Monday, April 13, 2009

Jangan Tegur

Salamzzz..
Hujung minggu yang agak melegakan, walau cuaca hujan. Pada pagi sabtu tu aku sibuk membuat kerepek seaweed. Lagipun bahan2nya ada aku pun apa lagi. Nak keluar memang malas benar rasanya. Memang relex tahap gaban. Mek Ha ajak tengok pc fair pun aku tolak. Bukan apa orang ramai sangat buat aku tak tahan. Naik pening. Aku dah serik pegi PC fair tawun lepas dengan addya..hehehehe.

Hari Ahadnya pulak aku pegi menonton bersama K.Azmah. Kami ke Summit untuk nonton citer Jangan Tegur arahan Pierre Andre. Selalunya aku ni ok le jugak tengok citer2 serem ni, tapi yang ni aku kalah. Aku banyak tutup mata. Suspen woo!..mujur tengok siang, kalau tidak memang tak leh nak tido.heheheehe Sebelum wayang start kami sempat 'melalak' jap kat karaoke..nak release tensen le kunun..hahahhaa.

Citernya tak le lama sangat, cuma 1 jam lebih sket jer..tp rasa macam lama sangat. Aku nak buat komen sket. Ekceli citer Jangan Tegur masih ada unsur2 tak logik. Mana ada orang mati tak tutup mukanya dan tak ada orang tunggu baca yassin sebelah mayat? Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita bermunajat dan percaya akan kekuasaan Tuhan. Menunjukkan manusia ni luarannya saja Islam tp tak menunjukkan ciri2 sebagai seorang islam. Kalau nak buat filem macam ni kaji la dulu, jangan main redah jer. Ini boleh buat orang konpius. Renung2 dan pikir2kanlah!..

Selesai aktiviti menonton aku sempat nyopping beberapa helai baju. CAntik le pulak. Tu sebab bajet I pun dah lari you!..hehehehe..lepas ni kena la jimat2..

Itu le sahaja aktiviti untuk mg ini..nanti jumpa lagi..

Chao!

Monday, March 30, 2009

Pertunangan

salamzz..

Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini..Sekarang ni kemalasan tahap gaban.hehehe.

Apa yang aku nak coretkan di sini tentang majlis pertunangan sepupuku di perak. Kami ke rumah sepupu pada pukul 10.00 pagi. Masa tu baru je lepas doa selamat. Ingatkan planning nak pegi awal tp aku kena masak dulu sb nanti adik2 nak balik. Mereka tak sempat nak pegi ke majlis pertunangan sebab bekerja. So lambat sket sampai. Kira2nya aku ni kakak yang prihatin le jugak..hehehe (angkat bakul sendiri la pulak..muahaha). Bukan apa kalau tak nanti mak aku membebel. Terpaksalah den ikut perintah omak den..hiks!.

Sesampai di rumah sepupu aku apa lagi terus je menikmati juadah doa selamat tadi.ada kueh lompang, karipap sardin, roti canai, kek..meriah jugak la..aku makan sket2 je sb tengahari nanti nak makan lagi..selesai makan aku menyibuk tengok hantaran yang nak dibawa nanti..hantarannya semua berdasarkan kepada warna turqois..cantik bangat. Melia and Wa lepas ni boleh le amik tempahan ek!..hehehe

Perjalanan ke rumah pihak perempuan lebih kurang pukul 11 lebih. Tak jauh pun. Kalau jalan kaki pun sampai..hahahaha..itu lah jodoh kan..Neway congrats Amy. Abah den yang jadi tukang jurucakapnya.. Semuga peliharalah hubungan kalian sehingga tiba masa diijabkabulkan. Semuga semuanya akan berjalan lancar..aminn..

Terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis..biasa le gambo memang tak de..Nanti kalau ada den tepek kat sini yo!..

Chao!

Monday, March 23, 2009

Serabut

Salam..

