Tuesday, May 18, 2010

Jejak Kasih di Sunway Piramid




Salamzz..

Aku sama sekali tidak menyangka aku akan bertemu kembali dengan dua orang rakan sekolah ku yang sudah sekian lama tidak ketemu. Segala2nya diaturkan oleh Ju. Aku hanya mengikut. Lagipun saja je suruh Ju arrangekan..hehehehe

Kami makan di chicken hertz di Sunway Piramid. Ok la price dia dalam RM20++. AKu tiba di Sunway dalam pukul 11 lebih kurang. Ju n Mas dah sampai dulu..hehehe. Sebenarnya aku x leh recall yang mana satu si Mas ni. Tapi bila dah tengok barulah aku ingat seingat2nya..sori ya Mas.

Si Peah pun tak banyak berubah. Cuma saiz badan jer yang berubah. Biasa la kan bila time umur macam ni x elok pun kalau kurus sangat. Sedang elok ler tu.

Selesai makan kami sempat le meround dalam sunway dan bergambar. Ini la hasilnya.

Terimakash pada Ju yang merealisasikan perjumpaan ini. Ketika ini Ju dah pun balik kampung jadi orang kampung..hehehe

Sampai disini dulu coretanku kali ini..dah termiss out nak post kat sini..hehehe

Daa..

Grrr!!..

salamzzz..

"sayang, y so long no news from you. dah lupe kat I eh ayang." kata2 yang buat aku geram, marah, sakit hati dan mcm2 ada. Baru jer seminggu aku mengeraskan diri untuk tidak menghubungi atau menghantar sebarang pesanan kepadanya. Sedangkan yang menulis message tu mcm tak de rasa bersalah pun membiarkan aku terkapai2 menahan rasa.

"Syg, you ok ke..i bz betul la, lepas piala thomas kena attend hari belia pulak." sambungnya lagi. Aku yang termangu2 hanya mampu menjawab ok and tell him yang aku understand his work situation.

"You take care ya sayang, miss yu." lantas talian dimatikan.

Aku tau sebenarnya dia tersentap bila aku jawap saje malas nak call dia. Padan pun muka dia, siapa suruh tak nak balas semua sms aku. Lepas tu nak salahkan aku pulak kenapa aku diam. Hampeh. Sekarang ni siapa yang lupe siapa. Kesibukan bukan alasan untuk tidak bertanya kabar walaupun sepatah ayat..bullshit lah. Dia sendiri yang beria2 cakap masa dlm toilet pun boleh sms. Tapi sekarang...eeee geramnya aku.

Asyik aku je nak jaga hati dia, kesibukan dia. Hati aku pulak macam mana. X de orang peduli pun...huwaaaa..

Ntah2 hujung jari jer yang menari2 di talian keypad ckp rindu la, miss la. Dalam hati dia tah2 tak de perasaan pun. Susah aku nak percaya dengan setiap kata2nya. Tapi yang pasti memang aku tidak boleh mempercayainya. Unless he prove it, baru aku leh percaya. Kalau tidak sorry la. Jangan ingat you boleh sesuka hati jer mendera my feelings. Aku tau sakitnya rasa kecewa. Aku tidak mahu menghadapi kekecewaan lagi tambah2 di waktu usia sebegini. Sepatutnya di waktu ini aku senang, tenang dan berbahagia dengan kehidupanku walaupun tidak semewah mana.

Kita dah cukup dewasa untuk menilai dan membuat keputusan yang terbaik buat diri kita sendiri. Yang penting keikhlasan, kejujuran dan berterus terang amat penting di dalam setiap perhubungan. Kalau itu pun dah x boleh nak buat, just forget about it. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri!..

Monday, May 17, 2010

Delicious Pound Cake


salamzzz..

Aktiviti aku minggu ni pegi buat facial di summit and then terus buat manicure & pedicure sekali..rasa release tension sangat2 dapat memanjakan diri sebegitu ngalahkan macam orang kaya..hehehehe. Sekali sekala nak merasa apa salahnya kan..

Dah abis memanjakan diri aku jumpa mek ha and lunch sekali dengan dia di summit. lagipun dia nak serahkan aku tiket bas yang aku mintak tolong dia belikan untuk aku. Sempat jugak la kami singgah di Giant. Aku pulak mmg planning nak mencuba buat kek yang anum buat tu. Terus cari bahan2 yang diperlukan. Lagipun bahan2nya tak banyak. Simple jer.

