Tuesday, October 11, 2016

Convent Krabi Trip - Sep2016



Convent – Krabi Holiday Trip
Date : 15th Sept – 18th Sept 2016

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Intro

Woohooo!!! Bravo! Am very happy to announced that our trip is successful and happening.Yeayyy!!!!! Thanks to our organizer Madam  Safzelene Anida a.k.a Sap for this lovely trip. Walaupun sedih tanpa kehadiran Zana dan Puji kami redha dan amat memahami. Kepada Ina dan Mas welcome to the convent holiday grup. Penyertaaan kome berdua amat-amat dialu-alukan. Dapat juga kome berdua menjuinkan diri untuk trip kali ini. Amacam..
best kan..hihihi..

Apa yang dapat dikatakan  ucapan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari saat kita berlepas dan kembali dengan selamat. Banyak cerita dan ragam setiap kali bila  bersama especially Ijan yang sentiasa menceriakan keadaan. Tanpamu rasa sunyi dengan usikan dan aksimu yang bersahaja. Kipidap Ijan.

Oklah tak nak intro panjang2 sangat. So lets read our journey tour experience :-

Day 1 – Ronda-Ronda Ao Nang

Bergerak ke KLIA2 dalam jam 4.30 pagi dan terus check in luggage. Selesai semua rushing untuk solat subuh  pulak sebelum boarding at 6.30 am. Sampai Krabi airport @ 7.30 am

Pickup by abdun di Krabi Airport. Bawak round pekan dan pasar untuk beli  snek gajus, kekacang dll. Dah settle shopping  kami bergambar di kawasan pantai sebelum dibawa makan tengahari. Macam-macam posing ado. Ramai juga pelancung yang datang semasa sessi kami bergambar di tugu ketam dan ikan.

Dah puas posing, kami dibawa terus ke parknam restoran untuk makan tengahari. Wallawey makanan kat sini memang sedap weh!. Masa tu baru jer kul 11 am lebih jer. Tapi cuaca terik jugak. Menu utama sudah semestinya tomyam. Selain tu sotong dengan telur berempah, ayam gajus, sayur broccoli, tomyam, air kelapa. Di masa ni ler ada satu kejadian lucu berkalu. Majoriti kami semua order ayor nyior except Baya order laici. Aku pulak duduk tengah di antara Kiah dan Ijan. Dalam banyak2 ayor nyior tu cuma Ijan yang dapat isi nyiornya tebal. Merungut ler minah tu katanya kereh. Kih kih kih.Jadi Kiah pun suap Ijan sikit isi kelapanya.  Masa tu le Ijan tersembur isi nyior tu dalam ayor nyior aku..hahahhaha. Bantai kume gelak. Yang si Baya pulak order air laici, punye le maneh. Orang2 Krabi ni memang suka manis kut. Anyway makanan semua licin kan!..Terbaek!

Dah kenyang  kume dihantar ke hotel Halliwea. Weh, jenuh kena angkat beg naik tangga !hehehe. Walaupun tak tinggi tapi cungap juga le .  Yang paling strong naik tangga si minah Siam Ijan..siap pakai kasut tinggi lagi tuh. Terbaek beb!.Ijan siap panggil kume  OKU..adehhh!.hahaha..

Dah masuk bilik masing-masing apa lagi rehat sekejap dan solat sebelum meneruskan aktiviti jalan-jalan sekitar hotel. Planning ke pasar malam tapi tak jadi sebab malam jumaat. So tukar ke hari sabtu malam. Cuaca petang tu agak panas dan terik jugak.

Di sepanjang hotel tempat kami menginap tu berderet kedai especially kedai makan. Di sini kebanyakannya orang Islam. Jadi tak susah nak makan.