Aku rasa macam tak sedap hati jer hari ni. Kesian pun ada. Tapi tak tau nak tolong macam mana..Ya Allah, berikan aku petunjuk bagaimana nak tolong temanku ini..Aku tak sanggup nak mendengar rintihannya lagi. Aku nak dia happy macam dulu.

Tuesday, March 10, 2009

Trip to Jakarta/Bandung/Puncak 4/3/09 - 8/3/09




Salam..

Setelah sekian lama dah tak pegi cuti2, aku akhirnya mengikuti rombongan bersama adikku ke Jakarta/Bandung/Puncak pada 4/3/09 - 8/3/09 (5 hari 4 malam).

Day 1 (4/3/09)

Perjalanan ke Airport LCCT bermula seawal 4.15 pagi. Aku dan adik dihantar oleh kakak/abg iparku ke airport sebab kena berada di sana sekurang2nya 2 jam sebelum perjalanan. Flight kami berlepas pada pukul 7.00 pagi. Alhamdulillah flight tak delay. Kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 7.45 pagi (waktu malaysia pukul 8.45). Mereka lewat sejam dari waktu malaysia. Setiba di Airport kami dijemput oleh tourist guide pak rizal menaiki bas yang disewakan. Kami makan breakfast di Jakarta sebelum ke taman mini di sana. Di sana kami dibawa melawat underworld dimana terdapat bermacam2 spesies ikan termasuklah ikan dugong..ya ampun besar ya amats.

Secara kebetulan budak2 sekolah di sana meraikan program pra haji. Punya la ramai mak bapak yang menghantar anak2 mereka. Cuaca pulak panas. Masuk jugak la, tapi tak lama sebab tak tahan ramai sangat orang. Aku dan adik terus keluar dan menunggu rakan2 yang lain.

Destinasi kami seterusnya makan nasi tengahari di restoran padang. Makanan di sana banyak yang berlandaskan lemak. Makanan kat sana tak memenuhi seleraku. Makan cuma untuk alas perut je. Air kopi dan teh terlalu asing rasanya. Tak sama langsung. kelat, pahit semua ada. Even teh o ais limau pun rasanya lain macam. Minuman yang bernama avocad iaitu campuran avocado, susu dan milo menjadi kegemaran 2-3 orang warga rombongan. Geli geleman aku nak minum..muak dan entah apa2 rasanya..adik aku pun suka.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 2-1/2 jam dari jakarta. Kami tak buat roaming, cuma beli XL prepaid untuk menelefon keluarga di sini. Untuk makan malam kami dijamu dengan makanan sunda. Selepas dinner kami terus check-in hotel arion di Bandung.


Day 2
Breakfast di sini seawal 6 pagi (7.00 am di Malaysia). Breakfast tak banyak choice. Ada nasi goreng dan mee goreng, porridge, fruits, bubur, sup, dll.

Aktiviti hari kedua pegi melawat di Tangkuban Perahu dimana mengikut lagendanya bermaksud perahu yang terlangkup. Sumpahan dari seorang wanita yang bernama Dayang Sumbi. Kawasan yang merupakan kawasan gunung berapi. Disini aku shoppe baju sejuk dan tshirt dan juga seliper.

Dari tangkuban perahu kami meneruskan destinasi ke hotspring. Cantik tempatnya. Kawasan air panas untuk hilangkan sakit2 kulit. Sempat berendam dan makan eskrem..hehehehe.

Selesai di hotspring, kami dibawa ke rumah mode untuk membeli belah. Macam2 ada. Jeans, t-shirt, baju kanak2, semua2nya murah2. Adik aku sempat la beli baju untuk anak2nya. Aku pun tumpang beli buat anak2 buah yang lain. Masa tu hujan lebat pulak turun mencurah-curah. Sampai 2x ke tandas masa kat sini..hehehehe

Dari situ kami ke kedai yang menjual kerepek. Aku sempat memborong kerepek pisang yang disalut tepung, kerepek tempe yang manis dan pedas, tempeyek dan crispy bayam. Selepas memborong kerepek kami ke terminal tas, pyramid, factory outlet. Kesemuanya untuk membeli belah. Shop until u drop..muahahaha.dari pagi sampai malam shopping jer aktivitinya. Selepas makan malam kami balik ke hotel.


