Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Ju..2/6/2013


Tarikh : 2/6/2013
Tempat : Batu 16-1/2 Kg Tua, Lambor Kanan

Pertamnya, alhamdulillah..,rombongan cik kiah kita ke rumah pengantin Ju Kama berjalan dengan lancar. Begitu cepat masa berlalu kan. Hari ni antara kita tentunya tersenyum sendirian mengingati reunion kita semalam meraikan BFF kita.

Ucapan terima kasih ku kepada Puteri/mala/linda/ina/mas/harvinder/ijan/baya/midah/anum/zana/peah di atas kehadiran kalian. Aku mewakili tuan rumah mengucapkan terima kasih. Rasa jauh jugak nak sampai rumah si Ju ni. Syukur segalanya dipermudahkan..amin.

Biasalah kan kalau dah jumpa, ada jer acara sakat menyakat. lepeh tu gelak sakan.Bergegor kejap rumah Ju.hehehhee. Itule kita. Mujurnya si Ju tu atas pelamin, kalau idak dia pun juin sama..hehehehe. Lagipun we are still young kan, right?hahahaha

Baya, cepatle donlod gambor. tak sabor nak tengok..especially yg ateh pelamin tu..hahahaha.

Di sini kami nak berterimakasih di atas jemputan dari tuan rumah kita untuk sama2 meraikan hari bahagia kamu Ju. Makanan best..tapi buah limau paling syiok..maneh woo!..hehehe.

Semenornya tengah ngantuk ni, tetiba pulak rasa nak posting something kat sini. Dalam keadaan mata yang layu tangan ku laju bercerita kat sini..hehehehe.

Gurls, ni je yang mampu aku nak tulis ari ni. Memang x leh nak bukak biji mata dah. Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru buat Ju dan suami. SEmuga berbahagia dan berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Who will be the next!. Kita tungguuuuuu.hehehhee

Wassalam
~ Intan ~
Sexiteri ‘85

Tuesday, May 14, 2013

After 2 months

As salam.,

Semalam akhirnya rindu aku terubat jugak. Ya lah dah 2 bulan aku x jumpa dia. Memang rindu sangat2lah kan. At first kata dia nak pickup aku kat tempat biasa, last2 ubah plan suruh aku datang putrajaya jumpa dia kat sana. So petang tu aku naik KLIA Express le ke putrajaya. Mujurler semalam tren very smooth and ontime. Dalam masa sejam aku dah sampai putrajaya. Lagipun tren komuter tak buat hal. Sukanya aku. Debaran usah cakap ler. Dari pagi sampai nak jumpa dup dap dup dap. Mungkin sebab lama sangat kut tak jumpa..hehehe. Apa2 pun aku memang happy.

Aku sampai Putrajaya at 7.00 pm and siap message dia early kabor aku dah sampai. Kalau sampai baru sms nanti lambat dia nak pickup aku. Jadi aku sampai just nice jer lepas tu dia datang. Pas tu dia bawak aku pegi ofis dia sebab nak sambung buat keje. Jadi aku ler kena jadi peneman dia sampai keje dia siap. Lepas ni tak tau ler kementerian mana pulak dia bertugas sb kabinet baru cuma akan diumumkan lusa. At the time being tak le sibuk macam selalu..huhu. Lepas ni aku tak tau ler bila lagi dapt jumpa dia..uwaaaa.

Kami keluar dari ofis dia dah almost 10 lebih. Perut pun dah berkeroncong. Aku paksa dia keluar makan sebab dah lapar sangat. Dia tanya aku nak makan mana. Aku ckp mana2 pun boleh. Tak kisah pun. At the end kami dinner kat taman dato harun. Sambil makan sambil tengok citer P.Ramlee. Mengekek kami. Tengok2 jam dah pukul 12.30 dan kami terus ke ofis aku nak amik keter.
Itu ler aktiviti kami. Nak tunggu movie fast & furios 6 nanti baru ajak dia tengok. Itupun kalau dia tak busy..huhu..

Akan bersambung lagi...in sha allah.

daa

Monday, May 13, 2013

Hi-Tea @ summit hotel - 12/5/2013

As Salam,

Sempena hari ibu dan berakhirnya PRU13 kami melepak kat summit semalam. Antara yang ada semalam, Sap and dotter, Mas, Ina, Baya & hubby and of course me..hehehe. Not bad jugak ler hitea kat hotel summit ni. Yang penting murah dan affordable RM25. What u aspect kan? Memang berbaloi-baloi




Sebelum jam 4.00 ptg kami dah chao dah. Selepas anta ina kat komuter aku terus shoot ke Saujana Utama. Aktiviti ku untuk minggu lepas.

