Monday, December 20, 2010

Wat a Feeling!..

Salam

Aku rasa cam ada benda kurang jer minggu ni..sekarang ni setiap weekend aku akan ke kedai. Walaupun penat, tapi aku gagahkan jugak la kan..al maklum le kedai sendiri. Kena la buat kan walau aku x full time. Aku tau kalau kedai makan memang penatnya terasa ya amats..

Tapi apa yang aku nak ceritakan ni, tentang perasaan dalaman aku..puas aku nak lari, tp masih tetap jugak bertandang dalam kotak fikiranku..namanya, wajahnya, usikannya berlegar2 di kotak ingatanku. Dah hampir 6 bulan dia sepi. Besar sangat kah kesalahan yang aku lakukan...tolong la jawap. Itu saje yang aku nak tau. Yang lain2 tu aku malas nak pikir. Cuma aku nmpak dia sengaja buat aku fall dan biarkan aku lemas tnpa rasa belas kasihan dan dia tak nak ada commitment..but jez tell me the truth. I wan a fit answer..pllzzzz..

Namun siapa la aku kan..kalau boleh aku tak nak ada gangguan emosi dalam usia2 sebegini..aku ingin mempertingkatkan ibadah ku dan memperbaiki kelemahanku. Ya Allah, aku bermohon kepadamu berilah aku sekali lagi untuk bersemuka, bertemu dengannya dan 'menyelesaikan' segala permasalahan. Aku sedar diriku hanya insan kerdil yang banyak melakukan kesilapan. Aku malu dengan diriku Ya Allah. Terasa diri ini terlalu kerdil..apa yang ku pinta berilah aku ruang dan peluang..perkenanlah dan restukanlah permintaan ku ini Ya Allah..rabbana atina fid dun ya hasanah, wa fill aqiroti hasanah, waqina aza bannar..la hau la wala quwatailla billah hil aliyul azim..amin

Daa

Jalan2 Cari Makan..

Salam..



Petang semalam sewaktu adik aku hantar aku balik ujan lebat. Sebelum tu kami sempat dinner dulu kat Shah Alam di restoran Tupai2..makanan dia leh tahan gak. Dah 2-3 suap baru teringat nak take photo. Aku makan grilled chicken with black pepper sauce, adik aku pulak makan mixed grill and my SIL pulak makan nasi with chicken black pepper..anak2 buah aku cuma makan aiskrim and sup cendawan..best gak makan kat situ tambah2 time tu ujan..hehehe

Daa..

Thursday, December 16, 2010

Watching Movies

Salam..

Since last week, aku mmg teruja nak tengok citer Hantu K.Limah. Masa tu mata tengah sakit..Pre arrange dengan addya tuk tengok citer tu, tapi tak berkesempatan jugak..Mg tu aku 3 x jumpa doktor. So aku agak frust jugak la, mesti tak sempat nak tengok citer ni...huhu, tapi alhmdulillah semalam ianya menjadi kenyataan. Aku ajak K.Azmah juin aku tengok wayang..apa lagi aku hepi x terkata..hahaha.

Boleh dikatakan panggung semalam penuh. Dari mula start citer mmg tak renti2 ketawa. Geli hati tengok telatah Husin, Ucop dengan si Johan..tak kurang jugak si Pak Uda. Apa2 pun memang best citer ni...congrats tu abang mamat. Rasa cam tak puas tengok..

Daa...

Wednesday, December 15, 2010

Mat Penyu

Salam..

Sebenarnya aku pun x tau nak tulis apa..cuma lately ni dah 4-5 kali aku bermimpi seseorang yang telah lama aku x jumpa dan seseorang yang pernah bertakhta dalam sudut hatiku..apakah sebenarnya mimpi itu walaupun bukan hari yang berturut2..namun aku tidak la nak percaya sangat mimpi tu..tak tau la aku kalau 'dia' yang ingat kat aku waktu2 sekarang ni..aku serah segala2nya pada Tuhan yang Maha Esa..mgkin ada rahmat di sebaliknya..insyallah.

Mc dan Menziarah Chu

Salam..

Lately ni dah semakin malas nak update blog..huhu. Tapi hari ni aku nak catit sket since last Thursday aku terkena eye infeksi..mata bengkak dan rasa nak demam dan sakit. The next day aku pun pegi la klinik dan mintak mc..kalau tak mintak tak dapat beb!. Doktor tu ingat aku sengaja buat2 kew? memang sakit seh. Yang tak tahannya tangkp sampai ke kepala..So afer tu aku balik rumah dan tidur. Tak le juga sepanjang hari sebab si kenit Ziqri mengacau aku tidur..huhuhu..

Hari Khamis sebelum tu balik je umah terus tidur sebab kepala dah berat sangat. Telan panadol pn x jalan. Sampai hari sabtu pn mata aku masih belum berkurangan. Malamnya aku pergi lagi klinik kat saujana utama. Doktor kata boleh continue ubat yang sama, cuma ada bengkak sket..so aku pn continue smp hari Ahad malam, tapi mata aku masih merah lagi..last2nya pagi isnin aku pegi lagi satu lagi klinik di sg buluh, Baru la lega doktor kata dah baik..cuma dia bagi aku cuti sakit hari isnin..Tp hari selasa aku rehat satu hari lagi...hehehe

Tengahari semalam sempat la aku ikut K.chu pegi melawat Chu di Putrajaya. Nampak uzur sungguh makcik ku itew. Makan pn dah tak lalu..aku sebak bila tengok dia mcm tu..cuma aku panggil nama dia..aku doakan Chu cepat sembuh ya!..i'm speechless..

Daa..

Wednesday, December 1, 2010

Buah Khanna

Salam,

Dah lama aku mencari asam ni..kat KL payah nak dapat. Kat kg aku lagi ler. Baru2 ni aku ke melaka, terjumpa asam ni. Apa lagi aku beli 2 kampit. Macam orang mengidam jer..hehehehe.Ingat nak beli asam katuk tapi macam malas la pulak. Packaging dia x de la dlm plastik lagi. Sekarang ni dah pack dalam bekas bulat tu..harga RM4.00 satu kotak.

Kalau aku berkesempatan ke melaka lagi, aku nak beli asam katuk pulak..hehhee.insyallah.

Dinner kat Ayam Golek Nasi Lemak

Salam..

Hari Sabtu yg lepas, aku balik kg menaiki bas. Adikku Halim dan Ina juga ada. Kami balik sebab nak tengok Chu yang masuk spital sebab darah rendah. Sampai hari ni masih lum kuar wad lagi. Semuga Chu sempat sembuh.


Pada sebelah malam, kami sekeluarga pegi la dinner kat Ayam Golek Nasi Lemak di Jalan nak pegi Tanjung Tualang. Punya la ramai orang. Mungkin sebab malam minggu kut. So kami pun booking 2 meja panjang. Punya la lama tul servisnya. Air minum aku yang gelas besar tu pun dah habis sebab lama sangat tunggu makanan. Hampeh punya serbis. Geram sungguh aku. Last2nya bapak aku bangun tanya toke kedai tu lambat lagi ke nak siap, kalau tidak kami nak balik. Kelam kabut depa siapkan. Kalau tidak pelanggan yang datang kemudian dapat dulu. Yang sedapnya ada seorang waiter tu cakap, kalau nak cepat makan je nasi lemak..nak jer aku sekeh minah waiter tu. Lagipun bukannya sedap sangat. Dah le sikit portionsnya. Moral of da story janganlah menjamu selera di situ lagi..aku nak boikot x nak datang situ lagi..

Di atas wajah kampung dobi. Kat sini lah aku membesar di rumah pusaka arwah atuk aku..Sekarang ni dah sunyi benor. Tak de orang.



Tuesday, November 30, 2010

Kafe Ani Sup Utara Saujana Utama


Salam semua,

This picture was taken about 2 weeks ago..ni le buah hati aku n famili. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Masalah biasa la..

Jalan- Jalan Di Changkat






Salam..

Gambar2 kat atas tu tempat2 yg sempat aku, mie and muhaini ronda2 masa jalan2 raya aritu di changkat. Banyak jugak le perubahan kat situ. Ada setengah2 tempat mcm dah jadi scary place jer. Dulu2 di sinilah kami selalu lepak umah Azlin (sepupu muhaini) dan rashidah shahrani (class mate sek rendah). Memang kenangan sungguh. Rumah Muhaini pulak dah jadi tempat giat mara. Sempat le aku snap gambor surau tempat kami mengaji dulu. Bila ingat2 balik memang seronok..

Anda ada kenangan?

Monday, November 22, 2010

Jalan2 ke Melaka dan Seremban - 20 - 21/11/2010

Salamzz,

Tanpa dirancang, my bro ajak aku n my parents pegi jalan2 ke melaka last saturday. Ekceli depa ada wedding kat Alai..So kami ni pun juin le sekali.

Kami gerak dari umah kul 7.30 pagi and singgah minum pagi kat dengkil lebih kurang kul 8.40 pagi. After breakfast kami terus menyambung kembali perjalanan. Seronok rasanya sebab cuaca yang x berapa panas dan x berapa sejuk. Tapi yang boringnya jiwa aku pulak terasa sedikit sebak. Entah mengapa sepanjang perjalanan ke Melaka aku teringat 'dia'. Bergenang airmataku seketika. Aku mmg tak suka kalau perasaan ttg dia bertandang dlm kepala otak aku ni. Kalau betul2 'hubungan' kami confirm lain le cerita kan..aarggh!..bosan betul.

Kami tiba di melaka agak awal, lbh kurang kul 10 lebih. Apa lagi meround2 di kawasan kapal besar n muzium tldm. Sempat la memborong tit bits serba sedikit. Nak beli baju tak de yang sesuai..lagipun corak/pattern x menarik..hehhee

Kami sempat tukar baju kurung sebelum ke kenduri kawin kawan my bro. Sampai kat sana dah ramai la jugak orang. Juadahnya nasi bukhari, rendang daging, gulai kawah, pajeri nenas, tapai, dan sayur campur. Aku x lalu nak makan sebab bau nasik mcm daging kambing..lgipun aku x berapa lapar sangat kan...

