..pas tu aku pun nak masuk umah ler. alhmdulillah petang semalam hujan, ada la sejuk sikit. Masa aku siap nak keluar dari kereta phne aku berbunyi tanda ada message masuk. Aku pun baca ler, tengok2 dia reply katanya dah 4 hari demam. Lerr, patut le sengap..mmg peel dia cam tu kalau tak sihat mmg sengap le tak tau nak bg tau..huhu. Baru le ilang debor aku. Kalau tidak mcm2 aku pikior..hehehe.

Oklah..nak out dulu..daa.

Monday, September 3, 2012

29 Ogos 2012...

As salam,

Receiving his call @10.45pm. He's on the way out for dinner. Siangnya asik membuta jer..hehehe. Maklum ler orang tua kan. Stamina pun tak kuat dah..Nak tunggu pencen lambat lagi. Kena la tunggu sampai pencen baru ler leh rehat.

Aku ni pun kalau boleh dah x larat nak keje, tapi sape pulak nak bagi aku makan kalau aku tak keje..hehehe. Kalau ada orang tanggung mmg dah lama aku duduk rumah. Namun walau apa2 pun aku tetap bersyukur di atas segalanya. Aku omel sikit jer..hehehe

Ok la, out dulu. Nanti sembang lagi..

Daa.

Debor pulak nih!.

As salam..

Hari ini dah 3 Sept 2012. Cepatnya masa berlalu. Raya pun dah masuk minggu ke-3 dah. Masa ni sibuk orang buat open house sana sini. Bagi aku tahun ni yang paling bosan sekali. Raya tahun ni mmg biasa jer, tak de yang menarik sangat ler. Namun aktiviti mmg tetap berjalan seperti yang dirancang. Setiap tahun pada raya ke-3 kami rakan2 sekolah akan berkumpul. Itu la pun aktiviti setiap tahun. Hari yang lain2 macam biasa jer.

Ntah kenapa hari aku rasa ada debaran yang maha kuat pulak since tengahari tadi selepas aku antar satu sms ringkas. Tapi belum ada balasan lagi. Suka hatilah nak balas ke tidak. Orang tu kan bizi, tak de masa nak layan sms remeh temeh nih. Aku malas nak pikirlah. Lagipun situasi kita berbeza, tak mungkin akan terjadi apa2 pun..cuma rasa terkilan tu masih ada. Sebagai seorang manusia kita x leh lari dari mengalami perasaan yang sebegini. Mgkin caranya yang berbeza2 kan. Aku malas nak pikir dah..

Semalam pulak asik tersedak je. Ntah siapa la pulak yang mengata aku semalam. Yang teruknya masa makan tengahari semalam. Mujur tak termumtah. Tiba2 jer tekak gatal. Minum ais banyak sangat kut. Cuaca pulak mmg panas sangat2.

Ok la, aku nak out dulu..kita sembang later..

Daa.