Friday, September 13, 2013

The Flu Movie - 12/9/2013


Release Date: 12 Sep 2013
Language:Korean
Subtitle: Chinese / English / Malay
Genre:Action / Drama
Running Time: 114 minutes
Director:Kim Sung-soo
Cast:Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-Ha, Yu Hae-Jin
Synopsis:
An unidentified infectious disease suddenly breaks out, causing widespread destruction. The disease infects its victims through their respiratory organ and it takes only 36 hours for the infected to die. A desperate struggle ensues by individuals to coral the out of control epidemic.
 




As Salam..

Semalam memang hari yang sangat penuh dugaan. Aku pun tak sangka la pulak kan. Semuanya ada hikmah dan ketentuannya. Namun aku syukur dan redha dengan apa yang telah kami alami dan lalui semalam. It's fun. Yang penting kami selamat.

Aku masuk jer keter Mr B ckp, keter I langgar lobanglah. Mesti pancit sb kuat bunyinya. Aku ckp nak pegi workshop ker? Katanya mana ada bukak at this hour. Kena berhenti cari tempat nak tukar tayar. Lagipun tayar spare ada. Kami masuk kawasan flat nearby and berhenti kat depan restoran bersebelan padang. Once parking Mr B terus mintak tolong india sebelah kami untuk pinjam jack keter. Mamat India tu rasanya baru lepas minum kat restoran sebelah. Mujurlah mamat india tu nak tolong pinjamkan jack. Sementara tu Mr B keluarkan tools untuk operasi menukar tayar. Masa ni datang pulak satu mamat cina pulak nak membantu. Memang very humble chinese guy tu. Really appreciate. Berpeluh jugaklah Mr B..hehehe

Dah selesai, kami terus ke tempat biasalah,mana lagi kalau tak menonton..hahahaha. Mr B suruh aku beli tiket citer apa saja asalkan jangan citer melayu atau kartun..sb masa 2 weeks back aku dah terbeli citer 3D Planes..kartun..hahahaha. Malu pulak aku..nak tak nak masa tu tengok jugaklah..yang tak tahan tu sb pakcik tu perli aku..hahhhhaa

So, while dia keringkan peluh aku naik atas dulu beli tiket. Earliest citer yg ada cuma The Flu start @ 8.50pm. So aku pun grab ajelah. Takla lama sangat kami nak tunggu movie lain start 9.30 pm above kan. Dalam masa yang sama Mr B tertinggal h/p dia kat ofis sb nak cepat sangat keluar. Cute le pulak Mr B ni. Dia ckp kul 8.30pm nak jumpa tapi aku ckp cepat sikit boleh..sebab takut aku tunggu lama tu lah dia kelam kabut kemas bilik dia dan terus keluar. Tak sedor pulak handpne tinggal..

Not bad jugaklah citer flu ni. Duration 2 hrs. Memang puas hati. Kami berdua memang enjoy la tengok movie ni. Alhmdulillah dapat jugak aku jumpa Mr B sebelum dia berangkat ke US next week. Kalau ikutkan dia x payah pegi tapi boss dah bagi arahan. Nak tak nak kena la juin jugak kan.

Thanks Mr B for fulfill our date yesterday walaupun kita mengharungi berbagai dugaan semalam. Tqsm darling..

Nak out dulu bah..

Daa



Friday, August 30, 2013

Kesian..

As salam,

Almost tengahri aku receive one sms saying someone sakit mata..aduhh kesian. dapat mc 3 hari. Agaknya terlalu penat kut. Lagipun dia ada sinus. Mgkin one of the reason la. Memang merah matanya.

Get well soon sayang!. Take care!..

Daa..

Lunch treat@KL Sentral - 28/8/2013

As Salam,

Hari Rabu yang lepas si Ina ajak aku makan YTF kat KL Sentral. Dah lama rasanya x makan YTF. Notis diterima thru wassapp. So kami berdua jer yang confirm. Yang lain2 tu x de. So lunch time aku menaiki tren jer ke KL Sentral. Tak kuasa nak meredah jem, dengan parking fees lagi. Tak sanggup mak!

So inilah dia our fav YTF..




Memang the yummy!.sekali makan memang tak puas. Bilalah lagi dapat makan yer!
Tunggu!..

Daa.

Friday, August 16, 2013

Planes Official Trailer #1 (2013) - Dane Cook Disney Animated Movie HD


As salam,

Semalam dah masuk hari ke-8 umat Islam merayakan hari raya 2013. Cepatnya masa berlalu kan. Mood raya pun masih ado lagi..hehehee. Aku pulak dah mula keje pada 14/8/2013. Dah lama cuti mmg malas nak buat keje kan. Tapi life must go on jugak.

Tengah boring2 semalam- 15/8/2013 aku wassap Mr B. Saje je kacau dia. The day before masa aku sms dia tengah penin sb tak tau nak cekuh mana satu keje sb dah terlalu banyak..hahahha. Tak sangka pulak cepat dia reply kan. Sebab selalu dia kan busy. Mr B tanya bila nak jumpa sb rindu katanya..muahahaha. Aku pun apa lagi ckplah hari ini. Mr B agree dengan cadangan aku.Yahooo!. seronoknya. So kami set jumpa tempat biasa..hehehe

The best part dia smpai early semalam. Tak sabor le tu nak jumpa aku..ekekeke. Thanks darling!. Apa lagi aktiviti kami selain dari nonton. Ekceli semalam teda citer menarik pun. Pilih punya pilih aku beli tiket citer "Planes". Ngam2 jer wayang nak start. Nak tengok citer lain semuanya kul 9 ke atas. Nanti lama sangat nak tunggu kan. So redah jer lah.