Kami menginap di Seri Malaysia Air Keruh. Sempat call Hasnah 1 day before. Mujur masih ada bilik sebab musim cuti sekolah kan. After check in kami berehat, manakala anak2 buah ku sibuk berendam kat swimming pool. Kami keluar jalan2 ke pekan petang tu sebelum maghrib dan makan ikan bakar kat umbai. Nak kata menarik sangat tu teda jugak la..biasa2 jer.

Lepas balik dari makan kami jalan2 di town bandar hilir..Sesak jugak jalan. Mak aku tu dah le x larat nak jlan. Last2nya dia duduk, kami jer mencari barang yang mak aku nak. kami cari keropok bawang berperisa cokelat, kopi, strawberi. Sempat le jugak beli sekeping belacan..

The next day kami sekeluarga breakfast dengan Hasnah. Pagi tu Seri malaysia menerima kunjungan konvoi datuk zahid n the gang. Datin n anak2 dia pun turut serta. Sebelum balik pulak kami telah diberi penghargaan untuk sama2 lunch dengan Hasnah dan Zali. Kenyang tul seh!..

For Hasnah & Zali..thanks for the hospitality and generosity for having us at Seri Malaysia.. jangan lupa datang makan sup kat kafe kami pulak..

Dari Ayer Keroh kami ke Senawang sebab nak jumpa my dad's fren yang duduk sama2 bujang dulu. So kami bertandang kat sana dan from sana terus balik ke Sg Buluh.

Itu saja lah yang sempat aku update tuk kali ni..insyallah senang2 aku update cerita baru pulak ya..

Daa

Hari Raya Haji - 17/11/2010

Salamzz,

Tahun ni aku beraya di rumah my bro kat Saujana Utama Sg Buluh. Lgpun my parents still ada kat sini. So kira seronok la kami dapat berkumpul kat sini. Cuma adikku Ina je x juin sebab dia teda cuti. So mereka cuma beraya di Teluk Intan jer.

Menu raya kami tahun ni, lemang (beli jer), rendang ayam, nasi impit,kuah kacang, karipap n cokelat cake..meriah kan. Sori x sempat nak amik gambor..hehehe. Almaklum le tgh sibuk sangat. Tak sangka menjadi jugak cake aku tu..thanks addya. Lagipun senang je nak buatnya..

My dad pulak dah siap2 beli ubi kentang suruh aku buat karipap. Kesian pulak. Jadi aku pun buatkan je la untuk makan pagi raya tu..Alhmdulillah licin karipap yg aku buat.

Pagi raya after semayang raya, my 2 bros n my dad pegi masjid sebab we all sponsor sup untuk daging korban. So sama2 la tunjukkan muka kat situ kan. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Tahun ni kami x buat korban pun. Insyallah ada rezeki tahun depan..

Itu aje la akviti aku di hari raya aidil adha tahun ni..

Daa..

Tuesday, November 16, 2010

Terkurung

Salam..

Adus!!..pagi2 aku dah terkurung dalam lif kat komuter subang tu..sebaik masuk je aku x leh tekan button naik ke atas. Tekan butang ttp pun x berfungsi jugak. Tanpa berlengah aku apa lagi tekan la loceng kecemasan tu 2 x tp teda response. Kali ke-3 aku tekan kuat2 baru ada orang jawap. Aku bg tau lif x leh bukak. Once bukak aku terus naik tangga dan tren pun sampai..lega..

Lepas ni harus aku berfikir banyak kali nak gunakan lif tu lagi. Bukan apa sebab tadi aku bawak beg berat. Sebab malas nak naik tangga itu la jadinya..huhuhu

Moral of the stori len kali kena la naik tangga..hehehehe..

Monday, November 15, 2010

Estet Trailer by Mamat Khalid



Salam..

Hari sabtu lepas aku telah keluar dating dengan addya. Kami pegi menonton citer Estet di Midvalley. Sebelum tayangannya aku macam tak sabar nak tengok, tapi bila dah tengok tak de la sesedap mana. Cuma aku ucapkan terimakasih pada pengarahnya yang cuba memaparkan perpaduan semua kaum di Malaysia ni walaupun ianya berkisar kepada latarbelakang kaum india terutamanya di kawasan Estet yang banyak dimonopoli oleh kaum India. Persahabatan dua kaum tidak menghalang untuk sama2 memastikan segala apa juga rintangan dapat diatasi. Tapi yang kelakarnya tengok Farid Kamil bermadah dalam bahasa Tamil..hehehe

Dah abis tengok wayang kami ronda2 ke pasar malam Jalan TAR. Aku tak memborong apa pun cuma temankan addya jer..cuma aku beli botol air di JJ jer..

Makan-Makan




Salamzz..

Sekarang ni mcm malas je nak update blog..since ari ni ari senin, so aku pun tempel le cerita bagi mengisi 1st day of the week. Biasa la kan ari senin selalunya hari malas sedunia..hehehe

Mana la pulak peginya icon nak add gambor ni..huhuhu. Mcm mana nak donlod gambo..adus

Lihat lah gambar makanan2 yang telah didonloadkan. Masa ni kami sekeluarga makan2 di kampung. Adikku Halim yang masak nasi minyak ni..hmm yummy!

Thursday, November 4, 2010

Ronda2 dengan WUH

Akhirnya..aku memberanikan diri jugak membawa WUH meronda2 di keliling kawasan rumahku. Ketika itu jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Aku mengajak anak buahku ronda2 sekali. Kalau sorang2 tak berani lak aku, at least ada jugak orang nak berbual kan..

Yang bestnya time siang tak berani sungguh aku nak kuarkan WUH tu sebab tak yakin takut terkena pintu gate, tapi malam semalam senang je aku keluarkan..hahahha. Ni menunjukkan perkembangan yang positif. Parking pun aku dah pandai..wow!..tak sabarnya aku nak pandai..boleh le aku meround2 tempat yg jauh2 sket. Lama juga la aku meronda2 kat kawasan2 sekeliling ni..ngam2 jer aku sampai umah cerita Gelora di Hati Sara baru nak bermula. Tak leh miss sebab episod akhir..hehehe..

Out dulu la..

Daa

Finally...

Salam..
Malasnya nak update blog aku ni. Biasa la bila kemalasan tahap gaban ni. Tak jadi apa la kan..Baru2 ni 23/10/2010 kami sekeluarga buat doa selamat sempena pembukaan kafe Ani Sup Utara yang bertempat di Saujana Utama Sg. Buluh.

Finally, kafe ini selamat dibuka pada tarikh 29/10/2010. Punya la ramai orang datang.Alhamdulillah. Rasa cam tak cukup tangan. Aku tolong2 la mana2 yang patut. Lagipun 1st day kan..ramai yang dah lama menanya bila kafe ni nak bukak..so, segala2nya sudah terlaksana..aminn

Gambar akan diuplodkan kemudian..

Daa..

Monday, October 25, 2010

Open House

Salam..

Biasa la kan musim raya, banyak la open house yang dikunjungi. Semalam aku berkunjung ke rumah adikku Halim d Sungai Buluh dan ke Melaka rumah Maya..penat seh!..kul 10 malam baru sampai umah..huhu..

Tapi yang paling best tak sangka boleh smp ke melaka. Memang seronok. Bila lagi nak berjalan2 makan angin kan..

Dah x tau apa nak citer..wa chao dulu!.

Daa

Berhenti berharap



Salam..

Aku sudah mula belajar untuk berhenti berharap. Walaupun aku x nafikan ingatan ku terhadapnya masih lagi berlegar2 di ruang kotak memoriku. Cuma dalam keadaan sekarang aku tidak ingin bersuara tentang apa2 pun berkaitan tentang dirinya. Aku cuma mampu berdoa dari jauh agar dia sihat di dalam peliharaan Allah SWT. Aku masih rindu akan dia, tapi aku kena kuat. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dan semangat yang kental agar aku dapat mengharunginya dengan mudah.

Aku inginkan kebenaran. Tolong berikan aku jawapan yang pasti supaya aku lebih tenang. Berilah aku peluang untuk mengetahuinya. Sekiranya ia mendatangkan kebaikan buatku aku mohon restumu Ya Allah. Ketika ini aku mmg sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berlaku dan aku bersyukur aku berada di dalam peliharaan Allah SWT di atas apa yang berlaku. Cuma aku kena lebih bermunajat kepadaNYa agar dapat lebih keyakinan di dlaam mengharungi liku2 kehidupan yang serba mencabar.

Ya Allah, Kau permudahkanlah kehidupanku, pekerjaanku, perniagaanku, jodohku, rezekiku dan kesejahteraan kepada kedua ibubapaku, adik beradiku, anak2 buahku, makcikku, sepupu2ku, teman2ku dan seluruh umat Islam. Jauhkanlah kami dari perasaan hasad dengki, busuk hati dan tamak haloba. Bersihkanlah hati kami..aminn Hayati bait2 lagu ini :-

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Semuga kita akan menjadi seorang insan yang lebih bertawakal..insyallah..amin.

Chao dulu!..

Daa

Hari Ini..

salamzz..

Cepatnya masa berlalu kan. Ari ni dah kembali ari senin. Biasa la is a mondy blue day. Nak buat keje pun malas sket rasanya..hehhe.

Sejak 2-3 hari ni badan terasa tul letih. Almaklum le umur pun dah meningkat ni mcam2 la rasakan. Tambahan dengan keadaan cuaca yang tengah panas ni. Tapi aku tetap bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Ujung minggu baru2 ini aku berkampung di rumah adikku di Sg Buluh. Yang aku x tahan rumah dia memang panas. Mandi pun x terasa. At least rumah aku di Subang masih ok. Mgkin sebab tak de ruang angin tu yang buat lagi panas. Air kolamnya pun panas..aduss.

Apa lagi nak citer ek! nanti aku update kemudian la..

Chao dulu..

Daa

Rahsia Hati

Salam..

