Monday, December 1, 2014

Seri Pacific Nov 2014

As salam,

Firstly memang time2 sekarang malas tul nak update kat blog. Lagipun macam x de mood jer nak citer apa2. Banyak hal yang dipikirkan. Tahun ni aku rasa tahun yng paling x best dalam kehidupanku. Makin lama aku terasa cam makin jauh jer. Sehinggalah ke minggu lepas baru jek 3 x ketemu dengannya. Tak tahulah aku nak cakap. Aku malas nak prasangka buruk kat orang. Tapi instinct aku kuat merasakan sesuatuh..

Setelah hampir 5 bulan baru aku dapat jumpa. Aku dengar katanya sakit. Tak taulah aku setakat mana kebenaran atau alasan untuk aku. Namun aku tetap bersabar sebab ada yang belum settle antara aku dengan dia. Mungkin juga ini dugaan untuk aku, mungkin juga dia. Hanya Allah yang Maha mengetahui akan segalanya. Apa yang penting aku kena redha unuk menerima ketentuan olehNya.

Last week sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO. Dia juga terlibat sama bila time macam ni. Kesibukan dia memang hebat ler. Tapi dalam kesibukan dia tu aku buat observation. Sempat jugak nak bergedering dengan rakan sekolah. Kalau nak jumpa aku tu asik le bertangguh. Yalah aku ni pun bukan sapa2 kan. Agenda x penting pun.

Aku gamble jer la last week sms dia. Dah kul 8.30pm baru nak reply wassap aku tanya nak datang jumpa dia ker? Aku ni x de ler harap dia nak reply pun sms aku. Lepas tu aku terus jawap ok. Sebelum tu macam2 ler aku pikir dalam kepala hotak aku ni. Dia jawap katanya jumpa dia kul 11 mlm sb at the same time dia ada taklimat dengan menteri..Punya le lama nk tunggu.

Aku mintak izin kakakku untuk jumpa kawan aku nih. So anak buah aku antar di stesen komuter dan aku bergerak kul 9.00++ lebih. Sampai di Sentral baru kul 10. Ingat nak lepak kedai buku tutup le pulak. Nak guna atm mesin pun semua out of order. Aduuuhhh! sabor jer mak!

So, aku pun naik le kat tempat teksi dan duduk kat situ sementera nak tunggu kul 11. Masa tengah duduk tu datang pulak husband kawan sekolah aku. Dia ada seminar kat KL and duduk kat Hilton depan sentral. Sempat le kami berborak kejap. Mujur le husband kawan tu temankan sekejap walaupun aku x mintak dia berbuat demikian. Terima kasih di atas keprihatinan suamimu Baya. Nampak dia risau nak tinggalkan aku duduk kat sentral tu. Tapi masa tu ramai orang lagi.

At last aku dapat message dari dia kata dah settle dan aku leh gerak. Aku mintak izin dari husband kawan aku tu tuk beredar. Aku terus naik cab ke Seri Pacific. Mak Aih mahal jugak tambang rm18. Sebab aku x berani nak jalan dari stesen putra terpaksaler korek tabung..hahahhaha

Tapi perasaan aku cam biasa jer. Dah x de excitedment pun. Kalau tidak terasa sangat nak jumpa. Tapi bila dah jumpa mcm poyos jer. Udahle aku 1st day period. Lagi le mood swing.

Nak kata sembang beria tidak jugak. Si Inas ni sibuk jer dengan message dia jer. Geram jera aku ngan dia. Tapi kawan punya pasal diam jer ler.


Aku akan usahakan untuk settlekan apa yang patut. Apa2 pun aku doakan yang terbaek buatnya. Semuga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu. aminn

Daa.

