Tuesday, August 25, 2009

Outing for Convent-85 Schools at Felda Residence Hotspring Sg Kelah (15 - 16 Ogos 2009)







Salam semua..

Hooray! pertamanya teman nak mengucapkan terima kasih kerana 1st outing untuk convent girls school sukses. Tahniah buat puan Presiden kita walaupun yang join tak ramai tapi tetap meriah. Begitu juga dengan teman lain yang join outing kali ini..Ucapan terimakasih juga buat Mala yang menaja kami dengan hamper biskut raya. Kami dah belasah biskut2 tu. Semua biskut dalam hamper tu memang sedap tapi ada satu biskut yang ada bertih tu yang paling sodap Mala. Tapi isi sikit bebenor..muahahaha.


Day 1


Perjalalan kami ke Sungkai lebih kurang dalam satu jam setengah jer dari KL. Zana dan Puji amik teman dan Baya di Subang Parade dalam pukul 11 pagi. Sepanjang perjalanan memang tak kering gusi le dengan celoteh kawan2 kita nih..Nak tido pun rasa sayang kut2 termiss cerita2 yang menarik..hahahhaa. Mujur sepanjang perjalanan ke Felda Residance tak hujan. So ok la kan.

Geng2 dari Perak pulak Linda, Puteri dan Ijan menunggu kami di simpang nak masuk ke Felda Residence. Kami makan tengahari kat sini. Makannya tak berapa sedap, Tapi untuk lapik perut hentam aje le..hehehe.

Villa kami Villa 11. Villa ni memang selesa. Ada 3 bilik kesemuanya dengan ruang tamunya yang besar. Semua kelengkapan ada. Kalau nak masak pun boleh.hehehe. Yang paling menariknya kami ada Jacuzzi sendiri. Apa lagi berendam sakan le kami. Sebaik jer masuk villa, terus jer bersiap2 masuk kolam. Tak payah pakai swimming suit, pakai baju dalam ngan seluar jer pun dah cukup. Ijan paling best, berkemban je trojun dalam kolam..muahahahaha.

Aktiviti kami memang berendam jer la sambil makan2 dan sambil kutuk mengutuk, dan usik mengusik. Lepas asar je kami keluar jalan2 ke kawasan sekeliling sambil nak menunggu waktu dinner. Kira jauh jugak le nak pegi Kafe untuk dinner. Jangan tak tau grup kume yang paling riuh. Dapat pulak berkenalan dengan polis yang menjaga kawasan tu. Siap nganto kami sekerat jalan nak ke kafe..kan best tu. Dah le semuanya xtra peramah. Masa sambil jalan2 tu sempat le abang polis ni bagi penerangan dengan apa yang terdapat di sini. Ada Ayuverda massage. Pricenya ok la jugak. Air panas kat sini boleh rebus telur. Nak buat reflexologi pun boleh.

Sebaik sampai di kafe, hujan pun turun lebat. Kume duduk tempat spesel. Idak le kena tempias dek hujan. Siap diserve dengan teh tarik lagi.hehehe. Masa balik pulak kami dihantar balik oleh manager kafe ke villa. Nak jalan kaki gelap beb!. Memang seronok sakan kume.hehhehee

Ingat selepas dinner ada yang nak berendam lagi. Tapi waktu pun dah pukul 9.00 malam langsung tak jadi. Selepas menunaikan solat masing2 berkumpul di ruang tamu. Masa ni la sessi mengimbau kenangan pun bermula. Aku sampai berayor biji mata dengor cerita deme. Yang paling best Ijan le. Cakap lampo le laju. Toto yang Ijan bawak abih keluor bulu sebab baru amik dari dobi. Bukak TV pun tak guna. Riuhnya dah ghope keling karam. Mana tidaknya mun semuanya nak bercakap..Yang paling tak tahan si Ijan le selalu lari dari tajuk. Si Baya pulak dah jadi kembor Ijan..hehehehe. Ate deme baru berjejak kasih..hehehheehe..bagi can le..muahahaha

Day 2

Pagi2 lagi si Ijan berendam lepeh subuh dengan kain kembannya. Aku tido lagi. Nak bekfest baru bangun. Kami jalan kaki je ke kafe. Tak jauh pun. Dekat sikit dari tempat dinner semalam tu. Ingat mulanya maleh nak berendam. Tapi tak leh tahan tengok deme yang lain dah masuk dalam ayor. Cuma Puteri je kesian tak dapat nak join aktiviti mandi-mandian nih sebab mengandung. Tahniah buat Puteri yang bakal menimang cahaya mata yg ke-4 tak lama lagi. Tapi aku salute Puteri yang nampak sihat dan masih boleh join dengan gedering ni walaupun dah masuk 7 bulan.

