Thursday, February 25, 2016

Convent PD Trip - PNB Ilham Resort PD



Convent PD Trip Gathering 2016
Tarikh  : 20 – 21 Februari 2016
Venue  : PNB Ilham Resort Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT tarikh yang kita nantikan tiba jua akhirnya. Segala perancangan telah jaya dilaksanakan walaupun dalam pelbagai kepayahan.  Walaupun hanya satu malam, grup kita telah mencipta satu fenomena yang sentiasa happening. Memang kalau nak diikutkan tak cukup jer masa satu malam tu kan namun itulah hakikatnya ternyata semuanya happy dan membawa kenangan terindah yang akan terpahat dalam memori kehidupan kita. Boleh ler kome cerita nanti kat cucu-cucu kome..ha ha ha

Sebelum daku meneruskan bait-bait ceritera seterusnya, first of all kita ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada organizer kita Norhanum Harun di atas segala usaha dan effort untuk menjayakan gedering kita pada kali ini. Bravo Anum!..Begitu juga kepada warga AJK yang amat berdedikasi dalam membantu dan bertungkus lumus dalam penyediaan makanan dan sebagainya sepanjang kita berada di PD. Huh! Lega.. Suatu kepuasan yang tidak terhingga kan bila segala usaha kita berjalan lancar. Syukur alhamdulillah.

Kemeriahan trip kita kali ini diserikan lagi dengan penyertaan geng baru seperti Sharifah Rodziah (Udi), Parameswari dan Harlina. Tak lupa juga ucapan terima kasih di atas kesungguhan geng-geng Ipoh dan Batu Gajah yang turut sama memeriahkan lagi aktiviti kita ini. Kepada geng yang baru juin tu, jangan kome serik yer! Next time boleh juin lagi. Seiring dengan usia kita yang semakin menginjak ini, kita mesti feel happy and enjoy moment2 dengan sebaik mungkin. Tu sebab kita semua ni masih maintain vogue and mudo sokmo. Gelak ketawa  yang menjadi satu terapi yang sangat baik dalam kehidupan seharian kita. Cewah! Terlebih sudah..he he he.

Hari Pertama

Perjalanan dari Subang ke RNR Dengkil amat singkat. Lagipun jalanraya smooth jer. Cuaca pun nyaman. Sementara menantikan geng Ipoh – Kiah, Ijan dan Rames untuk konvoi bersama kami berempat berehat di surau. Selepas mengerjakan solat kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari di Seremban. Ketika singgah di gerai asam pedas semua makanan dah habis. Waktu tu pun dah kul 3 petang. Apa yang tinggal pun kan. Sempat le kami duduk kat meja sekejap. Yang paling lawak si Ijan ler.., siap tolong lap meja makan. Nyadin jer muka si Ijan. Sebelah meja kami pulak ada sekumpulan geng basikal makan tengahari kat situ. Agaknya deme pun heran nengok Ijan..hehehe. Sementara ngelap meja,sempat Ijan mengusik Rames, “Aci..mau makan kasi ambil sendiri..” Bantai kume ketawa nengok Ijan. Ngam-ngam Ijan abis ngelap,kakak yang amik order tu cakap tengok lauk dulu yer. Langsung potong stim nak makan. Terus kami bangun.

Kami terpaksa mencari gerai lain untuk mengisi perut. Si Harlina pulak dah pening sebab  time makan dah lari. At last kami berhenti di pasar malam untuk beli makanan. Walaupun belum beroperasi sepenuhnya kami tapau juga makanan di gerai lauk pauk di situ dan terus makan. Sementara kami makan sempat le kami berkenalan dengan sorang makcik ni yang menunggu anaknya yang berkerja di situ. Kume suruh makcik tu teka umur kume. Makcik tak boleh nak agak.Cuma dia senyum jer. Sekali lagi  Ijan buat lawak. Bila Sap tanya makcik tu kume asal dari mana, makcik tu x berani nak teka lagi takut jawapan salah lagi. Dengan selamba Ijan  menyampuk suruh makcik tu sebut 14 negeri Malaysia. Terus si Sap bantai tersembur ayor kat muka Harlina. Mujur tak bau ikan misai..he he he.Makcik pun ketawa tengok kume ni ghope kanak-kanak riang.hahaha. Dah kenyang  kami mintak diri dan bersalaman dengan makcik sebelum meneruskan perjalanan kami seterusnya.

