Monday, December 10, 2012

Friday - 7/12/2012

As Salam

Hari Jumaat lepas aku keluar pejabat agak lewat jugak sebab ujan lebat..Ada ler jugak mcam perasaan berdebar tp aku nafikan dan elakkan. Aku malas amik port sb kalau perancangan dia selalu unpredictable. At around 6 pm aku saja jer antar satu pesanan ringkas. N aku tau dia mesti tak reply sb kebizian dia. Aku pun tak de le kisah sb dah biasapun cam tu.

Hujan mmg lebat sungguh petang tu. Aku tunggu le jugak sampai ujan reda sikit sebab takut tak nampak jalan. Lagipun aku tak planning apa2 pun petang tu. Sempat le aku gebang dengan mak aku. Lepas tu kakak aku pun tanya kat mana?

Bila dah agak reda aku pun start keter tuk keluar dari ofis parking. Masa tulah Mr B call aku nak jumpa ke tidak. Aku terpaksa berhentikan keter aku ke tepi sb nak jawab call dia. Aku kata ok and shall meet him at 8.15pm. Aku pun pikir nak balik ke tidak sb time2 mcm ni cab mmg susah nak dapat. So aku decide to lepak dulu kat C4 before dia sampai. So aku call Mek Ha sb dia pun nak ke C4. So sempat le borak2 kejap dengan dia and we make our own ways lepas tu.

Aku kuar dari C4 and waited Mr B outside. 1/2 jam jugak le tunggu dia. Katanya jem teruk kat Sunway..So dia kata dia follow keter aku dari belakang and pegi tempat biasa ler. So that nite kami tengok citer Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2.

Seperti biasa kami gi makan lepas movie and Mr B accompany me balik dulu and lepas tu baru shoot balik umah dia. Thanks for accompany me..syang jugak mike kat teman ek!.hehehe

Korang dah tengok ke citer nih!..

Oklah see uols in nxt n3..Insyallah.

Daa

Thursday, November 29, 2012

Aduuhhhhhh!!

As salam,

Kenapa la ngan aku nih!. Sampai hari ni x leh nak keluarkan pertanyaan itu. Berat beno rmulut aku nak cakap. Macam mana ni. Aku kalau boleh x nak la drag lebih lama lagi. Takut nanti lagi susah. Inipun dah susah nak cakap..Ya Allah permudahkanlah segalanya untuk aku menyelesaikan masalah ini. Aku x nak amik sesuatu yang bukan hak aku. Aku baru je tahun ni tahu. Lagipun orang tu mana nak cerita sejarah dia. Sejarah orang lain dia pandai..huhu. Masa masih belum sesuai kut untuk aku bertanya.

Ya Allah, aku memohon padamu untuk aku mensettlekan masalah ini. Semuga segalanya dipermudah dan diberkati..aminn

Daa.

Monday, November 26, 2012

Skyfall

As salam,

Hari Jumaat yang lepas aku tumpang ofis mate tuk ke ofis sb tak nak bawak keter. Tujuan sb nak keluar date dengan my fren. Malas nak drive malam2. Dalam masa yang sama aku tak pasti lagi samada date aku tu jadi ke tidak sb lately ni my fren is very busy. Cuma aku pegang cakap dia masa dia call aku hari rabu. Masa tu dia baru baik dari batuk so am I. Katanya jumpa hari Jumaat jer lah. Aku pun ok jer lah.

Tapi hari Jumaat lepas mmg aku tak sedap hati pun. Aku call sorang lagi kawan sb nak mintak sumber yang masih tertunggak. Katanya x settle lagi kena tunggu lagi seminggu. Adeh! aku apa lagi mengamuk le sikit sb aku nak settle something yng due hari ahad. Dalam masa yang sama gaks 'kawan baik' aku nak bertandang, mmg hangin ler satu badan. Yer lah since sebelum raya lagi x settle2. Yang aku geram tu sikap sambil lewa dia tu buat aku sakit hati. Itupun kalau aku tak usha/gesa dia supaya pegi Penang mmg dia nak lengah2kan lagi. Aku tak suka nak ungkit kisah2 lama. Yang penting mmg aku nak balik hak aku..itu saje. yang lain2 aku x kisah.

Kehanginan aku terubat sikit bila dengan sore Mrs B. Aku sms dia at around 4.15 pm tanya jadi tak our date. Sebaik send my sms dia terus call aku ckp dia masih kat Bkt Jalil sb PM nak jumpa pemain pasal game Malaysia vs Singapore. PM nak bagi kata2 semangat. Katanya nanti dia call balik bila settle. Aku jawap ok, tapi aku tak harap apa2 pun sb tau kebizian my fren tu.

So aku pun berkira2 tuk melepak le kat C4/Subang Parade. Masa aku ingat nak keluar dari Subang Parade aku terserempak dengan si Ros geng bas aku. Katanya member2 lain ada kat McD lepak2. Dia ajak aku juin sekali..apa lagi aku pun ok jer la memandangkan aku ingat tak dapat nak jumpa Mrs B. Seronok bukan main geng2 bas aku bila nampak aku sb dah lama benor kami tak lepak sama2..hehehe. Aku pun order le burger sambil sembang2. Dalam kul 7.30 Mrs B call aku katanya boleh jumpa at 8.30pm sb dah settle. Aku jawap ok ler..

Dalam 7.50 p.m aku mintak diri dgn geng bas sb nak jumpa my fren. So aku beredar ke C4 sebab aku tunggu kat bustop depan C4. Sempat le aku ke tandas dulu..Lagipun time cuti sekolah jalan ok. Mrs B pun sampai on time..kami terus le tempat biasa kami ke summit..hahahhaa. Dalam hati nak tengok citer Twilight Breaking Dawn..Sampai kat Summit terus beratur beli tiket. Agak ramai orang jugak ler. Bila turn aku tiba movie yang aku nak tengok tu dah penuh..tinggal seat depan jer. Jadi aku pun tukar le tengok Skyfall. Masa tu dah almost 9.00 pm and the movie also start at 9.00 pm. Aku terus grap Mrs B masuk tengok Skyfall..hehehe. Aku ingatkan kejap jer movie ni. Sedar2 lagi  15 minit kul 12 pm..hahaha. Mrs B tertidur pun dalam panggung..aku pun naik ngantuk tapi tak le tidur takut terbabas lak nanti kan..Lepas nonton kami ke restoran menikmati makan malam. Time tu pun dah dekat kul 1 pm. Tapi aku happy and release a bit tension sb perkara yang berlaku siang tadi. Lapipun aku bukan selalu keluar malam..Paling kuat pun sebulan sekali. BTW thanks Mrs B for belanja me supper..hehehe. Tunggu next month or next year pulak le yer..

Take care and have a nice day!..

Daa.

Monday, November 5, 2012

Hujung Minggu yang Kusam

As salam,

Mg yang lepas adalah minggu yang kusam bagi aku sebab apa? Minggu lepas aku dilanda demam dan batuk. Sampai hari ni pun batuk masih ada lagi. Gatal ler tekak aku nih. Tu yang buat aku geram tuh!. Tapi arini dah ok banyak dah. cuma ngantuk sb makan ubat jer la..

Nanti sambung lagi eh.

Daa

Wednesday, October 24, 2012

Kenapa Harus Berbohong

As salam..