Bukan main riuh kume mandi. Main gelungsor ayor lagi. Memang best sangat. Umur 41 tahun pun belum sedor diri lagi...masih seperti kanak2 riang..muahahaha. Ate..bila lagi ya tak? Ada dekat ½ jam kut kume berendam kat situ. Terasa pulak masih di alam remaja..hehehehehe

Mulanya nak naik tren jalan2 sekeliling. Tapi trennya pulak tak muncul. Sudahnya kami pegi tempat untuk mandi manda. Since tak leh nak merayau naik tren kami putuskan balik ke villa tuk sambung berendam lagi. Aku masa tu memang ngantuk, badan pun berat sebab tak cukup tido..hehehe.

Sampai kat villa deme apa lagi sambung berendam., Ijan potong le buah2an yang ada. Semua letak kat tepi kolam jacuzi dengan tit-bits yang ada. Aku dan Linda sambung tido. Puteri pun berehat sekejp. Deme yang lain berendam. Zana sampai tutup suiz jacuzi suruh deme naik tak nak juga naik..hehhee. Aje suka benor berendam..


Kami chek-out pukul 1.00petang. Kami bergmbar di kawasan Villa. Sempat le singgah beli petai buat buahtangan orang di rumah..petai kampong tu. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur hujan lebat. Dalam kereta tak kering gusi dengan telatah Puji. Ada je cerita dia yang buat aku ketawa..Untuk makan tengahari kami singgah di restoran jejantas Sg Buluh.


Aku rasa ini je le report/summary yang mampu aku tulis. Mata aku sebenornya tengah layu ni. Idea pun belum kembang lagi. Belum abih lagi ngantuknya..hehheehe..sori kalau tulisan aku ni cam skema jer. Sesape yang nak sambung lagi summary ni amat2 dialukan. Mana tau kut ada yang tertinggei..

Untuk pengetahuan semua, setelah dipersetujui oleh presiden dan ahlinya yang lain, aktiviti kita ni akan diadakan setiap tahun. Tempatnya akan berbeza la. Lagi ramai yang join lagi bertambah meriah..Insyallah tahun depan Anum pun boleh le join kita..yahoo.

Akhirkata sebelum aku mengundur diri, aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa ke, perbuatan ke semasa kita berkampung di Felda residence tempohari. Terlebih terkurang maafkan teman yek.Insyallah lepas ni kita akan berkampung lagi di tempat2 lain pulak. Jangan risau gambo akan didonloadkan kemudian. Kamera teman tak leh nak donload sebab wayarnya tak betui. Kena pegi kedai tukor..muahahahaha.

Kepada Zana, Puji, Linda, Puteri, Baya, Ijan..aku rasa sangat bertuah mengenali kome sebagai kawan ..semuga persahabatan kita akan terus kekal sehingga ke akhir hayat..amin. Buat kawan2 yang lain mari le kita mengeratkan lagi silaturrahim kita pada aktiviti yang akan datang.

Wassalam.
Intan

Monday, July 20, 2009

Birthday Celebration at Studio Cafe Wangsa Maju - 19/7/2009





Salamzz.

Tanpa diduga semalam ada Birthday Celebration tuk dek non. Secara kebetulan semalam adalah merupakan tarikh lahirku..Kami semua ke stdudio cafe milik Za8 di wangsa Maju. Ramai jugak la yang datang. Dek non bersama2 famili dia turut serta. Ada 3 biji kek disediakan pada malam semalam.

Masa balik dah agak lewat, aku dan chiku tumpang tido umah Addya. Sempat la kami berborak sampai kul 2..kalau dah lama tak jumpa byk le cerita..pagi2 ni mata pun apa lagi layulah. dah le tekak pun sakit ni..huhuhu..