Friday, October 17, 2014

KK Trip Report 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya aku ingin memanjatkan kesyukuran di atas perancangan yang singkat ini impian kami  untuk ke Kota Kinabalu akhirnya tercapai sudah.Masih terasa macam baru semalam jer kume balik, tapi dalam hati tetap tergambar keindahan dengan seribu satu kerenah dan kehangatan yang tidak terungkap. Yang paling menyeronokkan trip kali ini memang tersangat-sangat happening selepas trip Sandakan 2 tahun yang lalu.
Apa lagi yang ingin ku banggakan kerana mendapat kawan-kawan sekolah yang terbaek setakat ini. Our convent badge 85 is the most wonderful grup ever in da world. Walaupun dengan usia yang semakin menginjak, namun kita masih lagi tetap seperti anak-anak remaja riang yang tak lari dari senda gurau, usik mengusik, kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Sememangnya gurau senda yang tampak kasar tapi hakikatnya kita telus dan lebih mengenali diri kita sesama sendiri. Betul tak? Inilah keunikan yang ada pada geng 85 ni. Walaupun ada di antara kita yang tak pernah sama kelas, tapi ikatan hubungan kemesraan kita tetap terjalin dan ikatan ukhwah antara kita kini kian erat dan akrab. Kepada yang  tidakpernah mengenali kita ini pastinya akan berkata-kata kan. Tapi kalau sekali dah juin memang sama-sama akan merasa kepeningan dan kehavockan karenah kita..hehehe. Contohnya anak Sap. Aku tabik anak dara Sap yang betul2 enjoy dengan grup mamanya ini..hehhee. Next time juin lagi kami yer Sherina!. Penin penin juga, yang penting kita enjoy!.
Now we start sharing our aktiviti di KK :-
Day 1 : 25th September 2014
Perjalanan kami bermula dari jam 8.30 pagi ke KLIA2. Terimakasih di atas jasa baik suami Sap kerana menghantar kami ke airport pagi tu. Seronoknya tak terkata. Yalah aku ni dah lama tak pergi bercuti kan. Jadi excitednya tu hanya Tuhan yang tahu..hehehehe.
Bila dah berjumpa seperti biasa ler riuh. Masing-masing nak bercakap..hahahaha. Apa yang menarik pagi ini kami dibekalkan dengan homemade nasi lemak dari Pn Hajjah Baya kita. Terimakasih yang tidak terhingga kerana sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyediakan kami nasi lemak sebagai alas perut. Wallaywey,memang terbaeklah Baya. Nasi lemak yang marvellous and superb!. Puji makan pun licin..hehehe.
Kami tak tunggu lama pun.Bila Zana sampai, kami terus buat check-in luggage.Yang lain-lain Zana dah settlekan thru web check-in. Jadi masa kami tak terbuang. Kira jauh jugak le menapak dari kaunter check-in nak ke ruang menunggu tu. Sempat jugak le singgah toilet buat apa yang patut..
Masa kami sampai kat ruang menunggu tu kira dah ramai jugak le yang ada kat situ.Bila grup kita masuk jer aje ngan riuh. Amik gambo pun bising..hehehe. Macam-macam posing pun ado.Sampai ada satu mamat cina tu terus bangun duduk tempat lain bila nengok kebisingan kume.Bukan setakat bising, siapa sakat menyakat lagi. Orang sekeliling asik perati kita jer. Nampak benor kita ni pemes yek!..thumbs up!.hahahhaa
Sampai naik kapaltrobang pun masih pok pek pok pek!..hehehee. Grup kita jer yang sembang. Orang lain tu senyap jer..hehehehe. Disinilah kume belajor bahasa baru dari Ijan – solotion..hahahaha. Isu pembentangan dan solusinya. Aje ngan lawak. Asal ada bunyi serupa ok jer Ijan..hahahaha. 
Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat mendarat di KK Airport about 2:15pm. Dari Airport kami terus di bawa ke Marina Court Condominium untuk check in dan berehat sebelum aktiviti seterusnya di jalankan dan dari sinilah segala-galanya bermula..
1.Lunch, Masjid Terapung& Ronda-ronda Bandar
Lepas check-in dan berehat sebentar,kami makan tengahari di Restoran Kak Nong. Time tu pun dah pukul 4 petang.Ni kira lunch + tea time.Nak kata sedap sangat tu boleh la tahan. Portionnya besor jugak weh!.Memang kenyang.Dari segi rege sedikit mahal jugak makanan di sini. Tapi semuanya dah lapor belasah jer ler..hehehe.
Dah abis makan kami solat di Masjid Terapung.Cantik dan besar masjidnya.Alhamdulillah dapat jugak merasa bersolat di sini.Selepas bersolat sempat ler kume bergambar kenangan.
Dari masjid terapung kami mengelilingi pekan KK  dan singgahdi taman berhampiran menara yayasan sabah. Waktu tu pun dah gelap nak maghrib walaupun baru jam 6 petang. Apa lagi bergambor ler. Ada tugu monyet kat situ.hehehe.Macam-macam aksi ada.Kan kita ni semua kanak-kanak riang lahir pulak tahun monyet!..hehehe.
Sebelum balik condo, sempat shopping beli bahan2 bekalan untuk ke kundasang keesokkan harinya. Malam tu dinner kami mee Maggie yang disediakan oleh chep dek cun..hehehe
2.Karaoke