Tengah jalan-jalan sempat Kiah dan Sap beli pancake pisang dan pancake cokelat. Sambil jalan sambil menikmati keindahan sekeliling. Ijan yang jalan seiring dengan aku, tiba-tiba ketawa gelihati. Heran juga aku sebab apa ketawa dan tanya kenapa? Terus dia tunjuk kaki aku.  Rupanya dia gelihati tengok jari kaki aku terkeluor dari kasut. Kah kah kah. “Tak rasa ke tanya Ijan?’ Apa lagi aku pun gelak juga ler. Aku pun x sedor masa tu sebab tak rasa apa..hahaha. Aku tanya Ijan kenapa tak amik gambor..hihihi.Bantai deme gelakkan aku. Tambah  tengok muka Ijan lagi le aku tak leh nak tahan gelak. Udah le Ijan pakai satu set merah bajunya.Ni pun masih aku ketawa sampai keluor ayor mata nak nulih report ni. He he he

Memang petang tu kami ronda kawasan sekeliling sambil shopping. Aku pulak sempat le beli bedak beras si Aisyah kirim kat aku. Memandangkan keesokan aktiviti nak ke laut, semua pakat beli beg kalis air untuk bawak esok. Sempat Sap uruskan package nak ke pulau keesokannya. Lenguh juga weh nak menapak balik ke hotel. Pelan-pelan kayuh akhirnya sampai juga ler. Siap deme booking ngurut malam nanti.

Dinner malam ni kami dibawa ke Bangboo Restaurant. Ala kat sebelah hotel jer. Tak jauh pun.hehehe. Malam ni menu kami ikan siakap steam with lemon, tomyam lagi, kerabu mangga,telur dadar,. Sian Ijan order mee tomyam. Masin sangat. Dah settle dinner deme teruskan aktiviti mengurut. Aku pulak naik lepak bilik Ina/Mas. Turun later sambung ngopi dengan deme pulak. Memang sedap kopi o. Order makan kat kedai tu langsung x dapt. Lastnya lepak kat lobby hotel berborak. Kiah sempat beli pancake lagi sebelum kami naik tido.

Day 2 – 7 Island Sunset Tour

Breakfast  pagi di kedai dekat masjid seberang jalan dr hotel. Pagi ni makan nasi kerabu, nasi lemak, nasi minyak. Nasi kerabu dia mmg sedap tp aku tak tahan pedas. Dalam pedas tu habis gak sepinggan..hehehe

Since waktu pun awal lagi kami semua sempat dibawa ronda pekan Ao Nang dengan tut tut melihat kawasan keliling kampong atas cadangan Puan Hajjah Norbaya kita. Memang best. Pagi tu dah start hujan tapi tak lebat sangat. Suasana cuaca yang cosy mmg best la meronda. Terima kasih pada Kiah yang charter tut tut untuk kami.

Sempat kami merasa makanan kampong walaupun dah breakfast pagi tu. Lagipun bukan selalu dapat peluang cam ni kan.  Memang sedap la kueh deme and bubur nasi dia. Terbaek. Rasa enjoy sangat. Tak puas pun ada.

Dah makan naik bilik untuk buat persiapan nak ke pulau. Aku, Ijan dan Ina ditugaskan order nasi goreng untuk bekal kami di atas bot.Kul 12 kami siap. Sap amik package 7 island sunset tour. Siap solat kami dibawa oleh tut tut untuk ke pulau.

Masa turun nak sampai jeti baru teringat nasi goreng tertinggal di dalam van.
Nasib baik hero Ijan ada selamatkan nasi goreng tomyam..Ijan habih hati dengan heronya..hahaha. Sempat le diajak heronya bergambor sama masa kat Tup Island. Yang karat tu jugak idaman hatinya..kih kih kih

Terbayang masa kami nak naik ke kapal besor tu bot kecik x boleh nak bergerak sebab batu karang banyak. Lagipun bot tu terlebih muatan. Sebelum tu Sap terjatuh semasa turun dari bot. Habis basah baju.

Tapi x dapat dinafikan pemandangan lautan di Krabi memang cantik. Tenang dan nyaman. Kagum dengan ciptaan Allah SWT.
Malam ni kami makan di restoran bangboo lagi dengan menu yang hampir sama seperti malam pertama. Sempat lepak lama di sini sebelum aktiviti mengurut.

Day 3 – National Park Aktiviti

Pagi-pagi sebaik selepas breakfast kami dibawa ke aktiviti National Park untuk sinilah aktiviti water rafting, Flying Fox,ATV, naik gajah. Lunch pun provided sekali di sini.

