Thursday, May 10, 2012
Siapalah Aku
As Salam,
Setiap kehidupan manusia ada pasang surutnya. Manusia boleh berubah..Aku dapt rasai apa yang my parents rasai. Sebab aku juga mengalaminya. Aku x boleh kalau dengor comment my parents. Aku sedih. Aku memang dah lama tak berkenan sangat, tapi apa choice yg aku ada. Itu kan pilihan adik aku. Apa yang perlu aku akan terus berdoa agar perniagaan kami akan terus maju dan adik aku dapat hidup senang. Yang lain2 tu aku malas nak pikir.
Nasib setiap manusia itu berbeza dugaannya. Itu yang buat aku takut. Lebih baik la aku sorang. Yang penting aku dapat hepikan my parents. Yang penting juga adik aku happy dan deme hidup bahagia.
Sebak pulak aku rasa. Aku rasa aku chao dulu lah.
Daa
Wednesday, May 9, 2012
Mms
As salam,
Yesterday tengahr teman terima satu mms. Godek punya godek x leh nak donlod. Tak tau apa sebb x leh bukak. Frust tul aku. Lepas tu aku sambung ler keje yang berlambak semalam sb arrange shipment ke Riyadh & Romania. Diam tak diam tengok jam dah kul 5pm lebih. Saje hantar satu sms kat wassapp. Memang tau mesti x de reply sb skrang ni mmg tengah bizi. Bila aku bukak balik aku tengok dapt satu pertanyaan - dapat tak my pix!. aku jawap le x leh nak donlod n aku suruh resend balik kat wassapp. Tak de reply. Jadi aku pun malas ler.
Balik rumah semalam aku pun godek2 le message tu balik. Nak tau jugak pix apa yg dia antor..hehehe. Tengah dok godek2 tu tertekan dialling no. dia..terkezoot aku. Nak tak nak aku terpaksa le jugak ckp.."sori2 tertekan..aku jawap..hehehe. Aku bukan apa takut masa aku call tu tengah meeting ke. Aku dengor suare happy jer dari orang kat sana tu..katanya tengah makan n nw ada kat stadium bkt jalil. Fuh! lega. selalunya aku mmg tak akan call dia sb aku tak nak kacau dia. Aku ckp kejap jer pun. Aku curios semenornya. Lately ni rajin le pulak dia call aku. Dulu smlm pun call aku and say sori sb tak sempat nak reply, ada 3 miting kena attend katanya. Udah scope krojenya ghope itu. aku dengor jer la.
Pagi ni aku saje testing anto gambo kat wassapp. Aku agak mesti tak reply sb bizi? So aku buat le keje aku. Bila aku bukak line aku tengok pix dia..hahaha. Aku tak sangka lak nak bagi pix dia.. Aku notis lately ni dia mcm mula make effort..hahahha. Aku tak buat apa2 pun..tp aku selalu mengingatkan diriku akan situasiku.
We look n see what is the ending stori. I follow the flow..
Need to out now..
Daa
Friday, May 4, 2012
Receiving calls
As salam,
Hari ini pagi2 lagi aku dah di telefon oleh my dad suruh terus ke Sg buluh petang nanti. Deme semua tak sihat. Adik aku pun dah berapa hari tak kroje sebab demam. Mujur aku dah bangun waktu tu, kalau tidak buat apa pun tak sempat. Aku bergegas mandi. Dalam hati pikir bila aku nak bayar duit keter ni. Selesai mandi aku terus je amik baju dan siap2 ala kadar. Nak tak nak aku kena terjah jugak ler nak pegi bayor duit keter dulu. Yang lain2 aku masih leh tunggu. Nanti hari ahad aku akan settle. Tambah nak pegi area 15 tu menyampah tul. Aku takut nak double parking as keter aku pernah kena hentam sampai lekuk..huhu. Dah settle lega sikit rasanya.
