Friday, March 6, 2015

Aku Pasrah

As salam,

Lama giler x update kat sini. Lagipun memang tengah malas benar nak buat coretan. Tapi yang aku tau hari ini aku rasa rinduuuuuuu sangat sampai termimpi malam tadi. Masa tu aku terjaga @4 a.m. Since this year aku dah jarang2 nak sms dia. Tahun ni memang rasa kecik hati sangat2. Lagipun insyallah tahun ni aku akan jadi tetamu Allah. So aku kena banyak buat preparation untuk diri sendiri. Banyak lagi yang kena catchup. List pun belum buat lagi. Cuma sekarang ni aku tengah ikuti program kursus haji di Kelana Jaya.

Ntah kenapa aku rasa cam berdebar sangat di waktu ini. Aku terpaksa kuatkan semangat aku untuk tidak menghantar sebarang pesanan ringkas. Biarlah aku low profile. Lagipun kalau aku hantar sms dia susah dah nak reply. Ikut mood. Jadi daripada aku sakit hati biarlah aku berdiam diri. Kalau nak diingat balik aku wish dia Happy Birthday January lalu dia buat x tahu jer. Tak de reply pun ucap terima kasih ke apa ker? Orang2 lain yang wish e.g kat FB pun dia reply. Apa yang patut aku buat? Kali ini aku terpaksa buat jugaklah. Terpulanglah samada nak ingat ke nak lupa ker. aku dah x nak bersuara lagi. Aku dah letih, bosan pada orang yang hipokrit. Cari aku pun bila dah x de orang nak layan. Untuk apa aku memperbodohkan diri aku lagi. Sedih macam mana pun aku harus terima whether I like it or not?

Ya Allah kau alihkan ingatan aku jauh darinya. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dia sekeluarga. Kita boleh rasa orang suka kita ke atau sebaliknya. Aku dah cukup dewasa untuk memahami segalanya. Cuma aku nak mintak maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki di atas segalanya. Halalkan apa yang termakan dan terminum. Hanya satu aku mohon agar tolong selesaikan apa yang masih tertunggak. Aku tidak mahu berhutang apa2 dengannya.

Hanya itu yang termampu untuk aku luahkan. Aku bermohon agar segera selesai segalanya. Aku juga bermohon yang terbaek dan dipermudahkan segalanya. Kalau itu yang dia nak aku terpaksa la follow kan.

Daa