Aku sebenarnya terharu, amat terharu. Aku tak sangka ada jugak seorang insan yang sudi berkawan dengan diri ini. Dan yang paling membuatkan aku tk percaya ingin menjadikan aku suri hidupnya..alangkah bahagianya diri ku..tapi aku terpaksa kuburkan perasaan aku. Aku tidak mahu diriku digelar 'perampas'. Dan aku bukan seorang yang suka meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Dari kecil lagi aku memang tidak diajar untuk berbuat begitu. Aku lahir dari keluarga yang kuat pegangan ugama. Aku tak sanggup untuk menyakiti kaum sejenis ku. Aku selalu meletakkan diriku jika sekiranya aku berada di tempat itu..so lebih baik aku tidak mencari masalah..am I rite..nanti sendiri yang susah..lu pikir la sendiri..hehehe

Aku tak dapat menahan airmataku dari jatuh berguguran. Berulang kali aku baca titipannya. Aku turut merasai apa yang dia rasai..kalau aku ni ikutkan hati memang akan menjadi terus..huhu..tapi aku mash berfikiran waras dan tau apa yang aku lakukan. Walaupun ianya pahit aku akan telan jua demi untuk kebahagiaan mu.

Terima kasih sayangku..i really appreciate it very much.

Daa..

Doa Selamat

Salam..

Firstly aku ingin memanjatkan kesyukuran, kerana pada hari Jumaat malam (22/10/2010) telah selamat mengadakan kenduri doa selamat di kedai No. 80, Jlan Bidara 603, Saujana Utama 3. Alhamdullillah.

Alhamdulillah setakat ni progress berjalan dengan baik dan insyallah real opening akan diadakan pada hari Rabu 27/10/2010. Doa2kan lah semuga segala2nya berjalan dengan lancar. Aku pun sebenarnya risau jugak. Macam2 bermain di kepala otak aku ni. Yang paling kesian adik aku le, nak makan pn tak talu memikirkan tentang semua perancangan ni. Dah le dia yang buat dan involve dari awal lagi. Aku benar2 harap adik aku lebih kuat semangat. Memang la perit tambah2 waktu2 sebegini kan..

Aku akan sentiasa berdoa agar segala2nya akan berjalan dengan lancar..aminn..

Kita akan bertemu di catatan seterusnya..

Daaa..

Thursday, October 14, 2010

Semalam

Salam..

Aku rasa mcm semakin malas nak update blog ni..hehehe. Lagipun x de cerita menarik yang nak ku ceritakan.

Semalam co aku ada press conference kat damansara perdana. So around 4.30 aku keluar dan terus ke sana. Masa aku tiba tu semuanya dah selesai, almaklum le aku datang kemudian sebab ofis teda orang. Selepas tu we all procid makan kat Babba gummers kat the curve.

Tengahari semalam seperti selalu abg 'a' menegurku. Kami bersembang mcm selalu. Tiba2 cara dia bersembang buat aku sedih. Tak payah la nak ingatkan aku pasal usia aku. Aku mmg sedar pun. Jangan kerana aku tidak menerima dirinya sesuka dan sesedap rasanya mengutuk aku..eleh orng lelaki ni biasa ler, kalau mengayat bukan main pandai lagi. Tapi sori la, aku bukan jenis perempuan yg suka mengambil kesempatan apatah lagi nak merobohkan masjid orang..jauhkanlah aku dari berbuat demikian..

Entahlah, kadang2 sikap orang lelaki ni buatkan aku bosan. Dah la ego. Mana leh nak paksa2 orang. Kita pun ada jugak our own maruah kan. Jangan samakan aku dengan orang lain.

Tu la yang malas aku nak sembang dah..aku nak chao dulu la..

Thursday, October 7, 2010

WUH 4996

Salam..

Rasakan bagai mimpi aku dapat bofren pada masa raya lepas. Masa tu cuti 31 Ogos aritu.Tak tergambar rasanya.Namanya WUH 4996. Warnaya yang grey medilion begitu memikat hatiku. Alhamdulillah apa yang aku mimpikan termakbul juga. Cuma aku belum berkesempatan mengenalinya dengan lebih dekat. Dah hampir sebulan aku tidak melihatnya.Minggu ni aku dah tak sabar nak mendampingi WUH ku..

Daa..

Tuesday, October 5, 2010

Mimpi dia lagi

Salamzz..,

Ish3 dah lama benor x update blog..ni tengah kemalasan tahap gaban. Lagipun keje tgh banyak. So x dapek le berbuat apa2 kan.

Yang aku nak cerita hari ini, malam tadi aku termimpi si dia. Dalam mimpi tu aku terima panggilan dari si dia ajak keluar. So aku pun keluar la. Sempat la gi makan2. Tapi aku x ckp banyak. Lepas tu kami terpisah sekejap, tp bila aku call dia jawap dia tengah tunggu aku..so bersambung kembali. Kami berjalan sampai turun naik bukit. Ntah kemana lokasinya aku pun x tau. Tiba2 aku terjatuh dan terus aku x tau kemana si dia. Aku berjumpa dengan school mate aku mintak tolong dia carikan si dia. Tp kawan aku kata dia kena jaga kedai smp kul 7 petang. Aku merayu2 menangis mintak kawan aku tolong. Aku pulak dah jenuh call tapi tak berjawab walaupun phone berbunyi. Akhirnya aku membiarkan ianya terus berlalu begitu saja..bila aku tersedar jam dah pukul 5 pagi..Ate..tak tau ler aku. Kesudahannya hanging gitu.

Adakah dia masih mengingati aku lagi???? I do not know the answer. Let him figure out himself..

Daa.

Monday, September 27, 2010

Jalan2 Raya - Part 2 Report...

Salam geng.,

Hari ni teman nak menyambung ke 2nd report. Lanjutan daripada jalan2 beraya pada raya ke-5.

Jangan kome tak tau raya ke-5 aku, mie n Muhaini berhariraya ke rumah Atun. Ini le masanya pun nak menziarah kawan lama. So,hari Selasa tu kami set time menjenguk Atun di rumahnya. Atun sempat le menjamu kami dengan mihun goring. Sedap pulak mihunnya, tpi memandangkan kami dah kekenyangan so kami sekadar menjamah le hasil ayor tangan Atun..hehhehe.Atun macam dulu2 le juga..Cuma badannya agak berisi. Dia tinggal berdua je dengan mak dia. Lama juga le nyembang dengan Atun..macam-macam issue pun nan ado..hehehe.

Dalam kul 5 lebih kami gerak dari rumah Atun makan angin jalan2 meround ke Changkat nak mengimbau n mengutip kenangan masa kami duduk kat Changkat..hehehe. Muhaini tukang bawak aku n Mie round2. Masa tu hujan lebat gak le. Tapi memang best cuaca cenggitu, sejuk sket..ngeh! ngeh! Ngeh!

Dah banyak jugak perubahan kat Changkat tu. Ada setengah tempat tu dah mcm scary place jer sebab tinggal bangunan jer yang dah x berpenghuni..masa tu pulak dah petang sangat. Terasa ler juga seremnya..hehehe. Ingat nak meround kat Convent, tapi tak sempat sebab masa tak mengizinkan..itu akan dicontinue di next episod jalan2 di kampong..hehehe.

Dalam masa meround2 tu, yang paling unsangkarable, kume telah berjejak kasih dengan sorang lagi geng convent kita yang agak femes dengan kita..tentu kome semua tertanya2 siapa orangnya yang sempat kami berjumpa..jeng! jeng! Jeng! Kami bertiga sempat berjejak kasih dengan GURMEET KAUR..bestnya. Kume bertiga sempat beraya teruih kat rumah Gurmeet..hehehe. Dah berisi sungguh minah tu, tp muka maintain serupa..Dah le time tu ujan, ate dapat pulak minum teh tarik dengan fruit cake, apa lagi ngap ajer ler..hahaha..sempat lagi si Gurmeet tanya nak makan capati kew?muahaha. Kalau ikutkan memang le nak, tapi time pun dah nak maghrib..maybe next time ler ya Gurmeet..hehehhe

Sempat le Gurmeet bagi tau sekarang ni dia tinggal di Mentakab Pahang. Dah jadi surirumah sepenuh masa dengan 2 orang anak pompuan. Yang sulung dah Form 2 dan 2nd daughter sek. Rendah. Dia pun tak sangka boleh jumpa kume..mati2 dia tak percaya bila anaknya cakap ada kawan sekolah nak jumpa..hehehe. Si Gurmeet siap suruh kita semua datang rumah dia time deepavali nanti..kalau sesiapa ada balik nanti boleh le kita terjah rumah Gurmeet, dpat makan capati..muahaha.

Akhirkata setakat ni le 2nd report aku..yang buat aku teruja jez nak kabo kome yang kume bertiga dah berjejak kasih dengan Gurmeet..hehehe

Sori geng, kali ni betul2 dah tadak idea nak tulih apa lagi..hehehe. Semuga kita ketemu di lain masa dan perjumpaan seterusnya. Harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam report2 ni harp maaf ya!..

Yg Menjalankan Tugas,
~ Intan Shamsina~


p/s..sori geng gambor x de..

Daa..

intan 1



Salam..

Da lama x update blog ku ini. Cuma baru anto report gedering raya baru ni..Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar..

Baru2 ni seorang teman telah memberi ku vc tentang aku..amat terharu aku menerimanya. Aku rasa cam x caya jer..anyway thanks abg z? Bila nak shoot 2nd vc..ngeh ngeh ngeh

Ini la dia hasil vcnya..layanzzz...


Daa

Monday, September 20, 2010

Gedering Raya di Rumah Datin Rokiah (12/9/2010)






Tarikh : 12th September 2010
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Poolside Mahkota Wira Kondo, Ipoh

Salam semua,

Pertamanya teman ingin mengucapkan kesyukuran di atas kejayaan kita berkumpul di rumah Datin Rokiah kita di kondo indahnya di Ipoh pada raya ke-3. Alhamdulillah perancangan kita berjalan dengan lancar walaupun tak berapa ramai penyertaaan dari geng2 convent kita yang hadir namun ianya tetap meriah dan gamat..hehhe.

Adoyai, maleh jer nak kroje, almaklum ler dah lama bercuti kan..namun demi tugas terpaksa le juga kroje kalau idak miss le shoru..hehehe

Sebenornya teman tengah tak de idea lagi ni nak menulis report ni. Ilham belum berkembang lagi..hehhe.Tapi teman akan cuba gagahkan juga untuk mencoretkan episode gedering kali ini dengan sebaik mungkin. Kesian pulak nanti kome nunggu report aku.(perasan kejap)..hehhee. Mana2 ada yang terkurang/terlebih teman mintak maaf ya.

