Friday, October 2, 2009

Gedering Raya Geng Convent di rumah Mie (23/9/2009)




Salam Geng..

Semua udah mula kroje ya minggu ni..tapi aku rasa masih dalam mood raya lagi, macam mana tu..ngeh! ngeh! Ngeh!.

Pertamanya teman nak panjatkan rasa kesyukuran kerana perjumpaan kita suksess dan happening. Alhamdulillah. Satu peningkatan yang bagus. Betapa seronok benor rasanya bila dapat berjejak kasih kembali dengan geng bas sekolah badge '85..hehehe. Rasa macam mimpi pun ada. Kira tahun ni break record lah. Bravo! Kita dapat kumpul seramai 18 orang geng convent '85..Bermacam2 ragam pun ada. Takboleh lepas dari gelak ketawa, sakat menyakat tu biasa ler..hehehehe. .Gempak gempita dan haru biru dibuatnya..Mujur le rumah Mie rumah baru..hehehehe . . Masa berjumpa ni sempat le kami2 ni bersogheh sesame kume dan update mana yang patut.

Ucapan terimakasih juga buat kengkawan semua kerana merealisasikan perjumpaan kira yang paling meriah. Walaupun semasa sekolah dulu ada di antara kita yang berlainan kelas. Itu tak bermakna kita tak boleh bersatu dan mengeratkan tali silaturrahim sesame kita kan ..am I rigt gurls!..hehehe

Biasa le dari dalam kereta lagi kume dah bergelak ketawanya. Mala jadi 'drebar' kami ke rumah Mie..passengernya aku, Puji & Lat…hehhe. Bila sampai jer rumah Mie lagi le riuh, sampai no. jalan pun jadi issue..muahahha..ajenya..hehehe..Noraida n Rozana sampai serentak dengan kami..apa lagi masuk rumah terus nyembang ler..ni antara grup yg sampai awal. Aku sehingga hari ni masih rasa macam mimpi lagi dan terbayang2 kejadian di rumah Mie..hehhhee

Hidangan yang Mie sediakan mihun sup, kuah lodeh,ketupat pulut, nasi impit, kuah kacang, rendang tok dan kuih-muih. Aku gerenti deme2 ni semua mesti tak kenyang makan..hehhehe..ate paham2 jer ler. Dah dapat bergebang tak yah makan pun tak per..hehehhe..Si Mala sampai stop banyak kali time masa makan lontong..last2nya langsung kenyang..keh keh keh..betul tak Mala? Dengan sibuk bergambo lagi..hehehehe

Antara kengkawan yang hadir pada petang tersebut seperti yang tersenarai di bawah :-

1. Puji - memang tak berubah dari dulu kini dan selamanya..sentiasa ceria, kuat
menyakat dan seorang yang baik hati..

2. Mala - tak banyak perbezaan sama macam waktu sekolah..mekasih mala sebab
tolong amik kami2 ni ke rumah Mie ari tu..hehehee

3. Lat - sempoi jer walaupun ada title 'dr'..hehhehe

4. Muhaini - masih terselah kelembutan dan soft spoken.

5. Puteri Rohani - mak 'yong' yang masih boleh berkebaya gitu..heheheh

6. Baya - terserlah sifat-sifat keibuannya.

7. Ijan - antara geng yang punya anak ramai sebab dia pandai 'ngenjut"..wakakkaka

8. Linda - masih kurus macam tu jugak rasanya..lagipun katanya sebab banyak
sangat angin..hehehe

9. Ijah (Faezah Nor) - dah jadi toke kain di Tronoh. Boleh kita mintak diskaun
kat deme 2 beradik ni..hehehe

10. Reha Nor - jaga cawangan di Kedah..punya sorang anak lelaki yang comel..hehhehe

11. Zana - presiden kita yang kiut-miut ni (sesaje je bodek..muahaha) memang rajin
amik gambor..

12. Noraida - lembut dan soft spoken jer orangnya..tak banyak cakap..

13. Rozana Rahim - dah agak 'besor' sket, tapi muka tak berubah..sweet jer..

14. Rokiah - mak datin yang vogue..cantik dan ayu macam Sharifah Aini (bukan
Sharifah Karim ya kawan2..ngeh ngeh ngeh). Kalau Tipah tau
mampos..wakakkaka.

15. Juhairah.- ada ciri2 gadis kampong..hahhahaha. Jangan mare Ju, kamu kan nak
balik kampong jaga arnab kan ..muahaha. Lagi satu Ju ni memang
bagus le memori dia. Masih lagi ingat tindakan2 yang dibuat masa2 kt
kt sekolah dulu.. yang paling dia ingat bila Puji kena naik ateh
kerusi..wakakaka..aku langsung ler lost terus, banyak yang dah tak
ingat..

16. Lailatun Azlina - bekas pelari pecut sekolah dan pemain netball. Wajah tak
banyak berubah..

17. Miedah - Tuan rumah kita yang menganjurkan majlis. Cantik rumah kamu dan proof
tahan gegaran punya..wakakkaka sebab yang datang ari tu tak sedor
diri..hehehehe..sampai cik abe Midah pun nyorok dalam bilik sebab
hingor bebenor..wakakaka

18. Aku a.k.a intan - anak dara lawo dan glemer (jangan jeles..nak perasan
kejap..hehhehe)..merangkap sekretari/tukang buat repot dan
tukang merapu..hehehe. imaginasi jer lebih sebenornya.