Dari pagi hujan dah turun. Dalam kesejukan deme berlima semua follow aktiviti yang ditetapkan. Tolak aku, kiah and baya…namun aku enjoy jer. Dalam hati memang teringin nak juin aktibiti lasak tu tapi takut badan x leh nak support. Itu yang pendamkan jugak perasaan dan keinginan tu. Tambahan aku ni kan ada kencing manis..jadi dot dot dot..hehehe

Hampir seharian kami di National Park dan balik ke hotel pun dah almost nak maghrib. Lepas tu nak ke night market pulak tengok kalau-kalau ada souveniers yang menarik nak di bawak balik.

At around 7pm Hamid amik kami di hotel.,Sebaik selepas solat maghrib kami dibawa ke night market. Perjalanan agak jauh jugak dari hotel. Sampai di night market kami tinjau-tinjau barangan yang ada di sini. Sepertinya night market lebih kurang sama cam kat Malaysia.

Dah puas ronda night market kami menyusul untuk dinner. Masuk ke restoran yang berhampiran night market tapi makanan x banyak pilihan. Akhirnya kami memutuskan makan di parknam restoran.

Malam ni juadah kami beraneka macam. Penuh satu meja. Memang enjoy. Apatah lagi specialty kat sini tomyam. Wallawey marbeles. Baya pulak order siput manis sebagai salah satu juadah. Sedap jugak siput ni. Selain tu ada menu telur dadar, sayur, udang order by Kiah dll..Sori udah x ingat..hehehe

Seperti biasa lepas makan deme semua ke aktiviti mengurut. Aku dengan Ina,Mas dan Linda jalan2 sekitar kedai2 dekat hotel beli minyak angin siam. Sedap minyak angin. Sambil tu riki rege bedak beras siam. Sempat singgah ngopi dulu sebelum masuk bilik dan mula siap berkemas sebab esok nak balik dah.

Day 4 – Home Sweet Home

Seawal 3.30 pagi bangun bersiap nak ke airport. Mujurle beg pink aku tu x tertinggal kat hotel halliewa tu. Biasa le excited benor nak balik, pastu letak tempat lain. Mujur le budak hotel tu sedor, kalau tidak leboh!

Kami semua selamat mendarat di KUL pada jam 10.30 pagi. Alhamdulillah. Balik rumah tido..he he he

Aktiviti seterusnya :-

Pleased to be announced next gedering will be at :-

BBQ Gedering
Date : TBA
Venue : Istana Milik Puan Presiden Suzana Ahmad

Next 2017, Convent Holiday grup will be going to Japan.
Semuga kome enjoy!

Penutup

Sebelum teman mengundur diri, sepuluh jari keampunan ku hulurkan seandai terdapat salah dan silap dari segi perbuatan, tutur kata yang menyinggung perasaan kawan-kawan semasa kita bercuti bersama.

Ucapan terimakasih kepada Puan Kiah kerana belanja ronda dengan tut tut. Pada Hajjah Baya terimakasih di atas souvenir gambar dan Sap pulak ucapan terima kasih untuk dinner malam terakhir kita di Ao Nang. Semuga Allah memberkati dan murahkan rezeki kawan-kawanku ini..aminn

Mintak sori juga sebab lambat sikit report ni keluar memandangkan keadaan cik sexiteri baru je pulih dari demam, batuk dan selsema dan juga kekurangan idea untuk menulis. Kalau tak menarik harap dimaafkan.

Akhirkata semuga ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. aminn

Wassalam,
Intan

Convent85 Port Luck Gathering














Convent85 Port Luck Gathering
Venue : Putrajaya
Date    : 7th August 2016

Assalammualaikum dan selamat sejahtera uols;

Just a short post-mortem report.Perancangan yang singkat memang selalunya ummphh! Rasa bersyukur happening sungguh gedering kita semalam. Sampai pagi ini aku masih lagi  tersenyum sendiri mengingati aksi2 kita yang ceria dan havoc.  Kalah budak2 sekarang lagi..hehehe. Yang penting kita happy maa!..betul tak? Ditambah lagi bila berulang-ulang  kali aku melihat vc kita.

