Monday, March 8, 2010

CNY Gedering 15/2/2010 di Restoran Laksamana Cheng Ho Ipoh







Salamzz..

Dah lamanya tak update blog sini. Untuk aktiviti tahun 2010 ni rakan2 convent 85 sempat membuat pertemuan di Ipoh sambil menyambut Raya Cina di Batu Gajah.

Aloha geng..

Firstly, intan nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua kawan2 yang hadir pada CNY gedering yang telah diaturkan pada 15/2/2010 yang lalu. Alhamdulillah gedering ni betul2 happening..Tak lupa ucapan terimakasih Intan kepada Pu3 yang tolong membuat booking di Laksamana Cheng Ho and Miedah yang banyak tolong buat confirmation dengan kawan2.

Seperti biasa kalau namanya budak conbent, mesti tak sah kalau tak riuh. Betul tak?hehhee.Tak kisah le kita dari kelas mana pun dulu..Masa tu dah ghope ‘pasor malam’..semuanya nak bercakap..hehhehe..aje yang lawak..

Antara kawan kita yang paling awai sampai si Ijah dengan Reha Tajuddin..Thanks Ar walaupun terpaksa balik dari Penang untuk sama2 kita berkumpul. Dah 25 tahun baru dapat jumpa. Tak lupa juga kawan2 yang lain – Midah, Sap, Ijan, Lynnda, Noraida, Ina, Rokiah, Pu3 and myself ler..hehehehe.

Makanan yang disajikan semuanya ok. Cuma ikan je yang agak masin kuahnya but, anyway semua makanan tersebut licin jugak weh!..hhehee. Lagipun cuaca tengah panas sekarang ni, so ayor le yang paling laku..hehehe. Cuma servis kat restoran tu agak ‘kureng’ sket. Apa pun yang penting kita semua memang hepi jer masa tu kan. Dan Intan nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga pada Datin Rokiah kita yang menaja makanan kita semua pada hari tersebut..thanks a lot!.mmuah.

Kawan kita Ijan sempat membuat cadangan untuk sama2 bercuti di royal belom. Banyak aktiviti boleh dijalankan e.g jungle tracking. So, kepada sesiapa yang berminat boleh le mintak maklumat lanjut pada Ijan ya.

Ate bila dah beramai2 ni tak sah kalau tak bergambor kan. Sempat le keme2 ni semua bergambor dengan macam2 posing pun ado..hehhee. Sebahagian gambor dah didonlodkan oleh kawan kita Lailaton Azlina (Ina). Yang lain2 kita tunggu gambor dari kamerawoman yang lain2. Bersama2 ini, Intan dah attachedkan sebahagian dari gambor2 yang ada untuk tatapan teman2 semua. Kepada teman2 yang ada facebook Intan akan taggedkan one-by-one. Sebab gambornya banyak sangat. Harap kawan2 sabor menanti ya..

Tak abih dari Ipoh, kami semua menyerbu pulak ke rumah Peik Yoke beraya..Terkezoot jugak Peik Yoke tengok kami semua datang ke rumahnya. Seronok betul dia..hehee. Dia pun tak sangka sama sekali ramai kawan2 yang sudi beraya di rumahnya. Kebetulan Suet Feung jugak sedang balik bercuti di Malaysia. Cumil sungguh anak si Suet Feung..ate campuran mat salih..heheehe.

Apa lagi semua citer lama pun diimbau balik le especially si Ijah yang sinonim dengan buku ‘mills & boon’ dia..hehehe. Untuk next raya gedering Peik Yoke akan cuba menghadirkan diri untuk sama2 memeriahkan. Tahun ni giliran rumah Datin Rokiah kita. Updates akan disusuli time by time. Most probably perjumpaan akan diadakan pada hari raya ketiga..insyallah. Mudah2an apa yang kita rancangkan akan terlaksana.