Masuk2 jer panggung rupa2nya citer kartun..adehhh. Siap 3D lagi..hahahaha. Rasa bersalah pulak aku. Mr B marah aku sebab poyo..sorry dear!..Tapi kami tetap layan jugak le citernya. Aku tengok Mr B enjoy jugak. Not bad jugaklah citernya. Yang tak best aku x suka tengok pakai 3D tu. Baik aku layan diri aku..hahaha

Masa movie nak abis Mr B dapat call ada member nak jumpa..tak dapatlah aku nak berlama2 dengan dia. Jumpa semata2 gi nonton jer. Tak sempat nak dinner pun dengan dia..huhu. Tapi aku paham dengan kesibukan dia. Yang penting aku dapat jumpa dia..yess!!
Selesai movie Mr B antar aku kat opis amik keter aku..

Dat's all for today. Jumpa lagi.

Daa.

Thursday, August 15, 2013

Antara kasih dan kebenaran

As Salam,

Tahun ke tahun cepat saje berlalu. Rasa cam dah lama benor aku mengenalinya. Tapi smpai hari ni apa progress yang ada. Baik tu memang baik ler. Humble person walaupun berjawatan tinggi. Tapi yang paling aku tak suka dia tak jujur. Masih menyembunyikan 'siapa' dia. Tamak le pulak dia..huhu.

Kalau dari awal dia nyatakan aku taklah rasa kecik hati, terkilan dan sewaktu dengannya. Apa lagi yang dia nak. Semua dah ada. Aku tak tau cemana cara untuk aku menghindari darinya. Kalau boleh cara yang paling terhormat. Jadi tak de hati yang akan terluka. Aku baru je nak bukak 'pintu', tapi sekarang kena la tutup balik.  Aku cuma akan bukak bila ada orang yang benar2 ikhlas untuk mengetuknya. Sejak aku tahu ceritera itu, aku rasa berdosa pulak. Ye lahkan. Selama ni aku tak tau. Aku pernah tanya sebelum ni tapi dia kata belum jumpa yang sesuai. Aku juga pernah tidak berhubung dengan dia for almost one (1) year. Tapi aku x leh tipu diri aku merinduinya.Memang ada pasang surutnya. Tapi yang best kami masing2 teda paksaan. Mgkin waktunya belum sesuai untuk disettlekan.

Baru2 ni dia cerita tentang sejarah silam. Aku pun x sangka dia nak share ngan aku. Ekceli perkara ni mmg pernah musykil dalam kepala otak aku ni. Last2 aku dapat jugak jawapannya. Dari apa yg diceritai mmg dia melalui dugaan yang agak berat jugaklah. Aku cuma jadi pendengar jerlah kan. Nak buat apa pun. Cuma aku tunggu dia nak cerita tentatn sejarah sekarang? Aku lebih selesa kalau aku tau keseluruhan telenovela ini. Kita tungguuuu...

Looking forward to see him. Mungkin ada banyak lagi rahsia yang aku tak tau lagi. Nantikan episod selanjutnya..

Daa!..

Wednesday, August 14, 2013

Birthday Celebration

As salam..,

Alhmdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna masih bernafas di bumi Allah ini. Hari ni dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa dan aku pulak menyambut harijadiku di bulan yang mulia ini.

Ucapan terima kasih di atas doa dan ucapan yang aku terima dari semua yang mengenali aku termasuk la kawan2 aku..Tq sooo much. Tapi yang paling sedih ada la sorang tu yang sengaja x nak wish aku. Memang aku terasa sangat2 berkecil hati. Aku redho jerlah.

Selama 2 minggu jugak la aku merajuk. Hari2 rasa sedih sangat. Rasa macam orng tu da x sudi nak kawan dengan teman lagi..huhu. Aku pun kuatkan semangat x anto apa2 sms pun sepanjang 2 minggu tu. Planning cuma nak anto Selamat Hari Raya Wish jer.

Since tukor kementerian ni mmg dia bz giler. Aku paham la keje dia, tapi dulu walau bizi cemana pun reply jugak..uwaa. Dia pernah mengadu kat aku rasa cam dah x nak keje lagi sebab x de life sejak ke kementerian baru ni. Aku ckp kat dia nak buat apa kalau x keje. Katanya buat bisness jerlah. Kesian jugak aku dengor.

Selama 2 minggu aku low profile. Memang aku  x nak cakp atau tanya atau fikir tentang dia. Asik kita jer yng sms tp x de response. Mana aci. Kesabaran kita pun ada hadnya jugak kan..hehhee. Tapi aku happy, tau risau x dapat contact aku..yessss!!!


Oklah. stop sini dulu..daa

Raya 2013 Gedering @ Puteri's House


Salam and gud morning gals,

Firstly teman nak ucap ribuan terima kasih kepada Pu3 di atas kesudian menjemput kami bergedering di rumah anda pada raya ke-3 yang lalu. Memang seronok bila dapat berkumpul. Ada jer cerita yang kita sama2 kongsikan.

SF antara yang paling awal sampai. Diikuti Chew Lian and Kiah. CL bawak anak2 sekali. Agaknya anak CL mesti penin nengok geng maknya..hahahaha

Hidangan semua best2. Sampai x larat nak makan sebb kekenyangan. Yang lebihnya kenyang sebab ralit bersembang..hehehe. betul tak?

Kepada geng yang tak dapat hadir, in sha allah kita berkumpul di rumah naib presiden kita pulak di putrajaya. Tunggu pengumuman tarikh darinya and get ready..kih kih kih

Sebelum mengundur diiri, ku susun sepuluh jari kemaafan jika terdapat salah dan silap yang sengaja atau x sengaja, diharap sudilah kiranya dimaafkan. Mintak sori juga yer kawan2 sb report ciput jer sb idea tarak..hahahha.

See uols in upcoming gedering.

Selamat Hari Raya . Maaf Zahir dan batin.