Aku x tau nape dia harus berbohong. Dari segi fizikal mmg dah nampak sangat macam somebody husband. Cuma aku jer belum tanya directly. Jenuh nak pikir ayat yang sesuai nak tanya..hahaha. lagipun tak kuasa aku nak tanya..bukan aku gf dia pun..:))) ada aku kisah. Tapi pada aku tak kisah le kawan ke, gf ker bg tau jer status tu. Jadi senang orang tak salah anggap..betul tak?

Sampai ke hari ni dia mmg elak tuk cerita pun. Aku nak cari masa yang sesuai nak 'tembak' dan tanya pasal status. Bukan apa, itu buat aku lebih senang. Aku x nak terus 'alpa'.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku ini. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu..aminn

Daa

Monday, October 22, 2012

Stolen Official Trailer #1 (2012) - Nicolas Cage Movie HD

As Salam, Last Friday (19/10/2012) morning I received a call from someone. Almost a month tak sembang panjang sb demam and sibuk dengan tugas. So, aku pun saje tembak nak jumpa ke today?' Katanya ok. So aku apa lagi seronok ler kan. So tengahari tu aku hantar my BFF -WUH ke rumah sb petang ujan. Aku malas nak bawak keter. Selalunya mmg dia yang akan amik aku pun..hehhee.

So petang tu aku pun confirm balik dengan dia our appt is ON and asking wat time to be at tempat biasa..dia jawap @ 8.00 pm. So masa aku kuar ofis ujan punya la lebat. Aku pulak lupa nak bawak payung. Tapi masa sampai stesen subang ujan dah boleh redah dah..ok ler. So aku round2 sekejap dalm shopping mall tu sementara tunggu dia sampai and pekena seteguk kopi panas sebab sejuk benor..hahaaha

Dia sampai tepat pada masanya and kami pun proceed ler tempat yg selalu kami lepak. Mana lagi nak pegi since he is owez bizi. So mmg tak buat aktiviti apa2 pun ler.  Kami tengok wayang jer. Ingat nak tengok TAKEN 2 tapi lama benor nak tunggu. So pikir punya pikir aku beli tiket citer STOLEN..mujur le best jugak citernya..hehehe. Berbaloi2 ler..hahhaa.

Movie habis at around 10.30pm..so masih awal lagi..Dia kata lapor. So kami proceed makan kat USJ 2.Kami order sup ekor, telur dadar (ini mmg peberet dia), kailan ikan masin, paprik campur. Berselera pakcik tu makan..hahaha. Sembang2 kejap lepas tu dia antar aku balik. Masa tu dh kul 12 tghmalm. Rasa cam cinderella le pulak. Lagipun esoknya kan hari sabtu..apa lagi leh bangun lambat..hehehe

Setakat ni dulu coretan teman..korang x tengok wyang ke?

Daa

Monday, October 15, 2012

Trip to Langkawi (12-14 Oct 2012)

As salam,

Aku telah membatalkan trip aku ke Langkawi bersama geng2 sekolah. Tak tau kenapa aku mmg malas nak pegi. Lagipun jiwa dalaman ku kureng siok nak pegi. Banyak masalah yang aku pikirkan. Kali ini aku rasa mmg betui2 kena low profile. Malas nak campur. Nak duduk diam2.

Tak de apa nak cerita dah..out dulu..

Daa

Monday, October 8, 2012

Perginya Seorang Sahabat

As salam,

Petang semalam aku balik agak awal dari SU. Ingat nak rehat ler dan buat apa2 yang patut. Sebaik saja aku parking kat depan rumah aku call my dad bg tau aku dah sampai umah. Takut deme risau pulak kan. Masa tengah2 sembang dengan my dad aku receive incoming call. Rupanya K.Azmah call bagi tau our fren Mohd Faizal Baharudin baru jer meninggal. Innalillah. So K.Azmah arrange tuk pegi umah Faizal. So aku bg tau Norley, Umi. Depa pun juin sekali.

Aku sempat la semayang isyak dan makan sebelum keluar. Sementara tu aku menunggu Norley datang sb nak pegi sama2. Merasa jugak la Norley makan biskut raya dan cik buatkan dia Nescafe..suka benor le dia..Masa tu la K.Azmah sampai. So kami gerak pun dalam pukul 9.30pm.

Sampai di rumah arwah Faizal baru je tiba dari hospital. Jadi kami sempat la bacakan yassin tuk arwah. Jumpa teman2 yang lain memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Semuga aman di sana. Al-Fatihah.

Buat keluarga Faizal, salam takziah dari kami semua. Redhakan pemergian arwah. Semuga arwah ditempatkan di kalangan para solihin...aminn

Wassalam

Thursday, October 4, 2012

Mood hilang and sedih

As salam,

Aku rasa mcm tak bermaya la minggu ni. Macam2 hal. Aku mohon mintak Allah tetapkan imanku, bagi aku ketenangan untuk aku teruskan kehidupan seharianku. Semuga rezeki aku akan bertambah dan Tuhan tunjukkan jalan agar segala2nya berjalan dengan baik.

Insyallah mg depan aku nak pegi menyongkit ke Langkawi dengan geng2 sekolah. Semuga dipermudahkan segala2nya. Semuga segala perancangan berjalan dengan lancar..aminn

Dalam masa yang sama hati aku terguris. Sebab apa. Ada orang tak ikhlas sebenarnya berkawan dengan aku. Sampai bila nak simpan rahsia dan sorok semua kebenaran? Aku ni hanya manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Aku punya rasa sakit hati dan macam2 rasa lagi. Aku tak tau cemana aku nak settlekan masalah ni. Tak tau cemana nak mula. Ya Allah berikanlah aku petunjukmu. Biar segala2nya settle dengan aman dan damai.. Semuga segala2nya akan dipermudahkan..aminn.

Daa.


Thursday, September 27, 2012

Resident Evil Retribution - Official Trailer (HD)

As salam

Semalam tengahari aku antar sms to him say hye. Tapi aku tak rasa pun dia nak reply sebab aku tau dia bizi. Gamble aje le. Lagipun aku bukan hari2 sms dia kan..hehhee. At around 2.30 pm dia reply saying he miss me..hahaha. adehh. Pas tu tanya aku lagi bila nak jumpa. Aku tembak jer la kata hari ini and dia approve kata boleh gak..Seronoknya aku kan. Apa lagi. Set time macam biasa la. Kiranya surprised jugaklah..ngeeee..panjang senyumanku..

Tapi semalam mmg worst day for me, sebab dari petang aku balik sampai la nak jumpa incik abe tu. Banyak kejadian yang berlaku..Keluar dari ofis cermin kiri aku terlanggar sorang mamat indon yg berjalan kaki. Berdentum kuat bunyinyer..adoi..risau aku takut apa2 jadi. Mujur dan alhmdulillah teda apa2 cuma siku mamat tu sakit sikit ler..maaf ya pak!.

Sampai ajer rumah aku terus bersiap. Mandi pun ala kadar jer. Masa tengah siap incik abe sms jadi ke nak jumpa at 8pm sb dia baru perasan wallet tinggal kat umah. adeh!!. cepat2 aku reply kata aku dah siap..then dia reply balik dia tak de duit pun, malu nanti aku bayar semua. Aku reply kata apa salahnya sekali sekala. Cepat je dia jawap kata ok and gerak dari ofis dia..hehehee.

