Wednesday, May 26, 2010

Mengimbau Kenangan - 4

Bab 4

Nonny terasa benar2 bosan. Semua kerja yang dibuatnya serba tak kena. Di kepalanya ligat berfikir tentang cadangan k.sofia tempohari. Tiba-tiba dia teringat untuk menelefon sahabat2nya. “ aku dah x leh berfikir lagi nih. Nak kena mintak pendapat Zira & Nita.” Gumamnya. Pantas jemarinya mendail no pejabat Anita.


“ Hello Nita..jom lunch tengahari ni. Kau tolong call Azira sekali.” Nonny memberitahu Anita.

“ Kau belanja ke? Tanya Anita sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“ Tak habis-habis nak belanja kau. Sekali-sekala apa kata kalau kau buat amal belanja aku ngan Zira pulak.” Usik Nonny.

“ Ish ko nih. Dah le kau yang call, aku pulak kena belanja.” Bebel Anita.

“ Sayang sangat duit kau tu ya. Simpan banyak-banyak pun bukan boleh bawak masuk kubor Cik Anita ooi! Apa la salahnya belanja kami berdua nih! Sekurang-kurangnya kau dapat pahala. Itupun kalau ikhlas la.” Nonny terus memancing sahabatnya itu sambil ketawa kecil.

Kadang-kadang Nonny sendiri kurang paham dengan sikap yang satu itu yang ada pada Anita. Namun Anita seorang sahabat yang selalu mengambil berat. Mereka serumah pun dah hampir 5 tahun.

“ Oklah.? Anita sudah mula mengalah.

“ Macam tu lah. Ini yang buat aku sayang baangat sama kamu deh!hehhehe..”

“ Jangan lupa pulak call kawan kita tu. Aku tunggu terus kat tempat biasa k?” sambung Nonny mengingatkan Anita.

“ Ya la Cik Puan.” Lantas perbualan dimatikan.

Mengimbau Kenangan - 3

Bab 3

Nonny menguis2 makanan yang berada depannya.Seleranya seakan terbantut sejak akhir-akhir ini. Fikirannya pula jauh melayang. Terasa serabut benar otaknya sehinggakan kehadiran K.Uji pun tidak disedarinya.


“ Woi Nonny” sergah Kak Uji dan terus duduk bersebelahan Nonny di pantry. Namun tiada response yang diterima dari Nonny. K.Uji hanya menggelengkan kepalanya.

“ Eh! Kak Uji, oops sori” Nonny membalas dengan sengihan yang tak berapa nak menjadi itu. Malu pulak rasanya pada K.Uji.

“ Cepat pulak Kak Uji sampai hari ini.”Nonny mula mengusik K.Uji. Temannya itu memang selalu lewat. Kalau nak ikut jarak rumahnya tidaklah berjauhan sangat dengan pejabat. Tapi entahlah. Nonny sendiri pun tidak memahami kenapa.

“ Kau perli akak ke ni Nonny.” jawap Kak Uji sambil membuka bungkusan nasi lemak yang dibelinya di kantin tadi.

“ Aik terasa pulak dia pepagi nih.” sakat Nonny lagi diriingi dengan ketawa kecil.

“ Ala tak delah Nonny. Ko bukannya tak tau peel akak nih. Hari ni sebab akak terbangun awal le jadi cepat macam nih.” ketawa Kak Uji bergema dan mula menyuap nasi lemak ke mulutnya.

“ Kalau hari-hari macam ni lagi bagus kak. Nanti ujung tahun boleh dapat award kedatangan on-time.” Usik Nonny lagi.

“ macam-macam la ko nih. Ko tu dari tadi aku tengok tak berusik pun makanan kau tu, apa hal, berangan eh!” bebel K.Uji pulak melihat Nonny seperti ada kelainan dari hari-hari biasa. Tapi tidak pulak pernah dia menanya apa yang sedang mengganggu fikiran Nonny. Selalunya pagi-pagi memang tak kering gusi Nonny menyakat teman-teman sepejabatnya.

“ Mana ada kak.Tengok akak je, terus saya kenyang.hehehee!” cepat-cepat Nonny bangun menyelamatkan diri sebelum tangan k.uji menjalar untuk mencubitnya.

Begitulah sifat Nonny. Saban hari ada saja orang yang diusiknya. Kalau sehari Nonny tiada memang amat terasa. Kedudukannya sebagai PA syarikat tidak menghalangnya untuk beramah mesra dengan semua staff di syarikatnya walaupun Nonny baru sahaja bekerja di situ selama 5 tahun. Ramai yang mengagumi sikap ramah dan cerianya di pejabat. Cuma sejak kebelakangan ini keceriaannya sedikit tercalar.

Monday, May 24, 2010

Mengimbau Kenangan - 2

Bab 2

Azira sudah lama berada di Summit Superbowl dengan rakan2 lain. Hanya menunggu Nonny dan Anita yang masih belum sampai. Kelihatan Irfan, Nora, Saiful, Laili sedang bermain di lane manakala Azira duduk memerhatikan rakan2 lain bermain

“Woi, apasal aku tengok kau macam lemau jer nih?” usik Azira. Ketika itu Nonny dan Anita baru sahaja tiba. Nonny mengambil tempat bersebelahan dengan Azira. Dicuitnya lengan Nonny.

“ Woit!Apa dia? Jawab Nonny melatah. Azira terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah sahabatnya itu.