Aktiviti di malam pertama kami pegi berkaraoke.Memang sedari awal dah direquest dalam itinerary kami pun. Nampak semua dah excited nak release tension.hehehhee.Ijan lagi ler udah x sabor nak buat persembahannya.Memang happening sungguh.Semuanya sporting. I loike!.Bukan main lagi persembahan dekcun  yang ala-ala konsert gitu walaupun suara ada sumbang mambang..hehehehehe.  Tak kisah le beb as long kita enjoy!.Walaupun lagu-lagunya x banyak pilihan, namun kita tetap enjoy! Time menari yang paling lawak dari Sap yang menggayakan aksi Pak Maun (cerita P.Ramlee). Masing-masing dah terbahak2 ketawa..budak yang jaga kaunter tu pun terjenguk2 kat dalam bilik kume nengok ahkak2 berkarok!..hahahahaha.
Sempat juga kume poco-poco dalam tu. Malam tu memang tak kering gusi kami dibuatnya.Sebenornya kita nibanyak bakat terpendam rupanya.hahahaha. Terbaek kome sebab sporting sangat!. . Segala urat-urat pun jadi ringan..Malam tu semua tersenyum dan tidur lena.
Day 2 – 26th Sept 2014
Pagi-pagi kami bergotong royong menyiapkan bekalan untuk ke Kundasang – sandwich sardine homemade by Datin Kiah kita.Memang sedap.Yum yum.Lain-lain tu kami bawak titbits. Dalam pukul 7:00 lebih dah kena start gerak. Takut nanti kabus dan lori banyak.
Aku yang belum apa-apa lagi dah rasa pening-pening sampai le di Rumah terbalik.Semua barang dalam rumah tu semua terbalek.Aku rasa macam mata aku juling sekejap bila tengok semua barang terbalek.hahaha.Rasa nak muntah ada, tapi x mau.Sempat le masuk dalam toilet siap Kiah tolong urutkan, tapi x mau jugak.Terimakasih x terhingga  pada puan datin rokiah kita sebab tolong urutkan teman. Masa tu x tau nak cakap apa dah! Memang kepala penin sangat dan x boleh nak membuang lansung, muntah atau berak pun tak mau.Lepas dah isi perut kami teruskan perjalanan ke kundasang hotspring. Jalan untuk ke kundasang tu pulak mak aih ibarat nak ke Cameron Highlands tapi lebih tajam selekohnya. Bertambah penin le teman weh! Namun tetap bertahan juga sehinggalahsmpai ke atas tu..yeehaaa!..Sempat le si Sap merakam aksi kami dalam van nak ke Kundasang.Aje ngan ghiuh.Bile tengok balik gelak sorang-sorang aku especially bila nengok si Ijan.hehehehe.
Sebelum sampai hotspring kami singgah di Pekan Nabalu.Antara tempat menarik untuk dilawati dan membeli cenderahati di sini.Keindahan scenery di sini memang cantik dan menarik. Aktiviti bergambar memang kemestian..hehehe. Datin Kiah kita sempat membeli buah binjai.Memang sedap.Dapat buat sambal lagi best. Tapi macam aku yang dah penin ni makan apa pun dah x rasa..huhu. Lepas Kiah makan pun turut sama penin juge..hehehehe
Akhirnya di hotspring aku dapat memuntahkan lahar yang berkumpul selepas aktiviti berendam.Barule lega sangat-sangat, walaupun x banyak. Ijan pulak siap berak..hahahaha. Lepas tu sambung berendam dalam ayor cetek!..ekekekee.
Dari hostpring turun balik dan singgah makan durian dan buah terap sebelum menikmati hidangan tengahari kami di Restoran Nabalu.Memang sedap buah terap rupanya. First time cuba.Fizikalnya macam buah cempedak tapi isinya kecik2 dan manis. Kat semenanjung x de buah terap ni. Durian pulak aku makan dua ulas jer. Tak berani  pun nak makan banyak sebab baru jer ok dari penin. Nanti pengsan lak aku. Lagi susah kawan-kawan aku kan.
Hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan dari Lunch sampailah kami tiba di desa cattle dairy farm.Sampai kat ladang pun dah pukul 5 petang. Sempat le kami tengok aktiviti lembu-lembu yang ada kat situ sambil menikmati aiskrim dan susu segar terbaek dari ladang.Sejuk pun aiskerim tetap telan jugak.hehehe.Aktiviti bergambo tak banyak sangat disini sebab hari hujan.
Dah settle ladang, otw turun kami singgah di kaki gunung Kinabalu pulak untuk bergambar. Hujan agak lebat jugak masa tu.Namun redah jugak ler. Udah alang2 sampai kan. Bila lagi.Menikmati panorama dan keindahan dalam hujan.Si Zana dengan Hisham dah turun dulu.Yang si Linda pulak buat lawak x boleh nak bukak pintu van.Jenuh le mencuba idak jugak nak terbukak. Apa lagi Puji jerit panggil Zana..adehh!. macam-macam hei! Masing2 udah ngekek. Hisham pun penin nengok aksi makcik2 vogue ni!..hahahahhaa.
Hari ni perkatan baru dari Ijan sepanjang perjalanan - ‘showel’ yang bermaksud Shawl..ekekekee. Lepas tu sembang-sembang lagi keluor pulak perkataan Tesl yang bermaksud Tesis. Bantai kume ketawa terbahak-bahak dengan Ijan. Ada je celoteh dia. Memang penyerilah dalam grup kita nih. Seminit pun x diam. Asik pok pek pok pek.Lepas tu ketawa.Memang terbaek la fren.Kira sepanjang jalan tu x kering gusi ler.Cuma otw balik dari kaki gunung kinabalu tu senyap sekejap sebab masing2 kepenatan.
Sampai pekan terus dinner di area Pasar Phillipines makan seafood.Malam ini dinner kami sponsored by Zana & Datin Kiah kita. Thank you so much.mmuah!.Dah kenyang apa lagi terus balik apartment dan berehat. Sambil tu menyediakan barang-barang untuk aktiviti keesokan harinya ke Pulau.

