Wednesday, April 18, 2012

Boringlah

As Salam..

Lately ni nak pegi keje macam boring jew. Mungkin faktor usia kut. Atau mungkin dah agak lama kita bekerja di satu2 tempat dan environment sekeliling buat rasa cam tak best. Tapi apa2 pun kena jugak keje kan. Kalau tidak sape la nak tanggung hidup aku ni.huhu.

Tak tau pulak nak sembang apa lagi..memang betul2 tengah boring ni..

Out dululah..

Daa.

Friday, April 13, 2012

Cemana Eh!.

As salam..

Cemana eh!. Nak cakap cam tak terluah. Dalam fikiran macam2 nak cakap. Kena cari jalan yang betul2 untuk settle masalah ni.

Aku rasa dia dah mula 'suka' kat aku. Tapi x nak cakap. Sebab dah terlepas cakap. Tu la eksen dengan aku lagi..aku tak buat apa2 pun..hahahaha
Kita tunggu dan lihat.

Out dulu..hehhee

Daa

407 Dark Flight [ New Official Trailer ][HD]



Sinopsis

A flight attendant has to deal with a supernatural event when passengers on her plane start to die one at a time. This is Thailand’s first horror movie.

Title: 407 Dark Flight
Director: Isara Nadee
Cast: Klaokaew Sintepdol,Masha Wattanapanich,Namo Tongkumnerd,Peter Knight,Poramet Noi-um
Rating: Horror, Thriller PG13
Release Date in Thailand: 22nd March 2012

As salam,

Malam semalam teman keluor deting dengan kawan. Udah 2 bulan tak jumpanya. Tu yang my fren redah je jumpa semalam. Al maklum le my fren tu kan VIP. Bila free je leh jumpa dia. Tu yang semalam aku bg tau dia lepas ni 3 bulan pulaklah kita jumpa eh!. Cepat2 jer dia jawap " I will make effort untuk jumpa seminggu sekali." aku hanya diam jer ler bila dia cakap cenggitu. Lagipun siapalah aku untuk bersuara kan..tetts!!!

Happy jer aku tengok kawan aku tu. Macam dapat release tension besor. Yelah kan hari2 mengadap jadual yang ketat, miting sana sini. Bila dapat waktu terluang cam ni ok le kan.

Oklah, teda apa yang menarik tuk aku cerita. Nanti kita jumpa next n3. Insyallah.

Daa

Thursday, April 12, 2012

Cuti Pertabalan Agung ke14

As Salam..

Syoknya semalam cuti sempena pertabalan agung yg ke14. Relax and tak ke mana pun. Cuma tengahari tu keluarga Pak Cik Man datang berziarah. Aku tolong kakak aku masakkan mee goreng tuk tetamu.

Lepas tetamu balik apa lagi, aku pun menidorkan diri ler. Nak basuh kain pun malas. Hajat dihati nak kemas bilik tapi bila dah dapat bantal, paham2 jer lah..hehehe

Ekceli aku teda citer menarik pun. Ntah la tengah malas nak menulis. So cenggini le jadinya bila tahap kemalasan melanda diriku..

Ok lah. Nanti kita sambung later yer!.

Daa

Wednesday, April 4, 2012

Demam

As salam..

Daku dilanda demam, flu dan batuk since 30th March 2012. Tapi cuma selsema jer dan da baik the next day. Tapi ahad malam aku kena flu teruk balik + coughing + demam. Apa lagi sumbat le idung aku..nak bernafas pun rasa susah. Bau2 lagi tak berfungsi. Tidur pun bernafas melalui mulut. tu yang buat tekak kering. Aku rehat satu hari di rumah. Semalam pun aku datang keje half day. Dalam kul 3 petang aku balik. Mintak izin boss nak balik. Balik umah petang tu aku sempat la tidor kejap petang tu.

Lepas maghrib aku makan nasi tuk makan ubat. Nak telan sesuap nasi pun x larat, almaklum ler tak de selera. Lepas telan ubat, aku terus jer tidur lepas isyak tu. Soh jer tidor. Ujan pulak tu. Tersedor bila perut memulas. Masa ni la period pulak keluar. alhmdulillah.

Baru sekejap 'pokcik' call. Dia pun demam..hahaha. Sama le kita weh pokcik. Bezanya aku dah beransur pulih dia pulak baru kena. Dia mcm tak percaya bila aku ckp aku pun demam jugak...apa la pokcik ni. Semuga cepat semboh pokcik..