“ Kau ni macam ada masalah je Nonny? tanya Azira seperti simpati melihat sahabat baiknya itu. Anita sudah juin rakan2 yang lain untuk bermain. Nonny pula moodnya untuk bermain seperti terbantut sudah. Selalunya Nonnylah yang paling bising di kalangan mereka bertiga selain gemar mengusik dan menyakat. Perubahan Nonny amat dirasakan oleh Azira.

“ Tak de apalah. Dua tiga hari ni aku rasa badan aku tak sihat sikit jer” jawab Nonny cuba menyembunyikan apa yang terbuku di dalam hatinya. Belum masanya untuk Nonny bercerita. Biarlah menjadi rahsia dirinya.

“ Betul..atau kau tak sudi nak kongsi masalah kau tu pada aku.” Seakan merajuk Azira memberitahu Nonny.

“ Betul Zira, aku tak apa-apa. Ko jangan risau ya. Terimakasih sebab ambik berat pasal aku.” Nonny menyengih.

“ Ok lah, aku tak nak paksa kau. Kalau ada apa-apa kau nak mintak tolong, just name it”. Azira bersuara. Nonny hanya mengangguk. Baik Azira mahupun anita kedua-dua sahabatnya itu saling mengambil berat tentang dirinya biarpun mereka berdua muda darinya. Perbezaan umur tidak menjadi halangan buat mereka sekepala dalam semua hal. Anita dan Nonny berkongsi menyewa rumah di Subang Jaya, manakala Azira pula duduk bersama dengan keluarganya di Shah Alam.

“Nonny, turn kau pulak..cepat? jerit Anita.

“ Ok2. Aku datang nih” lantas Nonny bingkas bangun. Azira hanya memerhatikan.

Sampainya Hati...

Salamzzz..

Arghh!!!hatiku sakit lagi. Kenapa dia diam, diam, diam dan diam? Ke mana nyongkitnya weh? Gerammmnya..aku anto sms dia x nak reply. Dah berhari2 senyap jer? Salah aku kew??????sampainya hati mu..

Aku sedang terpikir untuk tindakan yang seterusnya. Buat masa sekarang aku hanya ingin berdiam diri. Aku tidak mahu berkata apa2. Biarkan jer. Aku malas nak berkata-kata. Aku lebih tenang sebegini, hati aku pn tak sakit.

Suka hatilah..jangan menyesal sudah. Lu pikir la sendiri..

Chao!.

Cuti ke Teluk Intan

Salamzzz..

Pada hari Jumaat yang lepas 21/5/10 aku bercuti. Aku ke rumah adikku Ina di Teluk Intan. Sebelah paginya aku suruh Adir antor kat Jalan Duta.

Pagi2 semalam dah gerak balik ke KL dengan adikku Ina sebab nak amik orang gajinya yang balik bercuti di Surabaya. Flight pulak delay. Orang gajinya sampai kul 5.00 lebih. Lepas tu terus antor aku balik subang, singgah sekejap and then shoot balik ke Teluk Intan.

Thursday, May 20, 2010

Hatiku Kau Sakiti

Salamzz..

Tak abis hangen pasal shipment hilang, tambah lg satu masalah.Eee geramnya aku. Kalau boleh memang tak nak pikir tambah2 waktu tengah keje ni. Tapi geram sangat2 dah ni. Macam lirik kat bawah ni hatiku kau sakiti..

Seandai kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa

Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau menghadapinya

Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku

Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tidak suka
Jangan kau ulangi... oh...

Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita di saat ini.

Walau hati terhiris
Air mata menitis
Nemun tak pernahku
Dendam kepadamu

Aku rasa engko ni memang sengaja buat cenggini. Memang engkau jenis pentingkan diri sendiri kan. Tak tau langsung nak amik hati aku.huhuhu. Malerzz nak layan aku ler tu yang buat tak tau jer..penderaan yang tak sanggup aku tanggung sebenarnya.

Kalau x boleh nak coop dan menyusahkan tak payah la cakap apa2. Aku paham dan tau apa langkah yang harus aku buat. Selepas ni x akan aku tak percaya lagi setiap kata2kau..hampeh..huhuhu

Aku bukan tunggul kayu yang tak de hati dan perasaan. Tolongla jangan mendera aku sebegini. Aku boleh rasa tau kalau orang suka atau tidak kat kita. Tak payah la engkau nak bagi banyak alasan untuk menutupi segala kesilapan. Mengaku lebih baik dari buat tak tahu..


Daa

Pagi yang Hangen!..

Salamzz,

Pagi2 aku dah berangin. Mana taknya shipment aku sangkut. 2 hari lepas boss dah arahkan aku hantar exhibition item ke Turkey. Ada 6 kotak semuanya. Itemnya - conference bag,pen & notebook. Pagi tadi bila aku baca status kata shipment tak sampai di lapangan terbang london heathrow, aku dah cuak. Aku call courier service berkenaan. Hangen aku satu badan cakap depa misplaced aku punya parcel, mak aiiih!.
Macam tak de perasaan jer customer service tu bg tau yang sekarang mereka tengah lcoate kotak2 aku tu. Huish!. aku takut depa songlap jer barang2 tu..

Cepat2 aku bagi tau boss. My boss nampk cool tapi wajahnya berubah jugak la, bila aku ckp shipment sangkut. Mintak2nya jumpa la. Dah la exhibition tu next week. Besok aku cuti pulak..gerammnya.

Aku berdoa agar segala2nya akan berjalan lancar. Jangan la ada apa2 sangkut lagi.

Dat's for today journal.

Daa..