Dah memborong barang2 aku dan mek ha masing2 buat haluan. Aku ingin terus pulang ke rumah and mek ha pula masih nak mencari barang di mydin. Tak le lama sangat aku menunggu bas. Ingat nak naik cab tp memandangkan tengah bulan, aku batalkan aje niat nak naik cab. Tunggu le bas yang menghala ke Carrefour Subang. Tak lama tunggu kat C4, bas rapid pun ada..alhamdulillah.

Sampai di rumah aku rehat sekejap menghilangkan penat. Bukan apa sebab cuaca panas sangat.Terik sangat. Entah berapa teguk aku minum air. Lepas tu baru aku start to bake the cake. Lenguh le sket nak memukul butter n gula sb tak de mesin..huhuhu. but is a gud exercise for me jugak..hehehe. Tak sampai setengah jam aku dah siap menyediakan bancuhan kek. Dan 1/2 jam selepas tu kek dapat dihidangkan..walla..yummy.
Nanti aku add gambor later ya..

On Sunday aku teda aktiviti apa2. Cuma melepak dan berangan..hahahhaa.

Ini saja yang dapat aku coretkan buat minggu ini..nanti akan bersambung lagi..

Daa..

Friday, May 14, 2010

Mengimbau Kenangan - 1

Bab 1

Nonny terus bermain-main dengan persoalan yang baru saja bertandang di mindanya. Kenapa baru sekarang persoalan ini dibincangkan. Kepalanya pulak sudah kian memberat. Matanya juga sudah tidak mampu untuk terbuka luas. Nyanyian lagu Sampai Bila sudah sayup-sayup di kuping telinganya. Terus saja Nonny terlena dipembaringan.

Ketukan di pintu yang agak kuat mengejutkan Nonny dari tidurnya. Terasa malas benar nak bangun membukakan pintu. “Argh!! lantaklah. Tanpa memperdulikannya dia memejamkan matanya semula.

“Ish2! tidur lagi rupanya.” Omel Anita sebaik saja masuk tanpa menunggu jawapan dari Nonny dan menepuk bahu temannya itu dengan agak kuat. Nonny yang begitu lena terus tersentak lalu mengonyohkan matanya.

“ Ko nih, apasal. Sakit tau. Apa hal. Nak tido pun tak senang.” rungut Nonny.

“ Woi, cik nonny? Kau ingat pukul berapa sekarang? dah petang tau. Tak elok tidur lama-lama, nanti sembab muka.” bebel anita. Dari semalam Anita melihat Nonny lebih banyak mengurungkan dirinya di bilik. Anita perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabat baiknya itu. Namun tidak pulak dia bersuara menanyakan pada sahabatnya itu. Selalunya Nonny yang paling ceria. Ada saja aktiviti yang dibuatnya.

“ pukul berapa sekarang.” tanya Nonny malas dan menggeliatkan badannya.

“ dah masuk asar dah, bangun la cepat.” Bebel Anita lagi.

“ kita kan nak main bowling petang ni” anita mengingatkan Nonny.

“ sori la..aku rasa cam malas la nak main.” katanya

“ tidur banyak sangat memang la tumbuh vitamin ‘m’ tu.” rungut anita lagi. Nonny hanya menyeringai melihat sahabatnya itu membebel. Dengan malas Nonny bangun dan terus ke kamar mandi membersihkan diri.

Tubuhnya benar-benar terasa amat segar dan bersiap ala kadar. Dia cuma mengenakan t-shirt putih dan berseluar jeans hitam. Memang itu warna kegemarannya. Rambutnya disisir rapi dan mengenakan sedikit lipstick. Walaupun tanpa secalit mekap pun Nonny sudah sememangnya cantik. Itu kelebihan yang ada pada dirinya.

Karyaku - Mengimbau Kenangan

Salamzzz..

Baru2 nak mencuba..maafkan jika tatabahasanya yang carca marba..

