Friday, December 18, 2015

Seri Pacific Hotel - 12/12/2015

As salam..

Minggu ni seronok bangat sebab memang betul-betul leh berehat sakan sebab cuti panjang. Macam dah lama x rasa cuti panjang sebegini. Paling lama aku cuti 38 hari sewaktu menunaikan haji bulan September yang lalu. Masih terasa kehangatan suasana di mekah dan madinah. Insyallah suatu hari nanti aku ingin lagi menjejakkan kaki ke sana. Mungkin dengan kawan-kawan, saudara mara ataupun cinta hati saya. Semuga segala-galanya dipermudahkan. aminn

Walaupun cuti panjang, idak juga nak berehatnya. Ada jer aktiviti yang tak dirancang. Kalau rancang awal-awal for sure selalu x jadi. Nak balik kampung minggu lepas aku baru aje jumpa mak aku. Lagipun  petang jumaat turn adik aku  ngantor mak balik kampung. So kira aku relax ler sikit, cuma keluar date dengan Aya kat Subang Parade.

So hari sabtu aku kira memang nak berehat ler tak kemana. Cuma keluar sekejap petang tu nak beli ubat kat farmasi. Tapi hampeh farmasi lak tutup, Aduhh. Time tu pulak hujan.pulak. Frust tul aku. Lepas tu terus jer balik rumah.

Lepas solat maghrib aku duduk santai sementara tunggu berita dan dinner tuk malam tu. Anak sedaraaku lak keluar pegi beli KFC.  Dalam masa yang sama aku godek phone sambil main dengan si Dhiya Darwishah. Bukak wassap tengok message dari Inas Mahmud. Minah ni kalau buat plan mmg suka last minit sebab keje dia yang x menetu time tu. Dia ajak aku tidor hotel sebab dia baru habis miting kat PWTC. Apa lagi dalam hujan aku redah ler jumpa minah tu.




Sampai di KL Sentral kasut aku putus.Adehh..Nak beli kasut baru jauh jugak nak menapak ke NU Sentral tu. Lagipun time dah dekat kul 10 malam. Mesti dah nak tutup kan. So aku terus beli coupun teksi terus ke hotel jer. Terpaksa la aku jalan macam orang cacat naik ke bilik.

Sampai kat bilik aku cerita kat Inas. Punya la dia ketawakan aku. Dalam bilik hotel x de pulak provide kasut putih tu. Yang si minah Inas ni pulak keternya masuk workshop sebab langgor divider. Kan fair n square. Aku kasut putus yang dia pulak keter accident. Memang sehati sejiwa tul.

Pagi esoknya terpaksa le aku naik teksi jugak balik ke rumah terus memandangkan keadaan kasut aku tu. Anyway thanks fren for the time we spent and aku really appreciate. Semuga ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga ke jannah..aminn

Daa

Wednesday, December 16, 2015

Jumpa Aya - 11/12/2015

Salam..

Jumaat lepas warga Selangor bercuti sempena keputeraan Sultan Selangor. Seronok bangat bila dapat cuti sebegini tambah dah hujung tahun kan. Aku sepatutnya ada facial tapi malas nak pegi sebab kepala rasa berat. So apa lagi tidur ler.he he he. Tu yang x sedar bila si Aya message and call aku. Memang kepala betul2 berat pagi tu. Tambahan cuaca pulak mendung jer kan.

Lewat sikit aku reply Aya. Lepas pam tayar keter aku baru aku return call dia. Aku kata ok jer jumpa di Subang Parade selepas zohor. Banyak jugak ler kami borak. Selesai solat maghrib baru kami balik ke rumah. Alhamdulillah akhirnya dapat aku penuhi pelawaan kawan lama yang nak sangat jumpa selepas aku balik dari mekah.

Daa..

Friday, November 27, 2015

Convent85 BFF Gedering

Tarikh : 21/11/2015
Masa : 3.00 petang
Tempat: Ampang Tasik
Organizer : Pn.Juhairah Kamaruddin

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Aku mulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim buat semua Convent BFF yang menghadirkan diri di rumah Puan Juhairah kita pada tarikh dan masa ini.
Ucapan terima kasih ku dahului kepada tuan rumah kerana berbesar hati menjemput kami untuk menjamu selera dan berkumpul di rumah mike. Seronoknya tak terkata sebab inilah pertama kali kami dapat berkumpul bersama dengan Ju. Lagipun semenornya dah lama pun tak berkumpui .
he he he.

Rasa terharu di atas keprihatinan seorang teman yang berniat untuk meraikan aku dan Peah yang pulang dari mekah selain dari hajat ingin berkumpul beramai-ramai dan menjamu kami dengan juadah yang sedap2 belaka.