Balik jer dari rumah Peik Yoke, sempat jugak aku, Mie, Ina dan Jue pekena cendoi kat depan market. Cuaca terlalu panas pulak tu. Ina.., aritu kway teow aku tak sedp langsung..rupa & bau je sedap. Len kali x payah beli kat situ..hehehe. Intan jugak nak ucap terima kasih pada Mie yang sudi bawak kami2 semua ni jalan ke area changkat dan yang paling nostalgic kami sempat meround kat sekolah kita yang tercinta dan tempat yang pernah ada sejarah yang tak terimbau waktu persekolahan kita.Banyak perubahan jugak sekolah kita tu. Kalau berkesempatan teringin sangat nak masuk melawat sekolah kita tu..hehehehe


Untuk aktiviti seterusnya kita akan mengadakan outing di destinasi seperti yang dibawah :-

Destinasi : Cameron Highlands

Tarikh : 28/5/2010 – 30/5/2010


So far alhamdulillah feedback yang diterima semuanya memilih destinasi ke Cameron Highlands. Lagipun kawasannya tengah2. Senang le kawan2 dari Batu Gajah/Ipoh nak join. Sila confirmkan kehadiran kome2 nanti ya. Puan Presiden kita nak jawapan by end of this month..Diharap penyertaan dari kawan2 semua akan bertambah.


Intan rasa setakat ni dulu report yang sempat ditulis. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, intan harap maapkan le teman ya..lagipun idea tengah kering..hehehe. Insyallah kita semua akan berjumpa pada aktiviti seterusnya.

Semuga apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar..aminn.

Terima kasih sekali lagi buat teman2 semua..

So layanz le gambor2 yang sempat dicandid kan..

Wassalam

Monday, February 8, 2010

Perkahwinan Diddy & Allen





salamzzzz

Akhirnya penantian berakhir..Diddy telah selamat mendirikan rumahtangga dengan Allen ari sabtu 6/2/2010 bertempat di pasir gudang Johor. Aku, addya, sue, julia, chiku n nana beramai2 memeriahkan majlis persandingan Diddy. Tapi time nikah tak sempat sebab lambat sampai..hehehe

Memang sepadan couple ni. Allen sweet dengan gaun hitam. Diddy pn nampak macho dengan kot hitam..hehehe

Enjoy a few gambor yang sempat ditangkap..

Friday, January 29, 2010

Gedering dengan Diddy - 23/1/2010





Salamzz

Dah lama sangat tak jumpa geng Casa. So pada 23/1/2010 bertempat di rumah makcik kantin kami telah berkumpul semula. Ramai jugak la yang datang. Diddy hensem dengan baju merahnya. Tema kami hari itu mcm biasa le portluck. So banyak la juga makanan yang dibawa. Makcik kantin menyediakan laksa johor n speghetti. Aku bawak kek warna warni. Maya pulak dengan roti jalanya dan hezz dengan pai yang berperisa, ayam, daging, mushroom n chiken..Memang yummy..

Di majlis ni Diddy berkesempatan memberi kami dengan kad jemputan perkahwinannya yang akan di adakan di johor bahru pada 7/2/10 di pasir gudang.

BG Company Dinner - 27/1/2010





Salamzz..

Pada hari rabu yang lepas company aku get together dinner di Neway Puchong. Last year tak sempat nak organize. So kami semua enjoy sambil berkaraoke. Layanz gambor yang sempat didonloadkan..

Macam2 ragam sewaktu sessi karaoke. Kelakar sungguh tengok telatah teman2 dengan gaya masing2 bila disuruh menyanyi. Nak makan pun x larat sebab asyik tergelak jer. Sessi kami berakhir sehingga pukul 2 pagi..hehhee. Esoknya satu hari mengantuk sebab tak cukup tidur..hahaha

Monday, January 18, 2010

Majlis Perkahwinan Syura


Salamzz..