Video clip raya memang best. Terasa  macam duduk kat obersea lah pulak uols!..ha ha ha. Terbaeklah..i loike. Aku rasa si Sara pun penin nengok telatah mama dan kawan-kawan mama dia…hehehehe. 2nd  video clip pun best juga dengan aksi sempoi  ahli-ahli jemaah Conben..ajenyer penin!.hehehe

Kemeriahan kita ditambah dengan kehadiran Ijan Ipoh mali menceriakan lagi suasana semalam. Biasa le kalau Ijan ada memang tak kering gusi dibuatnya. Rambut pun dah blonde weh!..Yang best tu tabik spring kat Ijan sebab rajin memasak.  Sampai  jer rumah Zana, terus ke dapur. Masak goreng cempedak, lepas tu masak nasi goreng ler. Sedap kome!..he he he. Untuk Hajjah  Baya  pun  nasi goreng  in da house atas permintaan Baya yang sampai agak lewat  hari tu. Terbaek dan terima kasih Ijan..
Yang lawak masa masak kari ikan tengahari  semalam. Siap gaduh lagi ngan Baya  kat dapur rumah Zana tu.kih kih kih. Comey jer nengok deme gaduh manja..aku tukang gelak jer..he he he. Sap masa tu tengah sibuk kopek cempedak..he he he. Ucapan terimakasih  pada Zana di atas kesudian melayani karenah kami dirumah mu. Terasa berada di rumah sendiri free and easy..hehehe. Tapi sebelum tu aku ngan Sap dah kena tadah telinga sebab sesat..kah kah kah

Alhamdulillah tema portluck kali ni memang meriah. Dapat ler kita merasa hasil ayor tangan ahli2 jemaah conben. Kome semua memang talented.Semua makanan sedap-sedap belaka. Kari ayam  Tipah, kari ikan Baya, ulam-ulaman Zana, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan goreng Ijan, Cempedak Sap, rendangg ayam Ina, gulai taucu Na, dessert Udi..wallawey! dan ayor teh masala Hasnol memang sedap. Marbeles! Sian Mas tak sempat nak masak sayur..nanti lepas ni kita berkelah lagi yer..Insyallah.

Tipah antara ahli Jemaah yang tiba paling awal bersama anaknya yang comel. Bila kami sampai jer terus ngap sebab masing-masing dah kelaparan. Tak lama lepas tu Ina/Mas/Na  pun sampai. Udi.. meriah sungguh dessert mu dan Ina sedap agar-agar lumut kamu. Nanti buat lagi eh!. Aku pulak perut dah bloated  berangin sebab makn cempedak..tapi tetap balun jugak ler sebab lama dah tak makan. Hahaha. Bila dah kenyang aktiviti bergambor bermula. Bior ler gambo yang berbicara.Macam-macam aksi ado!..he he he. Layanss.

Ucapan terimakasih pada Fujie menerima kehadiran kami diteratakmu. Kami happy tengok kecerianmu. Alhamdulillah. Mintak sorry yer kalau ada yang terlebih terkurang. Semuga Fujie terus kuat, tabah mengharungi segala dugaan ini. Sesungguhnya Allah menyayangi kita semua. Sama-sama kita lakukan yang terbaek memohon ke hadratNya . Semuga segala amalan kita dirahmati dan diberkati..aminn

Akhirkata semuga ikatan ukhwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan tuturbicara dan perbuatan yang menyinggung perasaan sesama kita dari dulu, kini dan selamanya. We are BFF forever. Luv uols!

Wassalam and thank you.

Intan S
Sexiteri  

Wednesday, June 8, 2016

Reunion at Seri Pacific - 16 -17 April 2016

Assalammualaikum..

Dalam masa yang singkat akhirnya perjumpaan kami menjadi jugak. Kalau awal2 janji takut last minit cancel kan. Mula-mula nak cari Sunway Hotel tapi fully booked. Lagipun tengah renovation. Pasti risik kat Summit masih banyak lagi. Bila mintak pendapat semua kata x nak. At last my fren kata dia booked kat Seri Pacific. Alhamdulillah.

Ingat petang tu nak jalan2 kat area keliling tu tp hujan lebat pulak. Lepak dalam bilik jer kami sambil sembang. Mujur ada biskut nak buat kudap2.

