Tuesday, February 10, 2009

Gedering@Endah Ria Sri Petaling





Salam..

Ari Sabtu yang lepas ku menghadirkan diri gedering di rumah K.Ros di Sri Petaling. Bukan main banyak makanan. Ada sate, mee goreng, kepok lekor (mari dari T'ganu), pecal, kek, brownies, speghetti, pizza..meriah sungguh.hehehhehe

Tapi yang tak bestnya badan kurang sihat sket..kepala pening sangat. Tak berapa nak enjoyz..huhuhu.Sempat muntah 2x kat stesen minyak petronas kat area kepong tu sblum sampai umah k.ros. Thnx ya Addya sebb belikan den asam n gula2 hacks. At least ada lega sket. Mungkin cuaca panas sangat kut. Kita risau jugak kalau2 terpengsan ker? Tapi alhamdulilah teda apa2.

Tak sangka lak ada kezootan masa sampai di sana dengan kehadiran Toi n Naim. Seronok rasanya tengok gelagat Toi dan Naim. Di penghujung gedering ada kezootan dengan kehadiran Noni..hehehehe

Tima kasih pada tuan rumah K.ros yang sudi melayani karenah kami. Jangan serik jemput lagi ya..

Kami sempat ke mines makan-makan yong tau fu dengan nonny..

Kita mintak diri dulu..nanti jumpa lagi.

Chao!

Thursday, February 5, 2009

Kebakaran

Semalam blok A4 Leisure Commerce Square ada kebakaran. Kami semua diarahkan turun oleh pihak management. Punya la ramainya manusia berpusu2 di bawah. Masa aku sampai nampak asap jer yang keluar.

Tak lama lepas tu 2 kereta bomba dan 1 kereta polis datang. Tak tau la sebab apa boleh terbakar. Rasanya tak le teruk sangat kut. Aku nampak bomba relax jer..muahahaha.

Wednesday, January 28, 2009

Balik Kampung

Salam..

Cepatnya masa berlalu. Hari ini aku sudah mula bekerja..masih lagi terasa di alam percutian. Maklum la ramai yang masih bercuti kan. Lagipun jalanraya pun tak jem. Tu yang best tu..hehehee

Aku balik kg hari sabtu lepas kul 10.30 pagi. Naik kat stesen duta. Tak la ramai macam sewaktu cuti hari raya. Kali ni tak ramai sangat pun. Bas yang ada di stesen duta cuma Plusliner n Transnational jer. Bas lain ramai yang tak nak masuk kat situ. Mungkin sebb jauh kut..entah la. Perjalanan aku hari tu letih jugak la. Mana tidaknya dari 10.30 pagi dari KL sampai Bt Gajah kul 3.30 petang. Mujur siang kan. Mak aku sampai 2x call, kenapa tak sampai2..hehehehe. Mujur le balik dari kg tak jem. Lega sket rasanya.

Ngantuksya!..nak minum kopi malas pulak nak bancuh..hehehe. Kepala pun dah berat semacam je. Kalau dapat melelaplam mata sekejap ni baru le ok sket. Tapi manager ado! so kena la buat2 bz sket hari ni..hahahhaha.

tak pe la..aku chao dulu la. Nanti sambung lagi..

Chao!.

Friday, January 23, 2009

Teringat Kawan Lama

Salam..

Selepas makan malam, mata aku dah memang layu. Minggu ni memang cepat mengantuk. Tak tau naper..agaknya umur dah meningkat kut..hahahaha. Aku sempat layan sekejap cerita Rona Roni Makaroni & cerita intan di astro prima. Dekat 11.30 jugak le aku tidur. Selalunya sebelum aku tidur aku set alarm dulu kat handphone tp malam tadi aku terlupa lak.

Yang bestnya boleh aku bermimpi berjumpa 'seseorang'. Yang aku kenal la, almaklum kami ni dulu satu pejabat. Mungkin sebb dah lama tak jumpa dia dan dah lama tak call tanya kabar. Masa tu rumah aku ramai sedara mara datang bertandang. Kawan aku tu dah tunggu kat luar. Dia bawak keter alphad..wah!..hehehe.Aku apa lagi macam mak datin keluar naik keter dengan dia..yang tak bestnya masa aku naik keter ada lak entah mamat mana kenal kawan tu terus naik sekali. Kawan aku ni pulak jawap tergagap2 soklan dari kawannya. Aku tak cakap apa pun..cuma diam jer. Lagipun aku dah lama macam tak mimpi apa2. Mungkin member aku tu teringat kut..hahahaha.

Lepas tu aku terus tersedar.Aku tengok jam tunjuk kul 5 pagi. Rasa macam dah lama jer tidur. Sekali lagi tersedar terus dah pukul 7 pagi..hahahaha. Kelam kabut aku bangun.

Chao!

Trauma

Salam..

Semalam merupakan satu hari yang memenatkan dan membosankan. Masa aku kuar dari opis belum lagi ujan lebat,cuma drizzle sket. Tak ingat lak nak bawak payung. Sebaik aku sampai kat stesen komuter hujan turun lebat sangat. Aku berkata2 kenapalah aku tak bawak payung tadi. Nak patah balik belakang maleh dah walaupun stesen ngan opis tak jauh.

Tak lama jugak aku tunggu tren. Sebaik je semua orang dah naik, tren tak jalan2. Punyalah panas membahang kat dalam tu. Dengan orang yang padat, rasa macam nak muntah dan pening pun ada. Tiba2 announcement kata tren tu rosak dan kami semua diarah keluar. Ramai giler le manusia yang bersidai kat stesen setia jaya ni. Dah le hujan semakin lebat. Bila tren berikutnya sampai, memang tak boleh nak dekat dah. Semuanya berebut.Terpaksa la aku tunggu next tren. Pun macm tu jugak. Aku pun apa lagi cepat2 mencari ruang untuk membolosi diri aku masuk jugak. Kalau tidak aku kena tunggu lagi. Tu yang malas tu. Kalau nak diikutkan ruang kat dalam tu banyak kosong, tp depa ni semua x nak masuk. Semua nak tunggu tepi pintu tu..hampeh tul!.