Antara geng2 yang hadir pada majlis gedering kali ini di poolside kondo Datin Rokiah kita :-

1) Mala – geng yang paling awai sampai..Jenuh juga dia nunggu keme2 ni yang x sampai2..hehehe
2) Ijan – bawak set askar2 dan hubby..muahaha..glemer kamu Ijan. Seronok anak2 dah besor.
3) Midah – solo }
4) Intan – solo (belum berdua lagi..hehehe) } kami2 ni termasuk mala bwak diri sendiri jer..muahahaha..
5) Zana – solo }
6) Linda – solo }
7) Baya – bawa bersama putera dan puterinya.
8) Puji – bawak bodyguard – hubby tercinta..hehhe
9) Mas a.k.a Normah Sulaiman – dengan 2 org anak daranya yang tgh membesor..hehhee
10) Lailaton Azlina – dengan puteri bongsunya
11) Rofeah – bawak hubby – 1st timer juin gedering
12) Hanida – bawak suami juga – 1st timer juin gedering
13) Noraida Othman – dengan puterinya
14) Harlina Harmain – bawak family – 1st timer juin gedering

Biasa le kan pegi mana2 pun tak boleh ilang riuhnya geng2 kita ni. Apa tidaknya bila dah start upacara sakat menyakat, kutuk mengutuk dah x leh nak buat apa dah..ate..gelak je ler..kih kih kih. Tahun ni kita welcome geng baru kita yang baru juin & lama x jumpa iaitu rofeah, harlina, hanida dan mas. Kome2 jangan serik2 datang juin..kami2 ni mmg mcm ni riuhnya..serupa juga mcm time sekolah..hehehehe. Jue, rugi kamu x datang, Kiah dah marah nunggu kamu bawak kuih ‘lidah jin’ kamu tu..hehehe. Lepeh ni kamu kena kowtim dengan puan datin ler..aku nyampaikan pesan jer..hehehe..Deme semua marah kamu x datang, Ina ngan Mas call kamu pun tak berjawap..aku pun marah juga ni sebab aku yang kena menjawab..huhu..:)-

Yang seronoknya jangan kome x tau, perjalanan kami dari Batu Gajah pun dah communication break-down..mana idaknya aku dengan Mie asyik menyembang langsung le terlepeh dari simpang ayam golek tu..hehehe. Ada 3 lagi keter yang membontoti kume hehhehe. Jenuh Baya/Puji nunggu kume sebab jauh deme nak mengonar..hehhee. Ate.., maafkan le keme yek! dah byk perubahan kat Bt Gajah ni..tu yang teman pun tak berapa nak reti..hehehe. Lastnya aku ngan Midah nunggu deme2 kat simpang nak ke ktm stesen. Bila Mas/Ina sampai kume terus jer gerak ke Ipoh melalui simpang pulai. Sampai pun dah pukul 1.00 tgh. Dah ramai juga ler tetamu jemputan yang datang. Geng yang paling awai sampai Mala dengan Noraida..hehhee. Puan Presiden kita dengan Linda sampai kemudiannya. Yang paling akhir si Peah.

Datin Kiah kita hepi benor bila kami2 ni sampai. Seronok benor dia..ate ye ler, dah lama x jumpa kan. Tambah nengok kume2 ni yang macam kanak2 riang..orang2 yang ada pun heran..hehehe. Itu ler kami..kemana2 pegi pun mesti riuh kalau dah jumpa geng2..hehehe. Makanan semuanya best2..ada nasi beriani, kwaytiao goring, cendol, biskut2, buah2an, air sirap, coffee. Memang puas ler makan tapi aku pasti semuanya x kenyang..Ate..paham2 aje ler, kenyang gelak jer lebih..hehehe. Terima kasih buat Mala yang sponsor kami dengan fruit and cheese tart..memang sedap. Ghumah aku pun licin juga..tak sangka adik teman pun gemor bebenor..hehhee

Bila masing2 dah kenyang, apa lagi sibuk dengan sesi berphoto le pulak di tepi swimming pool.. Bermacam2 aksi ada. Nanti kita lihat photo2 yang sempat disnap oleh rakan2 kita. Akan dipublishkan di FB dan email once gambar dah didonloadkan…sabar ya kawan2..kome, legheh le donlod gambor, tak sabor nak nengok aksi2 “terlampau”..hehhehe. Setakat ni aku nampak Puan Lailaton kita dah nganto aksi2 kita kat FB..sile le nengok..hehehhe

Sebelum kume bersurai, Puan Presiden kita sempat mengucapkan sepatah dua kata mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Rokiah kita yang menjadi host untuk gedering kita pada tahun ni. Datin jangan serik2 ye jemput kami2 ni yang sentiasa hepi go lucky dan ghiuh sentiasa..hehehe. Kami juga berterima kasih tak terhingga di atas pengorbanan Puan Datin kita yang terpaksa menangguhkan untuk beraya ke Australia semata2 nak berkumpul dengan kita.. kami amat2 menghargainya..mmuah!.
Tak lupa juga buat teman2 yang menghadirkan diri dan insyallah pada tahun hadapan diharapkan akan lebih ramai lagi penyertaan dari geng2 kita yang lain…Insyallah.
Kami juga sempat berbincang untuk aktiviti seterusnya. Outing untuk aktiviti seterusnya akan diberitahu dan diwar2kan by time to time. Lokasi yang dicadangkan ; Cameron Highlands/ Pangkor /Teluk Batik/ Lumut/Teluk Rubiah. Tarikhnya akan diberitahu kelak berkemungkinan pada awal tahun hadapan. Segala infonya akan kami update nanti. Tapi sekiranya ada yang berminat nak pegi umrah ramai2 boleh le kita buat kutu..bendaharinya kita lantik Puan Hajah Norbaya untuk mengendalikan aktiviti mengutip kutu..hehhehe..apa macam Baya!..muahaha
Tak cukup dengan rumah Datin, kume terus menterjah rumah Mala pulak ..hehhe. sempat le beraya sekali di ghumah Mala sambil solat zuhur. Kami ngikut sebab si Ina nak amik kueh kat Mala..Zana and Rofeah pun ikut juin sekali. Masa kami nak balik tu hujan lebat. Tak abih rumah Mala, aku ngan Mie singgah pulak rumah Muhaini. Memang raya sakan kami ari tu..hehehe..ate bila lagi kan..maghrib baru sampai ghumah..hahahha..
Teman juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika sekiranya coretan kali ni tak berapa nak umph dan agak skema sket, sebab input memori tawun ni agak slow sket..hehehe..al maklum ler kan..:)- Di harap kawan2 semua hepi. 2nd report akan menyusul..tunggu!...
Akhirkata SELAMAT HARI RAYA buat semua sekali lagi..selepas ni kita terjah rumah sape pulak!..ngeh ngeh ngeh.

Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
~ Intan Shamsina~

Thursday, September 2, 2010

Hmmm...

Salam..

Dah lama x update blog. Semenarnya teda citer menarik pung..sesaja je nak melawan rasa mengantuk ni. Biasa la kan, bulan2 pose ni mmg mengantuk. Lapar tu kurang..

Baru tadi aku decide bg tau my mom yang aku dah beli keter as per my father's advice...hehe. bukan apa aku takut dia risau. Tapi dia nasihat aku supaya aku praktis betul2 le dulu sebelum bawak balik kg..hehehe.

Raya dah semakin dekat ni. Aku rasa mcm biasa je. mungkin sebab faktor usia kut. Lagipun yang paling meriah budak2 le kan. Mereka yang tengah seronok kutip duit raya. Persediaan aku biasa jer. Untuk diri aku x de apa2 pun. Cuma ingat nak beli jeans jer nanti. tapi x tau bila nak pegi kedai. Kasut x payah beli. Mmg dah ada. Biskut2 pulak ujung mg ni ready. Duit je belum keluar lagi nak bayar duit biskut raya.

Monday, August 23, 2010

Apa Aku Buat..

Salamz..

Pada hari Sabtu yang lepas, aku bangun tidur pukul 10.30 pagi..Bestnya dapat tidur lama. Ekceli mmg la tak elok kan bangun lambat, tambahan bulan pose. Tp yang penting aku enjoy..aku cuma tolong cik kemas rumah sikit2 le ari sabtu tu..

Selepas zohor aku keluar dengan mek ha ke KL temankan dia cari tudung. Lagipun aku tengah cuti pose..hehhehe. Jadi aku x le kisah sangat. Kalau tidak malas aku nak kuar, tambah dekat jalan tunku abdul rahman tu. Ramai bangat umat manusianya..bukan apa aku risau aku pengsan je..hehe. Tapi alhamdulillah ler, aku selamat sampai di rumah..hahaha

Aku sempat pegi bazar ramadan kat rumah k.norley dengan mek ha. Bnyak juga juadah yang sedap2. Aku cuma borong samosa inti ayam, tepung pelita, taufu-pa n popia basah. Banyak juga kan..aku sempat beli mihun goreng sebab dah x tahan lapor..Almaklum ler aku kan x pose..hehehe.

Hari Ahad

Aku bangun lambat juga, lebih kurang 10.45 pagi. Tapi dah siap mandi subuh tu sekali dengan mandi hadas. So sedap le tidur kan. Lepas je sembahyang subuh aku terus landing. Tengok sekejap drama di TV1 sambil siap2 nak bawak cik pegi shopping. Aku bersiap ala kadar jer. Mula2 kami ke summit sebab cik x pernah pegi summit. dari situ
kami ke subang parade dimana cik nak pegi bata. Selepas tu kami ke Carefour Subang Jaya beli barang2 basah dan a few things le kan. Sampai umah dah dekat kul 3 petang. Ingat nak buat agar2 tak sempat..hehehe

Penat juga le..tp yang penting aku puas tidur..

Daa..

Monday, August 16, 2010

Last Weekend

Salamzz..