Prolog

Hatinya bagaikan resah. Sedikit terusik. Bimbang dan takut. Bagaimana mungkin dirinya menerima cadangan K.Sofia..berat benar rasanya untuk memikul permintaan k.Sofia. Kalau perkara lain mungkin dia tidak menolak. Tapi cadangan kali ini benar-benar buat dirinya termenung sana sini. Fikiranya buntu. Ibu dan ayahnya pula mahu dia berpikir masak-masak. Mereka tidak menghalang dan mereka juga tidak memaksa walau apa pun keputusan Nonny, mereka tetap akan terima. Nonny bercerita sewaktu dia menelefon ibunya beberapa hari yang lalu. Sebelum itu K.Sofia menyuarakan cadangan ketika dia bertandang ke rumah kakaknya. Tiada sebarang riak perasaan pun ketika k.sofia bercerita. Dirasakan perkabaran itu bagai hembusan angin yang bertandang seketika sebelum beralih ke arah lain. Itulah yang dirasakannya saat ini. Fikirannya melayang mengingati cadangan kakaknya itu.

“ Woi!..berangan ke nih?’ cuit K.Sofia setelah dilihatnya Nonny sedang mengelamun. Diletaknya dulang berisi 2 mug berisi milo dan kueh karipap instant yang dibeli di station shell berdekatan dengan rumahnya semalam. Terkejut Nonny dengan cuitan kakaknya tu. Sempat dia menyeringai.

“ K.Sofia ada hal nak bagi tau Nonny ni.” Ucapnya sambil menyuap karipap ke dalam mulutnya.

“ Apa dia kak…macam serius jer.”

“ Kakak nak kenalkan seseorang dengan Nonny. Orangnya baik, hensem dan bujang lagi. Umur dia pun lebih kurang sama dengan Nonny. Direnungnya raut wajah adiknya yang masih cantik walaupun usia Nonny sudah menjengah ke angka 40an..

“ Sejak bila pulak K.Sofia jadi ejen pencari jodoh ni.” Usik Nonny sambil menyeringai menampakkan baris2 giginya yang tersusun rapi.

“ Abis tu kau nak tunggu apa lagi Nonny. Umur pun dah banyak.” ucap K.Sofaa seakan mengejeknya. Nonny terdiam sejenak.

“ Kak, kalau setakat yang tepi jalan tu, bila-bila masa pun boleh kak. Petik jari 10 ramai yang datang nanti. Tapi ini soal kehidupan masa depan.”ucap Nonny sambil menyuap karipap ke mulutnya.

“ Bukan apa dik, since dah ada orang tanya, apa salahnya kau bagi peluang untuk diri kau.”Kak Sofia menyambung lagi.

“ entah la kak! Susah saya nak cakap. Saya dah biasa hidup macam ni. Mana mungkin sekelip mata saya nak ubah kehidupan saya yang dah nak mencecah 40 tahun nih”. Balas Nonny lagi.

“ akak cuma kasihankan kau dik. Selama mana kau nak hidup sorang macam nih.”

“ apa nak susah. Mak ngan abah kan ada..heheeehe.” balas Nonny.

“ itu betul..tapi” K.Sofia tidak meneruskan kata-katanya. Hatinya sebak bila Nonny berkata demikian.

“ bukan susah pun kak,, hantar jer kat umah orang-orang tua. Lagi senang tak menyusahkan sesiapa pun.” Ujarnya. Selamba badak Nonny menjawab geram. Dia tak suka dipaksa sebegitu. K.Sofia terdiam.

“Ish! kesitu pulak fikirnya.” Rungut k.sofia di hadapan Nonny. Nonny hanya membiarkan.

“ Nanti la Nonny cuba pikirkan cadangan Kak Sofia tu.” Nonny memberi jawapan walaupun hatinya gusar dengan jawapan yang diberikannya kepada kakaknya itu. “Biarlah aku yang berkorban. Nanti dia cakap aku ni adik derhaka pulak.” Bisik hati kecilnya.

“ Macam tu la adik akak.” Jawap Kak Sofia tersenyum megah. Sofia pasti Nonny pasti menyukai pilihannya itu.

Monday, May 10, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan 8/5/2010

Salamzz..

Aktiviti ku bermula seawal pagi jam 7. Aku bersiap2 menyediakan sarapan pagi. Tak de yang spesel pun cuma aku goreng mihun. Sedap la pulak..hahaha (terperasan jap. Tak sangka mihunku licin. Well!..hehehehe.

Seterusnya selepas breakfast aku mencuci baju2 yang dah 2-3 hari tak basuh..tak le banyak sangat, cuma tudung je yang berlambak nak basuh. Sekarang ni cuaca panas mcm hari2 nak kena salin tudung. Kalau tidak rasa tak selesa..hehehe. Lagipun cepat berpeluh kan.