Sampai kat ofis rutin aku everyday bukak wassapp ler kut2 ada message. Pagi tadi aku nampak ada 2 message. Satu dari ofismate aku dan satu lagi aku tak tau saper sb no lain. Aku godek2 le phne aku siapa ada pakai no 013-xxx. Lastnya aku tau saper..hehehe. So aku update jer la no tu dalm phne aku. Aku pikir gaks semalam petang dah sms aku bg tau dia otw to Kemaman mengiringi jenazah abg bossnya yg passed away n nak dikebumikan malam semalam gaks. Aku pun tak kisah le lepas tu. But around 11.15 am today aku received call from him..Still at Kemaman lagi sehelai sepinggang. Katanya nak kena beli baju buat persalinan. Then tanya aku tak balik kg ke? Aku ckp petang ni. Katanya balik Ipoh ke? Aku jawap balik Sg Buluh jer..ketawa dia dengar. Dekat jer katanya. AKu bg tau my mom tak sihat so aku nak pegi jenguk mak aku. Aku tanya dia ada tak antar sms kat wassapp. Mula2 katanya tak de? siap tanya aku balik tu siapa yg sms aku. Jeles nampak? Sukanya aku..hehehhe. Aku ckp no 013-xxx. Pas tu baru dia realize yng tu no tabnyer..Masa nak ending conversation sempat dia bisik 'miss' me so much n take care. From my observation,dlm minggu ni prihatin benor mamat ni kat aku. Tak smp sehari tak reply sms pun siap call aku tanya. adakah tetts!..hahahhaa. Tunggu jer la sambungan telenovela ini..ekekeke
Teman chao dulu ler..udah tak tau nak sembang apa lagi.
Daa..
Wednesday, May 2, 2012
Semalam - 1/5/2012
As salam..
Penatnyer..dengan cuaca yang panas. Aku kalau duduk di kedai minum jer la kejernya. Bergelas2. Mana taknya dahaga tmbh aku mmg time nak 'p'. Memang dah terasa lain macam jer.
Aktiviti aku smalam bermula selepas sarapan pagi bawak my parents pegi shopping. So aku pun bawak le deme kat kedai baju dan central mart. Mak aku nak beli towel. Perancangan awal nak singgah umah adik aku kat DC tp adik aku dah nak keluor ke kafe. Lepas abis shopping aku bawak deme ke kedai. Masa ni ada le jugak customer datang makan. Aku tolong le sekejap
Lepas antar deme balik, aku balik ke kafe. Alhamdulillah ramai yang datang menikmati selera di kafe kami semalam. Dalam kul 2 lebih amik balik my parents ke kafe sb ada kawan lama nak jumpa my dad. Alhmadulillah customer pun tak putus2 semalam.
Dah habis berjejak kasih, aku antor my parents balik dan aku pun ikut le balik sekali, sebab petang tu aku dah nak balik ke subang dah. Memang tak de rehat langsung semalam. Sampai umah adik aku di SU, aku makan sikit belen nasi lemak pagi tu. Mak aku bekalkan bubur kacang merah. Singgah anto 1 bekas kat adik aku di kafe.
On da way balik, hari pun dah gelap nak ujan. Alhamdulillah dah sampai subang baru le ujan. tapi tak lebat sangat. Masuk je umah terus lebat.
Tengah2 tengok drama around 7pm lebih aku received call. Siapa lagi, ehem2..hahaha!. tanya aku kat mana? aku jawap kat umah. 1st call aku tersilap tekan button phone and nak recall balik. Tapi dia ring me again. Tanya kenapa tak angkat. Sori le sb aku salah tekan. Lepas tu katanya dia antor sms kat wassapp tp aku tak reply. Aku ckp sori sebab kat umah teda wifi..mujur dia tak marah. Nampak cam ceria je suara dia semalam. Selalunya tak pernah pun tanya aku kenapa x reply. Baru dia tau,mcm tu ler aku rasa bila dia x reply sms aku..huhu. Then aku ckp kat dia "Miss youlah"..heheehe. Terus jawap kita jumpa esoklah dia balik Kemaman..Petang nanti aku kena sms dia balik confirm. Last week nak kuar tp sakit gigilah pulak orang tu..huhu.