Alhamdulillah bila aku sampai stesen subang hujan pun dah berhenti. Aku berkira2 nak singgah ke Carrefour pegi ATM. Sebab Sabtu ni kan nak balik kg. Keluarkan pitih sket..hehehhee. Ingat nak masuk dalam dulu tp memandangkan waktu maghrib aku terus ke bustop. Sebaik aku sampai di bustop ada orang seperti membaling sesuatu ke bawah. Mujur sempat aku mengelak. Bila aku tengok balik rupanya ada sorang mamat india ni kena rompak. Dia tengah bergelut dengan perompak tu yang aku rasa cuba untuk mencuri keretanya. Tu yang sempat dia baling kunci kat tempat bustop tu. Pencuri tu sempat amik laptop jer sebab mamat tu diacu dengan pisau. Mujur tak jadi apa2, cuma bajunya sikit koyak sebab kena pisau penjahat tu. Dah la tu yang buat aku geram tu jantan2 yang sama2 tunggu bas di situ pun tak berbuat apa2. Semua jadi pemerhati jer. So penjahat tu boleh dengan selambanya blah dari tempat dia merompak tu. Aku ni sebab tak kuat jer, kalau tidak aku memang tolong..hahahahaha..macam le terer.wakakakaa. Rasa cam trauma jer tengok kejadian macam tu. Dah macam tengok citer drama swasta. Tapi aku bersyukur mamat yang kena rompak tu selamat.

Coretan yang sempat aku coretkan buat kali ini. Nanti kita jumpa lagi..

Daa..

Monday, January 19, 2009

Penatnya...

Salam..

Dari malam semalam baru aku terasa penatnya. Dah la lama tak tidur siang. Bantainya aku tidur dari kul 3 - 5 petang. Lepas maghrib boleh sambung lagi tidur sementara menunggu AJL 23. Kepala pun ada rasa2 cam sengal jer. Pagi ni pulak aku tertinggal handphone kat umah pulak..Grrrr..hari senin yang macam2. Aku sedar aku tak bawak handphone lepas wish Midah Happy Birthday tadi.

Pada sabtu lepas k.chu buat makan2 untuk adik badiknya, adik badik abg iparku. Itupun tak jemput semua. Abang iparku masak mee sup..sedap bangat and k.chu order cucur badak, roti jala, kueh lapis dan bahulu kemboja. Cik Nik pulak beli coklat kek dari kawan abg Ed. Boleh dikatakan semua makanan habis..seronok tengok sebab tak payah nak menyimpan. Lagipun peti ais tak muat nak masuk barang2 lain lagi. Dah penuh dengan buah tamar yg k.chu bawak balik dari mekah tempohari.

Biasa la bila time kenduri, aku adalah antara orang2 yang paling sibuk. Selain menolong menyediakan keperluan kenduri, menyusun dan mengatur meja, aku juga membasuh pinggan yang bertimbun2..huhuhu. Tapi aku enjoy..seronok jugak. Yang bestnya boleh pulak si k.yah (kakak ipar k.chu) tanya kenapa aku tak buat karipap. Dengan selambanya aku jawap tangan den ni ha tak cukup. Seboleh2 nak suruh aku buat karipap. Benda2 ni kalau nak buat bila ada mood je. Nanti karang terbabas pulak rasanya..muahahahaa.

Apa yang aku nak cakap sekarang ni budak2 sekarang ni terlalu manja dan agak pemalas. Aku pun tak kata aku ni rajin. Ada masa aku juga pun malas. Baru mengandung 2-3 bulan tak leh nak buat kerja. Banyak yang amik kesempatan. Bukan suruh angkat berat pun. Kalau dah ada anak sok lagi le tak buat keje. Aku ni rimas kalau orang2 yang slow motion nih. Tolong2 la buat yang ringan macam buat air ke, potong buah ke? Bila depan mak mentua nak tunjuk rajin pulak..hampeh! Kadang2 tak leh nak salahkan budak2 kalau dah orang tuanya sendiri pun tak suruh buat kan. Naik lemak le jawabya..betul tak?

Setakat ni la bebelanku kali ini. Nanti kita jumpa lagi ek!..maklum la ari senin kan..monday blues..hahahha

Ok. Chao!

Thursday, January 15, 2009

Ingat Dier..

Salam..

Entah kenapa lately ni asyik teringat pada dia. Bosan betul la. Tak tau macam mana nak lupuskan nama dia dan ingatan ku dari kepala otak aku nih? Gerammnyer..Kenapa dia masih juga hendak berlegar-legar di situ. Pergi lah jauh-jauh. Aku dah benci, benci? Tak paham ke?

Kau ingat aku ni boneka yang tiada hati dan perasaan. Masa mintak tolong bukan main manisnya mulutmu. Nak aku jugak yang buat kan. Tapi ada kau appreciate aku, hah! Mana dia janji-janji yang kau taburkan buatku. Sampai hari ini aku masih ingat dan seingat-ingatnya.

Ya Allah tolonglah hambamu yang hina ini. Jauhkan aku dari terus ingat dier..aku tidak sanggup untuk menanggung penderitaan kerana ingat dier?

Wah!..pepagi dah jiwang karat.muahahaha. Saje nak release tension jer uat coretan ni.

Nanti aku sambung lagi..

Chao!..