Tengaharinya pulak aku menolong cik untuk menyediakan asam laksa untuk menu tengahari. Lagipun dah jemu nak makan nasi kan. Kak Chu and Abg pegi kenduri cukur jambul di Klang. Jadi kami je tinggal. Kebetulan Girl and family saja datang lepak kat umah. Nak pegi umah parentsnya di Damansara tak boleh sebb Sabrina kena kuarantin for H1N1. pity her. semuga Sabrina cepat sembuh.

Masa tengah masak tu adik bongsuku call suruh datang ke rumahnya sebab ada beberapa perkara nak disettlekan. Aku suruh dia mengambil aku kat umah sebab aku malas nak naik tren..hehehe. Dalam pukul 3 lebih adik aku fetch me at home. Sempat singgah RHB bank tuk bayar CC.

On da way aku call Halim tanya apa aktiviti dia malam nanti..katanya nak keluar ke KL nak amik angin sambil release tensen. Last2nya kami semua ke Kuala Selangor menikmati hidangan malam kat sana. Naik satu kereta jer. Mujurla Grand Livina muat untuk 2 keluarga termasuk aku..hehehe

Sewaktu ke Kuala Selangor mmg jalan agak gelap dan hujan. Nak sampai rasanya punyalah jauh. Tapi bila waktu balik cepat jer rasanya. Not bad jugak la makanan seafood kat sana..Cuma a little bit tawar masakannya..anyway semuanya licin beb!..haaaha.

Keesokannya adik aku menghantar aku balik ke Subang Jaya. Kami lunch kat restoran Ani Sup Utara di TTDI. Aku makan bubur nasi, adik aku mihun sup and wife dia Nasi Arab. Walla..yummy. Aku order sampai 2 jenis air minuman, 1 - Apple Lime and 1 - Lai Chee Kang. Lagipun cuaca sejuk..

Sebelah malamnya pulak aku dapat jemputan dari Abg Id yang belanja kami sekeluarga di UiTM. Tak banyak choice and tak berapa happen makanannya. Tapi dah orang belanja, kita makan ajer la kan..hhehehe

Anyway itu lah aktiviti terkini ku di hujung minggu yang lalu.

Adios...

Friday, May 7, 2010

Majlis Pernikahan Amy - 1/5/2010



Salamzz,

Pada minggu lepas aku balik kg ari Jumaat. Untuk 4 bulan ni stesen puduraya sedang diupgrade, so aku menaiki bas di KTM lama. Tujuan balik kg sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupuku Suharmi (Amy) di pusing.

Aku tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis nikahnya yang diadakan pada hari Jumaat pukul 5 petang. Cuma abah jer pegi. Mak pulak tak larat sebab susah sikit nak berjalan disebabkan lututnya yang sakit. Dan dr pn dah advise mak x leh jalan banyak. Aku smap kg dalam pukul 6 lebih kut.

Jamuan di sebelah perempuan juga aku tak pegi sebab badan x berapa sihat. Kepala pulak pening. Biasa ler bila dah cuaca panas kepala pun jd bengong ler..hehe. K.intan mintak maaf ya Zai.

Aku menghadiri majlis cuma pada hari ahad. Ramai juga jemputan yang datang menghadiri majlis amy. Yang best chiku dan addya juga datang. Deme berdua tidor rumah Zai untuk sama2 memeriahkan majlis.

Balik jer dari majlis tu, kami sekeluarga pegi ke photoshop sebab amik family photo. Sempat la adik2 aku bertekak dengan cina gambor tu sebab kenakan charge yang tinggi. Abah diam jer. Sepatutnya mg ni siap gambor tu tapi tak sempat nak ambik memandangkan abah dan mak ada kat Teluk Intan sebab temankan anak2 Ina yang mana orang gajinya balik bercuti di Surabaya selama sebulan. Aku pun turut ikut pegi Teluk Intan dan balik dari sana keesokan harinya.

Ni le yang sempat untuk aku coretkan untuk catatan kali ini. Insyallah nanti aku akan cuba sedaya upaya update blog ni sekerap yang mungkin.

p/s Zai, k.intan cilok 2 gambor amy ni..hehehe.

Daa..