Hari ke-3 : Pulau Sapi/Pulau Manukan
Seawal 7:00 pagi bersiap untuk Island Hoping dan Snorkelling . Ijan menyediakan mee goreng untuk dibawa ke pulau.Baki tuna yang ada kami sambung buat sandwich lagi.Selain tu tit biits dan air jugak ada dibawa sekali.Kami berkumpul di jetty jesselton untuk ke pulau. Yang best bot kami tak campur orang luar sebab dah cukup chartered satu bot.Itu yang best.hehehe. 

Alhamdulillah mujur x mabuk laut..1st stop ke pulau sapi. Berendam pun kejap jer. Geli sebab ikan kerumun..hehehee. Ikan jinak2 belaka. Kume siap bg makan roti Gardenia. Deme-deme yang lain terus berkubang dalam ayor..hehehhee. Aku temanjer Kiah bersembang sementara nunggu deme abih berendam..Cuaca pulak x berapa panas.Tapi bahang terasa jugak.

Dari pulau Sapi kami bergerak untk ke pulau manukan pulak.Cantik sungguh pemandangan di sini.Tak terkata keindahannya.Dengan air lautnya yang biru dan tenang memang mendamaikan. Kalau datang honeymoon memang best woo!.hahahha. ada byk chalet kat sini.

Selain berkubang, Zana,puteri ,Sap n Sherina sempat menaiki parachute. Seronok tengok deme berani. Kalau aku dah lama tumbang sebab gayat..hahaha. Baru naik speed bot pun cuak!. Mujur x mabuk laut jer. Kalau tidak memang tak leh bawak ler ke pulau..hehehe!