Anyway enjoy the picture..

Chao!..

Thursday, July 9, 2009

Kenduri di Rumah Adir - 4/7/09

Salam..

Pada minggu lepas, adik aku mengadakan kenduri di rumahnya di Desa Coalfields Sg. Buluh. Aku ke sana petang Jumaat selepas habis keje. Halim datang jemput aku di stesen komuter.

Parents aku pulak datang ari Sabtu. Zai yang bawak keter. Mak aku pulak mg lepas tak berapa sihat. Dah tak larat nak naik bas atau kenderaan awam lagi.

Selepas semua orang dah siap makan.. mak aku cakap dia nak baring. Rasa macam dah penat. Mak aku mintak aku letak minyak kat perutnya. Mukanya dah mula lain dah. Kami bergegas bawak mak ke hospital sg. buluh. Mak di tempatkan di wad emergency sebab jantungnya bergerak sangat laju. Tak tau apa sebabnya.

Dari pukul 4 lebih sampai le ke pukul 8.30 malam aku duduk di hospital sg buluh. Mula2 doktor kata nak admit my mom..tp lepas tu dia tengok everything ok, doktor benarkan my mom balik umah. Dengan syarat my mom x leh buat keje berat. Lebih kurang 2 minggu duduk kat umah adik aku kat sg buluh dan setiap mg aku kesana.

Mg lepas my parents nak balik sebab dah lama kat sini. Kami semua ikut balik sebab nak tolong bersihkan umah.

Thursday, July 2, 2009

Jejak Kasih Class 1985 di Subang Parade (25/6/2009)

Salam..

Hari ini dalam sejarah. Aku berjumpa dengan Baya, Puji n Anum. Dah berzaman tak berjumpa Baya. Sama lama dengan Ijan. Habis jer sekolah Baya terus kawin. Memang tak jumpa langsung. Aku tengok Baya masih tinggi mcm dulu dan badan lebih besor sket. Puji aku tengok kurus sket..mungkin sebab dia pakai baju hitam kut..hehehehe. Ketiga2 demer pakai baju kaler taik cicak, tolak aku je pakai baju pink n seluor putih. Tak kisah ka beb..Zana tak join sebab tak berapa sihat.

Kami ke KLCC dulu..Anum bagi si Farish anak anum makan di KLCC. Punya la ramai manusia, walau waktu lunch. Dah tawap 3-4 kali. Baya kata macam nak pegi Mekah kena buat tawap..muahahaha. Sempat masuk butik Coach sebab nak tengok harga dan design. Memang mahei nak mampus harga beg coach kat sini. Last2 Anum kata kita pergi Subang Parade je la. Lagipun anaknya tak leh duduk diams. So kami semua menjamu selera si Mac Donald Subang Parade sambil tu anaknya boleh main kat playground kat situ. Barulah Anum boleh bersembang dengan kami.

Kira satu hari jugalah kami berjalan..mcm waktu pejabat..hehehe. Malamnya pulak aku kena food poisioning. Abih terbelahak semua makanan. Entah apa yang aku tak tahan makan aku pun tak tau le..mujur jugak aku tak ikut depa makan malam tu..alamat aku tak kroje le jawabnya..hehehe

Nanti aku donloadkan gambo..tak pandai lagi.

Chao dulu!..

Perjumpaan di Majlis Perkahwinan di Ipoh (30/5/09)





Salam

Dah lama tak mencoret. Macam malez jer. Tak tau nape. Ari ni terpanggil pulak nak mencoretkan sesuatu kat sini. Walaupun aku tidak berkesempatan untuk turut hadir dalam majlis ini, sempat la jugak deme yang lain tu meluangkan masa berjumpa dengan Anum di Ipoh.

Aku attachedkan gambor yang sempat disnap sewaktu majlis berlangsung di Ipoh pada 30/5/2009 di kediaman kakak ipor Anum. Masih vogue lagi rakan2 sekolah ku ini. Yang paling lama aku tak jumpa si Ijan ni le. Masih kecik dan ketot macam masa sekolah dulu..hehehe (jangan mare Ijan..nanti kena juai..hehehe)

Anum..nampak lebih besor mungkin sebab baju kut.