Malam semalam pulak receive a call from Incik abang. Dah rindu sangatlah tu..hehee. In Sha Allah kita jumpa yer!..miss u so much darling!..mmuah!

Daa.

Monday, April 29, 2013

Curi Curi Cinta - 27/4/2013

As Salam,

Hari sabtu yang lepas aku sempat menghadiri pelancaran novel baru Puan Siti Rosmizah yang bertajuk Curi Curi Cinta di Hotel Putra Sunway, Kuala Lumpur. Dah lama aku tak attend event2 cam ni. At least ada la jugak minda aku ni longgar sikit dari hari2 biasa..hehehe.

Majlis bermula pada jamp 10 pagi dan pengacaranya si Sharifah Shahirah..Memang berek betul minah tu. Antara artis yang dijemput Jamal dan Salma.

Ada juga pementasan yg berkisahkan tentang novel2 yang Puan Siti terbitkan. Dan pengarahnya si Rozie Rashid. Selepas dah settle aku dan Zai ke medan selera. Selepas tu aku meneruskan perjalanaan ke Sg Buluh dan kazen aku tu ke PWTC tengok buku (pesta buku).

Oklah..nak chao dulu..daa

Wednesday, April 3, 2013

Reports Back-to-School Reunion



BACK-TO-SCHOOL REUNION XCBG85
DATE : 31/3/2013
VENUE  : FENDI CAFÉ & SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT BATU GAJAH
ATTENDACE : Hamidah/Puteri/Intan/Sap/Ijan/Lailaton Azlina/Normah Sulaiman/Soo Fong/Choy LL/Baya/Noraida/Chiew Lian/Mazalifah/Faezah Nor/ Normala/Rozana/Harlina


Hola gurls!

Firstly, Big thumbs up to Cikgu Hamidah, Puteri Rohani  for organising such a good event semalam..We are really enjoy the moment.  Seperti biasa memang riuh le weh!.

Tak lupa juga a big welcome to Soo Fong, Choy Lean Lean and dotter, Mazalifah (Maji)  which is a new comer in the group. Si Faezah Musa siap bawak askar2 lagi – 1 hero, 2 heroin. Hehehe. Apa lagi hingor ler..Macam nilah bila dah berjumpa. Perangai keanak-anakkan kita masih terserlah ayumu..hahahha. Tak kira le anak kome berapa orang pun. Tetap maintain vogue. Barulah nampak mudo selalu. Tak gitu beb!..hehehhe

Perjalanan kami bermula seawal  8.00 pagi menaiki tren ke KL Sentral. Masing2 nak breakfast sama2 kat foodcourt. Sebelum tu nak apologiselah kan sebab tren a bit delay sebab dah terlepas yang sebelum tu..apa2 pun kami sempat jugak ler menjamu selera di foodcourt KL Sentral tu. Tren ETS kami bergerak punctual jam 10.05 pagi. Memang excited tul naik ETS ni..hehehe

Suasana dalam tren agak ramai jugaklah, tapi kami yang bertujuh ni ler yang pok pek pok pek. Suara kume je ler yang menyembang dalam tu..hahaha. Yang paling best  aku ngan Sap masih lapor lagi wlaupun dah breakfast sebelum naik tren tu – nasi lemak for Sap and nasi goreng for me wif kopi o panas. Ingat nak tidor, tapi tak mau walaupun dah banyak kali menguap..hehehe

Kami sampai ke stesen Kampung Pisang jam 12.30 tengahari. Puteri, Mala and Midah dah siap menunggu. Sempat terserempak dengan Cikgu Yaakob dan isteri kat stesen tu..hahaha. Orang2 yang ada di stesen tu pun cam heran jer nengok kume..memang seronok.

Dari stesen KTM Kg Pisang, kami semua terus dibawa ke kafe Fendi untuk jamuan makan tengahari di sana. Masa kami sampai hidangan tak siap lagi. Ater menyembang le kume sementara nak tunggu hidangan siap. Dalam masa yang sama kami  dapat door gift yang disponsor oleh Puan Normala kita, a gift from Hongkong pun ada yang dibawak Soo Fong.  Dari pihak Puteri/Midah pun kami dapat keychain. Thanks uols. Meriahnya door gift..hehehe. Untuk kawan2 yang tak dapat hadir  ada juga untuk kalian. Nanti claim from me ok!..:-)) Sempat juga kami celebrate birthday Soo Fong. Siap dengan kek lagi uols!..Memang meriah..hahahaha.