Dah lama sangat x update kat sini. Baru2 ni aku menghadiri majlis perkahwinan syura, adik kepada K.Norli. Majlis mmg meriah di tempat Pak Engku di Shah Alam. Ramai juga hadirin yang datang. Aku datang dengan mek ha.

MC majlis perkahwinan syura ni Jaafar Onn dan Maya. Selain tu ternampak aidil dan bakal isterinya yg turut menghadiri majlis.

Thanks to Syura kerana menjemput kami ke majlis perkahwinannya. Semuga berbahagia sehingga ke akhir hayat..Amin


wassalam

Thursday, December 10, 2009

Jemputan Perkahwinan

salamzzzz..

dah lama tak menulis di sini..lagipun teda cerita menarik nak dikongsikan di sini..hehhee.

Last saturday aku n family kakak ku ke Melaka. Attending K.Zah's son wedding di Tg Minyak Melaka. Kami sekeluarga bermalam di Hotel Seri Malaysia. Thanks to my fren for entertaining my family..makan memang kenyang and bilik pun sangat selesa.Tip Top service..

Pada malam nikah tu kami pun pergi la ke rumah pengantin perempuan di Tanjung Minyak. Mujur la cuaca elok. Menunggu tok kadinya punya la satu hal..lenguh duduk lama2..hehhee. Kami sesama kami berborak jer la sementara menantikan tok kadi sampai. Lebh kurang kul 9.00 baru tok kadi menjelma. Banyak jugak soklan yang ditanya pada pengantin lelaki.Kalau terus nikah tak per jugak. Dah ler perut lapor dan ngantuk nak menunggu habis upacara nikah. Ingatkan lepas tu dapat le makanan yang sedap2.Rupa2nya malam tu kami hanya dihidangkan dengan mihun sup yang kosong tanpa ada apa2 bahan di dalamnya. Cuma isinya semata2 mihun dengan sup tulang jer..huwaaaaaaa..airnya pulak lai chee kang. dah rezeki mcm tu telan jugak la..balik dari situ sempat la aku menapau mee & kway teow goreng..adoyai..kesian orang2 tua yang tak makan daging tu.

Mg ni sambutan di Dewan Tun Rahah dekat Bkt Bintang..nak tengok cam ner majlisnya..hapenning ke tak? Al maklum le anak tunggal..look & see..apa2 pun semuga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir hayat. Past is past. Tak perlu kita nak ungkit. Rezeki masing-masing kan.

Wassalam.

Friday, October 2, 2009

Gedering Raya Geng Convent di rumah Mie (23/9/2009)




Salam Geng..

Semua udah mula kroje ya minggu ni..tapi aku rasa masih dalam mood raya lagi, macam mana tu..ngeh! ngeh! Ngeh!.

Pertamanya teman nak panjatkan rasa kesyukuran kerana perjumpaan kita suksess dan happening. Alhamdulillah. Satu peningkatan yang bagus. Betapa seronok benor rasanya bila dapat berjejak kasih kembali dengan geng bas sekolah badge '85..hehehe. Rasa macam mimpi pun ada. Kira tahun ni break record lah. Bravo! Kita dapat kumpul seramai 18 orang geng convent '85..Bermacam2 ragam pun ada. Takboleh lepas dari gelak ketawa, sakat menyakat tu biasa ler..hehehehe. .Gempak gempita dan haru biru dibuatnya..Mujur le rumah Mie rumah baru..hehehehe . . Masa berjumpa ni sempat le kami2 ni bersogheh sesame kume dan update mana yang patut.

