Wednesday, October 24, 2012

Kenapa Harus Berbohong

As salam..

Aku x tau nape dia harus berbohong. Dari segi fizikal mmg dah nampak sangat macam somebody husband. Cuma aku jer belum tanya directly. Jenuh nak pikir ayat yang sesuai nak tanya..hahaha. lagipun tak kuasa aku nak tanya..bukan aku gf dia pun..:))) ada aku kisah. Tapi pada aku tak kisah le kawan ke, gf ker bg tau jer status tu. Jadi senang orang tak salah anggap..betul tak?

Sampai ke hari ni dia mmg elak tuk cerita pun. Aku nak cari masa yang sesuai nak 'tembak' dan tanya pasal status. Bukan apa, itu buat aku lebih senang. Aku x nak terus 'alpa'.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku ini. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu..aminn

Daa

Monday, October 22, 2012

Stolen Official Trailer #1 (2012) - Nicolas Cage Movie HD

As Salam, Last Friday (19/10/2012) morning I received a call from someone. Almost a month tak sembang panjang sb demam and sibuk dengan tugas. So, aku pun saje tembak nak jumpa ke today?' Katanya ok. So aku apa lagi seronok ler kan. So tengahari tu aku hantar my BFF -WUH ke rumah sb petang ujan. Aku malas nak bawak keter. Selalunya mmg dia yang akan amik aku pun..hehhee.

So petang tu aku pun confirm balik dengan dia our appt is ON and asking wat time to be at tempat biasa..dia jawap @ 8.00 pm. So masa aku kuar ofis ujan punya la lebat. Aku pulak lupa nak bawak payung. Tapi masa sampai stesen subang ujan dah boleh redah dah..ok ler. So aku round2 sekejap dalm shopping mall tu sementara tunggu dia sampai and pekena seteguk kopi panas sebab sejuk benor..hahaaha

Dia sampai tepat pada masanya and kami pun proceed ler tempat yg selalu kami lepak. Mana lagi nak pegi since he is owez bizi. So mmg tak buat aktiviti apa2 pun ler.  Kami tengok wayang jer. Ingat nak tengok TAKEN 2 tapi lama benor nak tunggu. So pikir punya pikir aku beli tiket citer STOLEN..mujur le best jugak citernya..hehehe. Berbaloi2 ler..hahhaa.

Movie habis at around 10.30pm..so masih awal lagi..Dia kata lapor. So kami proceed makan kat USJ 2.Kami order sup ekor, telur dadar (ini mmg peberet dia), kailan ikan masin, paprik campur. Berselera pakcik tu makan..hahaha. Sembang2 kejap lepas tu dia antar aku balik. Masa tu dh kul 12 tghmalm. Rasa cam cinderella le pulak. Lagipun esoknya kan hari sabtu..apa lagi leh bangun lambat..hehehe

Setakat ni dulu coretan teman..korang x tengok wyang ke?

Daa

Monday, October 15, 2012

Trip to Langkawi (12-14 Oct 2012)

As salam,

Aku telah membatalkan trip aku ke Langkawi bersama geng2 sekolah. Tak tau kenapa aku mmg malas nak pegi. Lagipun jiwa dalaman ku kureng siok nak pegi. Banyak masalah yang aku pikirkan. Kali ini aku rasa mmg betui2 kena low profile. Malas nak campur. Nak duduk diam2.

Tak de apa nak cerita dah..out dulu..

Daa

Monday, October 8, 2012

Perginya Seorang Sahabat

As salam,

Petang semalam aku balik agak awal dari SU. Ingat nak rehat ler dan buat apa2 yang patut. Sebaik saja aku parking kat depan rumah aku call my dad bg tau aku dah sampai umah. Takut deme risau pulak kan. Masa tengah2 sembang dengan my dad aku receive incoming call. Rupanya K.Azmah call bagi tau our fren Mohd Faizal Baharudin baru jer meninggal. Innalillah. So K.Azmah arrange tuk pegi umah Faizal. So aku bg tau Norley, Umi. Depa pun juin sekali.

Aku sempat la semayang isyak dan makan sebelum keluar. Sementara tu aku menunggu Norley datang sb nak pegi sama2. Merasa jugak la Norley makan biskut raya dan cik buatkan dia Nescafe..suka benor le dia..Masa tu la K.Azmah sampai. So kami gerak pun dalam pukul 9.30pm.

Sampai di rumah arwah Faizal baru je tiba dari hospital. Jadi kami sempat la bacakan yassin tuk arwah. Jumpa teman2 yang lain memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Semuga aman di sana. Al-Fatihah.

Buat keluarga Faizal, salam takziah dari kami semua. Redhakan pemergian arwah. Semuga arwah ditempatkan di kalangan para solihin...aminn

Wassalam

Thursday, October 4, 2012

Mood hilang and sedih

As salam,

Aku rasa mcm tak bermaya la minggu ni. Macam2 hal. Aku mohon mintak Allah tetapkan imanku, bagi aku ketenangan untuk aku teruskan kehidupan seharianku. Semuga rezeki aku akan bertambah dan Tuhan tunjukkan jalan agar segala2nya berjalan dengan baik.

Insyallah mg depan aku nak pegi menyongkit ke Langkawi dengan geng2 sekolah. Semuga dipermudahkan segala2nya. Semuga segala perancangan berjalan dengan lancar..aminn

Dalam masa yang sama hati aku terguris. Sebab apa. Ada orang tak ikhlas sebenarnya berkawan dengan aku. Sampai bila nak simpan rahsia dan sorok semua kebenaran? Aku ni hanya manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Aku punya rasa sakit hati dan macam2 rasa lagi. Aku tak tau cemana aku nak settlekan masalah ni. Tak tau cemana nak mula. Ya Allah berikanlah aku petunjukmu. Biar segala2nya settle dengan aman dan damai.. Semuga segala2nya akan dipermudahkan..aminn.

Daa.