Aku siap2 masa tu time dah maghrib. Aku lepaskan azan dulu baru keluar rumah. Call teksi macam biasa la sb aku kalau boleh x nak bawak keter waktu malam. Memang dah biasa pun incik abe yang akan bawak aku..hehehe. Call teksi sampai 1/2 jam tak de jawapan. Ringing tone ada tp tak berangkat. Aku pulak dah cuak. Nak tak nak masuk umah balik amik kunci keter terus shoot ke tempat biasa tunggu incik abe. Lama jugak le aku tunggu. Aku anto sms dia tak jawap. Rupanya ada orang call dia sampai terlajak tunggu aku kat bustop SP..hahahaha. Mujur aku bawak keter. kalau jalan kaki jenuh aku nak menapak. So aku bagitau incik abe kena ikut aku balik ler sb aku nak parking keter aku balik  baru aku leh naik keter dengan dia..adehh!..memang betul2 masalah negara betul semalam..i learn from my lesson.

Seperti biasa kami apa lagi tengok wayang ler citer Resident Evil. Nak tengok citer lain time tak sesuai. Kami tak tunggu lama pun sb kami sampai pun 8.40pm. Movie start at 9 pm. So ok ler.

Good nite uols!..Gue nak tidor..

Daa

Wednesday, September 26, 2012

Kuat..

As salam..
Aku pohon kekuatanmu Ya Allah..tak sanggup sudah untuk aku menanggung rasa yang bukan milik aku. Tunjukkan aku cara yang terbaik untuk aku menghindarinya dari terus bercambah. Aku tak mahu merampas sesuatu yang bukan hak aku..


Monday, September 24, 2012

Sifat Manusia

As salam,

Sejak 2-3 bulan ni rajin jugak le sorang ni call aku, jumpa aku. Aku layan jer la, tapi lately aku rasa macam dah buhsan dengan lakunan dia. Sebab apa, sb tiada keikhlasan sebenarnya. Aku ckp macam ni sebab dia ada agenda di sebalik itu. Selama hari ni tak berapa perasan sangat, tapi lately ni nampak keikhlasannya kian menonjol. Dia bersandarkan agama sebagai modal tuk menarik minat orang yang dikenalinya. Orang macam ni mmg hipokrit..lepas tu terlepas ckp pulak kat adik aku..memang sahih ler dengan hidden agenda dia.

Aku nak tengok sejauh mana perginya. Dua minggu ni aku akan kejar dia sebab ada benda yang harus diselesaikan. Orang perak kata labun tinggi tapi sebenornya tak pakai otak. Nak tipu pun tak pandai..hahahaha.

Kita tengok dan lihat lakunan dia seterusnya ya!..

Daa

Tuesday, September 18, 2012

Get together di rumah Kak Ros - 16/9/2012

As salam,

Hari Ahad lepas kami get together di rumah Kak Ros di Seri Petaling. Yang ada cuma kami berempat jer la. Lagipun sb dah lama tak jumpa kan. Tak de apa yang menarik pun cuma sembang2 kosong. Menikmati juadah kway teow goreng K.Ross. ermmm yummy!

Balik dr Seri Petaling terus shoot ke Sg Buluh balik..hehehe. Si incik A..datang dinner kat kafe at around 10.00pm..lately aku rasa cam boring jer dengan incik A ni..Malas ler nak rapat sangat dah dengan dia. Aku rasa cam dia tu amik kesempatan jer..org sekarang bukan boleh percaya sangat..aku cuma nak balik hak aku jer. Dah berbulan2..sampai bila nak tunggu. Cakap mmg le pandai, tapi serupa bikin tak..well! we look and see.

That's all for today..will see uols on the next n3.

Daa..

Wednesday, September 12, 2012

The Possession Official Trailer #1 (2012) - Horror Movie HD


As Salam,

Paling best kalau si dia ajak keluar sb kami jarang keluar. Ikut time n mood dia. Aku malas nak pikir and tanya. Bagi aku kalau nak seribu daya, kalau tak nak dengan satu alasan pun dah cukup kan. Yang best tu aku ingatkan dia tak jadi nak keluar ngan aku sb selalunya kalau dia cakap insyallah mmg tak jadi. So aku buat tak tau jerlah sehinggalah dia yang call aku tanya nak jumpa tak? Dia marah aku sebab aku tak tanya dia. Aku kata aku tunggu dia ler, malas  nak kacau takut tengah sibuk.
aMasa tu aku dah sampai umah pun. Dia tanya sempat ke kalau nak keluar..aku cakp boleh jer and bg tau dia around 7.45 ler. So dia kata ok. Aku nak kata excited sangat pun tak de la jugak. Cuma aku mandi dan tukar baju jer sebelum jumpa dia. Lagipun cuaca panas, tak mandi rasa melekit.

Tak sangka pulak dia awal 10 mins sampai tempat biasa. Aku pulak ngam2 sampai @7.30pm. Sedang elok le pun. Tak de la dia tunggu lama. Lepas tu kami terus procid le tmpat biasa, mana lagi kalau tak tengok wayang. So semalam kami tengok horror movie tajuk The Possession. Masa kam1 masuk tu movie baru jer start. Ekceli nak tengok citer lain tp timing tak kena. So kami pun masuk je ler terus..heheehe.

Overall citer ni taklah menakutkan pun. Biasa jer. Actionnya pun biasa2 jer. Layan ajer la sebab dah tak de citer lain..hehee.

Itulah aktiviti kami kalau berjumpa. Lepas ni entah berapa lama lagi kena tunggu nak keluar bersama lagi..hehehe..tunggu aje la update aku seterusnya.

Daa!..


Dah agak dah

As Salam..

Apa yang aku fikirkan memang benar? Kali ini aku dah malas nak reply. Suka hatilah sebab aku sudah tiada kena mengena dalam ini gambar..hehhee. Aku sudah bosan! bosan! dan bosan..
Aku mahukan kebebasan..tak payah sibuk2 nak tanya aku. Dah sampai masanya pun.

Mulai saat ini aku dah x nak bersuara apa2 pun dah. Letih mak, nak? Berdiam diri lebih baik.

Selamat tinggal kawanku..aku mohon undur diri..

Daa.

Monday, September 10, 2012

Beraya ke Melaka - 9/9/2012

Hola Geng!,

Alhamdulillah segala perancangan yang telah sekian lama terperap akhirnya menjadi juga. Terimakasih pada Pn. Hajah kita di atas layanan yang tak terhingga di atas kedatangan kami menyerbu ke rumah mike semalam. Baya, sebenornyakan aku tak pueh makan sebab aku minum banyak ayor.huhu..makanan semua sedap2 pulak tu. Macam Xana cakp sambei nyior kamu mmg sedap!..i loike.

Juga ucapan ribuan terimakasih kami yang tak terhingga di atas segala layanan dan masakan yang sedap2 tu. Jangan serik tau kalau kume serbu lagi umah kamu..hehehhee..

Maaf yer kawan2, tak sempat nak ambik gambor makanan sebab kami terus ngap jer makanan yang dah siap dihidangkan oleh Pn Hajah kita..hehhee. Apa2pun kami semua mmg kekenyangan..alhamdulillah!

