Thursday, July 19, 2018

Reunion EX-Convent85 - 7/4/2018

Salam,

Tarikh : 7/4/2018
Venue : Casxuarina Meru Ipoh
Re       : Reunion EX-Convent85

Alhamdulillah perancangan untuk reunion ex-convent85 berjalan lancar. Setahun berdiskusi untuk merealisasikan impian ini berakhir dengan jayanya.

Sehingga saat ini masih lagi terbayang suasana ketika dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar ketika bersekolah dulu, walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri. Nampak mereka juga sudah menginjak ke usia warga emas. Namun masih kuat dan bersemangat. Sedangkan kami yang baru aje nak melangkah ke alam 50 an ni dah macam2 penyakit ada. Apapun semua happy dan enjoy. Cuma masa je tak cukup. Paling ketara cikgu2 pun seronok sebab konsep kami yang santai and tiada protokol buatkan semua orang selesa. Masing2 senyum lebor.

Biasalah setiap perancangan ada juga kekurangan. Tapi dikira berjaya juga impian kami. Alhamdulillah.

Antara suasana ketika waktu kejadian.








Monday, March 19, 2018

Final Meeting at Casuarina Meru - 10/3/2018































Salam..

Fnal meeting di Ipoh pada 10/3/2018

Wednesday, March 7, 2018

Kenduri Aqiqah cucu Nekmi - 10/2/2018


Salam,

Hari ini kami menghadiri kenduri aqiqah cucu Na di Shah Alam dan sambutan harijadi Ayra yang baru mencecah 1 tahun.

Wassalam.

BFF Day out to Klang - 31/1/2018


Salam,

Outing pertama pada tahun 2018. Kami ke Klang sambil cari-cari barang untuk goodie bag Reunion di Ipoh nanti.Dalam masa yang sama celebrate belated burfday lunch Ina sekali.






Monday, January 22, 2018

2nd week January aktiviti - Damas Suites

As salam,

Tanpa ada perancangan kami ketemu setelah setahun lebih tidak bersua disesabkan kesibukan yang melanda. Aku ditugaskan untuk menempah Damas Suite pada hujung minggu ni disamping amik diary yang telah dijanjikan.

Rasa cam tak percaya pun ado!,,Yalah rasa exciting tu pun dah kureng. Mungkin sebab dah lama tak berkomunikasi. So..paham2 jerlah kan.

Aku gerak dari rumah kul 11 pagi menaiki teksi dan singgah ke Aeon. Terpaksa beli kasut lain sebab kasut yang dipakai tak sedap. Dari situ aku jalan ke stesen lrt untuk ke KL Sentral. Janji kul 12.30 tgh tunggu  di Seri Pacific.

Sampai KL Sentral sempat tapau macDonald untuk makan tengahari..Kalau tunggu dia memang kebulur aku..hehehehe. Dari situ aku duduk sekejap sebab aku sampai awal..Nanti lama lak tunggu kat situ. Dapat pulak message kata lambat smapai.

So aku amik teksi around kul 12.30 dan sampai di bustop Seri Pacific almost kul 1 tgh. Aku bukan apa takut lewat checkin, almaklum ler baru 1st time duduk Damas Suites & Apartment ni.

Insyallah nanti nak repeat lagi kat sini dengan geng2 pulak. Insyallah.



Wassalam

Balik kampung

As salam...

Pada awal January seminggu selepas balik dari umrah aku balik kampung jumpa mak. Alhamdulillah. Walaupun batuk namun tetap gagah juga drive untuk balik.

Sempat jumpa Dian sekejap amik buah zuriat yang dititipkan buat Dian. Semuga Dian akan dapat menimang cahayamata secepat mungkin. Semuga dipermudahkan segalanya..aminn.

Wassalam.

Friday, January 12, 2018

Umrah - 18/12/2017 - 28/12/2017

Assalammualaikum..

Cepat sungguh masa berlalu dan 2018 dah 2 minggu berlalu. Cuaca sekarang memang sejuk. Dah dua hari hujan tak berhenti2. Itu sebab orang banyak sakit demam, selsema dan batuk. Kaya le klinik-klinik bila musim macam ni.

Ok.permulaan tahun 2018 ni aku nak share trip umrah aku pada bulan Disember yang lepas. Alhamdulillah. Rasa syukur dan seronok sangat sebab dapat tengok kaabah sepanjang seminggu di mekah. Boleh nampak view dari bilik hotel. Tak tahu macamana ingin aku gambarkan. Perjalanan umrah yang tidak dirancang akhirnya menjadi kenyataan. Aku, Cik Nik dan Kak Long bersama abg Id sekeluarga berangkat ke mekah pada 18/12/2017 flight pada jam 7.30 malam. Memang sangat teruja menaiki kapalterbang.

Keberangakatan kami diraikan kaum keluarga. Mak aku datang dengan Adir sekeluarga. Memang ramai rakyat jelata di airport. Maklum le cuti hujung tahun. Ramai yang pergi bercuti.