Penyertaan Linda dan Puteri dari Batu Gajah memeriahkan lagi suasana. Syiok punya pasal kami
beramai-ramai tidor hotel Presscot KL semata-mata untuk lepak. Biasalah dah alang2 turun KL ni apa lagi lepak le lama sikit dengan kami kat sini kan gurls..he he he.
Memang ngalahkan rombongan Kak Jemah. Sampai jer aku ngan Sap di hotel dan aku selesai solat zohor, kami beramai-ramai berjalan ke KL Sentral untuk ke rumah Ju. Sepanjang perjalanan macam-macam cerita ler. Sampai di KL Sentral Ina belikan token untuk naik Putra dan LRT. Mujur lah tak ramai sangat warga KL keluor time tu.

Alhamdulillah pengangkutan kami bermula dengan PUTRA LRT dan turun di Masjid Jamek. Dari sini kami bertukat menaiki STAR LRT pulak untuk turun di stesen Cempaka. Rombongan kami macam kanak-kanak riang jer. Seronok rasa macam time bebudak dulu.
Sampai stesen cempaka kami menaiki teksi ke rumah Ju. Kami sewa 2 teksi nak ke sana. Memang meriah weh!. Kira jauh jugak le nak ke rumah Ju tu dari stesen Cempaka. Masing-masing perut dah lapor. Udah x sabor nak sampai rumah Ju. Alhamdulillah cuaca pulak elok pada petang tu.
Sampai di rumah Ju apalagi episod riuh pun bermula..ha ha ha. Udah semua nak bercakap. Stori pun dah bercampur aduk. Ntah mana satu nak dengor..he he he.Hentam la labu..kita layan jer. Agaknya somi Ju pun penin layan kita..namun ada kita kisah kan. ahaks!Tambah kalau dapat menyakat memangnya tak boleh nak cakap apa. Kenyang gelak dari makan..:-))

Tapi teman mmg nak puji ler nasi ayam dan mee kari memang sedap le Ju. Mee kari mike meriah dengan bahan-bahan. Aku 2 x tambah mee. he he he.Tak lupa juga kueh-kueh yang ada semua sedap-sedap belaka. Anum punya butterscotch cake marbeles. Si Puji entah berapa keping dia ngap.hehehe. Anyway be happy jer lah Puji..Lepas tu jangan lupa makan ubat, k? Belalai gajah pun dah dapat.:)))

Yang best tu siap tapau makanan lagi lepas tu. Tuan rumah bekalkan kami untuk sambung makan lagi di hotel. Jadi tak payah nak keluar makan lagi kan. Memang meriah giler makanan2 yang ada tu.
Malam tu semua berangin sebab makan nangka madu banyak sangat. Al maklum ler nangka sedap. Aku yang tak minat ni pun terjebak sekali makannya. Mujur x banyak sebab takut tak tahan. Selain kentut pagi tu darah period pulak melekat kat katil..aduhhh.

Kemeriahan kami diringi lagi dengan kehadiran Uma untuk sama-sama lepak di hotel. Terima kasih Ashok sebab pinjamkan Uma kejap lepak dengan kami kat hotel walaupun sekejap. Merasa jugak ler Uma dengan bekalan yang kami bawak dari rumah Ju petang tu.
Pada keesokannya kami breakfast di hotel jer sebab tengahari tu nak menghantar Linda dan Puteri di stesen Sentral. Sampai di Sentral kami sambung pulak makan di food court sentral. Memang meriah Convent BFF ni kalau pasal makan. Memang mau jer..alhamdulillah rezeki Allah beri. Kita makan temgah ada selera kan. Njoy!..he he he

Dari Sentral aku, Sap dan Na terus menuju ke Subang Parade menghantar Na. Sementara itu aku dan Sap menjamu selera di Chicken Rice Shop sebelum balik ke rumah. Home sweet home. Memang ngantuk giler. Balik jer rumah terus sambung tidor lagi.

Sebelum penaku ini berhenti menari-nari di atas keyboard, sekali lagi ingin aku menzahirkan ucapan terima kasih kepada tuan tanah dan kawan-kawan sekelian di atas perjumpaan ini.Maaf ku pohon seandainya ada kekhilafan di sepanjang kita bersahabat. Semuga ikatan ukhwah kita akan terus berkekalan sehingga ke jannah.amin..

Wasalam.
 



-







Sunway Piramid Tower 20/11/2015

Assalammualaikum..

Hampir setahun tidak bersua akhirnya pada tarikh ini aku berjumpa jugak dengan temanku ini yang sepanjang masa asik sibuk jer dengan tugas-tugasnya. Last minit arrangement selalunya memang menjadi kan.