Akhirkata sepuluh jari di susun di atas segala keriuhan semasa kedatangan kume di Melaka..

Semuga kita berjumpa lagi yer!

Wassalam.

~ Intan~
Sexitery XBG'85

Wednesday, September 5, 2012

Diam

As salam,

Ntah kenapa semalam satu hari aku rasa berdebar, skrang ni pun rasa berdebar. Siapa pulak yang ingat kat aku nih. Since semalam mcm ni. Ni yang buat aku tak suka kalau ada rasa cam ni.Memang aku plan nak diam jer, tp hati tetap berkata2. So petang semalam @ 7.00p.m aku antar 1 short sms to say hye..pas tu aku pun nak masuk umah ler. alhmdulillah petang semalam hujan, ada la sejuk sikit. Masa aku siap nak keluar dari kereta phne aku berbunyi tanda ada message masuk. Aku pun baca ler, tengok2 dia reply katanya dah 4 hari demam. Lerr, patut le sengap..mmg peel dia cam tu kalau tak sihat mmg sengap le tak tau nak bg tau..huhu. Baru le ilang debor aku. Kalau tidak mcm2 aku pikior..hehehe.

Oklah..nak out dulu..daa.

Monday, September 3, 2012

29 Ogos 2012...

As salam,

Receiving his call @10.45pm. He's on the way out for dinner. Siangnya asik membuta jer..hehehe. Maklum ler orang tua kan. Stamina pun tak kuat dah..Nak tunggu pencen lambat lagi. Kena la tunggu sampai pencen baru ler leh rehat.

Aku ni pun kalau boleh dah x larat nak keje, tapi sape pulak nak bagi aku makan kalau aku tak keje..hehehe. Kalau ada orang tanggung mmg dah lama aku duduk rumah. Namun walau apa2 pun aku tetap bersyukur di atas segalanya. Aku omel sikit jer..hehehe

Ok la, out dulu. Nanti sembang lagi..

Daa.

Debor pulak nih!.

As salam..

Hari ini dah 3 Sept 2012. Cepatnya masa berlalu. Raya pun dah masuk minggu ke-3 dah. Masa ni sibuk orang buat open house sana sini. Bagi aku tahun ni yang paling bosan sekali. Raya tahun ni mmg biasa jer, tak de yang menarik sangat ler. Namun aktiviti mmg tetap berjalan seperti yang dirancang. Setiap tahun pada raya ke-3 kami rakan2 sekolah akan berkumpul. Itu la pun aktiviti setiap tahun. Hari yang lain2 macam biasa jer.

Ntah kenapa hari aku rasa ada debaran yang maha kuat pulak since tengahari tadi selepas aku antar satu sms ringkas. Tapi belum ada balasan lagi. Suka hatilah nak balas ke tidak. Orang tu kan bizi, tak de masa nak layan sms remeh temeh nih. Aku malas nak pikirlah. Lagipun situasi kita berbeza, tak mungkin akan terjadi apa2 pun..cuma rasa terkilan tu masih ada. Sebagai seorang manusia kita x leh lari dari mengalami perasaan yang sebegini. Mgkin caranya yang berbeza2 kan. Aku malas nak pikir dah..

Semalam pulak asik tersedak je. Ntah siapa la pulak yang mengata aku semalam. Yang teruknya masa makan tengahari semalam. Mujur tak termumtah. Tiba2 jer tekak gatal. Minum ais banyak sangat kut. Cuaca pulak mmg panas sangat2.

Ok la, aku nak out dulu..kita sembang later..

Daa.

Monday, August 27, 2012

Convent85 Raya Gedering


Convent 85 Gedering Raya Ke-3
Lokasi : Gerbang Meru Ipoh
Tarikh : 21/8/2012

Haloooo Geng!

Syukur ke hadrat Ilahi kita semua dapat berkumpul di rumah Datin Rokiah kita pada Hari Raya ke-3 yang lalu. Walaupun penyertaan tahun ni tak berapa ramai tapi masih tetap meriah. Cuma pada tahun ini kita mengalukan penyertaan ahli baru kita Chin Chiew Lian ke dalam komuniti Convent85. Selamat Datang Chiew Lian. Rasanya dah hamper 27 tahun kita tak jumpa selepas waktu sekolah.

The first person yang sampai ke rumah Kiah si Chiew Lian ni ler dengan anak2nyer.  Memang janji nak gerak awal tapi ada  jer masalah yang tak dapat nak dielakkan. Harap maaf ye kengkawan..hehehe. Lain kali tak buat lagi..:))). Kami konvoi 2 kereta ke rumah Kiah – Puteri lead jalan ke sana, teman follow dari belakang.hehehe.  Masa sampai pun dah kul 2 lebiih. Gebang2 sambil meninjau kawasan kediaman Kiah. Sempat ler bergambor especially di kawasan santai yg ada air terjun..hehehehe. Riuh jugak le kami. Cuma sedih sikit  sebab  Puji tak dapat bersama2 pada hari berkenaan. Jadi rencah korum sakat menyakat ni kureng umph sikit..muahahaha.. Jangan marah ye kawan2..hehehe..

Ucapan terimakasih kami yang tidak terhingga di atas kesudian tuan rumah kita memasak lauk pauk yang sangat2 sedap untuk santapan kami semua. Simple menu tapi semua orang menjilat jari especially udang masak petai..hahhaha. Rugi le tak sempat nak snap gambor kari kepala ikan dengan udang petai. Berapa kali tambah kami makan. Selain tu ada sayur campur, fruits and dessertnya cheese cake hasil tangan tuan rumah sendiri.  Wallawei, memang kenyang giler!.hehehe. Mala pulak datang bawak cheese tart n chocolate tart. Meriah habis!..

Sebelum mengundurkan diri ucapan terima kasih buat semua geng yang menghadirkan diri pada gedering kali ini.Rasanya setakat ni aje ler report untuk  tahun ni. Kalau ada terkurang, terlebih ku mohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan samada yang sedar ataupun sebaliknya. Sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya kuucapkan.  Maaf Zahir dan Batin.. Insyallah tahun depan kita serbu rumah Puji pulak..hehehe.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Intan Shamsina
Sexiteri Cute Convent85..ekekeke

Raya 2012

As salam,

Hari ini sudah hari ke-9 kita menjalani suasana hari raya. Terasa cepat benar masa berlalu. Aku mula bercuti pada 16/8/2012. Betapa tak sabarnya aku bila time nak balik kg. Sebelum balik kg aku sempat ngeteh dengan my fren di Gastro Cafe SS15.

Entah kenapa raya tahun ni aku rasa biasa jer. Yang paling best aku kurang antar sms raya. Begitu juga receiving messages. Orng yg rapat ngan aku tu pun x nak wish aku. Sedih jugak. Bila nak mintak tolong cepat2 jer message aku. Dahlah bajet aku tahun ni kurang. Macam2 hal. Tak tolong karang orang dah berharap. Is there any choice for me? Walaupun aku tak dapat fullfil sepenuhnya jumlah yang dia nak tp sekurang2nya aku taklah menghampakan harapan dia. Kalau aku mintak tolong nak ke depa ni bantu aku..Aku berdoa pada Tuhan supaya aku tak akan menyusahkan mereka kalau aku perlukan pertolongan. Kalau boleh akan ku usahakan sendiri.