~Intan~

Thursday, August 1, 2013

Red 2 Trailer 2013 Bruce Willis Movie - Official [HD]

As salam,
Since last 2 weeks i have been silent for a while. Bukan apa rasa kecik hati sangat sebab all my messages tak de response. Macam kita pulak yang terhegeh2. Lagipun aku rasa siapalah aku kan. Airmata tok sah cakap ler. Bila nama dia meniti di ingatan otomatically air mata pasti akan keluar. Itulah namanya perempuan kan. Emosi lebih..hahahah


Tanpa aku sangka on 31/7/2013 aku bukak wassapp macam biasa sb nak tengok kalau2 ada message2 dari teman2 sekolahku. Geng2 aku ni mmg suka bergurau senda. Ada jer isu yang meraban teben yang keluar. Memang tak pikir pun nak dapat surprise..hehhee.

Bila bukak tengok ada message dari Mr B..Aku baca satu persatu. Rupanya dia diam two weeks ni sb handphone hilang..aduuuhhh! Aku pulak berfikir bukan2 pasal dia.


Selesai baca, aku terdiam. X tau samada nak reply ke tidak? Rasa amarah tu adalah sikit tapi malas aku nak pikir. Usai baca aku pun tak tau nak reply apa sebenarnya, 1st word yang keluar, hiii!


Last2nya dia amik aku at 10.30pm sebb x leh nak berganjak awal sebab boss still around..hahaha. So terpaksalah layan kan. Bila dia sampai nak tengok midnite katanya. So kami pun pegilah ke destinasi biasa di Summit. So pilihan mr B citer Red 2 lakunan Bruce Willis. Aku ikut jerlah.

Hilang segala kerinduan, kemusykilan selama 2 minggu ni terjawap.hehhee. Dah kenal lama pun x ingat no phne aku..hampeh!. Padan muka tercari2 no aku. Bila ada x heran, bila ilang baru realize yer!..best2..hehehe. Rasa terharu jugak ler sebab terasa dihargai pulak. Takut jugak yer kalau aku x de..hahahhaa. Sayang jugak dia kat aku. ..hehehe


Oklah, kita out dulu..daa

Thursday, July 11, 2013

The Lone Ranger - 8/7/2013

As salam,

Lamanya x update kat sini..bukan apa tahap kemalasan yang terlampau. Lagipun teda citer menarik pun nak dikongsikan.

Sebenarnya aku rinduuuu. Dah lama x bersua, apatah lagi sms. Sejak tukar kementerian kesibukannya tahap gaban..adehh!. aku ler yang jadi mangsa. Sedih sehh! yerlah. Nak jumpa pun teda masa. So camner? Banyak la jugak ayor mata teman keluor sebab sedih bebenor kan. Namun tetap cool sb malas la kan nak gedik2s lebih. Nanti lagi orang tak suka.

So petang monday tu @ around 5.30pm, aku receive satu panggilan yang tak disangka2..hehehe. Macam blur pun ado kan. Namun aku jawap jerlah macam biasa.


Sebaik letak phne, aku pun mula la beregek..perasaan berdebar mula menerjah. Yelah dah 2 bulan lebih tak jumpa, pas tu jarang call. Mana aku x berdebor kan..namun excited tetap ado!. Maka aku pun keluar dari ofis kul 6 lebih sikit naik tren jer. Kete aku parking kat ofis, senang. 1st thing aku sampai di Aeon aku terus ke kedai kasut dan terus pakai. Lepas tu ingat nak jalan2 cuci2 mata, tapi terjumpa pulak geng bas kat cafe, so aku juin jer deme. At least terisi jugak time sementara nak tunggu Mr B datang. Sempat le order teh tarik n makan koci.

Mr B sampai on time @ 8p.m. Masuk jer keter dia cakap lamanya I x jumpa you kan..Pas tu mulalah bercerita aktiviti2 kesibukan dia. Phone dia jangan ckp ler, setiap kali aku date dengan dia pasti ada jer call yang masuk. Ate orang pentin kan..kesian pun ado. Memang dia dah lost weight ler. Aku tengok makin kecik n kecut..wakakakaka

So, kami terus ler ke panggung wayang. Yang paling awal kul 9 pm. So both of us decided untuk tengok citer The Lone Ranger. Sementara tunggu masuk panggung, we all jalan2 around. Situ mmg teda yang menarik pun. So, bila dah masuk panggung memang tak rugi ler sb citernya best dan kelakar. Watak 'jack sparrow' tu buat citer ni best..rasa cam tak puas. Both of us ketawa tengok. Memang enjoyz..panjang jugak 2-1/2 hrs.

Lepas nonton apa lagi pekena supper ler. Memang selalu cam tu. Sebab kami memang jarang makan before nonton. Unless kalau betul2 lapar. Dah semua settle Mr B hantar aku balik ofis amik my car. Itupun dah pukul 1.15 am. I really enjoy to see him..jangan lupa next week yer! Waiting your special wishes.

Dat's all for now. Kita sambung later.

Daa



Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Ju..2/6/2013


Tarikh : 2/6/2013
Tempat : Batu 16-1/2 Kg Tua, Lambor Kanan

Pertamnya, alhamdulillah..,rombongan cik kiah kita ke rumah pengantin Ju Kama berjalan dengan lancar. Begitu cepat masa berlalu kan. Hari ni antara kita tentunya tersenyum sendirian mengingati reunion kita semalam meraikan BFF kita.

Ucapan terima kasih ku kepada Puteri/mala/linda/ina/mas/harvinder/ijan/baya/midah/anum/zana/peah di atas kehadiran kalian. Aku mewakili tuan rumah mengucapkan terima kasih. Rasa jauh jugak nak sampai rumah si Ju ni. Syukur segalanya dipermudahkan..amin.

Biasalah kan kalau dah jumpa, ada jer acara sakat menyakat. lepeh tu gelak sakan.Bergegor kejap rumah Ju.hehehhee. Itule kita. Mujurnya si Ju tu atas pelamin, kalau idak dia pun juin sama..hehehehe. Lagipun we are still young kan, right?hahahaha

Baya, cepatle donlod gambor. tak sabor nak tengok..especially yg ateh pelamin tu..hahahaha.

Di sini kami nak berterimakasih di atas jemputan dari tuan rumah kita untuk sama2 meraikan hari bahagia kamu Ju. Makanan best..tapi buah limau paling syiok..maneh woo!..hehehe.