Lepas selesai makan, solat kami gerak ke sekolah  pulak. Tengah2 hari rembang tu weh!. Memang cuaca paneh. Bila sampai jer kat sekolah lagi riuh. Semua nak bercakap..hahahaha. Lepeh tu gelak. From head to toe sekolah kita tu dijelajahi. Memang puas ler. Memang banyak perubahan compare masa zaman kita sekolah dulu. Padang kat atas tu pun dah kecik sikit sizenya dibandingkan dengan masa kita dulu.

Sekarang dah ada pusat sumber yang tak sempat kita merasainya, cuma kita ler antara penyumbangnya. .tapi  tak kisahlah kan. At least generasi baru dapat merasainya dan menggunakan dengan sebaik mungkin.

Dalam sejam lebih jugak le kami semua berada di sekolah. Memang best dan mengimbau kenangan. Tak terucap dengan kata-kata. Sayu pun ada. Yalah dah lama kita meninggalkan alam persekolahan kan.

Lepas dah skodeng seluruh sekolah tu, kami sempat la jugak  pekena ais kacang, cendol kat gerai depan rumah Puteri tu. Ingat nak minum ayor nyior tapi last2nya order ayor lain..hahaha.  Bukan setakat minum, siap order makan sekali – mee goreng,  kwayteow, mee kari. .Orang kedai pun penin nengok telatah kume. Siap silap anto nasi putih kat meja kami..hehehe.

Seperti biasa Ijan le jadi bahan. Macam-macam cerita. Udah le cakapnya laju. Kesian Soo Fong & Choy sebab tak paham cakap Ijan. Kena explain slow2 baru deme dapat tangkap..hahaha. Anyway Soo Fong happy jer nyakat si Ijan..:-))

Sebelum daku mengundur diri, ucapan ribuan terima kasih pada geng BG & Ipoh especially Cikgu Midah and Puteri for making efforts to organize event kali ini. Memang kami happy sangat2. Kepenatan pun tak terasa. Terma kasih juga sebab sudi hantar kami sehingga ke stesen KTM sebelum berlepas balik ke KL pada petang tu.

Kume berlima yang sampai kat KL Sentral sempat lagi makan yong fau lagi sebelum gerak bali ke destinasi masing-masing2.  Tolak Rozana jer tak juin. Ajenya berkenan dengan yong tau foo..hahaha.. Nak kata sedap bebenor ntahlah..tapi layan jugak lah kan..

Di sini daku menyusun sepuluh jari kemaafan sekiranya terdapat apa2 salah dan silap semasa perjumpaan kita kali ini. Maaf yer kalau report ni susunannya carca marba sikit. Sebab masih dalam kemengantukan lagi nih..hehehhee.  Semuga kita akan berjumpa untuk next aktiviti. In Sha Allah.

We are looking forward for Cameron Highlands trip. Update will be posted from time to time. Please feel free to check out your FB.

Akhirkata semuga ikatan ukhwah antara kita akan terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Luv uols!

Daa!..

Just me,
~Intan~
Sexiteri cute..hehehe

Monday, April 1, 2013

Back-to-School Reunion - 31/3/2013

As salam,

Firstly I am so happy sebab semalam antara aktiviti geng sekolah yang paling meriah. Mana tidaknya kami berpeluang melawat tempat kami menimba ilmu selama 11 tahun di Sekolah St. Bernadett's Convent Batu Gajah.

Kali ini gedering diketuai oleh Puteri dan Cikgu Hamidah yang sama2 telah bertungkus lumus menjayakan event ini. Turut membantu Puan Normala kita dengan door gift yang sangat cantik. Rasa happy tak terkata weh!. Yalah kan dah bertahun2 kami meninggalkan alam persekolahan kan. Speechless rasanya..





Inilah antara aksi2 kami ketika berada di tempat yang paling bersejarah dalam kehidupan kami sebagai pelajar di sini.

Oklah out dulu..

Daa

Tuesday, March 12, 2013

Majlis Doa Kesyukuran dan Marhaban - 10/3/2013

As Salam,

Ahad yang lepas my parents buat kenduri kesyukuran dan marhaban di kg. Ramai le jugak tetamu yang hadir. Tak lupa ucapan terima kasih kepada Puteri sekeluarga, Ijan sekeluarga dan Chiew Lian kerana menghadiri kenduri tersebut.

Cuaca kat kg memang panas. Tak de ujan langsung. Aku minum jer banyak. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semua makanan habis..Aku suka sebab tak sanggup nak tengok pembaziran.

Itu aje ler aktiviti aku untuk minggu lepas.Tak de cerita menarik yg nak diceritakan.

Daa.