Yang menjadi persoalannya kenapa aku? Atau adakah sb nak jaga airmuka. Aku tak nak taulah. Datang bila time susah, bila senang tak amik tau pun. Baru jer receive his call. Macam tau2 jer aku tengah pikir pasal dia. Ceria jer nampak. Al maklum le cuti lama. Boleh pun cuti..kadang2 aku mmg kecik hati tapi bila pikir balik apa hak aku nak kecik hati pun. Ni yang aku tak nak pikior nih. Menyusahkan otak aku jer..

Di kesempatan ini aku nak wish Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.



Daa

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya 2012

As salam,

Sempena kedatangan bulan syawal pada tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua bloggers. Semuga anda semua bergembira bersama dengan orang2 tersayang.

Kalau balik kg tu hati2. Biar lambat asal selamat. Carilah waktu yang sesuai untuk mengelakkan diri kita terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Safe drive to alls. Pandu Cermat Jiwa Selamat dan ingatlah orang tersayang.

Akhirkata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

                  MAAF ZAHIR DAN BATIN


Daa

Our appointment - 14/8/2012



As salam,

Dah lama benor teman tak menulis di sini. Lagipun tengah vitamin M and teda citer menarik pun. Tambahan bulan2 puasa ni mmg idea tengah kering kontang..hehhee

Yesterday nite I go out wif ???. We never seen each other since 2 months back. Kira lamalah jugak. Almaklumlah orang VIP..keje kan banyak kena entertain orang. Sabor jerlah. Early puasa dia dah dihantar ke London untuk sukan olimpik. 2 minggu kat sana. Kira lama jugaklah berpuasa di negara orang. Sepanjang aku kenal dia kami tak pernah pun keluar bulan puasa sb dia selalu di Kemaman jer. Tugas nengok kawasan. Agaknya mgkin sb dah lama tak jumpa aku so dia buat plan ler..hahhahaa.
Kami kalau jumpa pun dia yang setkan sb ikut jadual dia. Nama sesaje nak keluar mmg tak dapek ler sb scope of work dia..

Semalam kami sempat le nengok citer The Bourne Legacy lakunan matt damon..lama citernya. jenuh nunggu nak habis..huhuhu. Pakcik sebelah langsung tertidur. Lagipun dia penat..kesian pulak tengok dia..hehehe. Lepas jer wayang kami terus jer balik.

Ekceli I want to thank him for bringing me souvenier from London. Nice to wear. Size pun cantik jer. Di samping tu dapat lak Tshirt Team Malaysia and olimpik pin..tapi bajunyer besor sikit. Dia janji nak bagi yang lain. Yang ini dia suruh aku bagi kat adik beradik aku dulu. Tengok le cemana. Aku nak try dulu..hehehe

Masa berlalu pantas jer. Tak puas ler jumpa dia.Seronok dengar celoteh dia. Nak tunggu next appt ntah bila pulak. Apa2 pun di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin. Insyallah kita jumpa bila u nak jumpa..hahahaha

Aku out dulu ler. Insyallah kita ketemu di next n3.

Daa.


Monday, July 30, 2012

Jamuan Berbuka Puasa - 28/7/2012

As salam,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana impian untuk jamuan budak2 tahfiz telah terlaksana. Walaupun tak berapa sempurna, kami memohon maaf di atas segala kekurangan. Walaupun sedikit kepenatan tapi kami bersyukur sb telah melaksanakannya sebaik mungkin. Budak2 tahfiz ini bersembahyang berjemaah, solat tarawikh dan kami buat sedikit tahlil pada majlis malam sabtu tu.

Insyallah kalau ada berkesempatan dan rezeki kami akan buat lagi acara sebegini. Membantu mereka yang memerlukan. Semuga impian dan doaku ini akan tercapai..amin.insyallah.

Daa.

Sms Lagi..LoL..:)))

As salam,

Bestnya dapat sms lagi on saturday and sunday. Ada orang dah rindu sangat..hahaha. Jez wait and see. Berapa banyak rindu dia tu..hehehe. Ada one more week to go.

Daa..:)))

Al-Fatihah

As salam,

Salam takziah buat keluarga uncle Agus yang telah menghembuskan nafas terakhir di hospital selayang pada jam 2.30 pagi 29/7/2012. Jenazah selamat dikebumikan di mont kiara semalam juga.
Buat Teh, Girl and Fara serta keluarga harap tabah di atas segalanya dan dapat mneruskan kehidupan seperti biasa seperti selalu. Semuga arwah ditempatkan di kalangan para2 solihin..amin.

Wassalam.


Thursday, July 26, 2012

Sms from London

As salam,

Petang tu lepas balik dari bazar ramadhan aku terus le sembahyang asar dan membersihkan diri seadanya. Lepas siap semuanya aku pun turun le sb nak siapkan meja untuk berbuka. Sebelum tu aku tengok my hp. Ada 2 sms. Satu tu nombor aku tengok lain. So aku pun bacalah..nak tau siapa?hahaha. Tak sangka pulak dia sms aku from London. Katanya tengah boring giler and that time is 12.23 tengahari..lama lagi nak kena buka puasa. Kesian dia. But dia teda choice sebab boss bagi mission kena pegi London. Skrang kan Olimpik games. Sekarang pulak musim summer. Letih le nak puasa 18 jam sb siang lebih panjang..huhuhu. Dia kena stay sana sampai 6 August. Masak le puasa di perantauan kan. I hope dia kuat..at least lepas gak la rinduku..hehehe

Oklah..daa

Bazar Ramadhan

As salam..

Sebenarnya tak de cerita menarik pun..saje sb tak de benda nak buat kan..hehehe. Last Tuesday aku sibuk pegi skodeng Bazar Ramadan kat area my house. Dalam hati teringin nak makan popia yang pernah aku beli last year. Tempat bazar masih sama lagi cuma menginjak ke depan sikit sb ada construction pembinaan LRT. Jauh jugak le aku nak jalan. Consider exercise jugak ler..hehehe.

So petang tu aku meninjau2 dulu apa yang ada sb 1st day pergi. Sebelum ni tak berkesempatan nak menyinggah lagi. So aku marked le kedai2 tahun lepas eg. kedai tepung pelita, karipap, popia etc. Aku buat satu pusingan. Bila dah patah balik tu baru start beli. 1stly aku beli karipap ayam & karipap sardin. Pas tu aku ingat terus nak cari popia tu, tapi tak jumpa. Jadi aku pegi le kedai lain yang jual popia. RM1 per piece. Mahal jugak tp besar. Aku cakp let's try le. So aku beli dalam 10 keping and 5 keping popia basah. Beratur punya la pnjang..ini gerenti sedap punya. Lepas tu aku beli pulak tepung pelita pakcik. Mmg since last year aku dah rasa tepung pelita pakcik ni mmg sedap. So aku beli 10 pcs. Masa ni tangan pun dah lenguh. So aku amik keputusan balik ajelah sb dah banyak dah juadah. Takut tak habis le pulak kan..aku tak nak membazir.

Alhamdulillah rezeki Allah. Semua kueh2 tu selamat dimakan. Memang sedaplah popia tu, cuma yang basah tu kureng sikit. Neway no harm to try le kan. Next time leh beli yang goreng jerlah..hehehe.