Semenornya tengah ngantuk ni, tetiba pulak rasa nak posting something kat sini. Dalam keadaan mata yang layu tangan ku laju bercerita kat sini..hehehehe.

Gurls, ni je yang mampu aku nak tulis ari ni. Memang x leh nak bukak biji mata dah. Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru buat Ju dan suami. SEmuga berbahagia dan berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Who will be the next!. Kita tungguuuuuu.hehehhee

Wassalam
~ Intan ~
Sexiteri ‘85

Tuesday, May 14, 2013

After 2 months

As salam.,

Semalam akhirnya rindu aku terubat jugak. Ya lah dah 2 bulan aku x jumpa dia. Memang rindu sangat2lah kan. At first kata dia nak pickup aku kat tempat biasa, last2 ubah plan suruh aku datang putrajaya jumpa dia kat sana. So petang tu aku naik KLIA Express le ke putrajaya. Mujurler semalam tren very smooth and ontime. Dalam masa sejam aku dah sampai putrajaya. Lagipun tren komuter tak buat hal. Sukanya aku. Debaran usah cakap ler. Dari pagi sampai nak jumpa dup dap dup dap. Mungkin sebab lama sangat kut tak jumpa..hehehe. Apa2 pun aku memang happy.

Aku sampai Putrajaya at 7.00 pm and siap message dia early kabor aku dah sampai. Kalau sampai baru sms nanti lambat dia nak pickup aku. Jadi aku sampai just nice jer lepas tu dia datang. Pas tu dia bawak aku pegi ofis dia sebab nak sambung buat keje. Jadi aku ler kena jadi peneman dia sampai keje dia siap. Lepas ni tak tau ler kementerian mana pulak dia bertugas sb kabinet baru cuma akan diumumkan lusa. At the time being tak le sibuk macam selalu..huhu. Lepas ni aku tak tau ler bila lagi dapt jumpa dia..uwaaaa.

Kami keluar dari ofis dia dah almost 10 lebih. Perut pun dah berkeroncong. Aku paksa dia keluar makan sebab dah lapar sangat. Dia tanya aku nak makan mana. Aku ckp mana2 pun boleh. Tak kisah pun. At the end kami dinner kat taman dato harun. Sambil makan sambil tengok citer P.Ramlee. Mengekek kami. Tengok2 jam dah pukul 12.30 dan kami terus ke ofis aku nak amik keter.
Itu ler aktiviti kami. Nak tunggu movie fast & furios 6 nanti baru ajak dia tengok. Itupun kalau dia tak busy..huhu..

Akan bersambung lagi...in sha allah.

daa

Monday, May 13, 2013

Hi-Tea @ summit hotel - 12/5/2013

As Salam,

Sempena hari ibu dan berakhirnya PRU13 kami melepak kat summit semalam. Antara yang ada semalam, Sap and dotter, Mas, Ina, Baya & hubby and of course me..hehehe. Not bad jugak ler hitea kat hotel summit ni. Yang penting murah dan affordable RM25. What u aspect kan? Memang berbaloi-baloi




Sebelum jam 4.00 ptg kami dah chao dah. Selepas anta ina kat komuter aku terus shoot ke Saujana Utama. Aktiviti ku untuk minggu lepas.

Malam semalam pulak receive a call from Incik abang. Dah rindu sangatlah tu..hehee. In Sha Allah kita jumpa yer!..miss u so much darling!..mmuah!

Daa.

Monday, April 29, 2013

Curi Curi Cinta - 27/4/2013

As Salam,

Hari sabtu yang lepas aku sempat menghadiri pelancaran novel baru Puan Siti Rosmizah yang bertajuk Curi Curi Cinta di Hotel Putra Sunway, Kuala Lumpur. Dah lama aku tak attend event2 cam ni. At least ada la jugak minda aku ni longgar sikit dari hari2 biasa..hehehe.

Majlis bermula pada jamp 10 pagi dan pengacaranya si Sharifah Shahirah..Memang berek betul minah tu. Antara artis yang dijemput Jamal dan Salma.

Ada juga pementasan yg berkisahkan tentang novel2 yang Puan Siti terbitkan. Dan pengarahnya si Rozie Rashid. Selepas dah settle aku dan Zai ke medan selera. Selepas tu aku meneruskan perjalanaan ke Sg Buluh dan kazen aku tu ke PWTC tengok buku (pesta buku).

Oklah..nak chao dulu..daa

Wednesday, April 3, 2013

Reports Back-to-School Reunion



BACK-TO-SCHOOL REUNION XCBG85
DATE : 31/3/2013
VENUE  : FENDI CAFÉ & SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT BATU GAJAH
ATTENDACE : Hamidah/Puteri/Intan/Sap/Ijan/Lailaton Azlina/Normah Sulaiman/Soo Fong/Choy LL/Baya/Noraida/Chiew Lian/Mazalifah/Faezah Nor/ Normala/Rozana/Harlina


Hola gurls!

Firstly, Big thumbs up to Cikgu Hamidah, Puteri Rohani  for organising such a good event semalam..We are really enjoy the moment.  Seperti biasa memang riuh le weh!.