Setakat ni jer la n3 aku..tak de mood nak sambung. chao dulu!.

Daa.

Thursday, March 29, 2012

Malu..

As salam..

Lately ni aku terasa malu benor bila dah tau akan kebenarannya. Nampak benor pulak macam aku yang desperado. Tapi pada hakikatnya aku tak macam tu. Kalau dari awal aku tahu aku mmg tak mau. Takkan la aku nak interprem. Aku tau

Semuga awak terus berbahagia dunia dan akhirat. Tolong jaga mereka dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah harta yang paling berharga. Dun wori about me as I am old enough to jaga myself.

Daa..

Monday, March 26, 2012

Gedering Retro Convent BG'85 (24th-25th March 2012)

Convent ’85 Outing 2012 – Retro Gedering
Venue : Hotspring Residence Sg. Klah Sungkai
Date : 24-25th March 2012

Hye frens,

Sabtu – 24/3/2012

Fuhh!! Akhirnya aktiviti ke Sg. Klah happening jugak. Alhmdulillah segala perancangan dipermudahkan. Ekceli teman sebenornya risau jugak pada awalnya. Tapi syukurlah segala2nya berjalan dengan lancar walaupun ada di antara geng kita yang last minit tak dapat nak menjuinkan diri. Insyallah kome boleh ikut the next trip/aktviti kita.

Firstly, I would like to say sorry to Mas sebab terpaksa tunggu kami agak lama di Subang Parade. Jem teruk pulak Subang Jaya hari Sabtu tu. Nanti lagi lama pulak si Puji/Baya terpaksa nunggu kat Giant. So, aku suruh Sap cakap kat deme to make a move dulu to Sungkai sebab Puji kena check-in Villa dulu.

Ok, sepanjang perjalanan kami smooth jer. Singgah makan di kawasan rehat Rawang dan menikmati makanan tengahari kat situ sambil beli jajan (kudap2)..Nak kata jauh sangat tak de ler. Kami sampai pun dalam pukul 3 lebih.

Sampai2 je di Villa tak de lain, terus gelak..ate apa kelagi. Kita ni kan semuanya murah gelak dan murah senyuman.hehehe.Terimakasih Ijan sebab sempat jugak buatkan rendang tuk kami…terbaek rendang kamu tu..lain kali buat lagi ek!..hehehe. Puteri, I loike your prune dessert. Nanti bagi resepi yer!.^_^. Uma, special thanks to you sebab make effort to juin us. Jangan serik lagi tau juin kita lagi untuk next aktiviti. Tengok le kita semua ni dari dulu memang asik gelak jer..hehe. Tu sebab muda jer kita ni..hehehe.

Di bawah inilah aktiviti yang kami lakukan ketika di sini. Layanzz..hehehe

Petang

Petang tu pun tak de apa2 aktiviti yang kami lakukan. Cuma bersembang, makan, bersembang makan.Itu le krojenya. Selain tu aktiviti usik mengusik, sakat menyakat, kutuk mengutuk dah mmg acara wajib..hahaha.

Zana dan Linda sampai dulu masa kami bertiga pegi tapau dinner. Seronoknya sebab deme jadi jugak juin..ate bertambah ghiuh le upacara sakat, kutuk dan sewaktu dengannya..hehhehe. Masa ni semua berkumpul kat dapur menikmati makanan yang ada. Enjoy sungguh masa ni. Memang best.

Malam tu dinner kami nasi goreng kampong + telur mata. Untuk anak puteri kami belikan nasi goreng cina. Kami bertiga pulak sempat makan mee goreng sementara tunggu makanan yang bungkus tu siap..hehe. Boleh le tahan jugak masakannya. Sampai Villa pun sambung lagi makan..aje ngan lapor!..hehehe.

Malam

Pukul 8.00 malam, time ni semua orang belum lagi menjejakkan kaki kat jakuzi. Masih ada juga yang bersidai makan2 kat dapur.hehhe. Cuma Ijan jer sempat berendam petang tadi. Masa tu jakuzi banyak pulak rumput berkumpul. Takut miang ler kalau nak berendam. Sudahnya Puji panggil orang tuk bersihkan jakuzi dan ganti dengan ayor baru. Sementara nunggu tu kume bersembang jer ler. TV pun x terlayan..hehehe

Masa nyembang2 ni ler Ijan sempat turunkan petua kat Uma Dhevi. Macam-macam..hehehe. Biasa le, dia dulu2 ghopenya minat bab ubat2an herba dan sewaktunya ni. Idak le kume ni tahu Ijan ooi..hehehe. Dicampur pulak bab2 alam rumahtangga ni.. Banyak benor petuanya..hahaha.

