Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu



As Salam,

Semalam petang aku pegi nonton citer ombak rindu dengan K.Azmah. Kami tengok show kul 9.30 malam. Aku udah le ngantuk dan letih masa tu tapi sebab dia dah janji terpaksa le aku follow jugak.

Pada aku ok la citer dia. Kuar jugak le airmataku. Tapi ramai orang cakap baca buku dia lagi kaw kaw. Aku rasa aku nak beli la satu novel ni. Nak buat perbezaan dari segi filem dan novel.

Tapi aku suka lirik dan lagu adira feat hafiz. Bait2 lagunya mcm menyentuh perasaanku. Nama watak utamanya mengingatkan aku pada seseorang yang selama ini tak pernah nak menghargai diriku. Hayatiler bait2 lagu ini.

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Aku sampai umah dalam pukul 12.10pm.

Daa..

Siapa Aku..

As Salam,

Siapakah aku? Adakah kehadiranku menyusahkan. Adakah kehadiranku menganggu kehidupanmu. Kalau sekiranya benar, beritahu saje kepadaku. Aku tak kisah pun, sekurang2nya aku tau. Tapi aku jugak bukan jenis wanita yang gewdiks..Tolong jangan tipu aku. Selalunya naluri seorang wanita mmg betul. Cuma kali ini aku rasa tekaanku tepat. Aku paham kesibukannya..tp takkan sebutir ayat pun x leh nak reply. Ruangan tu sanggup nak reply.

Since last two (2) weeks everybody is busy termasuk le dia. Tapi yang buat aku menyampah tu sikap dia. Aku dah benci le nak ada perasaan macam ni. Silap aku jugak sebab...???

Kali ini aku betul2 nak menjauhkan diri ler. Kalau terus2an mcm ni aku tak nak biarkan untuk mengharap sesuatu yang mmg tiada kepastian. Suka hatilah. Aku nak buat perhitungan terakhir.

Kenapa susah sangat nak cakap. Kalau tak suka bg tau jer lah. Aku dah bosan la dengar perkataan miss u, rindu..uwekk! nak termuntah dah aku. Aku mmg benar2 bengang dan keliru..rasa nak menjerit jer bila nama dia terpacul dalm ingatanku...benci! benci! benci! yang paling aku geram kenapa aku yang tak boleh nak undur diri dan lupakan diaaa..uwaaaa.

Aku nak tengok progress seterusnya. Nak jual mahal..hehehe..Entah siapa la aku ni ye! Kali ni aku tak akan mengalah. Jika dapat dibuktikan kebenarannya dan kesincererity dia, akan dipertimbangkan. Kalau tidak bye bye le beb!..hehhee. tak kose teman dah. Org hipokrit dan penting diri ni jangan kawan. Tengok le suatu hari nanti siapa yg cari siapa..kita tungguuuuuuuuu..!!!

Oklah malas nak pikior dah. Nak out ler.

Daa

Monday, December 5, 2011

Dairi Hati

As Salam..

Macam biasa dah seminggu dia sengap..aku hantar sms tak de reply. Aku sebenarnya bosan la. Bila hati aku mula terbuka banyak pulak dugaan yang aku terpaksa tempuhi walau aku suka ataupun sebaliknya. Namun aku tetap redha. Cuma aku kurang pasti kenapa begini jadinya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan akan beri kita yang lebih baik dari itu...aminn.

Aku rasa aku kena membuat sedikit perubahan, slowly ler. Nanti takajuit pulak orang tu..hehehe. Biarlah aku simpan dulu perubahannya. We look n see yeah!..:)

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya..semuga Tuhan mempermudahkan segalanya. Berikan petunjuk dan hidayahnya..amin

Hope You Will be Happy Owez my dear..

Daa..

Vampires Suck Movie



As Salam,

Seperti biasa di hujung minggu memang routine aku di kedai ler. Banyak menghabiskan masa di kedai jer sambil2 tunggu customer datang. Aku sempat le shopping benda2 merapu i.e beg kertas la, itu la, bla bla..kalau ada duit itu ler jadinya..ada je benda nak beli.hehehe

Minggu ni aku tidur di Desa Coalfields. Sempat tolong sikit2 rumah adik aku tu. Minggu ni dia jadi orang bujang sb bini & anak2nya balik kg..hehehe. Ingat nak singgah umah adik yang sorang lagi tu deme tak de la pulak..Entah ke mana menyongkitnya. Tak kisah la beb.

Semalam kami dua beradik sampai kedai almost kul 11. So dengan teda breakfastnya kami keluor ghomah. Sampai kedai, aku tapau roti telur for me n capati for my bro..dalam masa yg sama aku makan mi sup jugak. Ni kira brunch le beb sebab lapor giler..hehehe

Cuaca time ni ok lagi. Customer pun tak de le menyerbu dalam satu masa. In and out, ok ler kan. Tak de le kelam kabut sangat. So petang tu my bro bukak le movies di astro cerita Vampire Sucks. Jalan citernya sejibik citer Twilight series. Tapi nama2 ada yg dia ubah contohnya i.e Edward Cullen => Edward Sullen and Bella => Becca. Tapi memang kelakar giler la citer tu..mengekek2 kami nengok citer tu..hehe

Habis jer movie tu hari pun gelap. Aku terus mintak izin adik aku nak balik Subang. On the way hujan le pulak. Tapi alhamdulillah ler. Cuma kilat je yg buat aku seriau sikit. Sampai umah dalam 6.45 petang.

Daa uols..

Thursday, December 1, 2011

Doa dan ayat ayat syifa



As Salam..

Dengar2kan pengubat hati dengan berzikir. Jadikan kita seorang insan yang lebih menghargai diri, menjadi insan yang baik dan semuga amalan kita semua akan diberkati..aminn

Ya Allah kepadaMu aku bermohon, permudahkan segala urusanku, ampunkan dosa2 keduaa ibubapaku, ampunkan dosa2 ku jua Ya Allah.permudahkanlah perjodohanku, permudahkanlah perniagaan kami, Berilah kami kekayaan, berilah kesejahteraan kepada kedua orangtua, diriku dan seluruh adik beradik dan keluargaku. Sembuhkanlah penyakit kedua orang tuaku dan penyakit ku. Semuga apa yang kami lakukan mendapat keberkatanMu ya Tuhan!..amin

Daa..

Kisah Hati..



As salam,

Apakah akan ada seseorang yang akan menyanyangi aku sepenuh hatinya. Apakah akan ada orang yang sudi menemaniku sehingga ke hujung nyawaku..apakah aku akan terus2an sebegini..Inilah kisah hati..

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Daa..

Facial & Dinner

As Salam,

Yesterday evening aku pegi buat facial di summit. Rasa cam lama x buat facial. Yang part paling aku tak suka tu time mengorek tu ler..sakit bebenor.

Abis je facial Kelly ajak aku dinner dengan kakaknya. But suprised husband Kelly pun ada sekali. 1st time kami makan together..peramah jugak la hubby dia si Andrew ni. Loyar buruk pun ada jugak..hehehe

Kami dinner di Johnny's steamboat..wallawey, selalunya aku rasa cam jelak je makan seafood tp semalam aku rasa sedap bangat. Lagipun x makan benda lain, ok la kan.hehehe

Balik rumah pulak semalam uncle aku & famili datang bertandang sementara tunggu anaknya balik dari pejabat. Sempat aku skodeng FB sekejap sebelum tidur..Letih bangat rasanya. Bangun pagi pulak terus sakit tekak, badan pun rasa cam x sihat jer..huhuhu.Tengok le cemana nanti. Nak pegi doktor.

Stop sini dulu..

Daa