Day 1 - Selasa

Kami tiba di Jeddah Airport jam 3 pagi lebih. Sampai hotel terus buat jamak takhir sebab hormat waktu maghrib di atas kapalterbang. Kami menginap di hotel Al-Sofwah Tower dekat jam besar. Memang dekat sangat dengan masjid. Alhamduillah. Subhanallah. Tak terkata rasanya. Berbeza dengan time aku buat haji dulu aku duduk dekat kawasan perkuburan muala. Memang jauh nak menapak ke masjid. Bila imbas balik masa balik dari ziarah melalui kawasan hotel Masat Al Badae, memang jauh benor weh!. Namun aku bersyukur di ketika itu aku mampu juga melaksanakan perjalanan ke masjid walaupun kami jarang ke masjid.

Seawal kul 5 pagi kami terus ke masjid menunaikan solat subuh. Dah banyak pembaharuan dalam masjid walaupun aku baru 2 tahun jer datang buat haji. Memang kena tahu le selok belok pintu nak masuk dan pintu nak keluar. Sebaik selesai solat subuh kami terus sarapan pagi dan menunggu mutawif untuk buat tawaf selamat datang dan saie. Memang mencabar saie kali ini. Terasa semua otot2 kejang untuk menghabiskan saie. Namun syukur alhamdulillah. Lepas tu kami balik hotel dan bertahalul.

Makanan nasi arab mmg sedap kat sini. Kambing pun lagi sedap dari di Malaysia..Tak de bau langsung. Memamng puas ler. Tapi aku tak berani makan banyak takut darah naik. Harga memang agak mahal tapi kami makan kongsi bertiga sebab portion banyak. Teh tarik paling best. Kami pandai order teh tarik tanpa gula.. Sampai bilik baru bubuh gula..hehehe


Day 2 - Rabu

Aktiviti cuma ke masjid setiap waktu dan berehat.

Day 3 - Khamis

Aktiviti ziarah di Jabal Thur, Jabal Rahmah, Gua Hiraq dan Al-Jaranah.  Kepadssa siapa yang nak buat umrah boleh miqat di Al-Jaranah. Kami tak buat. Rehat dulu. Balik dari ziarah aktiviti cuma ke masjid

Day 4 -  Jumaat

Sama seperti hari kedua.

Day 5 - Sabtu

Kami bermiqat di Tanaeim nak buat umrah. Perjalanan kami bermula kul 8 pagi menaiki teksi. Mahal jugak dah sekarang SR25 sehala. Masa aku pergi haji tu murah lagi baru SR15 jer. Yelah kan, matawang Malaysia pun dah turun.

Selesai miqat kami terus buat tawaf dan saie. Selesai saie hampir dengan waktu zohor. So kami terus solat di masjid dan baru balik bilik untuk makan dan sebagainya.

Alhamdulillah urusan umrah kami hari ni berjalan lancar dan dipermudahkan..amin

Selepas isyak sempat shopping sikit kat hotel dan beli buah zuriat untuk Dian.

Day 6 - Ahad

Aktiviti biasa seperti sebelumnya..malam tu buat tawaf wadaq 6 pusingan dan belen satu pusingan keesokan harinya sebab Isnin dah nak bergerak ke madinah.

Day 7 - Ismin

Selepas breakfast, kami buat belen satu pusingan tawaf wadaq dan balik ke hotel untuk perjalanan ke madinah pada jam 9 pagi. Perjalanan ke madinah mengambil masa 8 jam.

Berhenti RNR untuk solat dan makan tengahari dan selepas itu meneruskan perjalanan ke madinah. Kami sampai hampir waktu maghrib.

Sesampai di madinah kami ditempatkan di hotel Dallah Taibah dimana jemaah Rayha ditempatkan.

Day 1 - Selasa

Selepas breakfast kami dibawa ziarah masjid nabawi, perkuburan baq' oleh ustaz  dan berselawat ke atas nabi. Mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad dan para sahabat serta kaum keluarga dan berdoa di sana.

Selesai ziarah kami dibimbing untuk ke Raudhah. Bagi yang perempuan kami masuk melalui pintu 29. Alhamdulillah perjalanan ke Raudah dipermudahkan. Cuma ketika menunggu masuk di pintu raudhah suasana sesak sikit. Rasa macam mimpi jer dapat sembahyang dengan selesa di Raudah dengan bantuan ustazah dari Indonesia. Alhamdulillah. Syukur di atas rahmatNya.

Day 2 - Rabu

Hari ini kami keluar berziarah ke Masjid Quba, Jabal Uhud dan Ladang Kurma. Masa ni perut aku meragam lagi. Jenuh nak mengepit. Start dari Masjid Quba. Mujur le dapat sempat sampai ke hotel. Kalau tidak terburai ler...hehehehe

Petang lepas asar kami bertiga shopping barang2 di madinah dekat hotel Saha. Tak jauh pun..Belakang hotel jer. Akitivit lain cuma ulang alik ke masjid jer.

Day 3

Bersiap untuk balik ke Malaysia dah. Flight malam. So sibuk packing jer.
Selamat mendarat di KLIA jam 3,30 petang hari Jumaat. Alhamdulillah.

Subang Jaya

Kami dijamu dengan nasi lemak sebaik sampai dari KLIA ke rumah. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. aminn

Kalau boleh aku nak ke sana lagi Ya Allah. Permudahkan urusan aku supaya aku dapat menjejakkan lagi kakiku ini di rumahmu bersama dengan orang yang tersayang..aminn yra.

Itulah coretan aku untuk umrah 2017.

Wassalam.