Aktiviti di Pulau sampai kul 2 petang jer.Akibat berkubang lama sangat kat ayor laut sampai terbukak tali bra si Ijan.hehehe. Mujur pakai baju gelap..ajenya!.Kalau idak nengok free show le Ijan oooi!..Dari jeti terus balik apartment and keluar semula petang tu untuk shopping bahan-bahan kering dan souviniers di pasar phillipines.Beli ikan bilis, ikan masin pearl, etc.

Malam ketiga ini kami menikmati makan malam di Jeti Jesselton suggest by Hisham. Terbaek makanan di sini.. Teringat sotong goreng Nestum. Yum yum.Lepas balik dari dinner aku sempat berjejak kasih dengan kawanku uncle Hussaini & auntie mariani ditemani Ijan di kafe berhampiran condo kami.

Balik apartment terus packing barang mana yang patut sebab esok dah nak terbang balik KL.
Hari ke-4 : 28th Sept 2014
Keluar seawal 5 pagi untuk memborong barangan basah di pasar borong.kume beli udang beso, sotong dan lobster. Punya la lama tunggu barang dipacking.Agak lewat jugak ler siapnya.
Hari ni kume masing-masing sibuk mengemas dan bersiap-siap untuk pulang. Siap jam 9.15 terus check-out dan breakfast di airport jak!.
Alhamdulillah touch down di KLIA @2.15pmSampai rumah @ 3pm lebih. Home sweet home.
Lepas mengerjakan sotong aku terus pengsan sampai maghrib. Sambung balik tidur lepas isyak. Pening dengan bau sotong tu..masih belum dibuat sambal lagi sotong tu. Seminggu jugak le penat tu terasa-rasa. Sekarang ni Alhamdulillah.
Itulah antara aktiviti kami yang sempat kami lakukan sepanjang percutian  kami 4H 3M di KK pada tahun 2014.  Insyallah kita akan bertemu di aktiviti2 percutian yang seterusnya.

Kesimpulan
Maap le yer kalau report ni x berapa nak best. Idea kontang sebab asik penin jak!.hahahha. Daku juga memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki seandainya ada perbuatan maupun tuturkata yang membuatkan kome terguris sepanjang perkenalan kita dan semasa kita berada di negeri di bawah bayu ini dari 25-28sept 2014.Aku hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan
Diharapkan semuga ikatan ukhwah kita akan terus utuh sehingga ke Jannah. I luv each one of uols.Yang menjadi pelengkap kehidupanku seawal kita mengenali dari sekolah rendah sehinggalah ke tingkatan 5. Memang tak akan dapat berjumpa dengan geng yang penin dan happening seperti kita!. Keep it up gurls!. The best of Convent! Tak akan sama seperti kita bersama kawan Universiti atau kawan sepejabat.
Planning ahead for year 2015. Desination will be Phuket. So, kita kena menabung dari sekarang.Masa, tarikh akan ditentukan. Will keep uols posting from time to time.
Usul untuk sambutan jubli emas kita yang ke-5 series, cadangan telah dimajukan. Destinasinya..New Zealand. Insyallah. So, kepada geng-geng yang ingin bersama-sama menikmati keindahan NZ joms kita mula menabung. Kita makan angin ramai-ramai  tungguuuuuuu!
Semuga segala perancangan kita seterusnya akan diberkati dan dipermudahkan olehNya..Insyallah.aminn
Akhirkata semuga kita akan bertemu di aktiviti yang seterusnya!.
Daaa..

Intan S
(Sexiteri XCBG’85)







Itinerary KK Trip 2014



Trip to KK (4D 3N)
Date : 25th Sept – 28th Sept 2014

Itinerary :

Day 1 : 25 Sept 2014
13:40 – touch down in KK
14:00 – lunch
15:00 – check in & solat
16:00 – visit rumah terbalik
            - Jambatan tamparuli
19:00 – back to KK
20:00 – dinner & karaoke
               Back to apartment

Day 2: 26 Sept 2014
(Sweater, Selipar, bahu persalinan, paying & telekung)
06:30 – Breakfast
07:30 – to kundasang/ranau
               Kinabalu park, Desa cattke dairy farm, Gerai  sayur & buah2an (terkluk kepada
               masa)
19:00 – back to KK
20:00 – dinner

