Wednesday, May 14, 2008

Kecik Hati

Bismillahirrahmanirrahim....

Entah kenapa selepas balik dari keje semalam, rasa cam tak sedap badan jer. Masa tengok citer Bella tu aku masih punya mood yang baik..Cuma selepas maghrib mood aku dah tercalar..Bilik penuh ngan buku2 masa belajar dulu..Memang bercadang nak bawk balik tp x de kesempatan..Aku disuruh kemaskan buku2 itew di dlam stor.

Lepas jer semayang isyak, aku mandi dan terus kemaskan buku2 tu. Mana yang nak simpan, mana yang nak dibuang..sampai pukul 12 lebih baru abis..Nak buat cam ner..Hidup menumpang mcm tu le..terasa sangat.Malam td aku memang tk makan apa2 pun. Lagipun perut tak berapa lapar sangat..

Walau apa2 pun aku kena professional. Tak nak terlalu mengikut emosi..biarlah diri ini yang menanggung segala2nyer..Akan ku usahakan sesuatu dengan secepat mungkin..insyallah. Amin..

Thursday, May 8, 2008

Cerita Hari Ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku dah mcm VIP la pulak ari ni..dah le masuk meeting untuk Account software. Sebaik habis jer meeting my ex-colleague lak call, nak ajak lepak..hahhaha. Pulak tu berpusu2 ym interframe..jenuh jugak nak layan..hahaha

Wednesday, May 7, 2008

Hari Terakhir di SLW..


Bismillahirrahmanirrahim..

Agak sedih juga sebab dah bekerja di sini selama 13 tahun. Walaupun berat hati nak melangkah tapi ku harus kuatkan semangat demi untuk masa depan. Lg pun kat sini banyak masalah dalaman yang paling canggih..aku rasa x de company lain yang politik dalamannya seteruk ini.

Walaupun mcm tu aku enjoy jugak. Aku tak amik pot sangat. Antara kami staf2 tak de masalah, cuma management jer. Kalau pandai mengipas ok le. Once kalau management tak suka dia akan buat apa sajer..itu le keburukannyer.

Tapi sekarang aku dah lega. Tak yah nak pikir2 lagi...hahhhaa..syukur alhamdulillah.

Si Dia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa si dia ek? Si dia yang masih kukenang dan kuingati sehingga kini..susah nak buang perasaan tu. Dah lama tak nampak si dia. Mungkin sibuk kut..almaklumlah. Yang paling seronok bila si dia bagi aku roti ban pada suatu petang lepas balik keje. Semua orang tengok..hahahaha..dah la kawasan tu kawasan pasar malam. Malunyer aku masa tu. Dalam masa yang sama bangga pun ada sebab si dia ni memang ensemmmm..

Aku rasa amat bertuah kerana dapat mengenali si dia. Sejak mula kenal aku tak pernah putus2 berusaha nak tarik perhatian si dia..hahhaa. Dengan orang lain aku tak pernah buat cam nih..Setiap kali berjumpa si dia mesti jantungku berdebar2..tak tau kenapa jadi cam 2. Sebelah petang jadi rutin harian menelefon si dia..hehehehehe..aku pun tak sangka aku boleh buat cam tu. Sampaikan kawan2 si dia dan kawan2 ku cakap muka kami pun dah serupa..hahahahhaha

Sehingga ke hari ni aku dpt tau si dia juga masih solo. Sama seperti aku. Masih lagi mencari. Atau aku masih ada can lagi..hahahha.. Entah la..Cinta tak boleh nak paksa. Segala2nyer biarlah Tuhan yang menentukan..Aku hanya mampu berdoa..

Yang paling aku tak boleh lupa masa aku ternampak dia di Carefour pada bulan pose tahun lalu. Aku masih ingat tarikhnyer 10/10/07. Aku dah mcm cacing kepanasan apabila ternampak dier. Masa tu si dia beramai2 ngan geng dier. Aku cuba2 nak interpreme jugak tapi dia tak nampak. Ketika itu aku sedang menunggu Norli untuk berbuka puasa bersama.Ilang sekejap rinduku yang tak terbatas nih.

Apa lagi ek nak citer? Memang banyak kenangan aku dengan si dia..Cukuplah sedikit sebanyak yang mampu aku luahkan..Nanti sedih la plak sebb aku tak suka nak mengungkit dan mengorek lagi citer2 sejarah tu.

Tuesday, May 6, 2008

Mengantuknyer...


Bismillahirrahmanirrahim..

Ngantuknyer ari ni..kalau kat umah memang dah tidur pun..hehehee.Apa nak cerita yek. At least segar sket tengok gambar pemandangan nih..Entah bila la dapat pegi tempat2 cam ni untuk bercuti..hahaha

Tak tau nak citer apa lagi..nanti kita sambung lagi..tunggu

Monday, May 5, 2008

Dinner@15





Bismillahirrahmanirrahim..

Buat pertama kalinya menghadiri dinner yang dianjurkan oleh chatters@15 Astro. Seronok dan bertuah rasanya. Kami beramai2 menginap di hotel concorde seramai 5 orang dalam satu bilik..hahhahaa...punya la riuh seh. Tak dapat nak lupakan suasana masa tu. Sha & Brit pun turun..

Lanai Seni





Bismillahirrahmanirrahim..

Kami sumer meredah hujan yang lebat ke lanai seni sebb nak tengok adik jepung..hehehe..yang datang pun agak ramai juga la walaupun dalam kehujanan..

Aku sempat la jugak menyuakan buku otograph sejarah suruh adik jepung tulis..hahahha
. Memang kenangan terindah yang tak akan ku lupakan sehingga ke akhir hayatku..