Ramaikan..sampaikan tak tau nak bersembang dah. Aku ni biasa ler tukang gelak jer. Tambah bila Puji menyakat., tengok Ijan yang keletah, apa lagi berdekah2 le ketawa. Hepi jer rasanya. Tak rasa pun umur dah 40an..ni la yang buat kita awet muda..hehehehe.

Puan Presiden kiter sempat buat poll, menganalisa rakan2 seangkatan/sebaya dengan kita semua ni dan hasilnya :-

- masih ramai lagi rupanya di kalangan kita yang masih anak dara dan tak
berkahwin..ate belum sampai jodoh..hehhehe

- berkahwin tapi tak punya anak

- berkahwin dan punya anak pun ada ramai..antaranya kawan kita si Ijan yang punya 5
anak..congrats!

Namun walau apa pun kita mesti bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi pada kita..betul tak kawan2..Yang penting kita semua happy!..

Seterusnya Puji sempat mengumumkan aktiviti seterusnya pada tahun depan..insyallah untuk outing :-

Tarikh : 1 st May 2010 (3D 2N)..cuti masa hari buruh
Venue : A Famosa Melaka

Jadi sesiapa yang berminat nanti, sila ler bagi nama..Apa2 pun kita akan update from time to time segala aktiviti yang kita buat..

Buat kawan2 kita yang tak dapat hadir - Sap, Atun, Rohaya Bahari, Reha Tajuddin dan Kamaran kami semua memahami. Insyallah lain kali nanti boleh join. Buat Rohaya, aku doakan kamu cepat sembuh ye? Buat pengetahuan kawan2 semua Rohaya hari tu kena admit kat hospital sebab terjatuh dan kakinya retak. Mungkin kita boleh arrange perjumpaan di KL ni pulak..amacam geng!.hehhehee. Tak lupa tahniah buat Rames sebab dapat balik keje kat Ipoh . Tak payah le saban minggu balik ipoh dah ya..hiks!

Yang paling best masa time nak balik..si Zana yang dah keluar dulu terus kunci pintu gate ghumah Mie tak bagi kume yang belum keluor ni balik..ate mana idaknya dah jenuh panggil suruh balik tapi idak juga keluor2 dari rumah..adoyai, sampai sakit perut aku tahan ketawa..hehehehe. Si Kiah awai2 dah balik dulu..

Jadi rumusan keseluruhannya semuga penyertaan dari kawan2 kita akan bertambah lagi di masa2 akan datang..Boleh le kita kumpul ramai lagi ahli kelab geng convent '85. So, aku rasa dah panjang lebor aku menulis..maap le kalau ayat2 yang digunakan agak skema sket..hehhhee. Juga aku menyusun sepuluh jari kemaafan seandainya ada terkasar bahasa sewaktu aku menulis esei ni (3 hari 3 malam aku nak siapkan.).hehehe.Tambah le mana yang aku tertinggal.. Aku attachkan sekali gambor yang dah didonloadkan oleh puan Lailatun Azlina kita..Enjoyzzzzzzz!...dalam banyak2 ni gambor Kiah jer tak de..

Akhirkata aku ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN. Semuga ukhwah antara kita semua akan berterusan sehingga ke akhir hayat..Juga terima kasih banyak2 Mie kerana menjemput kami semua ke rumah kamu. Tak akan kami lupakan…Tahun depan giliran rumah Kiah pulak..hehehe. Kita gegarkan di sana ...

** Nota Kaki **
Kawan2 semua dialu2kan untuk membawa foto/gambar masa di sekolah supaya kita dapat mengimbas kembali sejarah sewaktu di sekolah bila time kita berjumpa. Bukan apa almaklum ler kan , sekarang ni memory agak low sket..hehehehe

Chao dulu!..

Salam sayang,
- Intan -

Berbuka Puasa di Intekma Resort (13/9/2009)





Salam..

Perancangan yang last minit ni kadang2 menjadi.Alhamdulillah. Dalam tak di sangka2 aku mengaturkan majlis berbuka puasa di Intekma Resort Shah Alam. Puji yang tolong booking. Itupun majlis di atur seminggu sebelum hariraya. Bukannya apa, Puji yang dah tak sabor nak jumpa si Juhairah (geng convent '85).

Antara yang join aku, puji, zana, baya, juhairah & sap. Itu baru 6 orang yang datang, tapi riuhnya ngalahkan 60 orang..hehhehe. Seronok sangat. Aku memang respek Baya, walaupun duduk jauh masih berusaha jugak datang jumpa dengan kami2 ni..bravo Baya.

Masa ni le Zana tunjukkan slide masa kami di hotspring tempohari..kelakor betul bila tengok slide2 tu..pandai kamu zana..gambor semua cantik2 belaka. Tak sabor nak dapat copynya.

Seperti biasa meja kami memang lain dari orang lain..tak abih dengan riuhnya. Tapi aku nampak Puji hepi sangat dapat jumpa Jue..hehhehee

Layan le gambor yang ada..hehhehe