Sap..ada perubahan sket..sesuwai dengan ketinggiannya.

Ijan..masih manis dan comei walaupun ketot..hehehe

Midah..aku rasa tak berubah apa2..tetap menten.

Puteri..seperti sediakala kurusnya

Linda..dah semakin putih.

Mala..aku rasa mike pn dah cerah jugak le..hehehe

Apa2pun aku tabik kat kengkawan semua..cuma bila la kt dapat mengumpulkan semua class 1985 dalam satu masa kan..Tak kisah ler walaupun kelas lain-lain.Itu ler antara impian aku.Mudah2an impian ku ini akan tercapai dan terlaksana..insyallah.

Chao!..

Monday, June 15, 2009

Dating wif my ex-schoolmate yang bercuti

Salamzz..

Yeah! yesterday is da day. Terasa happy sangat dapat jumpa Anum. Aku tunggu Anum kat Seri Pacific Hotel jam 3 petang. Tak tergambar betapa seronoknya. Anak Anum si Faris pun dah besar..Sempat dia tunjuk kat aku buku transformernya.

Kami berdua minum di Secret Recipe dekat the mall. Nak kata lapor sangat tu tak la jugak. Tapi aku order tomyam spegheti. Anum pulak order banana cokelat cake..memang sedap. tak berapa manis. Manakala tomyam spegheti tu tak berapa sedap sangat. Just untuk alas perut jer.

Apa yang paling best sekali aku dapat beg 'coach' dari Anum. Beg yang termahal kat sini. Rasa nak jatuh jantung aku bile dengor regenya..muahahaha.Kalau kat US memang le murah. Apa lagi aku pn mengorder le dekat Anum since dia duduk kat sana kan. Bila lagi nak merasa. Pejam mata le teman bayornya. Berlawan2 aku dengan Puji. Tak sabor dia nak tengok beg aku..Puji lagi la tamak sampai 2 dibelinya..hahaahaha. Kalau nak beli kat sini memang tak termampu pun.

Lepas makan aku temankan Anum shopping kat the mall. Jalan2 kat dalam the mall. Anum beli baju kat Egg dalam Parkson. Aku tak beli apa2 pun..Saje temankan Anum. Ni le masa pree yang dia ada..ate apa lagi round le..hahahaha

Nanti aku tunjuk beg coach yang aku beli ya..



Syukur le dapat jugak aku merasa. Lepas ni tak yah nak beli lagi..hahahaha.

Itu le akviti aku d ujung mg yang lalu..nanti kt sambung kalau ada bingkisan yang menarik untuk dikongsi bersama..

Chao!.

Friday, June 12, 2009

Mimpi

Salamzzzzz..

Dah lama giler tak update blog. Ni tengah kemalasan tahap gaban. Lagipun teda story yang menarik untuk dicoretkan. Keadaan keje yang melambak jugak buatkan ai malas nak menulis..hehehe.

Ntah kenapa malam tadi aku mimpikan 'dia'. Walhal aku dah lama tak nampak dia. Tak tahu apa perkembangan terbaru dia. Tapi dia seperti biasa la. Dia ajak aku ke rumahnya. Tapi masa sampai di muka pintu umah si mamat ni suruh aku tolong dia sidai kain yang dah dibasuhnya..aku pun tolong je la. Lepas tu aku masuk umah..cantik sungguh umahnya.bersih dan kemas. Tapi masa tu aku dan dia tak cakap banyak pun. Aku pun tak tau apa maksud mimpi tu..mungkin dia tengah ingatkan aku kut..muahahaha..(ditimpa perasaan tul)..Bila aku bangun pagi aku senyum sorang2..hehehehe

Semalam aku sempat berbual dengan As. lagipun boring teda orang kat umah. Kakak aku tak sampai lagi dari Terengganu. Sementara tu sempat la jugak tengok citer Zati & Si Mawas. Seronok jugak citernya. Layan ajer la. Lagipun semalam teda cerita menarik pun. Itupun sementara nak tunggu citer Rahsia Hati kat saluran astro prima.