Sabtu
Hari ini aku ke rumah adikku di Sungai Buluh. Aku kesana menaiki tren. Dari stesen sg buluh kami ke Kota Damansara. Saje nak pegi meninjau2 di Perodua. Aku sedang berpikir samada nak amik kereta sekarang ataupun selepas raya. Bukan apa kalau lambat nanti interest lagi tinggi. So aku tengah berpikir ni sambil mengira2 bajet..hehhe

Duduk kat perodua pun dah hampir pukul 2 petang. Mana taknya adik aku suruh aku pikir dulu elok2 sebelum amik keputusan. Kalau ikutkan mmg aku dah confirm pun..tapi ya la kan kita kena la ikut nasihat jugak..hehehe. Tapi aku dah siap bagi IC/Lesen pada adib (salesman perodua). Cuma sekarang tunggu aku punya confirmation ON atau TIDAK je..

Ahad

Bangun jer sahur, aku tengok habis seluor aku merah.aduss! tak sangaka pulak period. Punya la sakit perut, pinggang, kaki semuanya sengal2. Selalu x le sangat macam tu rasanya. Tapi aku teruskan jugak makan sahur walaupun rasa x lalu makan.. Lepas salin seluaor baru aku sambung tidor sampai pukul 10 pagi..nah amik!..hehehe.

Lepas tu follow adik aku ke pasor..tujuan nak mencari makanan. Nak masak kat umah karang anak buah aku nampak kesian pulak depa nengok mak longnya makan pulak..So aku suruh adik aku berhenti kat kedai mamak dan aku pung order le mee goreng. Itu yang paling senang. Lepas balik dari pasar sambung lagi tidur sampai kul 3 petang n watch movie kat AXN. Seronok le pulak.

Adik aku hantar balik subang kul 5.30 petang. Sampai je di rumah kakak aku ajak pulak rumah Abg Id sebab dia nak pegi umrah hari senin. So kami berkumpul adik badik berbuka pose di rumahnya. Balik kul 11 malam..penat jugak la. Tapi aku puas sebab satu hari aku dah tidur banyak..hehehehe

I think I need to stop here for today. Will continue with the next n3..

Daa..

Friday, August 13, 2010

Dance With Me 1998 ( Music : You're My Everything)



Salamzzz..

Suka sangat lagu ni..touching sungguh.

Layanzz ya..

Daa

Hish!!!!!!

Salamzz..,

Hari ni aku nak berkongsi cerita la kan tentang budak2 sekarang ni jika dicomparekan dengan zaman2 dulu masa time2 mak2 kita. Kalau dulu perempuan yang dah berkawin malu kalau bangun lambat segan dengan mak mentua. Tapi sekarang selamba jer. Kalau bangun awal pun bukan tau nak buat apa2. Ni bulan pose ni kalau x kejut mmg tak tau nak bangun.

Pagi tadi kalau aku x turun, memang semua orang tak bersahur. Cik pun x sedar. Lagipun cuaca semalam amat panas. Aku mandi jugak sebelum tidor. At least cooling le sket kan.

Aku bukan la nak mengata dalam bulan2 pose ni tapi cume mengenang jer. Tak salahkan. Aku bukan apa kesiankan kakak2 aku tu, nanti jadi hamba menantu pulak. Aku mmg x komen apa2 pun. Cuma menjadi pemerhati terhormat sebab yang selalu kena aku..huhuhu. Sebab dia rasa dia x de saingan lagi kan..we look n see.

Itu baru sorang anak.Semua nak kena bertolong. Tapi aku x salahkan dia 100%, aku tetap salahkan kakak2ku yang mua sangat kat dia. Naik tocang ler. Sore bukan main nyaring lagi kalau bercerita pasal2 artis ni bukan main 1st class. Kalah pulak aku, huhuhu..dia lagi terer rupanya. Bukannya dengki atau busuk hati cuma tak suka attitude dia. Sekarang ni aku malas nak cakap banyak pun sebab sore aku x laku dah kan..huwaaaa. Lagipun berdiam diri tu x bermakna aku kalah cuma aku rasa lebih baik sebegitu. Jadi hati aku kurang sket sakitnya..am I rite??

Nak bercerita panjang x yah ler..lagipun bukan aku dapat apa2 pahala pun. Jnganlah aku berperasaan sakit hati camni..Seriau.Nauzubillah min zaliq. Aku berdoa semuga Tuhan akan memperkenankan permintaanku untuk berdikari. Lagipun dah terlalu lama aku di situ..insyallah.

I think I better stop here..will continue with my new n3 later..

Daa..

Hari Ini..

Salamzz..

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Aku mengucap syukur di atas segala rahmat yang Tuhan berikan di atas kesempatan menunaikan ibadah puasa dan bertarawikh. Semuga segala amalan ku akan mendapat keberkatan olehNya...insyallah. amin.

Aku sebenarnya sedang terpikir apa yang sedang 'dia' lakukan. Semuga dia sihat sejahtera di dalam peliharaan Allah SWT. Itu saja yang mampu aku buat. Memang payah untuk kita melupakan sesuatu kenangan. Setiap daripada kita pasti ada kenangan mengusik jiwa kan..

Bagiku x salah kan kalau kita titipkan pesanan Selamat Berpuasa kepada teman2 dan handai taulan kita, rite? Tapi siapa la kita untuk paksa orang supaya reply setiap message yang kita hantar. Mungkin dia sibuk dan tidak berkesempatan untuk membalas atau dia lupa untuk membalasnya..anggaplah dia tidak melihat nota2 itu. Itu adalah lebih baik dari kita beranggapan buruk kepada orang2 sebegini..

Sebagai seorang teman aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keceriaan teman-teman d sekelilingku termasuk la 'dia'. Semuga 'dia' mendapat rahmat dan hidayahNya supaya tiada lagi hati2 yang terluka dengan lakunan dan bicara manisnya. Buat rakan2 sekolahku pula insyallah kita akan bertemu di hari raya ke-3 di rumah Datin Rokiah kita. We will make it the most happening gedering...insyallah.

"Selamat Berpuasa"

Daa..

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua rakyat Malaysia yang beragama Islam
Semuga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dariNya.
Semuga segalanya akan dipermudahkan dan amalan kita diterima
Insyallah..amin

Tuesday, July 27, 2010

Mengimbau Kenangan - 6

Bab 6

Petang itu Datuk Hamdan meminta Nonny memberitahu head department of marketing & sales untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan penggunaan digital dan wireless system. Pantas saja jari jemarinya menekan kekunci keyboard menghantar email seperti diarahkan oleh Datuk Hamdan. Sebagai seorang PA tugas Nonny bukan hanya setakat mencatat minit mesyuarat malah kesemua urusan yang berkaitan. Ruang tugasnya lebih besar berbanding dengan seorang setiausaha.

“ Huh!” satu keluhan lega mengiringi Nonny sebaik mesyuarat berakhir. Nonny merehatkan dirinya sebentar di biliknya sementara bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia melihat jam ditangannya. “Dah hampir jam 8.00.” bisik hati kecilnya. Dia mula mengambil tas tangan untuk keluar dari biliknya. Baru saja Nonny mengatur langkah, biliknya di ketuk. Terjengul Irfan di biliknya.

“ Woi, nak balik dah ke? Tanya Irfan.

“ Takkan la nak suruh aku tidur kat sini pulak. ” jawab Nonny sambil mengukir sedikit senyuman buat Irfan.

“ Tak la cam tu.hehhehee. Jom kita gi makan.” Pelawa Irfan.

“ Hmm..boleh jugak. Aku pun dah lapar nih. Balik nanti tak payah aku pikir nak makan apa. Jom..” Nonny menerima pelawaan Irfan. Kebetulan Irfan juga turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tadi. Mereka beriringan keluar dari bilik Nonny

“ Kau ajak aku makan ni, bini kat umah kau tak masak ke? Nonny bertanya sewaktu mereka beriringan menuju ke kereta masing-masing.

“ Aku dah bagi tau bini aku tadi. aku lambat balik malam nih.”jawapnya jujur.

“ Aku nak kau dulu, kau jual mahal.” Irfan mengusik Nonny.

“ Ish ko ni.Ke situ pulak. Dah hari2 tengok muka kau aku jemu lah..hehehehe.”balas Nonny pulak.“ So kita nak ke mana nih cik abang?” tanya Nonny sambil membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta viosnya.

“ Kita pegi KL nak? jawap Irfan menyandarkan diri di keretanya.

“ Mak ooi! Jauhnya?”

“ Esok kan cuti.”

“ Esok aku nak balik kampong la cik abang ooi.”

“ Bukannya ada laki kau kat kg tu sampai tak sempat2 nak baliknya.”cebir Irfan.

“ Ambooooi kau ni..sesedap rasa jer mengata aku tau.” Nonny menjeling ke arah Irfan.

“ Tak pun kita gi secret recipe kat Sunway jer la. Lain kali pulak kita ke sana ya? lagipun aku penat la. Pleaaaze.” Nonny memujuk manja dan mengenyitkan matanya ke arah Irfan.

“ okaylah darling..apa2 aje la.let’s go?’ Irfan membalas kenyitan dari Nonny dan masing-masing memasuki kereta dan terus menuju ke arah Sunway Pyramid menikmati hidangan makan malam.

Monday, July 26, 2010

Piknik Bersama Diddy di laman Santai IB - 24/7/2010 & Gedering di rumah K.Ros (25/7/2010)






Salam..

Mg ini aktiviti aku juga penuh. Tengahari aku lunch wif my dear Lai Seang. We having luch together at Holiday Villa. Ekceli we are celebrating our belated burfday which falls on 18 & 19 July. Ok jugak la makanan kat Holiday Villa. Cuma sekarang x banyak choice mcm dulu2. Anyway we both enjoy having lunch kat situ..thanks my dear.

On the nite event, me, sue and addya going to laman santai IB (istana budaya) untuk sama2 memeriahkan suasana n bagi support kat Diddy. Ramai jugak la artis yang ada. Congrats to Diddy sebb berjaya menyambung pelajarannya kat UUM. Diddy akan mula start kelas pada 3/8/2010. Gud luck ya dik.