Tak sangka lak hampir 2 minggu aku x chatting dengan kawan aku ni last2 kata nak jumpa suruh book hotel di sunway. Risau jugak le last minit booking takut tak mandang kan. Aku just gamble jer la call tanya kalau2 ada rooms available. Alhamdulillah masih  banyak lagi kekosongan. Excited punya pasal aku mintak keluar awal hari jumaat tu. Yang tak bestnya jalan pulak tutup sebab Obama datang malaysia. Adehh. So aku pun parking keter kat ofis and amik teksi ke hotel. Tak jauh pun. Aku malas bawak kereta sebab tak tau parking kat situ..hehehehe

Alhamdulillah aku dapat teksi cepat jugak sebab nak check in. Nanti lambat tak pasal2 depa charge cc aku pulak. So aku pun check in and relax jap di hotel sementara tunggu member aku sampai. Janji dengan member ni bukan leh di pakai sangat sebab memg selalu lewat.

Mujur le aku dah sampai hotel bila hujan dan kilat membasahi bumi. Takut jugak sebab duduk sorang2 dalam bilik. Sempat la aku solat asar di hotel sebab masa sampai baru je lepas azan. Si mimah kawan aku ni sampai dah dekat kul 8 malam. Katanya jalam jem sebab ujan. Sempat la sembang2. Kul 9.30 malam dia keluar kejap jumpa kawan dia sebab nak settle keje. Apa la punya kawan janji nk spent time together last2 dia ada appt lain pulak. Ntah pukul berapa dia balik aku tak tau sebab aku dah tidor. Pagi2 esok aku dah cabut awal sebab nak jumpa dengan geng sekolah pulak. Kami ada reunion kat Ampang..yahooo

Daa..tak sempat nak amik gambo!

Sekian

Balik dari Mekah - 21/10/2015

Assalammualaikum..

Pada 17 October 2015 aku telah dikunjungi oleh teman-teman sekolahku yang datang untuk menziarahi aku yang baru balik dari mekah.

Alhamdulillah. terima kasih kawan-kawan.

Daa..






Kenduri Doa Selamat Aug 2015

Assalammualaikum..

Ketika kenduri doa selamat diadakan abah dah lebih 40 hari meninggalkan kami semua. Kami balik ke batu gajah untuk buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah abah dan juga kenduri doa selamat untuk keberangkatan aku ke tanah suci mekah.

Tarikh : 21 August 2015
Tempat : Perumahan Bemban

Alhamdulillah ramai tetamu yang datang. Sedihnya ketika ni abah dah tak de. Kalau tidak dia lah yang paling sibuk ke hulu ke hilir dan layan tetamu yang datang.

Terima kasih pada teman2 sekolah yang sama-sama meraikan kenduri yang hari itu. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Aminn.

Sekian.


Ibadah Haji 2015

Assalammualaikum..

Ketika ini aku baru sahaja beberapa hari balik ke Malaysia setelah 38 hari berada di bumi mekah dan madinah.Alhamdulillah tidk dpt ku gambarkan betapa seronoknya sewaktu berada di sana.Rasa ingin kembali ke sana amat terasa sekali. Begitu cepat masa berlalu.

Aku bersyukur kerana dijemput menjadi tetamunya. Walau pada mulanya bermacam-macam perasaan bermain di mindaku. Tambahan kepergian aku ke sana tanpa ditemani mahram. Bermakna aku sendirian di sana bersama teman-teman dan kawan-kawan yang baru.

Aku panjatkan doa agar aku dikurniakan dengan teman2 yang baik. Aku juga berdoa agar dipermudahkan segala-galanya. Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar. Cuma tahun ni kami dilanda dengan dugaan yang maha hebat. Namun aku tetap bersyukur dan terselamat dari bencana yang maha hebat.

Ketika kejadian crane runtuh kami baru saja sampai di kota mekah beberapa yang lalu. Memang ketika tu musim ribut pasir. Maktab kami agak jauh dari masjid dan mengambil masa hampir 40 min jugak le nak sampai. Kami berada dalam kelompok maktab 89. Kami ditempatkan di hotel Masat Al Badae dan anggaran perjalanan ke masjid 1.5km. Mujurlah kami ni dapat tingkat 2 bilik 218 dan mempunyai seramai 7 orang jemaah di dalamnya.

Kami memasuki kota mekah terus dan berada di sana selama 2 minggu sebelum hari wukuf. Itu lah kemuncak haji. Di sini berbagai2 dugaan yang kami lalui. Dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Dugaan yang paling besar apabila aku sakit kepala yang teramat sangat sebaik selesai wukuf. Keadaan cuaca ketika itu 50 celcius satu tahap kepanasan yang tak tau mcm mana aku nak gambarkan. Ramai jemaah yang dehydrated sebab tak cukup air dalam badan. Termasuklah aku. Aku telah dibawa ke hospital shisah untuk mendapatkan rawatan. Sebelum tu dah masuk satu botol air.

Rasa terharu dan sedih bila kita sakit tak ada siapa di sisi kita. Semua kena buat sendiri. Aku hanya mampu berdoa semuga segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah syukur aku ke hadrat Tuhan. Terima kasih yang tak terhingga pada kakak2 jemaah yang membantuku selama berada di bumi mekah al mukaramah. Jasa kalian tidak akan kulupakan sehingga ke akhir hayat.
 
Sekian.