Seronok bila dapat bersama2 dengan teman-teman seperjuangan. Insyallah semuga ikaan ukhwah antara kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..aminn

Wassalam

Friday, June 3, 2016

Kenduri Tahlil dan Kesyukuran - 22/5/2016

Assalammualaikum..

Tarikh ini adik aku buat kenduri kesyukuran dan tahlil. Ramai jugak tetamu yang datang. Aku pulak minggu ni mmg sibuk amik mak aku dari teluk intan. Pastu esoknya kena hantar mak balik pulak. Walaupun kepenatan namun aku ikhlas dan redha.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Wassalam


Ziarah Puji dan Peah - 26/4/2016

Assalammualaikum

Pada tarikh ini kami berpakat menziarahi teman sekolah kami di putrajaya. Kawan-kawan dari Batu Gajah dan Ipoh turut sama menyertai ke Putrajaya. Sempat le aku buat karipap untuk Puji. Aku tumpang Mas hari tu. Kami konvoi 2 kereta ke Prutajaya. Semuga Puji sempat sembuh seperti sebelum ini. Stay positive and be strong fren.



Dari Putrajaya kami ke Kepong ziarah Peah pulak yang baru saje kehilangan suami tercinta. Semuga Peah tabah mengharungi dugaan ini dengan kuat dan redha.

Monday, March 14, 2016

Majlis Perkahwinan adik Lailaton Azlina - 13/3/016

Salam,

Firstly ucapan terima kasih di atas jemputan perkahwinan adik BFF Lailaton Azlina. Alhamdulillah sampai juga ke Bota Kiri. Walaupun dalam cuaca kepanasan.


Breakfast pagi semalam dengan mak, aku order roti gegor dan bakso.Mak pulak makan mihun sup. Dan aku minum kopi O. Mak pulak macam biasa nescafe panas. Lepas breakfast tapau tuk mak untuk makan tengahari sebelum aku ke kenduri rumah Ina.

Dalam pukul 12 lebih Puteri datang pickup aku kat rumah dengan Eda, Dari rumah aku terus ke Tronoh amik Reha Nor pulak.



Makanan memang sedap. Tapi aku x berapa berselera, Mgkin sebab cuaca panas sangat kut. Kalau minum mmg tak tolak. Apa2 pun tq so much Ina di atas layanan yang diberikan. Kami beredar lebih kurang kul 2 sebba petang tu nak gerak balik ke Teluk Intan.

Sebelah malam pulak ke rumah adik Hajah Dian sebab dia nak pinjam tepak sireh. Dah nak kawin adik aku tu..Sempat le cik Hajah tu beli mee goreng buat jamu kami. Terima kasih adik. Insyallah kita jumpa di hari persandingan mike yek!.

Wassalam

 

Thursday, February 25, 2016

Convent PD Trip - PNB Ilham Resort PD



Convent PD Trip Gathering 2016
Tarikh  : 20 – 21 Februari 2016
Venue  : PNB Ilham Resort Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT tarikh yang kita nantikan tiba jua akhirnya. Segala perancangan telah jaya dilaksanakan walaupun dalam pelbagai kepayahan.  Walaupun hanya satu malam, grup kita telah mencipta satu fenomena yang sentiasa happening. Memang kalau nak diikutkan tak cukup jer masa satu malam tu kan namun itulah hakikatnya ternyata semuanya happy dan membawa kenangan terindah yang akan terpahat dalam memori kehidupan kita. Boleh ler kome cerita nanti kat cucu-cucu kome..ha ha ha

Sebelum daku meneruskan bait-bait ceritera seterusnya, first of all kita ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada organizer kita Norhanum Harun di atas segala usaha dan effort untuk menjayakan gedering kita pada kali ini. Bravo Anum!..Begitu juga kepada warga AJK yang amat berdedikasi dalam membantu dan bertungkus lumus dalam penyediaan makanan dan sebagainya sepanjang kita berada di PD. Huh! Lega.. Suatu kepuasan yang tidak terhingga kan bila segala usaha kita berjalan lancar. Syukur alhamdulillah.