Day 3

Untuk hari yang ketiga kami bershopping dari pagi sampai ke malam. Hari ini kami dibawa ke pasar baru, factory outlet, donatello, heritage. Semuanya tempat membeli belah. Aku shopping kain lace, kasut, tshirt dan wallet. Makan malam kami makanan sunda. Ada nasi, ayam, sayur, ulam2man. Tapi masakannya teda kuah. Kering dan kurang menarik. Makan pun tak habis..tak sedap langsung. Usai makan kami bermalam di Puncak iaitu kawasan yang dipenuhi dengan ladang teh seakan2 di Cameron Highlands. Cuacanya sejuk. Ketika kami sampai waktu dah lewat sangat pukul 1.00 pagi. Experience di sini kelakar. Dalam tub mandi tu kami jumpa spider besar (tp bukan le tarantula)..hehehee
Cepat2 adik aku panggil orang motel tu tolong buangkan. Teringat pulak masa pegi summerset dulu nak buang lipas dari bilik..muahahhaha.

Semasa di pasar baru, kami ke kedai kain yang menjual bermacam2 fabrik. Kain lace lawa2. Tokenya india yang berasal dari johor. Baru aje bukak kedai tu 3 bulan. Tapi layanan derang pada kami memang 1st class la. Aku dan adikku Ina dan bossnya duduk kat kedai tu dekat 3 jam. Tak berjalan ke mana2 lagi. Mana taknya memborong sakan kat kedai tu. Lagipun Ina nak cari baju untuk dinner yang bertemakan warna biru. Setiap kain diperagakan pada kami untuk dibuat pilihan. Yang bestnya siap bagi kami makan baso tauhu..wualauwei memang sedap bangat. Siap dengan air sekali. Pergi toilet pun depa antor sampai masuk dalam toilet..hehehe. Kan best tu.

Maid Ina pulak pesan suruh belikan ester c (vitamin c). suruh budak kedai kain tu tolong belikan. Dah le waktu suntuk sebb kami nak pegi ke tempat lain lagi. Masa tu telekung tak beli lagi. Dengan baik hatinya boss adik aku suruh cepat2 naik ke tingkat atas balik kat pasar baru tu pegibeli telekung. Barang2 lain boss adik aku tolong bawakkan naik bas...naik malu pulak kami. Tapi memang prihatin sangat..timakasih boss!..hehehe. Sempat la beli beberapa pasang telekung buat mak, kakak aku dan kawan aku.

Day 4

Balik semula ke Jakarta. Hari ini kami dibawa ke ITC untuk bershopping dan beberapa factory outlet. Sempat jugak pegi tempat batik. Beli baju abah je kat situ. Corak2nya memang cantik tp harganya pun cantik..Share ngan adik beli baju untuk abah.
Seharian aktiviti kami bershopping. Kat sana ada juga sogo n metrojaya. Kat sini aku beli high heels sepasang dengan handbag. Sini boleh pakai credit card. Apa lagi adik aku menyain le. Aku tumpang sekaki. Nanti nak kena bayo dia balik le pulak..hehehehe. Dari situ kami menginap di hotel millenium di jakarta. Cantik sungguh hotelnya.

Day 5

Aktiviti pagi pergi ke Tanah Abang shopping lagi. Jalan kaki je. Dekat dengan hotel. Beli lagi a few telekung dan barang2. Lepas check-out hotel kami dibawa ke mangga 2 untuk bershopping lagi sebelum berlepas ke airport untuk pulang ke Malaysia. Masa kat mangga 2 ni lagi la giler. Macam2 handbag, kasut, baju semuanya ada. Aku beli a few purse jenama untuk diberikan kepada teman2 termasuk aku punya. Masa nak keluar tu beli sehelai jeans guess.