Day 3 : 27th Sept 2014
(Selipar, bahu persalinan,tuala, telekung & food)
06:00 – breakfast
07:00 -  island hoping (pulau manukan & pulau gaya)
13:00 – back to KK and apartment
15:00 – city tour & shopping
               Filipimo market, kedai jamilah, etc
19:00 – dinner

Day 4 : 28th Sept 2014
05:00 shopping udang & ikan
07:00 – breakfast
08:00 – packing balik
09:30 – check out
10:00 – check in flight
11:30 – depart fr KK
14:00 – touch down at KLIA2



           

Thursday, October 16, 2014

Luahan Hati

Salam,

Aku x tau bagaimana nak mulakan. Tapi yang aku tau kali ini aku benar-benar kecik hati dengan sikap dia. Apa masalah dia sebenarnya? Kalau dah x nak reply bagi tau jerlah. Insyallah aku dah cukup dewasa untuk terima. Ini senyap balik dah. Bila aku diam pandai pulak tanya kenapa aku x kontek dia..aduhh! Karang kalau aku serang dengan segala mcm pertanyaan lain pulak jadinya. Dia buat aku mcm aku ckp dengan tembok batu. Kalau x sihat sekalipun takkan sampai berbulan-bulan x nak reply. Aku tanya elok2 x nak jawap. Aku tau la dia tu siapa. Time x de sape nak layan dia baru le nak cari aku.

Sekarang ni aku nak lancarkan perang dingin dengan dia. Aku sebenarnya x sedap hati. Tapi siapalah aku kan. Memang x de reply. Apa yang patut aku buat lagi. So diam kan jerlah. Muhasabah diri aku ler. Mintak panduan dan pedoman dari Yang Maha Esa!..sedih jangan cakp ler. Aku dah speeechless.

Apa yang penting sekarang ni aku kenalah low profile. Aku x nak tanya apa-apa dah. Aku cuma nak hak aku jer. Yang lain-lain itu aku dah x nak peduli. Harap-harap dapat selesai segera. Aku tidak berhajat nak meneruskannya lagi. Masa cuma ada sehingga hujung tahun ni jer. Lepas tu sayonaralah!.

Aku berdoa semuga Tuhan permudahkan segalanya buatku. aminn

Daa

Friday, October 10, 2014

KK Trip 2014

As salam..

Lamanya x update blog ni. Lagipun teda cerita menarik nak update. Cuma 2 minggu lepas aku release tension ke KK bersama geng bas sekolahku. Memang best.







































Percutian yang terbaek untuk 2014. Cuma yang tak best aku pulak yang pening bil anaik ke kundasang sebab jalan yang berliku-liku..thanks geng. uols superb!.

Report belum lagi..tungguuu

Daa..

Monday, June 9, 2014

Terasa Hati

As salam,

Tahun 2014 ni baru sekali je aku ketemu dia. Tak taulah samada buat2 bizi ke apa ke teman dah x amik peduli. Malas nak interprem. Biarlah aku low profile. Lama2 nanti aku biasalah kan. Hantar sms pun susah dah nak reply. Siapalah aku untuk bersuara pun kan. Lagipun teman ni bukan list agenda penting pun. Tak de hal lah. Ikut suka hati kolah. Jangan salahkan teman pulak nanti sebab x sms. Kesabaran dan kesetiaan pun ada batasannya. Takkanlah kita pulak nak beria2 sedangkan pulangannya zero. Kasih sayang pun x berguna macam ni. Asik kita jer yang terhegeh2. Sendiri pikirlah. Biarlah aku jaga hati aku sendiri. Tak perlu nak amik tau dah. Aku sudah cukup dewasa untuk jaga diri aku sendiri. Aku akan sentiasa mendoakan ksesejahtraanmu. Hanya itu yang aku mampu.

Rindumu hanya di hujung jari. Tak de action yang diambil. Untuk apa aku peduli. Kepercayaan aku kepada kamu makin hari makin pudar di telan waktu. Namun lukanya tetap dalam. Doaku agar aku terus kuat dan tabah menghadapi segalanya. Semuga dipermudahkan segala-galanya. Bila kau tersedar nanti masa itu sudah terlambat. Penyesalan tidak akan membawa apa2 erti. Jadi pikirlah, peluang hanya sekali. Tak selaamanya aku menjadi patung bernyawa mengikut segala arahan kamu tanpa bantahan. Aku juga punya maruah. Jiwa aku dah rapuh sebenarnya.