Semalam ingat nak singgah bazar ramadhan, tp terasa malas le pulak. Dalam pikiran ingat nak buat sandwich. Dah siap beli roti pun..lastnya tak buat jugak sb cik dah masak lauk sardin. Insyallah hari ni kut aku nak buat sandwich. Tak pun roti telur jer la..hahahaha.

Korang punya juadah cemana eh!..

Daa

Tuesday, July 24, 2012

Sahih

As salam..,

Memang terang2 dah..tak payah la nak pura2 lagi. Aku tak nak terlibat dah. Tapi kena slowly2 jugak sb nanti terkezoot pulak. Yang penting I wan to get back my needs. Bila la nak bagi. aku mmg dah malaslah. Aku takut nanti aku x leh nak lari dari dia dah.Nanti kalau melekat dah mmg payah nak diclearkan..adehh!!

Kali ni ko x leh lari lagi dah. Memang dah sahih dan nyata. Tapi tolong jangan tipu aku. Ingat aku ni orang kampung senang ko nak perkotak-katikkan aku. Cukup2lah. aku really dah malas. Yang penting sekarang bagaimana aku nak elakkan dari meneruskannya..

Terimakasih di atas segala2nya.

Daa..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 2012

As Salam,

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semuga ibadah kita pada tahun ini akan dipermudahkan dan sihat di bawah PeliharaanNya dan diberkati olehNya..aminn

So, malam ni jom kita berterawih..

Daa.

Burfday Memori 2012

As Salam,

Alhamdulillah..aku sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas di mukabumi ini. Terimakasih buat semua yang sama2 meraikan Birthday aku semalam (19/7/2012). Satu hari aku happy..rezeki Allah..:))))

Yang paling best aku dapat hadiah rantai & bracelet batu swaroski dari Kelly & Pei Pei. Malu pun ada..yalah cantik bangat deh!..nanti aku nak pakai masa raya..

Ribuan terimakasih juga kepada semua teman2 di FB, keluarga dan teman rapat yang wish Happy Birthday..aku amat2 menghargainya. Tapi this year aku rasa tak de la excited sangat..macam biasa jer, almaklumler umur pun dah meningkat kan..kena la control sikit.

Selepas lunch tengahari we have celebration in the office. I dapat 2 birthday kek you..amik kau..hehehe. Rezeki kan..Celebrate wif all my officemate..meriah. We take a few photos together.

Sepanjang waktu siang semalam aku tak de la pikir sangat tentang 'dia' sb aku dah remind dia one day before. He said he will try to see me yesterday. But I know it is impossible due to his scope of work and I pun tak de la harap sangat2. But I jadi cam sedih sb tak de pun birthday wishes dari dia..huhuhu
Tapi aku sembunyikan perasaan aku dari Kelly sb dia n Pei2 nak belanja dinner for me. So haruslah aku happy kan..Tq my fren. luv both of u!!

Aku sampai rumah semalam almost 9pm..lagipun badan dah penat. Sampai kat umah sempat melayan kerenah Kiki a.k.a Zikri. Main2 dengan dia..dahlah dia terlebih peramah. suaranya sebatu leh dengor. umur baru 3 tahun..hehhee.

Masa tengah leka2 melayan si Kiki ler aku terima panggilan dari dia..mula2 ingat nak merajuk tapi bila dia wish Happy Birthday Sayang..kembangnya rasa..ekekeke. Dia mintak maaf sb lambat wish. Aku bagitau dia ingatkan dah lupa. Katanya ingat n mmg nak celebrate and give me something katanya. Tapi lambat pulak selesai kerjanya. Lagipun dia rushing siapkan kerja memandangkan nak ke London on Monday for the Olimpik Games. Tapi yang paling sweet bila dia cakap I'll get something for you in London. Wah!..seronoknya. Tapi aku malas nak perasan, nanti harap2 tak do pulak kan. Ekceli dia request suruh aku add dia dlm FB aku tp aku on hold dulu..hehehhe.

Ok.lah..itu aje aktiviti aku yesterday. Selamat Berpuasa Kawan-Kawan.

Daa.

Monday, July 16, 2012

Angin

As salam,
Seperti biasa setiap ujung minggu aku akan ke sg buluh. Sebelum ke sana aku sempat singgah Carrefour kejap sb nak beli barang. Lepas keluar dari C4, terus ke stesen minyak di Glenmarie. Aku sampai sg buluh at around 11++am. Cuaca sekarang memang panas. Aku kalau di kedai sememangnya x berhenti dari minum ais. Sepanjang hari minum ais..huhu

Nak di jadikan cerita, aku balik dalam pukul 10.30 malam. Tidur rumah adik di Saujana Utama. Since petang tu aku mmg tak makan apa2 cuma amik mee sup jer sebelum kul 7pm. Lepas tu aku tak makan apa2 and sampai rumah my bro baru aku jamah nasi sikit sebab adik ipar aku bawak lauk dari surau sb ada kenduri tahlil. Yang paling best ada pengat pisang. Aku pun apa lagi, lepas makan nasi makan pengat pisang tp tak lah banyak dlm 2 sudu jer. Sebelum tu aku dah siap2 mandi.

Malam tu mmg aku x leh tidur nyenyak. Dah lah umah adik aku tu panas, pasang kipas pun tak jalan. Aku pun apa lagi berpeluh2. Habis basah baju tidur aku. Tiba2 masa tengah baring tu kepala aku berpusing2..sudah!..aku takut dapt sakit angin yang teruk ni. Pusing kanan tak jadi, pusing kiri x leh. Ni yang buat aku nak nangis ni, tp masih leh bertahan lagi. Last2nyer aku pun bangun pelan2 dan pegi bilik air buang air besar..lama jugak la, sb nak buangkan angin. Tekak pun masa tu ada rasa loya tapi x leh nak keluar walaupun aku cuba jolok. Sempat la aku mandi terus sb panas sangat. Lepas tu aku baring atas kusyen. Adik ipar aku tanya aku kenapa. Aku mintak minyak angin. Masa tu jam dah kul 6 lebih. Lepas gosok2 ngan minyak angin aku terlelap kejap smp le anak buah aku yang kecik umur 6 tahun tu melalak x nak pegi sekolah. Aku dah le pening, dengor melalak tu lagi le tension..aduh!!. Masa ni le baru aku terasa nak muntah. Apa lagi keluar le pisang yg aku makan semalam tu. alhmdulillah lega sikit. Aku bg tau adik aku dan dia bagi ubat angin. Aku pun jamah nasi goreng adik ipar aku dan makan ubat angin. Rehat sekejap aku pun mandi sebab nak ke kedai. Basah semua rambut pas tu aku baring kejap. Dalam 10.15 a.m aku keluar ke kedai. Sampai di kedai aku siapkan yang sepatutnya pas tu aku sambung tidur jap. Baru le lega sikit.Alhmdulillah.Tapi perut masih sebu.

Aku ni pulak terlupa, masa balik umah malam tadi, aku telan sepotong labu. Lupa labu pun angin. Dahlah pagi tadi nak bangun kepala pusing. Ni pun masih terasa lagi..aduh!..serik le aku mcm ni. Bnyk dah x tahan nak makan tambah2 umur melewati 4 series ni..Mujur aku ada spare 100+ ni. Mudah2an tak apa2. nak letak minyak kat perut.