Ucapan terimakasih juga buat kengkawan semua kerana merealisasikan perjumpaan kira yang paling meriah. Walaupun semasa sekolah dulu ada di antara kita yang berlainan kelas. Itu tak bermakna kita tak boleh bersatu dan mengeratkan tali silaturrahim sesame kita kan ..am I rigt gurls!..hehehe

Biasa le dari dalam kereta lagi kume dah bergelak ketawanya. Mala jadi 'drebar' kami ke rumah Mie..passengernya aku, Puji & Lat…hehhe. Bila sampai jer rumah Mie lagi le riuh, sampai no. jalan pun jadi issue..muahahha..ajenya..hehehe..Noraida n Rozana sampai serentak dengan kami..apa lagi masuk rumah terus nyembang ler..ni antara grup yg sampai awal. Aku sehingga hari ni masih rasa macam mimpi lagi dan terbayang2 kejadian di rumah Mie..hehhhee

Hidangan yang Mie sediakan mihun sup, kuah lodeh,ketupat pulut, nasi impit, kuah kacang, rendang tok dan kuih-muih. Aku gerenti deme2 ni semua mesti tak kenyang makan..hehhehe..ate paham2 jer ler. Dah dapat bergebang tak yah makan pun tak per..hehehhe..Si Mala sampai stop banyak kali time masa makan lontong..last2nya langsung kenyang..keh keh keh..betul tak Mala? Dengan sibuk bergambo lagi..hehehehe

Antara kengkawan yang hadir pada petang tersebut seperti yang tersenarai di bawah :-

1. Puji - memang tak berubah dari dulu kini dan selamanya..sentiasa ceria, kuat
menyakat dan seorang yang baik hati..

2. Mala - tak banyak perbezaan sama macam waktu sekolah..mekasih mala sebab
tolong amik kami2 ni ke rumah Mie ari tu..hehehee

3. Lat - sempoi jer walaupun ada title 'dr'..hehhehe

4. Muhaini - masih terselah kelembutan dan soft spoken.

5. Puteri Rohani - mak 'yong' yang masih boleh berkebaya gitu..heheheh

6. Baya - terserlah sifat-sifat keibuannya.

7. Ijan - antara geng yang punya anak ramai sebab dia pandai 'ngenjut"..wakakkaka

8. Linda - masih kurus macam tu jugak rasanya..lagipun katanya sebab banyak
sangat angin..hehehe

9. Ijah (Faezah Nor) - dah jadi toke kain di Tronoh. Boleh kita mintak diskaun
kat deme 2 beradik ni..hehehe

10. Reha Nor - jaga cawangan di Kedah..punya sorang anak lelaki yang comel..hehhehe

11. Zana - presiden kita yang kiut-miut ni (sesaje je bodek..muahaha) memang rajin
amik gambor..

12. Noraida - lembut dan soft spoken jer orangnya..tak banyak cakap..

13. Rozana Rahim - dah agak 'besor' sket, tapi muka tak berubah..sweet jer..

14. Rokiah - mak datin yang vogue..cantik dan ayu macam Sharifah Aini (bukan
Sharifah Karim ya kawan2..ngeh ngeh ngeh). Kalau Tipah tau
mampos..wakakkaka.

15. Juhairah.- ada ciri2 gadis kampong..hahhahaha. Jangan mare Ju, kamu kan nak
balik kampong jaga arnab kan ..muahaha. Lagi satu Ju ni memang
bagus le memori dia. Masih lagi ingat tindakan2 yang dibuat masa2 kt
kt sekolah dulu.. yang paling dia ingat bila Puji kena naik ateh
kerusi..wakakaka..aku langsung ler lost terus, banyak yang dah tak
ingat..

16. Lailatun Azlina - bekas pelari pecut sekolah dan pemain netball. Wajah tak
banyak berubah..

17. Miedah - Tuan rumah kita yang menganjurkan majlis. Cantik rumah kamu dan proof
tahan gegaran punya..wakakkaka sebab yang datang ari tu tak sedor
diri..hehehehe..sampai cik abe Midah pun nyorok dalam bilik sebab
hingor bebenor..wakakaka

18. Aku a.k.a intan - anak dara lawo dan glemer (jangan jeles..nak perasan
kejap..hehhehe)..merangkap sekretari/tukang buat repot dan
tukang merapu..hehehe. imaginasi jer lebih sebenornya.

