Friday, December 18, 2015

Seri Pacific Hotel - 12/12/2015

As salam..

Minggu ni seronok bangat sebab memang betul-betul leh berehat sakan sebab cuti panjang. Macam dah lama x rasa cuti panjang sebegini. Paling lama aku cuti 38 hari sewaktu menunaikan haji bulan September yang lalu. Masih terasa kehangatan suasana di mekah dan madinah. Insyallah suatu hari nanti aku ingin lagi menjejakkan kaki ke sana. Mungkin dengan kawan-kawan, saudara mara ataupun cinta hati saya. Semuga segala-galanya dipermudahkan. aminn

Walaupun cuti panjang, idak juga nak berehatnya. Ada jer aktiviti yang tak dirancang. Kalau rancang awal-awal for sure selalu x jadi. Nak balik kampung minggu lepas aku baru aje jumpa mak aku. Lagipun  petang jumaat turn adik aku  ngantor mak balik kampung. So kira aku relax ler sikit, cuma keluar date dengan Aya kat Subang Parade.

So hari sabtu aku kira memang nak berehat ler tak kemana. Cuma keluar sekejap petang tu nak beli ubat kat farmasi. Tapi hampeh farmasi lak tutup, Aduhh. Time tu pulak hujan.pulak. Frust tul aku. Lepas tu terus jer balik rumah.

Lepas solat maghrib aku duduk santai sementara tunggu berita dan dinner tuk malam tu. Anak sedaraaku lak keluar pegi beli KFC.  Dalam masa yang sama aku godek phone sambil main dengan si Dhiya Darwishah. Bukak wassap tengok message dari Inas Mahmud. Minah ni kalau buat plan mmg suka last minit sebab keje dia yang x menetu time tu. Dia ajak aku tidor hotel sebab dia baru habis miting kat PWTC. Apa lagi dalam hujan aku redah ler jumpa minah tu.




Sampai di KL Sentral kasut aku putus.Adehh..Nak beli kasut baru jauh jugak nak menapak ke NU Sentral tu. Lagipun time dah dekat kul 10 malam. Mesti dah nak tutup kan. So aku terus beli coupun teksi terus ke hotel jer. Terpaksa la aku jalan macam orang cacat naik ke bilik.

Sampai kat bilik aku cerita kat Inas. Punya la dia ketawakan aku. Dalam bilik hotel x de pulak provide kasut putih tu. Yang si minah Inas ni pulak keternya masuk workshop sebab langgor divider. Kan fair n square. Aku kasut putus yang dia pulak keter accident. Memang sehati sejiwa tul.

Pagi esoknya terpaksa le aku naik teksi jugak balik ke rumah terus memandangkan keadaan kasut aku tu. Anyway thanks fren for the time we spent and aku really appreciate. Semuga ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga ke jannah..aminn

Daa

Wednesday, December 16, 2015

Jumpa Aya - 11/12/2015

Salam..

Jumaat lepas warga Selangor bercuti sempena keputeraan Sultan Selangor. Seronok bangat bila dapat cuti sebegini tambah dah hujung tahun kan. Aku sepatutnya ada facial tapi malas nak pegi sebab kepala rasa berat. So apa lagi tidur ler.he he he. Tu yang x sedar bila si Aya message and call aku. Memang kepala betul2 berat pagi tu. Tambahan cuaca pulak mendung jer kan.

Lewat sikit aku reply Aya. Lepas pam tayar keter aku baru aku return call dia. Aku kata ok jer jumpa di Subang Parade selepas zohor. Banyak jugak ler kami borak. Selesai solat maghrib baru kami balik ke rumah. Alhamdulillah akhirnya dapat aku penuhi pelawaan kawan lama yang nak sangat jumpa selepas aku balik dari mekah.

Daa..