Monday, January 12, 2009

Bulan Kelahiran

Salam..

Bulan kelahiran ku Julai dan tergolong dalam kelompok yang berbintang cancer..

Ciri-ciri yang dibawah ni tak taulah samada ianya sahih ke tidak.Tapi ada a few la yang terkena kat den ni ha sifat2nya. Yang lain2 tu mungkin secara kebetulan jer..

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Apa yang tertulis mungkin tidak 100% betul kan. Buatlah penilaian sendiri..bak kata nabil "lu pikirlah sendiri."..hehehhee.

Chao!

Aktiviti Hujung Minggu

Salam..

Pertama sekali weekend lepas penat sangat. Since k.chu, abang & cik balik dari mekah, ramai sedara mara datang bertandang menziarahi mereka..Rumah sentiasa penuh seh!.

Hari Sabtu agak awal jugak aku bangun lebih kurang kul 8.30. Pada aku awal la tu sebab ari cuti kan..hehehehe. Tengok semua orang masih lagi membuta. Aku terus masak air, goreng cucur bawang untuk bekfes pagi tu. lagipun dah lama tak makan cucur bawang..hahhaha.

Lepas dah bekfes aku tolong masak untuk tengahari tu sebab my parents n adik2 semua nak datang. Selain my parents, kakak abang ipar satu family juga turut ada. Sepupu abang ipar dan aliff anak buah aku yang belajar kat UIA di Nilai. Meriah rumah. Sebelah petangnya pulak kakak sepupu ngan anaknya datang bertandang. memang penat giler..dah jadi macam bibik la pulak.muahahaha

Hari Ahad semalam aku dah buat plan nak kuar release tensen jap..aku dan teman pergi tengok wayang citer Brainscan..kelakar jugak citernya. At least happy jer tengok citer kelakar walaupun citernya tak la sesedap mana pun. Sementara menunggu aku singgah melalak kat karaoke room. Memang aku benar-benar release tensen..hahhahaa. Sebelah malamnya pulak aku keluar dengan Mek Ha, Norli dan Zek pergi ziarah Faizal. Dah kurus benar kawan aku tu. Kawan aku tu tak nampak. Dah 3 kali laser matanya kat hospital selayang, tapi tahap penglihatannya masih jugak kabur. Dia dijadikan macam bahan ujian pulak kat spital tu. Sekarang ni tengah berusaha berubat cara kampung pulak..kesian sangat aku tengok dia. Berusalah Faizal, aku doakan kau akan sembuh. Yang penting kau kena kuat semangat dan percaya setiap penyakit ada penawarnya. Insyallah..


Hanya ini coretan yang mampu aku luahkan..Nak sambung wat keje..nanti aku sambung lagi. chao!..

Friday, January 9, 2009

Selamat Kembali

Salam..

Tarikh semalam merupakan tarikh kepulangan K.Chu & abang & Cik Nik dari mekah. Alhamdulillah derang nampak sihat tapi batuk sket. Abang iparku pun nampak sihat jugak. Pepagi lagi aku sudah menyediakan apa yang patut. Pada mulanya aku nak join amik derang kat KLIA, tp memandangkan kakak ipar kakak aku nak datang awal kat umah, aku batalkan niat aku untuk ikut anak2 buahku.

Pukul 6.30 pagi aku bangun dan terus mandi..lagipun aku tengah 'cuti' sembahyang. Bersiap n bersolek ala kadar aku turun buat keje dapur. Aku sediakan sarapan pagi tu. Aku masakkan baked bean dan mee goreng. Pak Ngah Babjan pulak bawak roti canai n teh tarik. Meriah tengok makanan..

Lepas bekfes aku kena tolong K.yah masak untuk dish tengahari pulak dan tolong2 melayan tetamu. Sibuk jugak la sebab sedara mara ramai jugak yang datang semalam. Penatnya. Rasa macam kenduri le pulak..hehehehe

Oklah..teman nak beghansur dulu..tengah ngantuk tahap gaban pulak nih.. nanti sambung lagi, k!

Chao..

Monday, January 5, 2009

Shawal FC Bowling Tournament (25/12/2008)





Salam..

Firstly teman nak ucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran ShawalFC bowling yang telah diadakan di Summit S.Jaya pada 25/12/2008. Juga ucapan terima kasih buat semua yang terlibat..

Tak tau macam mana nak mula..hehehhe. Apa yang penting semua orang enjoy and happy on dat day. Aku, Sue, K.Shida n Nick bermain untuk team Nonny. Cantik tak teset kami..hahahhaa..Boleh tahan jugak la team kami dapat no 23 out of 32 groups. Aku ni baling bola pun tak reti..sowi bangat ya nonny..tp rasanya stil ok lagi kan. K.Shida yang expert pun tak berapa menjadi scorenya. Cuma harapkan dak Nick jer. Next time nanti kena pektis banyak2 sebelum actual game..muahahaha..

Maaf ya, den amik gambar tampal kat blog den yo untuk kenang2an..credit pada semua yang amik gambar.

Den chao dulu ya..nanti kita sambung lagi..

Wednesday, December 17, 2008

Jalan-Jalan ke rumah Adik

Salam..

Hujung minggu lalu aku telah ke rumah adikku di Sg. Buluh sebb si Nina adik dari Teluk Intan turun KL.

Tengoklah telatah anak2 buah aku yang riuh macam tetttttss bila dah berjumpa..



Ada a few lagi gambar-gambar yang sempat disnap..nanti akan diuploadkan..hehehe

Chao!..

Terlebih Rajin

Salam..

Hari ini aku rasa macam rajin sket. Malam tadi aku siap rendam mihun dan blender bawang, cili dan masak nasi. Sebab dah jemu tak tau nak makan apa dan hari-hari makan benda yang sama dari kedai yang sama dan aku pun tukar selera merajinkan diri memasak..So inilah hasilnya.






Aku ni tak le pandai sangat memasak, tapi untuk diri sendiri lepas le.hehehe.Semua makanan ni aku hangkut bawak opis..jadi tak payah turun beli makanan lagi..tengoklah kalau turun pun beli sayur je la..yang menyelerakan sambal ikan bilis dengan tempoyak..walla..

Selamat menjamu mata

Monday, December 1, 2008

Aktiviti di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujung minggu lepas, aku pergi buat facial di Summit. Dipilih buat oxigen facial. Only selected VIP yang dapat treatment ni. Salah sorangnya akulah..muahahaha. Balik dari facial aku terus balik ke rumah dan menjalankan tanggungjawab memasak untuk tengahari tu.

Dalam pukul 3 petang adikku mengajak ke subang parade. Aku pun keluar balik dan berjumpa derang kat subang parade. Sempat la maka icecream mcd..hahahaha.dah macam kanak-kanak riang. Lagipun dah lama tak makan icecream rasanya. Balik dari subang parade aku tertidur kepenatan. Adik ipar aku plak sakit kepala. Sempat depa tidur dulu baru balik ke Sg. Buluh..

Nantilah sambung lagi..nak buat keje dulu..hehhehee

Chao!