Mujur jugak batuk aku byk dah berkurangan dan selseme pun tak menjadi. Cuma kepala tu mmg berat. Perut pulak memulas. Sarapan tadi aku makan tepek jer kat rumah. Lagipun perut semacam nih. Rasa tak larat sangat dah..huhuhu

Dalam masa yang sama sebenarnya aku 'rindu' kat dia. Almost one month dah tak jumpa. Bz sangat dengan tugas2 outstation. This week pulak nak ke London..huhuhu.

Ok lah..banyk dah melalut..nanti sambung lagi..

Daa..

Monday, July 9, 2012

advance Besday & Get Together @ Kelab Maritime Putrajaya


Assalammualaikum & Hello uols!

Yahoooooooo!!!!!Finally our get together semalam is really happening. Jutaan terimakasih kepada Kiah, Linda n Ijan yang dapat sama2 menghadirkan diri pada gedering kali ini. Tak ketinggalan juga buat Baya yang gerak dari Melaka dan kami2 yang duduk disini Anum, Puji, Xana and Intan.

Walaupun tak ramai tapi tetap meriah. Itupun dah cukup ghiuh dah..hehehe. Gedering kali ini diadakan di kelab Maritime Putrajaya..

Yang bestnya sebab ada kek lawa..hehhee. Sayang pulak nak potong. Tapi walau apapaun memang untuk dimakan pun kek itu. Terimakasih pada Anum yang tolong belikan kek lawa tu!..hehehe. Lagipun keme berdua ni kan sambut besday in advance tahun ni..Ini le 1st time sambut besday dengan geng2 sekolah..ekekeke. Terharu pun ado!..

Kami juga sempat bincang untuk aktiviti hari raya dan trip untuk tahun ni. Ada dua aktiviti yang dirancangkan.

1.Raya Gedering

Tahun ini sekali lagi host untuk raya gedering akan diadakan di rumah Datin Rokiah kita. Dan seperti di tahun2 sebelumnya gedering ini akan diadakan pada Hari Raya ke-3. Alamat dan time akan diupdate kemudian. So gurls make yourself free on 3rd day of raya, so kita leh berjimba jimbi. Ijan akan menyediakan set karaoke untuk sape2 yang teringin nak menyumbangkan suara..hehehe

2.Langkawi Trip

Tahun ini kita akan makan angin ke Langkawi..yahooo. Dicadangkan bulan October kita akan kesana. Bajet/Tarikh dan tempat penginapan akan diupdate kemudian.

Inilah dua aktiviti kita yang akan diadakan untuk tahun ini.Semuga perancangan kita akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala2nya..amin

Di kesempatan ini intan nak ucapkan ribuan terimakasih pada Xana sebab amik Intan kat stesen Bangi and tqvm juga kepada Anum dan suami sb antor teman sampai Carrefour subang..hehhee. Mmuaah!

Ok ler geng. Stop kat sini dulu. Nanti kita berjumpa lagi..insyallah!

Nikmatiler gambor2 yang ada buat tatapan kepada yang tidak dapat menghadirkan diri..tunggu le gambor2 lain diuploadkan..

Wassalam.


Ikhlas dari,

~Intan ~
Sexiteri XCBG85

Monday, July 2, 2012

Wedding Invitation - Grand Bluewave Shah Alam

As Salam,

Pagi semalam aku bangun agak lewat jugak dalam 8.30 pagi. Rasa cam malas jer nak bangun, tapi aku harus bangun jugak. Da le 1st day bendera merah..adeh!! lagi la bertambah malas..huhuhu
Lepas mandi aku terus bersiap2 ke kedai. Datang awal senang sikit banyak benda leh tolong buat/kemas sb hari Sabtu tak sempat menjenguk.

Aku sampai Sg Buluh dalam pukul 10 lebih. Aku sempat beli barang ofis dan kegunaan sendiri dulu sebelum memulakan sbrang aktviti di kafe. Lepas dah siap semua dan kemas semua baru rasa lega. Memang itu le tugas aku di hujung minggu.

Ekceli aku ada wedding invitation kul 2.30 petang di Grand Bluewave Shah Alam. Jemputan ni dari seorang kazen aku. Memang pada awalnya aku malas nak pegi sebab..biarlah rahsia. Tapi memandangkan parents aku x dapat datang, terpaksalah aku mewakilkan kehadiran aku ke sana. Adik2 aku pulak punya hal masing2. Nak tak nak aku terpaksa pegi jugaklah. Kalau ikutkan hati tak mau aku pegi..nak tunggu nak balik pun rasa lama jer.

Balik dari wedding aku terus ke rumah mek ha amik barang. Mek ha da siap buat air..hehehe. Tq Mek Ha. borak2 sekejap dengan Mek Ha dengan Hasrul suaminya..Aku gerak balik umah pun hampir maghrib. Memang penat giler. Tidur awal pun tengahmalam aku jaga..tak tau naper. Terkenangkan 'mereka' berdua..Sedih pulak, terasa macam down jer. Apa2 pun aku mesti kuat..smuga segala urusanku dipermudahkan dan diberkati..aminn

Daa..

Balik Batu Gajah

As salam,

Last saturday aku balik BG. Memang dah lama benor aku x balik. Aku ikut K.Chu balik sb nak amik K.Long. So kami gerak dari Subang Jaya around 8.45am. Sampai Batu Gajah kul 12 lebih sikit sb menyinggah kat pasor.

Sampai umah gulai semua dah siap. Cuma tinggal nak gaul kerabu daun mengkudu and goreng sayur. So my mum suruh aku tumis sayur. K.Chu pulak beli tembikai, mangga dan buah lai.

Kami gerak balik ke KL dalam pukul 5.30 petang dan sampai KL dalam pukul 8.00 lebih sebab singgah semayang kat R&R Elmina. Sebelah malamnya pulak Ajib belanja kami makan sate kat restoran Seri Anggerik.

Tamat aktiviti untuk satu hari. Keesokannya aktiviti..tunggu

Daa

Friday, June 29, 2012

Online Shopping

As salam..
Minggu ni aku kemaruk shopping online..hahahhaa. TERbekenan dengan blaus dan maxi2 yang mengancam..adeh..tp bagusnya aku tak payah nak bersesak2 di shopping2 complex. Cuma tinggal nak beli baju kurung, kasut. Yang ni kena pegi sendiri cuba. Aku dah malas nak tempah. Kat tailor aku ada kain yang belum lagi jahit. Peram dah hampir 2 tahun tuh!..adeh. Mintak balik tak nak la pulak dia bagi. Hampeh tul!.

Yang best tu shipment aku sampai kepada aku 3 hari berturut2 dengan different2 supplier...hahahha. I am very happy. Seronotnya..

See uols in the next n3..

Daa.

Thursday, June 28, 2012

Kosong

As Salam..
Hari ini aku rasa cam boring jer. Tak tahu kenapa. Aku rasa segala2nya akan berakhir dah. Lagipun aku dah malas. Letih dan bosan. Orang yang aku x berapa nak ingat tu pulak yang rajin..hehehe. Ntahlah, I dun have much word to say.