Ahad - 25/7/2010

Hari ini kami ada gedering di rumah K.Ros. Antara yang hadir, Julia, Sue, Addya, Dash. Yang happening bila Maulana & Ain juin. Seronok sangat sebab lama dah x jumpa mereka2 ini. Aku sampai umah kul 8.15 malam.

Daa..

Tuesday, July 20, 2010

Hari Ulangtahun


Salam..

Semalam adalah harijadi ku yang ke-42 tahun. Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah dan aku memanjat kesyukuran di atas rahmat limpah kurnia Allah S.W.T.

Tiada apa yang menarik untuk aku ceritakan.Aku rasa macam hari2 biasa jer. Mungkin sebab faktor umur kut..hehehe.Cuma aku menerima banyak ucapan harijadi melalui sms dan dalam facebook..terima kasih semua. Yang paling penting ingatan tulus ikhlas.

Tapi a big thanks to my dear fren Kelly yang belanja aku makan dan bagi hadiah Jam tangan brand Denni. Tak dapat nak balas budi Kelly ni. Every year selalu bg aku hadiah dan belanja aku makan..I really enjoy my dear..mmuah. Sempat la kami meround kat Empire Tower bersebelahan dengan Subang Parade.

Pikir2 jugak kut2 ada sesapa yang nak buat surprise kat aku..hehhe. Apa2 pun aku memang hepi sangat..

Daa..

Monday, July 19, 2010

Mimpi

Salam..

Pada hari ini memang aku berasa sangat letih. Badan penat sangat. Mungkin sebab nak 'period' kut. Aku sampai rumah agak cepat jugak. Sempat terlelap sebelum maghrib. Lepas tu aku bangun dan makan dan bersolat. Sebaik je lepas solat maghrib aku pun sambung tido lagi. Isyak pun leboh. Mau aje pun tido..hahaha

Dalam penat-penat tu, tak sangka pulak aku boleh termimpi 'dia'. Padahal aku x lagi fikirkan pasal dia. Gamaknya 'dia' ingat kat aku kut..argh! lantak la. Aku x kisah pun. Masalahnya masa mimpi tu aku terasa mcm aku x berada di alam mimpi, tapi rasa macam betul2 aku berada di dalamnya..macam mana tuh!..Biarlah. Kalau betul dia ingat kat aku mesti dia tau apa yang patut dia buat kan..Aku dah tak kuasa nak pikir..aku dah letih.

Apa yang penting sekarang aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia. Dan semuga dia mendapat hidayah dan tiada hati yang terluka.Itu lebih baik dan hati semakin tenang..

Daa..

Last Weekend Aktiviti

Salam..

Minggu ni memang aktiviti agak penuh. Permulaan aktivitiku di Summit buat facial. Selepas buat facial aku continue dengan mencantikkan kuku tangan dan kaki. Memang relax habis la..macam orang kaya jer, walhal..hehehhe

Selepas balik dari facial aku dijemput oleh adik2 ku untuk sama meraikan advance birthday di Shah Alam. Sambil tu pegi merayap tengok lampu di I-City Shah Alam. Punya la ramai umat manusia. Dah ler jem..adoi. Sampai umah kul 12.30 malam..sekali sekala ok la kan..hehehe

Pada hari Ahad pulak aku berjumpa Ita di KL Sentral. Terima kasih Ita sebab belanja aku makan kek di Secret Resepi.

Pada sebelah malamnya aku beli Domino Pizza untuk makan malam. Ini la antara aktiviti aku untuk mg ini. Tunggu entri yang seterusnya..

Daa..

Monday, June 14, 2010

Terima Kasih Teman

Bismillahirrahmanirrahim

Salamzz..

Memang tidak dapat dinafikan 2-3 minggu ini mud aku mmg down. Walaupun pada zahirnya aku nmpk seperti biasa. Cuma perasaan dalaman aku yang sedang sakit. Yang lebih tepatnya jiwa aku sedang kacau sekarang. Persoalannya kenapa????

Mengenalinya 7 bulan yang lalu begitu membahagiakan diriku. Aku sangat menyenanginya. Aku rasa akulah manusia yang paling bertuah kerana dapat mengenalinya. Aku rasakan ada juga orang yang sudi untuk menjadi temanku untuk berbicara. Dalam masa yang sama sudah ada satu perasaan lain yang mula menerjah dalam diriku. Aku tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Hadirnya perasaan ini tanpa aku undang. Ianya memang ikhlas lahir dari hatiku yang tulus suci. Aku cuba menyelami dan memahami dirinya.

Walaupun begitu ada masanya aku begitu keliru dengan hubungan kami. Pernah juga aku merajuk dengan sikapnya. Tapi bila dah dengar suaranya dan terima smsnya perasaan rajuk dan marah itu otomatik hilang. Terubat segala rindu buat seketika. Itulah penangan panahan asmara kan..hehehe. Lupa seketika apa yang telah berlaku.

Tidak dapat dinafikan kerjayanya memang membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Ditambah pula jawatan yang disandangnya. Aku bangga dapat mengenalinya kerana karismanya, soft spoken, suka bergurau dan romantik. Dia selalu cakp suara aku garang dan tak romantik langsung. Aku hanya ketawa sebab aku ni bukan jenis suara dalam kelambu.hehehehe.Eleh kalau ikhlas tak kisah pun suara tu macm mana pun. Betul tak?.Tapi kebzian bukan alasan yang kongkrit untuk tidak membalas dan bertanya kabar tru sms kan. Tolonglah jangan perbodohkan aku. Bak kata pepatah kalau nak seribu daya dan kalau tak mau hanya dengan satu alasan jer kan. I know u hiding something from me rite? Dan tolong jangan ambil kesempatan dengan pangkat yang yu sandang sekarang and you boleh buat sesuka hati you. Aku berkawan dengan seikhlas dan seadanya diri dia bukan sebab pangkat atau harta. Cuma bg aku itu satu bonus untuk aku. Yang penting kejujuran.

Imbasanku berputar.Petama kali berjumpa membuatkan hati aku berdebar2. Tak tau kenapa? Dalam hati risau pun ada, takut pun ada. Al maklum la 1st time kan. Dari awal pekenalan boleh le tahan kiriman sms darinya. Tapi masa tu aku x rasa apa2 pun. Dia amat jarang call sebab tak suka dengar suara aku yang tak romantik ni kut..hehehe.

Perjumpaan kedua pulak selepas 3 bulan dari perjumpaan pertama. Kalau betul dia ingin mengenaliku dengan lebih dekat, mesti setiap ujung minggu mesti nak jumpa kan. Ini tak, kalau aku yang tak tanya dia mmg tak nak jumpa aku kut.huhuhu. Tapi aku suka sebab dia sendiri yang call aku ajak aku keluar dan tengok wayang..masa tu aku rasa terkezoot jugak dan rasa macam dalam mimpi pulak..seronoknya aku rasa. Aku rasa hepi sangat.

Tidak dapat dinafikan naluri seorang perempuan. Walaupun dia paham dengan situasi pekerjaan temannya itu, jauh di sudut hatinya tersimpan perasaan yang sukar untuk dimengertikan. Begitu juga aku..tak dapat den nak lari.

Di ketika ini aku mmg rasa kecewa yang amat sangat dengan sikap dia..aku pn tak tau di mana silapnya. Salah aku jugak mungkin. Yang aku nmpk perubahannya selepas aku berterus terang. Salah ke aku buat sebegitu. Nak tunggu dia cakap hampeh. Kalau tunggu lama nanti lagi aku yang parah. At least aku lega sebab dah bg tau kan. Alah orang jantan ni mmg ego. Ingat dia aje yang betul, am I rite?

Aku rasa mmg sifat dia suka mempermainkan hati perempuan yang lemah mcm aku..tpi aku tak bodoh. Is ok la you..you yang berjanji, you yang nak selalu bersama i kan, dat is my promis dun worilah. Yu nak itu, yu nak buat ini. tapi all your promises semua x leh pakai langsung..cakap x serupa bikin.

Kelainan yang paling ketara masa perjumpaan ketiga kami. Aku realise, tp aku buat tak tau jer. Macam ada paksaan jer dia jumpa aku. Dia tak banyak ckp. Sibuk dengan handphonenya. Entah siapa yang di sms aku tak pasti. Macam aku ni tak wujud kat sebelah. Aku hanya berdiam. Aku tak mahu mengeruhkan suasana. Dah la susah nak jumpa. Cuma masa dia bawak aku jalan2 tu ada la skit2 kami bersembang termasuk le cerita tentang famili dia. Tapi masa hantar aku balik lgsung tak de cerita apa pn. Dia asyik sms jer.

Sampai hati dia buat aku cenggitu. Sedih la jugak kan. Kini setelah hampir 2 bulan aku rasa aku dah temui jawapannya. Tak payah nak mengobak berbakul2 dan pikior banyak2 lagi. Segala2nya dah nyata. Memang dia reject aku bulat2. Mulai hari ini dan saat ini aku takkan menganggu lagi with all my sms watsoever. Aku juga punya maruah diri. Semuga Tuhan kuatkan semangatku untuk aku lebih yakin dlm menghadapi sebarang dugaan yang mendatang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan Maha mengetahui dan jangan menyesali apa yang terjadi. Perbanyakkan bermunajat kan muhasabah diri. Insyallah segala2nya akan berjalan lancar. Kalau ada jodoh tak ke mana?..insyallah.

You take care yourself n jaga diri baik2. Aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan you dunia akhirat..amin..

Daa..

Friday, June 11, 2010

Aduss!..

Salamzzz..

Entah kenapa semalam tiba2 mud aku down. Nak period ni kut tu yang lain macam jer hormon..hehehe. This week mmg aku rasa macam serba tak kena. Perasaan aku asik berdebar dan sedih tak menentu jer pulak.