Keme tiba di hotel pun dah almost pukul 5 petang kalau tak silap. Dalam rumah geng yang sampai awal,kelihatan semua exchange gift, door gift dah tersusun rapi. Manakala Chef Uma and Chef Anum pula sibuk dengan persiapan untuk penyediaan hidangan malam BBQ nanti. Sempat le petang tu kami berjalan ambil angin menyusuri pantai dan bergambar. Biasa ler kalau tak bergambo dan berselfie tak sah kan.he hehe. Aku pulak sempat juga rendam kaki kat air laut tu, lepas gian. He he he.

Sementara yang lain-lain bersiap nak jalan-jalan ke pantai sempat ler kami bersembang di bilik sebelah. Kiah menegur aku katanya aku dah kurus. Aku cakap biasa jer, cuma perut jer tak kurus..ngeee. Lagipun aku ni kan ada sweet urine. Tiba-tiba Ijan menyampuk tanya apa makna urine tu…kih kih kih. Ngekek kume ketawa. Sap tanya apa hei kamu Ijan..ha ha ha. Ajenya si Ijan. Bila aku sebut kencing manis baru dia paham..adehh!! 

Lepas menunaikan solat maghrib kesemua barang makanan di bawa ke pondok untuk makan malam. Tema malam ni semua kena pakai shirt/blaus warna purple dan berkain batik. Rasa cam boria jer..tapi seronok weh! Menu malam dinner kami :-

- BBQ Chicken and Lamb with black pepper sos. By chef anum.
- Salad dan ayor promogenate with soda, daun pudina – by chef Uma
- Nasi Goreng dan Mee Goreng  - by hotel as per request.
- Kueh kaswi, Garlic bread, Sengkuang Calit, tembikai, kek,maruku, agar-agar santan,
  bubur pulut hitam, puding – by Ina, Na, Mas, Ijan, Kiah, Udi, Rames.
- Kek karot & Kek marble – by Kiah.
- Kek Suji – by Uma
- Kek Labu – by Udi.
- Mineral water – by Zana/Puji

Alhamdulillah. Semua makanan terhidang memang sedap-sedap belaka. Cuma teman jer yang kurang selera sikit sebab badan x berapa sihat. Asik minum ayor jer.Batuk tak baik-baik lagi. Kesian Puteri sampai hilang suara dia. Air yang paling best ayo promogenate yang dibancuh oleh chef Uma kita. TQ Uma for making one special for me. Sedap kan Puji..he he he. Next time boleh buat lagi..:-)))

Di sepanjang dinner malam tu tak abis-abis acara sakat menyakat terutama si Ijan. Memang gitu le gelagat kawan kita yang sorang ni sentiasa ceria. Aje ngan tak diam. Pok Pek Pok Pek nyakat kawan-kawan. Siap beregek dengan mekap bagai si Ijan. Pakai pulak baju ropol2. kih kih kih.  Masa tengah makan tu sembang punya sembang terkeluor ler perkataan ‘marinate’. Seperi biasa dengan selamba tanya kume balik apa maksud marinate tu..married ker. Semuanya ngekek ketawa dengan Ijan. Dia pun ketawa juge. Dia boleh buat selamba blurr dia jer. Tak cukup dengan tu banyak pulak petua si Ijan ni. Udah macam klinik tradisional jer.kih kih kih. Petua yang pertama dia nyuruh teman makan ice cream vanilla untuk hilangkan batuk. Matron Rames pun terkezoot dengor  petua si Ijan nih.hahahah. Petua kedua pulak kalau sakit gigi bubuh belacan, tak kira le apa jenis belacan. Letak pada tempat gigi yang sakit. Petua yang ketiga lagi best sesape yang terkena ulcer mulut ubat yang paling mujarab kena lempang katanya..wakaakaka. adehh! Pengsan kak Aji ketawa nengok si Ijan.Ju..Ijan pesan suruh kamu jadi protégé dia sebab banyak tips dia nak bagi kat kamu..baaaikk punya!!..hahahahaha. Itu kamu kena tanya Ijan sendiri yek! Keme tak tau..:-)))

Kalau pasai bergambor aje ngan riuh. Punya la havoc kat padang tu. Macam-macam aksi ada.Warga lain semuanya tak keluor. Deme bagi can le tu..he he he . Tambah baju semua bertema ungu. Memang cantik bila dipakai dengan batik. Terbaek semua.