Out dulu..daa

Wednesday, June 20, 2012

Movie - Piranha 3dd


As Salam

Petang semalam aku receive satu sms. Tengok2 dari si tetts!hehehe. Aku tak de expect pun sb lately ni sms dia asik tak de reply jer. Menyampah. dalam message tu kata nak jumpa aku after work. Aku jez reply ok. So aku macam biasa ler, kalau keluar dengan dia mmg tak drive. Aku siap anto keter kat umah dulu baru keluar balik..hehehe. Tak kuasa la banyak2 keter. Lagipun aku malas nak parking kat tempat biasa kami tu sb tempat tu nak buat LRT..Dia amik aku @ 8pm and terus gi tengok wayang. Mana lagi nak pegi. Sampai2 tengok kaunter lengang tak de orang. Bestnya. Terus je beli tiket. Senarai wayang pun ekceli tak berapa menarik. Nak tengok Prematheus lambat benor la pulak. So kami sepakat tengok Pirannha 3dd @ 8.50pm. Jadi kami x lama sangat menunggu.

Yang paling kelakar kawan aku ni ler. Pakai kemeja polo dengan bermuda dan selipar..terlupa nak bawak Tshirt katanya sebab dia pegi gym lepas keje. Lepas mandi tengok2 x bawak Tshirt, so pakai jerlah baju yang ado..hehehehe. Aku cakap tak perlah, aku tak kisah pun..

Aku rasa citer yang paling tak best aku tengok semalam. Memang betul2 one hour duration movie ni. Selalunya rasa cam lama jer, tp semalam mmg kejap. Habis wayang kul 10 pm. Aku ingatkan mcm biasa leh le dinner tapi katanya sorry sb kawan aku tu nak balik cepat sebab esok paginya dia kena keluar awal sebab nak pegi parlimen..sob sob sob. Semalam memang aku jumpa dia ngam2 2 jam jer..Sempat aku kenakan dia semalam agaknya lepas raya jerlah kita jumpa..dia jawab ishh tak delah. I ni x leh nak janji, ada masa jer jumpa terus. Lagipun schedule dia kan pack. End of this month nak pegi Sarawak, early July nak pegi Thailand and middle July nak kena pegi London ikut boss dia tengok Olimpik..adehhh..nasib badan ler.

Lagi satu kalau antar aku balik semedangnya tak ingat jalan. Semalam aku tak tau le dia sesat ke tidak lepas keluar dari area umah aku tu..hehehe. Boleh katanya kena jumpa aku selalu. Aku balas balik tak payahlah, aku anto sms pun jarang nk balas. Ketawa jer dia bila aku cakap cam tu. Itulah aktiviti kami semalam. Lepas ni ntah berapa lama la pulak. Malas aku nak pikir nak kisah. Suka hati dialah..

Oklah, aku nak out dulu. Letih nak menaip dah. See uols in next n3.

Daa.


Monday, June 18, 2012

Letih dan Bosan

As salam..aku ingatkan nak start puasa hari ini, tapi terbabas jugak..adoi. aku nak ganti balik puasa2 aku ni..mudah2an aku leh start esok. Lagipun aku ari ni penat sikit biasa la sb weekend kan aku keje jugak?huhu. Tapi aku happy nak buat semua tu.

Seronok sikit sebab dapat melupakan seketika 'mereka' itu. Lagipun aku bukan ada sangkut paut pun dengan deme. Status pun tak tau. Deme tu bila susah baru nak panggey teman..Teman dah letih dan bosan ler. Udah x larat rasanya. Deme ni pun idak de nak buat aku happy sikit ker. Hagham..Kita jer dok pikiorkan deme. Aku bukan mintak banyak pun. Cuma hargai le kehadiran aku ni. Yang lain2 tu aku x leh le nak paksa sb aku pun teda apa2 authority. Kalau beginilah ketentuanNya aku redha, aku pasrah. Cuma sikap deme tu mmg buat aku terkilan. Aku cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Yang punya rasa sakit, kecik hati dan sewaktu dengannnya. Fikir2kanlah. Once kalau aku betul2 dah x suka, masa tu jangan nak ngendeng2 kat aku lagi. Masa tu aku mmg dah x layan. Ingat!. Macam la aku ni pemes benor!..hahaha. Tapi hakikatnya memang itulah aku. Kalau dah sampai tahap maximum itu le jadinya.

Aku sekarang lebih pentingkan diri aku dulu dari pentingkan orang lain. Tapi my parents still my big tanggungjawab. Yang tu insyallah aku tak akan abaikan. Maksud aku orang2 lain yang suka sangat amik kesempatan atas kebaikan aku. Sori ler, kalau korang rasa aku ni melampau ke apa ke?, tp aku tetap mcm biasa yg kome kenai, cuma aku nak lebih tegas sikit selain dari kejujuran dan keikhlasan. Kalau kita asik memberi tapi teda menerima pun x boleh juga. In balance kan.

Panjang pulak aku ngomel ni..hehehe. Kalau peram pun berkarat jugak, betul tak? Renung2 dan fikir2kanlah. Tuhan Maha Mengetahui, selama mana pun mike sorokkan kebenaran, satu hari pasti akan terbongkar jugak. Dari mana, bagaimana aku tau itu x penting..Kita dah cukup dewasa untuk menilai, merasai dan seterusnya. Terima kasih banyak2 sebab sudi luangkan your precious time, make me happy sebentar. Aku akan tetap ingat sehingga ke hujung nyawaku. Maafkan aku kerana aku tidak mengetahuinya dari awal but nw aku dah confirm dan aku akan slowly out from all this. Maafkan juga sebab aku hanya menjadi 'penumpang' sementara. Apa2 pun aku tetap akan mendoakan kebahagian kome..tak payah risau pasal aku sb aku dah cukup dewasa untuk menjaga diriku sendiri.

Akhirkata semuga segala2nya akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..aminnn.

Aku nak out dululah yer. Insyallah kita akan ketemu di lain n3..tengok mood teman ler yer!.,.hehehe

Daa


Thursday, June 14, 2012

Siapa Aku..

As Salam..siapa aku? Aku umpama patung bernyawa yang boleh dibuat sesuka hati. Patung bernyawa yang tiada apa2 perasaan. Senang untuk diperkotak-katikkan. Sampai bila nak buat aku macam ni? Sampai bila nak sakitkan hati aku, tipu aku, bla bla bla..Aku cuma manusia biasa yang punya rasa sakit, rasa rindu, rasa kasih dan....cuma aku x bernasib baik jer. Namun aku tetap redha dan pasrah di atas semua dugaan ini. Aku tak mintak banyak cuma tolonglah hargai sedikit diriku ini. Aku hanya inginkan kejujuran dan keikhlasan..



ANDAI KAU MENGERTI (VINCENT CHONG)
Dimana akhirnya
Percintaan kita
Yang pernah kau belai
bersama denganku..

Pernahkah kau tahu
Hatiku padamu
Kasih yang menghilang
Dalam dakapan mesramu

c/o
Adakah ini hanya ilusiku
Nyanyian merdu
membuaikan diri
Mimpi lenaku sendiri..

Apalah dayaku tanpa dirimu
Menghukum kalbu
Mendambakan.. kebahagiaan

Dan biarlah ku disini
Yang pernah mencintaimu
Ruang hati sepi  tanpa disinari

Haruskah ia terjadi
Mengharapkan kau disisi
Oh kembali.. bersama di pangkuan

Sgalanya pasti andai kau mengerti
Kasihku yang pernah dikau disayangi

(ulang rangkap 2)