Malam tadi aku tak tau kenapa aku benar2 sedih dan terusik. Berjurai2 airmata aku membasahi pipiku. Hajat di hati nak buat semayang sunat tp kepala pulak terasa berat. Last2nya aku tertido. Aku tak tau nak explain macm mana. Macam2 yang menerjah kepala otakku. Memang benar la kata orang2 tua. Once umur kita meningkat setahun ke setahun pasti ada perubahan. Tanpa sengaja kita akan cepat berasa sensitif. Itulah yang aku rasakan perubahan yang ada pada diriku. Cepat terasa hati walaupun kadang2 aku cuba menidakkan. Adakah aku ni nak menopose kew? Ish! seriau aku dengar> Tapi yang selebihnya aku benar2 rindu dengan seseorang..siapa??? biarlah rahsia..hehehhee

Aku sempat mengucapkan tahniah pada adik angkatku addya sebab baby dia dah kuar. Akhirnya tercapai juga impiannya.jangan lupa tau bwk akakmu ni jalan2. Itupun kalau sudi ler..hehehe

Aku bermohon kepada Tuhan agar memberikan aku rezeki dan kuatkan semangatku di dalam menghadapi segala cabaran di dalam meneruskan kehidupan seharianku. Yang paling penting semuga Tuhan mempelihara imanku dan ketaqwaanku. Aku ingin menjadi antara insan yang disayangi oleh Allah SWT. Semuga Tuhan akan memberkati doaku.Insyallah..Aminn

Daa..

Thursday, June 10, 2010

Famili Photo

Salamzz..

Selepas menghadiri perkahwinan Amy, kami sekeluarga terus ke kedai gambo amik photo keluarga. Nak tunggu semua berkumpul susah. Ni la dia hasilnya.



Daa..

Tuesday, June 8, 2010

Aksi si Nur Farah Aliya (Yaya)




Salamzzz

hari ini aku sempat capture telatah anak buah aku yang sorang ni. Cakap bukan main pandai lagi. Keletah sungguh n nakal jugak. Kuat pembuli abangnya...hehehe

Monday, June 7, 2010

Hatiku Sedih dan Terusik

Salamzzz..

Pagi ni hatiku rasa sedih dan terusik. Macam la aku ni buat kesalahan yang besar. Tak payah la nak membebel akan kesalahan aku. Aku ucapkn terima kasih banyak2. Aku terpaksa la mengalah walaupun pagi ni aku punya mood pun sebenarnya memang dah spoil..asyik aku je nak paham masalah orang..hatiku ada orang nak jaga???.

Sudah la, aku malas dah nak layan. Suka hati lah. Aku mintak maaf di atas kesalahan aku. Buat la apa yang korang nak buat. jangan ganggu aku lepas ni. Jangan ajak aku teman pegi mana2. Aku nak low profile je selepas ni. Aku malas nak jadi pendengar masalah orang dah. Salah sendiri tak nampak. Asik dia je yang nak menang? Tengok dan cermin diri sendiri. Jangan nak menyalahkan orang seratus peratus. Muhasabah diri dulu.

Aku tak nak cakap banyak2. Cuma aku mohon pada Tuhan yang Maha ESa agar kuatkan hati aku dan jauhkan aku dari sifat berdendam. Semuga engkau berbahagia duania dan akhirat. Semuga rezkimu berlimpah ruah.amin...

Daaa

Friday, June 4, 2010

Mengimbau Kenangan - 5

Bab 5

Tengahari itu Nonny berjalan menuju ke restoran Pelita yang dijanjikan bersama-sama temannya tadi. Dia mengambil tempat yang agak jauh tersudut dari meja-meja lain disekelilingnya. Sementara menunggu teman2nya sempat fikirannya melayang mengingati seseorang.

" Woi Nonny." sergah Anita dan menarik kerusi bersebelahan Nonny. Nonny tersentak seketika.

“ Apa halnya tiba-tiba panggil kitaorang lunch nih.” Soal Azira pulak dan duduk bersebelahan Nonny. Nonny hanya menyeringai menjawab pertanyaan teman2nya. Mereka mula memesan makanan.

“Duduk la dulu.Kan dah lama x lunch dengan korang. Rasa rindu la pulak.” Nonny menjawab lembut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia ingin memulakan. Azira sudah menghirup air fresh oren yang baru saja dihantar oleh pelayan restoran.

“ Uwek! Nak termuntah aku. Dah pandai rindu pulak kawan kita ni Zira.” cebir Anita. Azira ketawa terbahak-bahak melihat reaksi anita.

“ Menyampah la korang nih. Serius le sket.” Nonny mula mencuka.

“ Lain macam jer kau nih. Apa halnya.” Tanya Azira setelah ketawanya surut. Azira lebih memahami Nonny berbanding Anita.

“ Sori la Nonny. Geli pulak hati aku bila kau cakap macam tu.” Anita memohon maaf di atas usikannya tadi.

“ Aku pun tak tau macam mana nak cakap ngan korang.” perlahan suara Nonny.

“ Masalah berat ke? Soal Anita

“ Bagi aku memang berat la. Macam ni, sebenarnya Kak Sofia nak kenalkan aku dengan seseorang?Nonny memulakan bicara.

“ Wah ini sudah bagus Zira. Sat lagi leh la kita makan nasi minyak.”sampuk Anita.

“ Ish ko ni Nita, asyik ingat makan jer.Tapi aku sendiri tak pasti dengan diri aku lagi. Lagipun aku selesa dengan kehidupan aku sekarang nih? luah Nonny jujur.

“ Why dun you give yourself a chance Nonny” dengan lembut Azira memberi cadangan.

“ Mamat tu keje apa? soal Anita. Dia sedikit teruja dengan apa yang Nonny cuba meluahkan.

“ Entah..tak tau pulak aku. Cuma K.Sofia cakap dia keje sendiri.? Nonny memberitahu.

“ Wow, untung le kau” serentak Azira dan Anita bersuara. Sempat Anita mengenyit ke arah Nonny.

“ Ko tepuk dada tanya selera. Kau yang nak kawin.Pikirlah baik-baik Nonny. Kami akan sokong apa juga keputusan kau.” Jawab Anita jujur.

“ Patut la masa main bowling hari tu kau lemau jer.” Usik Azira. Nonny hanya tersenyum..namun resah di hatinya tiada siapa yang tahu.

Thursday, June 3, 2010

Kenapa Jodoh Masih Belum Bertandang..

Bismillahirrahmanirrahim

Salam..

Aku pernah mendengar ceramah Dr Fadzillah Kamsah dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim pasal persoalan jodoh. Ada banyak sebab kenapa di zaman yang serba moden ini persoalan ini masih lagi bertandang..antara faktor2nya.

1. Usaha Belum Sempurna
2. Belum benar-benar bersedia
3. Tiada Daya Penarik
4. Doa tidak termakbul
5. Restu Ibu Bapa belum total
6. Faktor Metafizikal

Setiap manusia ada pasangan masing-masing. Mgkin lambat atau cepatnya kita bertemu jodoh..apa yang penting kita perlu redha dengan apa yang telah ditentukan kepada kita. Tidak salah sekiranya pihak perempuan yang memulakan langkah. Tapi perlu ikut jalan yang betul. Usaha tidak mencukupi sekiranya kita tidak mengerjakan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Maha Esa. Sambil berusaha kenalah kita bermunajat memohon pertolongannya agar segala usaha kita dirahmati dan dimakbulkan..amin

Aku juga berdoa agar segala2nya berjalan lancar. Permudahkanlah jodohku dan berilah aku rezeki serta berkatilah hubungan kami..aminn..

Daa..

Hari Yang Sengal..

Salamzzz

Semalam adalah hari yang sengal. Aku nak anto message kat boss bg tau lambat masuk tp sms tak lepas. Siap tulis your message is barred. Adoyai. Dah le aku kena ke KL sebab ada hal sket..huhuhu

Bas pulak lambat. Sampai kat depan masjid darul ehsan dah jem giler sebb trafik lite kat depan tu rosak. Lagi le aku geram. Dekat 1/2 jam jugak le terkapai kat situ. Naik tren pegi KL and Adir dah siap tunggu kat KL Sentral

Tapi yang bestnya tghari semalam dapt makan free. Ada restoran baru bukak..menu laksa dan mee rebus..wallla..yummy.

Tuesday, June 1, 2010

Debar

Salamzzz..

Entah kenapa dari semalam hatiku berdebar dan bergetar apabila aku teringat akan dia. In fact semenarnya since last week lagi. Kebiziannya kadang2 membuatkan hati aku berkata-kata. Orang perempuan ni biasa le kan..hehehe.

Adakah dia juga merasakan getaran apa yang aku rasa. Atau hanya aku jer yang berperasaan begini. Dah lama aku tak merasainya. Tambah d usia yang sebegini malu ler weh!. Nanti orang cakap perasan le pulak. Bak Kata Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.

Namun aku rasa aku lebih matang walaupun kadang2 terbabas le jugak bila orang x sms balik. Mesti sakit hati kan..tu adat ler..hehehe

Anyway aku sentiasa mendoakan kesejahteraanya di dalam kerjaya dan kehidupan. Semuga ada sinar buat aku untuk kebahagiaan di hari depan..insyallah

Daa

Warna Warni Solat

Bismillahirrahmanirrahim dan salammzz

Aku begitu tertarik untuk kita renungkan bersama dan memperbaiki segala kelemahan diri di dalam memperbaiki solat kita.

SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sumber : www.zahazan.net

Inilah masanya kita memperbetulkan apa yang kurang..semuga kita akan menjadi insan yang lebih cemerlang..amin.

Daa

Today

Bismillahirrahmanirrahim dan salamzzz

Hari ini aku rasakan ada sedikit ketenangan walaupun di fikiran serabut dengan macam2persoalan. Setiap manusia ada masalah tersendiri. Begitu juga dengan aku. Tapi majoriti masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan kan!. Namun aku tetap bersyukur dan ini tidak menghalang aku untuk terus merasa bahagia dan hepi di dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma ada batasan la kan.

Pagi ini aku titipkan pesanan ringkas kepadanya. He's on the way to KLIA. Tak sangka pulak nak reply almaklum ler...biarlah rahsia..hehehe

Daa..

Monday, May 31, 2010

My Birth Calculation

Salamzzz..

Dah tak de keje lain lah aku ni, browsing internet..hehhehe. Terjumpa lak website ni tu yang copy phase kat my blog..saja2 je tempek kat sini..

19 July 1968
Your date of conception was on or about 27 October 1967 which was a Friday.

You were born on a Friday
under the astrological sign Cancer.
Your Life path number is 5.