Tak lupa juga a big welcome to Soo Fong, Choy Lean Lean and dotter, Mazalifah (Maji)  which is a new comer in the group. Si Faezah Musa siap bawak askar2 lagi – 1 hero, 2 heroin. Hehehe. Apa lagi hingor ler..Macam nilah bila dah berjumpa. Perangai keanak-anakkan kita masih terserlah ayumu..hahahha. Tak kira le anak kome berapa orang pun. Tetap maintain vogue. Barulah nampak mudo selalu. Tak gitu beb!..hehehhe

Perjalanan kami bermula seawal  8.00 pagi menaiki tren ke KL Sentral. Masing2 nak breakfast sama2 kat foodcourt. Sebelum tu nak apologiselah kan sebab tren a bit delay sebab dah terlepas yang sebelum tu..apa2 pun kami sempat jugak ler menjamu selera di foodcourt KL Sentral tu. Tren ETS kami bergerak punctual jam 10.05 pagi. Memang excited tul naik ETS ni..hehehe

Suasana dalam tren agak ramai jugaklah, tapi kami yang bertujuh ni ler yang pok pek pok pek. Suara kume je ler yang menyembang dalam tu..hahaha. Yang paling best  aku ngan Sap masih lapor lagi wlaupun dah breakfast sebelum naik tren tu – nasi lemak for Sap and nasi goreng for me wif kopi o panas. Ingat nak tidor, tapi tak mau walaupun dah banyak kali menguap..hehehe

Kami sampai ke stesen Kampung Pisang jam 12.30 tengahari. Puteri, Mala and Midah dah siap menunggu. Sempat terserempak dengan Cikgu Yaakob dan isteri kat stesen tu..hahaha. Orang2 yang ada di stesen tu pun cam heran jer nengok kume..memang seronok.

Dari stesen KTM Kg Pisang, kami semua terus dibawa ke kafe Fendi untuk jamuan makan tengahari di sana. Masa kami sampai hidangan tak siap lagi. Ater menyembang le kume sementara nak tunggu hidangan siap. Dalam masa yang sama kami  dapat door gift yang disponsor oleh Puan Normala kita, a gift from Hongkong pun ada yang dibawak Soo Fong.  Dari pihak Puteri/Midah pun kami dapat keychain. Thanks uols. Meriahnya door gift..hehehe. Untuk kawan2 yang tak dapat hadir  ada juga untuk kalian. Nanti claim from me ok!..:-)) Sempat juga kami celebrate birthday Soo Fong. Siap dengan kek lagi uols!..Memang meriah..hahahaha.

Lepas selesai makan, solat kami gerak ke sekolah  pulak. Tengah2 hari rembang tu weh!. Memang cuaca paneh. Bila sampai jer kat sekolah lagi riuh. Semua nak bercakap..hahahaha. Lepeh tu gelak. From head to toe sekolah kita tu dijelajahi. Memang puas ler. Memang banyak perubahan compare masa zaman kita sekolah dulu. Padang kat atas tu pun dah kecik sikit sizenya dibandingkan dengan masa kita dulu.

Sekarang dah ada pusat sumber yang tak sempat kita merasainya, cuma kita ler antara penyumbangnya. .tapi  tak kisahlah kan. At least generasi baru dapat merasainya dan menggunakan dengan sebaik mungkin.

Dalam sejam lebih jugak le kami semua berada di sekolah. Memang best dan mengimbau kenangan. Tak terucap dengan kata-kata. Sayu pun ada. Yalah dah lama kita meninggalkan alam persekolahan kan.

Lepas dah skodeng seluruh sekolah tu, kami sempat la jugak  pekena ais kacang, cendol kat gerai depan rumah Puteri tu. Ingat nak minum ayor nyior tapi last2nya order ayor lain..hahaha.  Bukan setakat minum, siap order makan sekali – mee goreng,  kwayteow, mee kari. .Orang kedai pun penin nengok telatah kume. Siap silap anto nasi putih kat meja kami..hehehe.

Seperti biasa Ijan le jadi bahan. Macam-macam cerita. Udah le cakapnya laju. Kesian Soo Fong & Choy sebab tak paham cakap Ijan. Kena explain slow2 baru deme dapat tangkap..hahaha. Anyway Soo Fong happy jer nyakat si Ijan..:-))

Sebelum daku mengundur diri, ucapan ribuan terima kasih pada geng BG & Ipoh especially Cikgu Midah and Puteri for making efforts to organize event kali ini. Memang kami happy sangat2. Kepenatan pun tak terasa. Terma kasih juga sebab sudi hantar kami sehingga ke stesen KTM sebelum berlepas balik ke KL pada petang tu.

Kume berlima yang sampai kat KL Sentral sempat lagi makan yong fau lagi sebelum gerak bali ke destinasi masing-masing2.  Tolak Rozana jer tak juin. Ajenya berkenan dengan yong tau foo..hahaha.. Nak kata sedap bebenor ntahlah..tapi layan jugak lah kan..

Di sini daku menyusun sepuluh jari kemaafan sekiranya terdapat apa2 salah dan silap semasa perjumpaan kita kali ini. Maaf yer kalau report ni susunannya carca marba sikit. Sebab masih dalam kemengantukan lagi nih..hehehhee.  Semuga kita akan berjumpa untuk next aktiviti. In Sha Allah.

We are looking forward for Cameron Highlands trip. Update will be posted from time to time. Please feel free to check out your FB.

Akhirkata semuga ikatan ukhwah antara kita akan terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Luv uols!

Daa!..

Just me,
~Intan~
Sexiteri cute..hehehe

Monday, April 1, 2013

Back-to-School Reunion - 31/3/2013

As salam,

Firstly I am so happy sebab semalam antara aktiviti geng sekolah yang paling meriah. Mana tidaknya kami berpeluang melawat tempat kami menimba ilmu selama 11 tahun di Sekolah St. Bernadett's Convent Batu Gajah.

Kali ini gedering diketuai oleh Puteri dan Cikgu Hamidah yang sama2 telah bertungkus lumus menjayakan event ini. Turut membantu Puan Normala kita dengan door gift yang sangat cantik. Rasa happy tak terkata weh!. Yalah kan dah bertahun2 kami meninggalkan alam persekolahan kan. Speechless rasanya..





Inilah antara aksi2 kami ketika berada di tempat yang paling bersejarah dalam kehidupan kami sebagai pelajar di sini.

Oklah out dulu..

Daa

Tuesday, March 12, 2013

Majlis Doa Kesyukuran dan Marhaban - 10/3/2013

As Salam,

Ahad yang lepas my parents buat kenduri kesyukuran dan marhaban di kg. Ramai le jugak tetamu yang hadir. Tak lupa ucapan terima kasih kepada Puteri sekeluarga, Ijan sekeluarga dan Chiew Lian kerana menghadiri kenduri tersebut.

