Monday, December 1, 2014

Seri Pacific Nov 2014

As salam,

Firstly memang time2 sekarang malas tul nak update kat blog. Lagipun macam x de mood jer nak citer apa2. Banyak hal yang dipikirkan. Tahun ni aku rasa tahun yng paling x best dalam kehidupanku. Makin lama aku terasa cam makin jauh jer. Sehinggalah ke minggu lepas baru jek 3 x ketemu dengannya. Tak tahulah aku nak cakap. Aku malas nak prasangka buruk kat orang. Tapi instinct aku kuat merasakan sesuatuh..

Setelah hampir 5 bulan baru aku dapat jumpa. Aku dengar katanya sakit. Tak taulah aku setakat mana kebenaran atau alasan untuk aku. Namun aku tetap bersabar sebab ada yang belum settle antara aku dengan dia. Mungkin juga ini dugaan untuk aku, mungkin juga dia. Hanya Allah yang Maha mengetahui akan segalanya. Apa yang penting aku kena redha unuk menerima ketentuan olehNya.

Last week sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO. Dia juga terlibat sama bila time macam ni. Kesibukan dia memang hebat ler. Tapi dalam kesibukan dia tu aku buat observation. Sempat jugak nak bergedering dengan rakan sekolah. Kalau nak jumpa aku tu asik le bertangguh. Yalah aku ni pun bukan sapa2 kan. Agenda x penting pun.

Aku gamble jer la last week sms dia. Dah kul 8.30pm baru nak reply wassap aku tanya nak datang jumpa dia ker? Aku ni x de ler harap dia nak reply pun sms aku. Lepas tu aku terus jawap ok. Sebelum tu macam2 ler aku pikir dalam kepala hotak aku ni. Dia jawap katanya jumpa dia kul 11 mlm sb at the same time dia ada taklimat dengan menteri..Punya le lama nk tunggu.

Aku mintak izin kakakku untuk jumpa kawan aku nih. So anak buah aku antar di stesen komuter dan aku bergerak kul 9.00++ lebih. Sampai di Sentral baru kul 10. Ingat nak lepak kedai buku tutup le pulak. Nak guna atm mesin pun semua out of order. Aduuuhhh! sabor jer mak!

So, aku pun naik le kat tempat teksi dan duduk kat situ sementera nak tunggu kul 11. Masa tengah duduk tu datang pulak husband kawan sekolah aku. Dia ada seminar kat KL and duduk kat Hilton depan sentral. Sempat le kami berborak kejap. Mujur le husband kawan tu temankan sekejap walaupun aku x mintak dia berbuat demikian. Terima kasih di atas keprihatinan suamimu Baya. Nampak dia risau nak tinggalkan aku duduk kat sentral tu. Tapi masa tu ramai orang lagi.

At last aku dapat message dari dia kata dah settle dan aku leh gerak. Aku mintak izin dari husband kawan aku tu tuk beredar. Aku terus naik cab ke Seri Pacific. Mak Aih mahal jugak tambang rm18. Sebab aku x berani nak jalan dari stesen putra terpaksaler korek tabung..hahahhaha

Tapi perasaan aku cam biasa jer. Dah x de excitedment pun. Kalau tidak terasa sangat nak jumpa. Tapi bila dah jumpa mcm poyos jer. Udahle aku 1st day period. Lagi le mood swing.

Nak kata sembang beria tidak jugak. Si Inas ni sibuk jer dengan message dia jer. Geram jera aku ngan dia. Tapi kawan punya pasal diam jer ler.


Aku akan usahakan untuk settlekan apa yang patut. Apa2 pun aku doakan yang terbaek buatnya. Semuga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu. aminn

Daa.