Ramaikan..sampaikan tak tau nak bersembang dah. Aku ni biasa ler tukang gelak jer. Tambah bila Puji menyakat., tengok Ijan yang keletah, apa lagi berdekah2 le ketawa. Hepi jer rasanya. Tak rasa pun umur dah 40an..ni la yang buat kita awet muda..hehehehe.

Puan Presiden kiter sempat buat poll, menganalisa rakan2 seangkatan/sebaya dengan kita semua ni dan hasilnya :-

- masih ramai lagi rupanya di kalangan kita yang masih anak dara dan tak
berkahwin..ate belum sampai jodoh..hehhehe

- berkahwin tapi tak punya anak

- berkahwin dan punya anak pun ada ramai..antaranya kawan kita si Ijan yang punya 5
anak..congrats!

Namun walau apa pun kita mesti bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi pada kita..betul tak kawan2..Yang penting kita semua happy!..

Seterusnya Puji sempat mengumumkan aktiviti seterusnya pada tahun depan..insyallah untuk outing :-

Tarikh : 1 st May 2010 (3D 2N)..cuti masa hari buruh
Venue : A Famosa Melaka

Jadi sesiapa yang berminat nanti, sila ler bagi nama..Apa2 pun kita akan update from time to time segala aktiviti yang kita buat..

Buat kawan2 kita yang tak dapat hadir - Sap, Atun, Rohaya Bahari, Reha Tajuddin dan Kamaran kami semua memahami. Insyallah lain kali nanti boleh join. Buat Rohaya, aku doakan kamu cepat sembuh ye? Buat pengetahuan kawan2 semua Rohaya hari tu kena admit kat hospital sebab terjatuh dan kakinya retak. Mungkin kita boleh arrange perjumpaan di KL ni pulak..amacam geng!.hehhehee. Tak lupa tahniah buat Rames sebab dapat balik keje kat Ipoh . Tak payah le saban minggu balik ipoh dah ya..hiks!

Yang paling best masa time nak balik..si Zana yang dah keluar dulu terus kunci pintu gate ghumah Mie tak bagi kume yang belum keluor ni balik..ate mana idaknya dah jenuh panggil suruh balik tapi idak juga keluor2 dari rumah..adoyai, sampai sakit perut aku tahan ketawa..hehehehe. Si Kiah awai2 dah balik dulu..

Jadi rumusan keseluruhannya semuga penyertaan dari kawan2 kita akan bertambah lagi di masa2 akan datang..Boleh le kita kumpul ramai lagi ahli kelab geng convent '85. So, aku rasa dah panjang lebor aku menulis..maap le kalau ayat2 yang digunakan agak skema sket..hehhhee. Juga aku menyusun sepuluh jari kemaafan seandainya ada terkasar bahasa sewaktu aku menulis esei ni (3 hari 3 malam aku nak siapkan.).hehehe.Tambah le mana yang aku tertinggal.. Aku attachkan sekali gambor yang dah didonloadkan oleh puan Lailatun Azlina kita..Enjoyzzzzzzz!...dalam banyak2 ni gambor Kiah jer tak de..

Akhirkata aku ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN. Semuga ukhwah antara kita semua akan berterusan sehingga ke akhir hayat..Juga terima kasih banyak2 Mie kerana menjemput kami semua ke rumah kamu. Tak akan kami lupakan…Tahun depan giliran rumah Kiah pulak..hehehe. Kita gegarkan di sana ...

** Nota Kaki **
Kawan2 semua dialu2kan untuk membawa foto/gambar masa di sekolah supaya kita dapat mengimbas kembali sejarah sewaktu di sekolah bila time kita berjumpa. Bukan apa almaklum ler kan , sekarang ni memory agak low sket..hehehehe

Chao dulu!..

Salam sayang,
- Intan -