Akitiviti berendam cuma bermula jam 11.00 malam ke atas..hahahha. Penuh kume semua berendam dalam jakuzi tu..apa lagi ghiuh ler mengusik, menyakat, gelak..hehehe. Masa ni sempat le bincang tuk next aktiviti. Pilihannya banyak benor nak perginya…Last2nyer kome baca le perenggan bawah nanti kemana destinasinya..hahahaha.

Yang paling lawak Ijan ler, banyak benor meghaban tebin sampai nak masuk program ‘BersamaMu”.ekekeke. Tu langsung Kiah jawap “aku ngantor kamu 1 lori beras.” Dalam pada nak masuk bersamamu tu sempat pulak nak berFB..kih kih kih..nak canggih kunun..kih kih kih. Uma Dhevi cakap jangan nak malukan Convent ’85. Kume idak nak mengaku kawan dah..bantai kume semua gelak sakan.hehehe Kenapa Ijan, Kenapa Ijan..muahahaha.

Gebang punya gebang malam tu sampai pukul 3 pagi baru stop. Yang lain2 udah lama mengholoh.Tinggal aku, Ijan n Baya. Tak pasal2 aku jadi ahli menyuarat tingkap.hehehe. Topiknya cerita alam rumahtangga tapi last2nyer terus ke cerita politik..hehehe. Sementara tu sempat jugak ler aku bedal nasi goreng yang ada tu. Ate udah tak mau tidor, aku apa lagi..hehehe..Masa tu kepala pulak rasa cam berat jugak, tapi aku tak layan sangat..huhu. Apa2 pun teman enjoy!..

Ahad – 25/3/2012

Jam 7.00 pagi Zana/Linda balik ke Batu Gajah sebab Zana ada hal nak kena balik KL awal. So, kami yang dah bangun ni panas2kan apa2 makanan yang ada sementara nak tunggu pegi breakfast. Masa ni si Kiah pun sampai dengan anaknya. Kami pegi breakfast ramai2 sambil buat morning walk dan menikmati kawasan sekeliling. Kami berjalan ke tempat merebus telur, merendam kaki. Puteri pulak bawak anak2nya mandi kat kolam. Aku, mas and Uma balik Villa. Bukan apa konon2 nak sambung tidor, tapi tak mau jugak ghopenya.Lastnya berendam kat jakuzi..hehehe. Puji ngan Ijan juin Baya, Puteri kat kolam.

Cepat benor masa berlalu. Dalam pukul 12 tengahari terpaksa le bersiap2 untuk check-out. Tak puas rasanya..huhuhu. Tapi nak buat cemana kan. Insyallah kita akan kesini lagi nanti. Sebelum balik sempat ler kami amik group photo kat luar pintu Villa.

Teman ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap di sepanjang kita berkampung di Sg Klah. Terima kasih pada semua yang menjayakan trip kali ini.

Aktiviti Seterusnya

Announcement geng!..Untuk aktiviti seterusnya kita akan berkampung pulak ke destinasi seperti berikut :-

Destinasi : 3D 2N di Pulau Pangkor
Estimated date : July 2012 (date to be advised)
Bajet : RM++++ (to be informed later)

Selain daripada itu kita juga akan mengadakan aktiviti Hi-Tea dalam waktu2 terdekat ini dan juga aktiviti Berbuka Puasa. Semuanya akan diupdate from time to time.

Penutup

Ok girls!, cuma ini yang termampu teman tulis tuk report kali ini. Idea tengah kekontangan. Sepuluh jari kususun seandainya terdapat kekurangan dan kesilapan di dalam report ini. Harap semuanya enjoy gedering kita kali ini. Semuga kita akan ketemu di aktiviti yang seterusnya. Insyallah.

Layan le gambor2 yang telah diuploadkan..

Yang menjalankan tugas,



Intan Shamsina Ahmad Sanadi
Group Sexiteri