Cuaca kat kg memang panas. Tak de ujan langsung. Aku minum jer banyak. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semua makanan habis..Aku suka sebab tak sanggup nak tengok pembaziran.

Itu aje ler aktiviti aku untuk minggu lepas.Tak de cerita menarik yg nak diceritakan.

Daa.

Tuesday, March 5, 2013

Dates with Dark Skies

As salam,

Dah hampir 2 bulan lebih sikit tak ketemu sama dia. So semalam I received sms from him nak jumpa. So at 8 pm aku jumpa dia di tempat biasa.

Biasalah kami plan nak tengok wayang. Tapi tak pasti citer apa. So jalan pun clear jer semalam. Beli tiket dulu tengok citer apa yang menarik. Last2 pickup movie dark skies sb no other movies available and time x kena. So after beli tiket kami makan.

Nak kata scary taklah. Ekceli aku pun x pay attention citer tu..aku tidor..hahahaha. Ending dia unsolve. Tu yang boring. Lepas abis wayang kami ngeteh. Aku suruh kawan aku tu teman amik keter kat ofis. Sampai2 rumah dah kul 1.15 am..hahahhaa. mata pun dah layu.

So itu ajelah aktiviti kami. Lepas ni berapa bulan pulak leh jumpa lagi..hehehhe

Daaa...

Monday, March 4, 2013

Hujung MInggu

As salam,

Biasalah bila hujung minggu aku memang x lari dari menjalani tugasku di Saujana Utama. Saban minggu itulah tugas aku. Apa lagi aktiviti aku. Sehinggalah bila semuanya dah stabil mgkin masa tu lega sikit kut. Semuga Tuhan permudahkan segalanya.

Semalam masa aku di kedai, aku sempat le bergambor dengan pelakun lama Afida Es. Selalu nampak dia makan kat kafe aku. Tapi semalam aku baru berkesempatan nak bergambor dengan dia..hehehe. So inilah hasilnya..





Alhamdulillah..orangnya tak sombong. Dia dtang makan  dengan anak perempuan dan cucunya. Memang selalu jugak le dia singgah makan di kafe aku tuh!..hehehhee. Mujur masa tu customer tak berapa ramai. Kalau tidak malu teman seh!.

So, nak out dululah..

Daa


Wednesday, February 20, 2013

Al-Fatihah

As salam,

Innalillah..Pagi ni pakcikku Ahmad Saupian Haron menghembuskan nafas terakhir di hospital selayang setelah dimasukkan ke sana sejak rabu lalu. Semuga arwah di tempatkan di kalangan para solihin..aminn

Salam takziah buat keluarga sepupuku. Harap kalian tabah mengharungi segala dugaan ini dengan tenang.

Daa.

Tuesday, February 19, 2013

Jalan2 Cari Makan @ Pantai Remis Kuala Selangor

As salam,

2nd day raya cina adik aku ajak jalan2 ke Pantai Remis. Kat situ ada Restoran Seafood. So kami pegi dengan 2 kereta. Hujan pulak petang tu. Banyak juga yang berjual kat situ.



Sempat snap a few photos..layanzz..

Nanti upload gambar lain pulak.

Daa

Al-Fatihah - 14/2/2013

As Salam..

14 Februari 2013 - Tarikh ni amat bermakna buat pasangan yang bercinta sb tarikh ni adalah tarikh pasangan kekasih saling mengingati dan menyambut dengan bermacam2 cara. Tapi kita sebagai seorang yang beragama Islam kita tidak digalakkan untuk mengikut budaya barat ni.

Tarikh ini juga merupakan tarikh lahir anak buahku si Ammar. Petang baru sempat wish dia sebab terlupa..hehhee. Mana tidaknya out of sudden on this date aku menerima berita tentang kematian suami kepada kawan baik merangkap kawan sekolahku. Rasa macam tak percaya pun ada. Suaminya meninggal sb jantung. Kelam kabut kami pergi menziarah dia di hospital HKL. Aku pegi dengan Sap & Zana, manakala Puji pula datang dengan hubby.

Aku nampak kawan aku tu tenang jer menerima dugaan yang sudah tertulis. Yang kesian anaknya yang baru 7 tahun tak paham lagi tentang kehidupan. Aku sentiasa mendoakan agar kawan aku tu tabah mengharungi segalanya. In Sha Allah kami akan sentiasa berada di sisimu selagi diperlukan.

Al Fatihah buat arwah Islah. Semuga ditempatkan di kalangan para solihin..aminn

Sehari sebelum tu aku dikejutkan pulak dengan berita pakciku masuk hospital selayang sebab kena strok. Aduhh. Sampai hari ni masih tak sedar lagi. Bergantung pada mesin and minum susu. Zai, tabahkan hatimu mengharungi dugaan ini. Banyakkan bersabar yer. Sama2 kita doakan semuga abah Zai cepat sembuh..aminn.

Sebaklah aku..nak stop dulu..daa


CNY Year 2013

As salam..

Dah hampir seminggu sambutan perayaan CNY berlalu..Aku pun sama jugak sambung coti..hehehe. 1st day CNY aku balik kg ambil parents aku datang KL sebab deme nak tengok cucu baru..:))). So untuk mengelakkan jem sb cuti panjang aku pun gerak pada Ahad pagi around 9 am. Alhamdulillah jalan smooth jer. Kereta banyak jugak tapi tak jem.

Sampai di BG around 11 am. Still early kan. Tengahari tu kena gi kenduri kat umah abang Mie. So tak payah sibuk2 nak masak..makan pree weh!..hehehe. My dad pegi awal sb dia tukang jemput tetamu. Lepas hantar my dad baru aku, mak and k.long menyusul.

Petang tu pulak bawak my parents gi TF. Saje ronda2..sempat le makan cendol n laksa. Tapi cendol tak menarik sb isi tak banyak but laksa dia not bad. Mak aku sampai tapau sb tak abis makan..hhhee

Esok paginya pulak kami bergerak ke KL at around 10.30am. alhamdulillah jalan pun ok. Tiba at saujana utama pun around 1.30pm sb singgah kat R&R. Tu yang lambat sikit..Anyway selamat sampai.Alhmdulillah.