Oklah, itulah aktiviti aku semalam.
Daa..
Monday, April 30, 2012
Weekend Yang Penat
As salam,
Hari sabtu yang lepas seperti ujung2 minggu sebelumnya memang menjadi rutin aku ke kedai. Mg ini aku gerak dari rumah lagi 15 min pukul 11 pagi. Sampai je nak masuk simpang ke Glenmarie tu jem pulak. Tak bergerak langsung. So aku terus masuk Federal Highway ler nak ke Sg buluh dan aku buat U-turn kat PJ Hilton. Semenornya dah terlajak nak korner kat ofis aku tu..hehehe. Tak per la, saja makan angin..hehehehe. Mujur le jalan tak berapa jem, ok la kan.
Hari sabtu agak penat sb ramai pelanggan. Aku dah diamanahkan untuk membancuh Ice Lemon Tea untuk Weekend Special Item (Ayam Penyet + Lemon Tea + Muffin). Seronok jugak rasanya bila tengok ramai yang datang menikmati juadah. Sampai je umah terus pengsan sampai pagi..hehe
Semalam tak ramai sangat. Lagipun adik aku nak tutup awal sb tak larat. Masa tu ada customer lagi dan waktu yng sama my parents sampai dari kampung. Aku gerak semalam pun dekat2 kul 7 petang dan smp subang almost 8pm. Nak appointment dengan mak norli pun x larat..huhu
Ok lah, nak chao dulu..daa
Thursday, April 26, 2012
Appointment
As Salam,
Aku dah rasa dah, appt harini mmg tak jadi. Kenapa pulak aku nak sedih. Lagipun apa hak kau nak bersuara/berkata2 dari sepatutnya. Bangunlah.
Yang geramnya aku kena naik bas balik petang ni..kalau tau aku mmg bawak keter ari ni. Sudahlah. Sakit hati aku. Asik aku jer kena jaga hati dia. Kalau dah tau gigi tu sakit bagitau jerlah aku awal2. Susah sangat ke. Bukan kena bercakap pun..menyampah.
Lantak kaulah, lepas ni malas aku dah. Beria berjanji. Lain kali nak jumpa bawak keter masing2. Aku malas nak tunggu dah! Berjanji no 1. Lepas ni malas nak tau. Sukahati..
No moood to write more.
Daa
Wednesday, April 25, 2012
Kitchen tour for today..
As salam,
Semalam aku sempat singgah di Carrefour. Saja la mcam dah lama x cuci2 mata ni. Aku sempat intai2 kat kedai baju dan kedai kasut. Kedua2nya ada baju dan kasut yang aku berkenan tapi aku terpaksa tahan le dulu sb belum gaji. Tapi nak ikutkan tk de la mahal sangat pun, cuma aku kedekut sikit nak keluarkan duit..hehehe
So dah puas jalan aku terus masuk supermarket. Dalam kepala otak mmg dah rancang nak masak daging. So aku terus je beli daging dan cili hijau. Ingat nak beli sayur tapi tak tau sayur apa yang sedap. Last2nyer 2 barang tu jer yang aku beli. Jadi lah. Lagipun fulus tengah kekontangan ni..huhu. Terus je balik umah lepas tu.
Memang boleh jimat kalau hari2 bawak bekal, tapi ada kalanya mmg malas bebenor nak masak ni..hehe. Time rajin tu x payah cakaplah, semua benda nak dibuat.
Oklah, teman nak chao dulu ler. Ada banyak lagi kroje kena siapkan..
Daa
Subscribe to:
Posts (Atom)