Your fortune cookie reads:
A quiet evening with friends is the best tonic for a long day.

Life Path Compatibility:
You are most compatible with those with the Life Path numbers 1, 5 & 7.
You should get along well with those with the Life Path numbers 3 & 9.
You may or may not get along well with those with the Life Path number 8.
You are least compatible with those with the Life Path numbers 2, 4, 6, 11 & 22.

The Julian calendar date of your birth is 2440056.5.
The golden number for 1968 is 12.
The epact number for 1968 is 0.
The year 1968 was a leap year.

Your birthday falls into the Chinese year beginning 1/30/1968 and ending 2/16/1969.
You were born in the Chinese year of the Monkey.

Your Native American Zodiac sign is Woodpecker; your plant is Wild Rose.

You were born in the Egyptian month of Paopy, the second month of the season of Poret (Emergence - Fertile soil).

Your date of birth on the Hebrew calendar is 23 Tammuz 5728.
Or if you were born after sundown then the date is 24 Tammuz 5728.

The Mayan Calendar long count date of your birthday is 12.17.14.16.12 which is
12 baktun 17 katun 14 tun 16 uinal 12 kin

The Hijra (Islamic Calendar) date of your birth is Friday, 22 Rabi'u'th-Thani 1388 (1388-4-22).

Your age is the equivalent of a dog that is 5.98473581213307 years old. (You're still chasing cats!)

Your lucky day is Monday.
Your lucky number is 2 & 7.
Your ruling planet(s) is Moon.
Your lucky dates are 1st, 10th, 19th, 28th.
Your opposition sign is Capricorn.
Your opposition number(s) is 8.

Today is not one of your lucky days!

There are 49 days till your next birthday
on which your cake will have 42 candles.

My Names Means

Salamzzz..

Teruja nak tau wat is my name means. This is the result :-

You entered: Intan Shamsina
There are 13 letters in your name.
Those 13 letters total to 52
There are 5 vowels and 8 consonants in your name.

Your number is: 7

The characteristics of #7 are: Analysis, understanding, knowledge, awareness, studious, meditating.

The expression or destiny for #7:
Thought, analysis, introspection, and seclusiveness are all characteristics of the expression number 7. The hallmark of the number 7 is a good mind, and especially good at searching out and finding the truth. You are so very capable of analyzing, judging and discriminating, that very little ever escapes your observation and deep understanding. You are the type of person that can really get involved in a search for wisdom or hidden truths, often becoming an authority on whatever it is your are focusing on. This can easily be of a technical or scientific nature, or it may be religious or occult, it matters very little, you pursue knowledge with the same sort of vigor. You can make a very fine teacher, or because of a natural inclination toward the spiritual, you may become deeply emerged in religious affairs or even psychic explorations. You tend to operate on a rather different wavelength, and many of your friends may not really know you very well. The positive aspects of the 7 expression are that you can be a true perfectionist in a very positive sense of the word. You are very logical, and usually employ a quite rational approach to most things you do. You can be so rational at times that you almost seem to lack emotion, and when you are faced with an emotional situation, you may have a bit of a problem coping with it. You have excellent capabilities to study and learn really deep and difficult subjects, and to search for hidden fundamentals. At full maturity you are likely to be a very peaceful and poised individual.

If there is an over supply of the number 7 in your makeup, the negative aspects of the number may be apparent. The chief negative of 7 relates to the limited degree of trust that you may have in people. A tendency to be highly introverted can make you a bit on the self-centered side, certainly very much self-contained . Because of this, you are not very adaptable, and you may tend to be overly critical and intolerant. You really like to work alone, at your own pace and in your own way. You neither show or understand emotions very well.

Your Soul Urge number is: 3

A Soul Urge number of 3 means:
With the Soul Urge number 3 your desire in life is personal expression, and generally enjoying life to its fullest. You want to participate in an active social life and enjoy a large circle of friends. You want to be in the limelight, expressing your artistic or intellectual talents. Word skills may be your thing; speaking, writing, acting, singing. In a positive sense, the 3 energy is friendly, outgoing and always very social.

You have a decidedly upbeat attitude that is rarely discouraged; a good mental and emotional balance.

The 3 Soul Urge gives intuitive insight, thus, very high creative and inspirational tendencies. The truly outstanding trait shown by the 3 Soul Urge is that of self-expression, regardless of the field of endeavor.

On the negative side, you may at times become too easygoing and too optimistic, tending to scatter forces and accomplish very little. Often, the excessive 3 energy produces non-stop talkers. Everyone has faults, but the 3 soul urge doesn't appreciate having these pointed out.

Your Inner Dream number is: 4

An Inner Dream number of 4 means:
You dream of being a very solid citizen that people can depend upon. You strive for organization and predictable order. You want to be recognized as a person with a plan and the discipline to make that plan work like clockwork.

Hujung Minggu

Salamzzzz..

Dah bermula kembali minggu yang baru, hari yang baru. Aku rasa setiap tibanya hari senin tahap kemalasan mmg menghantui aku..hehehe. Mana tidaknya 3 hari bercuti. Memang le malerzz kan.

Walaupun cuti selama 3 hari ada jer aktiviti yang aku lakukan. Tak puas rasanya. Nak tau apa antara aktiviti yang aku lakukan dari hari Jumaat sehinggalah semalam.

Hari Jumaat

Biasa la kan bila dah hari cuti apa lagi tidur le sepuas2nya walaupun aku balik lewat semalamnya. Me and my fren pegi makan2 kat summit. Habis makan pun dah dekat pukul 10 sebab my fren datang lambat. Lagipun jalan jem almaklum ler keesokannya kan cuti hari wesak. Lepas makan kami planning nak pegi tengok wayang citer Prince of Persia. Ramai jugak la yang beratur nak tengok citer tu. Aku pun beratur la. Tayangan pukul 10.30 malam. Bila tiba time aku nak beli tiket semua seat dah penuh, cuma tinggal barisan hadapan jer.huwaaaa..langsung my fren kata tak payah tengok sebab dia tak nak duduk row depan..sob sob sob. Aku sedikit kecewa.Nak tunggu tayangan seterusnya pukul 12.20 midnite. Nanti lambat pulak aku balik kan. My fren ajak tengok kat Sunway Piramid tp aku x nak sebb beratur lagi panjang. Lain la kalau dah book tiket awal2.

So kami pun jalan2 ler kt kedai2 Cd yang masih buka kat summit tu. Kedai2 lain pun banyak yang dah tutup. Then my fren kata tak per nanti dalam kereta aku boleh decide nak pegi mana. Last2nya my fren kata "jom kita pergi putrajaya nak?" Aku pun setuju and then apa lagi kami pun terus le menuju ke Putrajaya makan angin. Release gak tensi aku sebab tak dapat tengok prince of persia..Last2nya pukul 1.00 lebih jugak sampai umah.

Pada sebelah pagi Jumaatnya pula aku buat facial di summit. Dapat la merehatkan diri dan minda. Seronok dapat kena urut dari rambut sampai ke kaki..hehehe. Kalau boleh hari2 nak buat..hiks!.

Lepas tu terus shoot ke KTM KL beli tiket nak balik hujung minggu ni. Cuaca mmg panas sangat. Dari KL balik Subang singgah ke Carrefour beli barang sket untuk jamuan besday Zikri. Aku sampai rumah pukul 4 petang.

Hari Sabtu

Hari ini mengadakan small party for Zikri Raziq yang dah genap setahun. Makanan yang disediakan semuanya untuk orang dewasa. Dianya satu benda pn tak leh makan..hehehe. Aku menyediakan karipap untuk juadah hari itu. Lain2 makanan yang ada sate, mihun, nasi impit, pengat pisang. Meriah jugak la makanan. Kenyang sampai ke malam..hehehe

Sunday

Aku keluar rumah dari seawal 7 pagi menghadiri NDO seminar. This is invitation from my fren. Tak sangka la seharian. Sampai rumah pun kul 7.30 pm. Penat sket. Diam tak diam malam tadi dekat pukul 12 malam jugak baru terlelap. Aku mencari charger bateri tak jumpa2. Entah mana aku letak..

Ini lah aktiviti aku pada minggu ini. Nama jer cuti 3hari tp tak cukup rehat semenarnya. Apa2 pun aku enjoy n hepi.

Daaa..

Wednesday, May 26, 2010

Mengimbau Kenangan - 4

Bab 4

Nonny terasa benar2 bosan. Semua kerja yang dibuatnya serba tak kena. Di kepalanya ligat berfikir tentang cadangan k.sofia tempohari. Tiba-tiba dia teringat untuk menelefon sahabat2nya. “ aku dah x leh berfikir lagi nih. Nak kena mintak pendapat Zira & Nita.” Gumamnya. Pantas jemarinya mendail no pejabat Anita.


“ Hello Nita..jom lunch tengahari ni. Kau tolong call Azira sekali.” Nonny memberitahu Anita.

“ Kau belanja ke? Tanya Anita sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“ Tak habis-habis nak belanja kau. Sekali-sekala apa kata kalau kau buat amal belanja aku ngan Zira pulak.” Usik Nonny.

“ Ish ko nih. Dah le kau yang call, aku pulak kena belanja.” Bebel Anita.

“ Sayang sangat duit kau tu ya. Simpan banyak-banyak pun bukan boleh bawak masuk kubor Cik Anita ooi! Apa la salahnya belanja kami berdua nih! Sekurang-kurangnya kau dapat pahala. Itupun kalau ikhlas la.” Nonny terus memancing sahabatnya itu sambil ketawa kecil.

Kadang-kadang Nonny sendiri kurang paham dengan sikap yang satu itu yang ada pada Anita. Namun Anita seorang sahabat yang selalu mengambil berat. Mereka serumah pun dah hampir 5 tahun.

“ Oklah.? Anita sudah mula mengalah.

“ Macam tu lah. Ini yang buat aku sayang baangat sama kamu deh!hehhehe..”

“ Jangan lupa pulak call kawan kita tu. Aku tunggu terus kat tempat biasa k?” sambung Nonny mengingatkan Anita.

“ Ya la Cik Puan.” Lantas perbualan dimatikan.