Dah siap bergambor  aktiviti  berkarok di tingkat atas lobi hotel. Seperti biasa yang konker mic si Ms Ijan le dengan lagu2 dangdutnya. Selang seli dengan kawan-kawan lain yang turut menyumbang suara masing-masing. Yang lain dengor jer.ha ha ha. Pak Maun cuti joget sebab lagu x sesuai..he he he. Terima kasih Zana kerana belanja kami yer. Ingatkan lepas tu nak sambung ngeteh kat luar, last-last aku ngan Sap lepak kat bilik deme sebab Baya tertinggal kunci keter kat bilik kami. TQ Linda tolong buatkan kopi malam tu. Zana tq for biskut semperit. Sedap. Boleh order masa raya nanti..he he he.Borak punya borak last2 kami tidur bilik deme. Subuh baru balik bilik sendiri..ngeh ngeh ngeh











Hari kedua

Ingatkan selepas solat subuh nak sambung tidor tapi tak maunya pulak. So kami teruskan dengan sarapan pagi di hotel. Boleh tahan jugak menu sarapan pagi. Tapi yang paling best cucur bawangnya. Aje ngan lembut. Enak bangat. Si Rames yang rajin ambik kan. Sampai kat meja lesap masuk dalam mulut masing-masing.he he he. Tambah makan waktu panas-panas memang ler sedap. TQ Rames.

Acara games kali ini dikendalikan oleh Puan Presiden kita Suzana Ahmad. Sebelum permainan bermula puan presiden kita berucap dan berterima kasih kepada organizer di atas kejayaan kita berkumpul  dan komitment kawan-kawan untuk sama-sama memeriahkan aktiviti kita tahun ini. Masa games ni macam-macam aksi ada. Memang havoc dengan gelagat kumpulan masing-masing.  Games ada dua group – satu Convent bijik (Uma Dhevi) dan yang kedua kump. Ipoh mali (Rames). Yang pertama games passing buah mata kucing, yang kedua- masukkan air dalam botol dengan straw dan yang ketiga- lawan makan smp habis. Kemenangan berpihak pada kumpulan Convent bijik. Sempat Puan Hajjah Baya kita belanja makan icecream pagi tu.yum! yum! Terima kasih Baya. Zana kata hadiah untuk pemenang akan dibawa kepada next gedering.

Acara seterusnya acara Exchange Gift..memang best. Terbaek la kawan-kawan. Masing-masing happy dengan hadiah masing-masing. Kali ni camera penuh dengan gambo Sap jer.he he he. Setiap ahli diberi goodie bag yang disponsor oleh kawan kita Kamaran dan didalamnya ada souvenier botol dan kacang by ms sexiteri, Gepang by Anum dan buah limau Sunkist by Rozana. Terima kasih semua di atas segala sumbangan yang diberikan. Semuga kita akan dapat meneruskan tradisi ni lagi di masa akan datang. Insyaallah.

Sebelum berkemas nak check out deme sempat berendam di kolam. Kesian Rames x dapat juin sebab dia tunggu tak de sape di situ. Next time ye Rames..he he he. Sementara nak menunggu check out sempat Rames tunjuk cara nak hilangkan migraine. Dia tak bagi rakam. Sebelum bergerak sempat kami bergambar kenangan di lobi hotel. Sekali lagi Ijan buat lawak. Punya excited nak balik beg baju pun tinggal belakang. Elok je ngendai bawak goodie beg dia tu. Mujur masih kat hotel lagi..adehh!..ekekeke.

Dari hotel kami terus makan tengahari di gerai asam pedas semalam. Memang ramai orang datang makan di sini. Walaupun pedas tapi memang umph la asam pedas dia.Ucapan terima kasih dari kami semua pada Kiah kerana belanja makan tengahari kami dengan ayor coconut shake. Semuga dimurahkan rezeki selalu. Aminn. Di sini satu lagi insiden lawak dari Ijan.”sedap kome ayo coconut tree.”kih kih kih..adehh Ijan. Udah le cuaca paneh, asam pedas yang kow! Dia nohen jer dengan lawak dia. Boleh lagi sambung cerita marinate ni sebab tak sabor nak sampai rumah..kwang Kwang Kwang..jawapannya ada pada Ijan yer..hehehehe. Paham-paham jer ler yer kome!..:-)))

Sebelum teman mengundur diri, izinkan teman menyusun sepuluh jari kemaafan di atas segala kekhilafan samada dari segi perbuatan atau tutur kata. Halalkan apa yang termakan dan terminum di sepanjang kita berkawan. Kalau report tak best sorry ek!. Tengah idea kontang. Ini pun rasa dah panjang benor. Nanti jemu pulak kome baca..he he he. Kalau ada issue yang tertinggal harap maaf yer. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua di atas gedering yang paling happening..We look forward to our next vacation to Krabi..

Sekian, wassalam.

Intan
Sexiteri