Out dulu..sambung later.

Daa.

Thursday, February 7, 2013

Bila lah nak settle nih!

As salam,

Dah masuk Februari dah..cepatnya masa kan. Sehingga ke hari ni masih tak settle2 lagi nih!. Aku mohon Tuhan berikan aku kekuatan, kesabaran di atas segala dugaan ini. Aku dah letih nak pikir dah. Apa yang aku dapat pun kalau ianya berterusan..Takut nanti lama2 lain jadinya. Aku x mau. Namun aku akan berusaha terus2an semuga ianya berakhir dengan baik..In Sha Allah. Semuga segala2nya akan dipermudahkan..aminn.

Ya Allah, Engkau bukakanlah hati2 mereka untuk kembalikan hak aku..hak apa? biarlah ianya menjadi rahsia buatku. Semuga penyeleasaian yang terbaik akan tercapai..aminn.

Oklah nak out dah.

Daa


Monday, January 21, 2013

Monday Blues

As salam,

Isnin datang lagi..adehh!..rasa boring sangat. Mood blur mula la menempel setiap kali datang ari senin..hehehe. Nak buat cemana kan. Tambahan pulak aku memang mood 'bulanan' tengah on. Memang poyo gaks ler..nasib ler kan..hahahaha

Kalau nak diikutkan mood aku ni biasa jer, tapi terganggu oleh ym dari kawan aku sorang nih. Dah la dengan tak de salamnyer tanya aku ayat BM tuk collect payment. Otak aku ni memang tengah malas nak pikir pagi2 sepeei ni. Pastu nak cepat lak tu..aku jawap sabor ler..Ingat aku ni apa kan. Aku buzz sorang lagi kawan aku. Bila dah dapat jawapan aku foward kat minah tu balik. Pas tu suruh aku buat ayat pulak..ini sudah melampau. Apa pasal pulak aku yang kena buatkan semuanya tuk dia..pas tu tak kuasa aku melayan minah tu. aku fowardkan semua kat member aku lagi sorang ni. Pepagi kami dah menggossip..adehh..buat dosa kering..

Lepas tu aku call mamat poyo tu mintak hak aku ler..Bila jawab call aku leh gelak2 lagi. Lagi ler aku berangin. Aku tanya apa masalah pulak kali. Akaun dia masih tak aktif lagi..Pagi tadi aktifkan balik. Kena tunggu lagi 3H. Aku apa lagi, aku ckp ok dan terus letak telefon. Pas tu aku antor short sms sori sb aku bengang dan tensi. Byk betul alasannya..Langsung mood aku pun ilang.

At this time aku pulak asik rasa berdebor pulak ni. Ntah kenapa? Malas aku nak pikir. Kalau boleh aku nak settlekan semuanya dalam minggu ni. Aku dah malas dan letih. Dah tak sanggup nak menjaga hati semua sedangkan hati aku ada orang yang nak pedulikan ker..Ya Allah, permudahkan urusanku. Aku nak tutup buku lama dan bukak buku baru. Aku dah memang tak larat dah. Semuga segala2nya dipermudahkan..aminnn

Chao dulu..daa


Friday, January 18, 2013

Sedih

As Salam...

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah Jumaat. Seminggu cepat jer masa berlalu. Apatah lagi setahun kan. Dalam diam tak diam dah 3 tahun lebih aku mengenalinyer. Banyak la kenangan pahit, manis dan masam..hehehe

Sepanjang tahun aku mengenalinya semalam aku rasa terlalu sedih? Sebab apa? Tak tau cemana aku nak huraikan. Biarlah ia menjadi rahsia hatiku. Rasa sedih dan sayu pulak. Semalam harijadi dia. Planning nak antar sms seawal mungkin. Tapi kalau early morning dia jarang tengok sms sb time tu dia tidorrr..hahahhaa. Dah siap draft dulu apa nak cakap.hehehe. cuma tunggu time nak sent jer.

Lama sangat dan aku tak sabor dah terus aku antar short sms says Hello Birthday Boy!. Masa tu baru kul 9.30 am.hahaha. Sampai pukul 12 lebih tak jugak dapat reply. Tengok kat FB tak de siapa pun yang wish. Pelik pulak sb selalu tiap2 tahun penuh kawan2 dia wish. Hati aku mula la fikir bukan2. Aku cakap dalam hati if end of the day dia tak reply apa2..that's it. I won't sms him and I will let go the present that I have jez bought for him. Memang mood aku semalam agak down. Air mata pulak senang jer nak turun. Tapi aku tahan jugaklah kan, nanti ofismate aku ingat apa pulak.

Wassapp aku pulak penuh dengan message2 dari geng2 sekolahku. Silih berganti. Tapi tak de jugak reply from him. Lagi la bertambah sedih. Masa ni airmata lagi laju ler weh!. Macam2 aku pikior. Adehh!! Dalam kul 1.30 pm ada wassapp message masuk aku tengok dia reply sayang, tq3 mmuahh. Ingat hati nak merajuk tp mengenangkan hari ini hari istimewa tuk dia kan baru aku wish Happy Birthday properly. hahaha. Yang draft awal tu langsung x jadi proceed. Wording yang lain pulak aku antar..hahahaha..sakit hati punya pasal..ekekeke

Pas tu aku antar gambar kek kat dia. Dia reply kek yang boleh dimakan mana?hahaha. Tanya jugak tu. Aku jawap kalau nak kena la jumpa, itupun kalau ada kesudian..hhehehee. saje je aku jawap cam tu. Pas tu senyap tak de reply from him. Aku pun biarkan jer la. Pas tu dia sambung..sure syg.memang nak jumpa sgt2 tapi petang ni I kena pegi kemaman nak uruskan perkahwinan anak boss dia..huwaaaa

Aku nak kata apa lagi, bila dia dah ckp mcm tu..Dahlah dia tu workholic. Memang kerja tu keutamaan dia. So this is my answer to him and his reply to me :-

M : Is ok la abang. Ekeceli I have something 4 u. I bagi later lah bila u free nanti.
H  : Syg, jgnlah susah pls. Malulah I syg. Dapat jumpa syg pun alhmdulillah. Tqvm kat syg sb paham
       keje I.