Jadi bertindaklah segera. Undian akan ditutup tanya sebarang notis. Maaf ku pinta sekiranya kau terlambat bertindak. Aku x mampu.

Daa.

Kenduri Sambut Puasa 2014 (7/6/2014)

As salam,

Hari sabtu yang lepas kami mengadakan kenduri doa selamat sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan. Jemputan dari sekolah tahfiz di Kelang selain dari sedara mara dan rakan taulan. Alhmdulillah selamat disempurnakan.

Daa.

Monday, April 7, 2014

300: Rise of an Empire - Official Trailer 1 [HD]



As salam,


Sempat tengok movie ni on 12/3/2014 yang lalu. Boleh la tahan jugak ceritanya.

Rasa Hati

As salam,

Da masuk bulan April 2014. Cepat tul masa berlalu. Orang tu makin sibuk ke buat2 sibuk. Menyampah nak sms. Lantaklah. Mak pun dah letihlah. Asik kita jer nak jaga hati orang. Memang boring tahap gaban. Sekali sekala nak juga jadi penerima kan. Kalau memberi tiada pulangan mmg buang karan jer.

Biarlah. Suka hati kamu ler. Setakat hari ini aku malas nak berkata apa2. Aku nak tengok dan lihat. Nampak benor kamu x sincere.Aktiviti lain boleh pulak nak fulfilled.

Daa. 

Thursday, March 20, 2014

EX'85 Portluck at Sharifah's house - Nov 2013




As Salam,

Buat pertama kalinya kami berkumpul di rumah Sharifah di Shah Alam. Ini masuk kali ke-2 kami bertemu dengan Pah. Memang meriah dapat bertemu kembali. Banyak makanan yang disediakan dan dibawa oleh kawan2 lain. Siap boleh tapau lagi.  Kalau dah dapat berkumpul mmg mcm2 kejadian le ada kan.

Antara aktiviti kami di penghujung tahun 2013. Yang best tu Puteri turun dari BG untuk support portluck ni. Alhamdulillah.

Semuga ikatan ukhwah antara kita akan terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa. In sha Allah.

Daa

Cameron Trip - Feb 2014


















Hi ladies,

Firstly,thanks to all yang sama2 dapat menjayakan gedering trip kita di CH last weekend.Walaupun baru 2 hari berlalu, I really miss out the moment.huhu. Kalau lama sikit lagi best kan. Anyway yg penting effort from uols menjadikan trip kali ini successful.

Ucapan terima kasih kepada Safzelene Ishak (Sap) kerana sudi membuat arrangement untuk homestay di CH. Kepada geng Ipoh appreciate your kindness and cooperation during this trip. Memang marvellous.Tak dapat nak dilupakan.

To Nor Rizan, terima kasih banyak2 kerana sudi menyediakan juadah yang dah siap direquest..hehehe. Memang best tambahan ada gulai tempoyak!..yum yum.
To Uma Dhevi - TQ for your capati and kari ayam yg terbaek. Lepas ni kena try ler kan..hehehe. Also tea masala yg 1st time dapat rasa..best!
To Aligore Rokiah - ayam panggang & steamboat - wallawei..rugi kome yg x ikut..hehehe.
To Lailaton Azlina - popia dan karipap..x lupa kesedapan ayor Nescafe. terasa2 le pulak..he he he
To the rest..selebihnya kita enjoy!..

Memang terbaek la kawan2 semua yang memang superb dalam hal masak memasak ni. Teman yang malu sebab kureng skill..hehehhee. Asik duduk depan makanan jer..ekekekee

Sebelum berundur teman ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat perlakuan, pertuturan yang tersinggung sepanjang kita berkumpul di CH. Kita hanya manusia biasa yang serba kekurangan. I really love uols fren especially badge '85 ni. Grup yang paling happening. Kita kekalkan tradisi ini sehingga ke akhor hayat ye kawan2. mmuaaah2.

Akhirkata semuga kita akan berjumpa di aktiviti yang seterusnya. In Sha Allah. Semuga penyertaan kawan2 akan bertambah di aktiviti yang seterusnya..aminn

Sekian,

Just me,
Intan Shamsina Ahmad Sanadi
Sexiteri '85