Kami bertolak ke airport pada pukul 4 petang. Flight kami pukul 8.30 malam waktu indonesia.

Seronoknya tak terhingga.kalau bab shopping ni memang seronok. Macam tak puas jer. Insyallah kalau ada rezeki aku ingin ke sana lagi.

Ini saja catatanku untuk kali ini..gambar akan didonlodkan kemudian.

Chao!

Tuesday, February 10, 2009

Gedering@Endah Ria Sri Petaling





Salam..

Ari Sabtu yang lepas ku menghadirkan diri gedering di rumah K.Ros di Sri Petaling. Bukan main banyak makanan. Ada sate, mee goreng, kepok lekor (mari dari T'ganu), pecal, kek, brownies, speghetti, pizza..meriah sungguh.hehehhehe

Tapi yang tak bestnya badan kurang sihat sket..kepala pening sangat. Tak berapa nak enjoyz..huhuhu.Sempat muntah 2x kat stesen minyak petronas kat area kepong tu sblum sampai umah k.ros. Thnx ya Addya sebb belikan den asam n gula2 hacks. At least ada lega sket. Mungkin cuaca panas sangat kut. Kita risau jugak kalau2 terpengsan ker? Tapi alhamdulilah teda apa2.

Tak sangka lak ada kezootan masa sampai di sana dengan kehadiran Toi n Naim. Seronok rasanya tengok gelagat Toi dan Naim. Di penghujung gedering ada kezootan dengan kehadiran Noni..hehehehe

Tima kasih pada tuan rumah K.ros yang sudi melayani karenah kami. Jangan serik jemput lagi ya..

Kami sempat ke mines makan-makan yong tau fu dengan nonny..

Kita mintak diri dulu..nanti jumpa lagi.

Chao!

Thursday, February 5, 2009

Kebakaran

Semalam blok A4 Leisure Commerce Square ada kebakaran. Kami semua diarahkan turun oleh pihak management. Punya la ramainya manusia berpusu2 di bawah. Masa aku sampai nampak asap jer yang keluar.

Tak lama lepas tu 2 kereta bomba dan 1 kereta polis datang. Tak tau la sebab apa boleh terbakar. Rasanya tak le teruk sangat kut. Aku nampak bomba relax jer..muahahaha.

Wednesday, January 28, 2009

Balik Kampung

Salam..

Cepatnya masa berlalu. Hari ini aku sudah mula bekerja..masih lagi terasa di alam percutian. Maklum la ramai yang masih bercuti kan. Lagipun jalanraya pun tak jem. Tu yang best tu..hehehee

Aku balik kg hari sabtu lepas kul 10.30 pagi. Naik kat stesen duta. Tak la ramai macam sewaktu cuti hari raya. Kali ni tak ramai sangat pun. Bas yang ada di stesen duta cuma Plusliner n Transnational jer. Bas lain ramai yang tak nak masuk kat situ. Mungkin sebb jauh kut..entah la. Perjalanan aku hari tu letih jugak la. Mana tidaknya dari 10.30 pagi dari KL sampai Bt Gajah kul 3.30 petang. Mujur siang kan. Mak aku sampai 2x call, kenapa tak sampai2..hehehehe. Mujur le balik dari kg tak jem. Lega sket rasanya.

Ngantuksya!..nak minum kopi malas pulak nak bancuh..hehehe. Kepala pun dah berat semacam je. Kalau dapat melelaplam mata sekejap ni baru le ok sket. Tapi manager ado! so kena la buat2 bz sket hari ni..hahahhaha.

tak pe la..aku chao dulu la. Nanti sambung lagi..

Chao!.