Wah!, so sweet kan. Lepas tu we stopped the conversation as he need to continue his works. Tapi sedih tetap sedih la kan. Lepas solat maghrib lagi laju ayor mata teman. Siap berdoa aku turun makan. Ingat nak sambung isyak tp tak jadi. Makan dulu..hehehe. Planning nak tengok episod akhir dendam sarikit. Nampak gaya x jadi sb dah ngantuk. Mata pun dah rasa bengkak. Terus naik atas dan solat Isyak. Lepas tu terus boommm..hehehhe. Soh sampai pagi.

Aku dah pikir semalam, aku kena redhakan segala2nya. Pengorbanan yang aku lakukan lebih penting untuk insan yang kita sayangi. Aku memang sayang dia. Bila mereka bahagia kita akan turut sama rasa bahagia kan. Kebenaran itu  memang sesuatu yang pahit. Tapi aku kena kuat. Semuga Tuhan akan permudahkan segala2nya..aminn.

Daa


Thursday, January 17, 2013

Birthday Wishes - 17/1/2013

As salam,

Sebenarnya dari semalam aku ni rasa berdebar. Tapi aku buat2 tak heran2. Kejap2 aku tengok wassapp aku. Aku anto short sms tak de response. Malam tadi nampak mcm online tp aku malas nak tegur. Al maklum ler. Lagipun aku tak de right authority..so diam jer lah kan..huhu

Planning this morning nak wish Happy Birthday to him. Dah siap dah ayat2..hahahhaa. Last2 aku hantar short sms says Hello Birthday Boy to both sms and whatsapp messages..til now no response..huwaaaaa. Kemana dia. Selalunya Thursday morning dia ada management meeting tp dia jarang masuk pun. Kadang2 kalau dengan boss dia pun dia akan reply aku jugak..ni yg buat aku betui2 risau ni..aduuhh.

Aku nak tengok sampai end of the day nanti..Ya Allah berikan aku ketenangan. Semuga segala2nya dipermudahkan..aminn

Daa.

Monday, January 14, 2013

Facial & Weekend Activity

As salam..

Sekian lama x pegi facial so aku pun nekad jer la pegi untuk memanjakan diriku. Lagipun kulit muka aku ni rasa cam kering sangt an jerawat dah mula tumbuh. Pagi tu pulak umah aku teda air, aduuhh! dapat mandi 2 gayung jer. Tak kisah le beb asal badan aku ni basah. Susah2 aku mandi je kat SPA si Kelly..hehhee

Pagi tu cuma aku minum air masak jer sebelum kuar rumah. Dalam fikiran nak makan roti canai kat mamak village..Sempat aku bawak round sikecik kepoh Kiki isi minyak and belikan biskut chipsmore tuk dia. Sepanjang dalam keter mulut dia riuh tak diam tanya itu dan ini..hehhe. Dah isi minyak aku terus shoot ke summit. Lega sebab parking masih banyak. Sekrang ni tengah sibuk construction bina LRT. Siap nanti aku senang ler. Malas aku nak menjemkan diri ke area situ..hahahha

Aku tengok Kelly dah sampai masa aku datang tu..Dah besar perut mak buyong tu. Almaklumlah anak kembar. Nampak dia pun penat semacam jer sejak pregnant ni...hehehe. Sampai aku terus masuk bilik buat facial..Seronoknya..mmg fikiran nyaman dan tenang diselangseli dengan urutan2 from face to neck and shoulder..kaki pun ado jugak.

Bila dah siap semuanya aku terus shoot ke kedai pulak.Cuaca memang kepanasan. Tapi redah jugak ler kan. Nak kata lapar sangat tak jugak. So aku tak de singgah mana2 pun. Lagipun minyak aku dah isi awal2.

Sampai di kedai pun hampir pukul 2 petang..Ok jugak le kan aku bawak 1/2 jam jer.hehehe. Masa aku sampai tak berapa ramai orang..nak masuk waktu asar sampai ke malam memang bizi. Alhamdulillah. Penat jugaklah. Semalam pun not bad jugak, tp selepas aku balik aku tak tau ler.

Itulah aktiviti aku last week. Setiap minggu mmg macam ni la rutin kehidupan aku ke Sg Buluh. Semuga impian kami sekeluarga dipermudahkan dan diberkati. Insya Allah.

Oklah nak chao dulu..

Daa..

Thursday, January 10, 2013

2013




Assalam,

Sharing fron Kak Melur..so sweet and nice.Thank You..xx

Dear January, how is February?
Please tell March that April said
May will be coming before June

I heard July is getting married in August
How about September and her kids?

Please send my greetings to October
and don't forget to tell November
that all my friends who read this
will have a wonderful December again!!!:)))

Tahun Baru menjelma lagi. Harini dah 10 hari kita berada di dalam tahun baru 2013.
Apa pembaharuan yang nampak. Entahlah. Cuma aku ingin menjadi insan yang lebih bertakwa, hardwork, menambah rezeki supaya aku boleh beri kesenangan pada orang tuaku.
Jodoh – aku berserah kepadaNya. Perancangan dariNya adalah yang terbaik. Aku redha dan aku yakin akan ketentuaNya..Insya Allah.

Semuga apa yang aku impikan akan terlaksana dan dipermudahkan segala2nya. Insya Allah. Aku tidak mahu terus alpa. Berikan hambamu ini kekuatan agar aku mampu mengharungi segala dugaan ini. Berkatilah segala usaha2ku..aminnn

Korang cemana. Apa target korang 2013 nih?

Wassalam