Kemeriahan trip kita kali ini diserikan lagi dengan penyertaan geng baru seperti Sharifah Rodziah (Udi), Parameswari dan Harlina. Tak lupa juga ucapan terima kasih di atas kesungguhan geng-geng Ipoh dan Batu Gajah yang turut sama memeriahkan lagi aktiviti kita ini. Kepada geng yang baru juin tu, jangan kome serik yer! Next time boleh juin lagi. Seiring dengan usia kita yang semakin menginjak ini, kita mesti feel happy and enjoy moment2 dengan sebaik mungkin. Tu sebab kita semua ni masih maintain vogue and mudo sokmo. Gelak ketawa  yang menjadi satu terapi yang sangat baik dalam kehidupan seharian kita. Cewah! Terlebih sudah..he he he.

Hari Pertama

Perjalanan dari Subang ke RNR Dengkil amat singkat. Lagipun jalanraya smooth jer. Cuaca pun nyaman. Sementara menantikan geng Ipoh – Kiah, Ijan dan Rames untuk konvoi bersama kami berempat berehat di surau. Selepas mengerjakan solat kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari di Seremban. Ketika singgah di gerai asam pedas semua makanan dah habis. Waktu tu pun dah kul 3 petang. Apa yang tinggal pun kan. Sempat le kami duduk kat meja sekejap. Yang paling lawak si Ijan ler.., siap tolong lap meja makan. Nyadin jer muka si Ijan. Sebelah meja kami pulak ada sekumpulan geng basikal makan tengahari kat situ. Agaknya deme pun heran nengok Ijan..hehehe. Sementara ngelap meja,sempat Ijan mengusik Rames, “Aci..mau makan kasi ambil sendiri..” Bantai kume ketawa nengok Ijan. Ngam-ngam Ijan abis ngelap,kakak yang amik order tu cakap tengok lauk dulu yer. Langsung potong stim nak makan. Terus kami bangun.

Kami terpaksa mencari gerai lain untuk mengisi perut. Si Harlina pulak dah pening sebab  time makan dah lari. At last kami berhenti di pasar malam untuk beli makanan. Walaupun belum beroperasi sepenuhnya kami tapau juga makanan di gerai lauk pauk di situ dan terus makan. Sementara kami makan sempat le kami berkenalan dengan sorang makcik ni yang menunggu anaknya yang berkerja di situ. Kume suruh makcik tu teka umur kume. Makcik tak boleh nak agak.Cuma dia senyum jer. Sekali lagi  Ijan buat lawak. Bila Sap tanya makcik tu kume asal dari mana, makcik tu x berani nak teka lagi takut jawapan salah lagi. Dengan selamba Ijan  menyampuk suruh makcik tu sebut 14 negeri Malaysia. Terus si Sap bantai tersembur ayor kat muka Harlina. Mujur tak bau ikan misai..he he he.Makcik pun ketawa tengok kume ni ghope kanak-kanak riang.hahaha. Dah kenyang  kami mintak diri dan bersalaman dengan makcik sebelum meneruskan perjalanan kami seterusnya.

Keme tiba di hotel pun dah almost pukul 5 petang kalau tak silap. Dalam rumah geng yang sampai awal,kelihatan semua exchange gift, door gift dah tersusun rapi. Manakala Chef Uma and Chef Anum pula sibuk dengan persiapan untuk penyediaan hidangan malam BBQ nanti. Sempat le petang tu kami berjalan ambil angin menyusuri pantai dan bergambar. Biasa ler kalau tak bergambo dan berselfie tak sah kan.he hehe. Aku pulak sempat juga rendam kaki kat air laut tu, lepas gian. He he he.

Sementara yang lain-lain bersiap nak jalan-jalan ke pantai sempat ler kami bersembang di bilik sebelah. Kiah menegur aku katanya aku dah kurus. Aku cakap biasa jer, cuma perut jer tak kurus..ngeee. Lagipun aku ni kan ada sweet urine. Tiba-tiba Ijan menyampuk tanya apa makna urine tu…kih kih kih. Ngekek kume ketawa. Sap tanya apa hei kamu Ijan..ha ha ha. Ajenya si Ijan. Bila aku sebut kencing manis baru dia paham..adehh!! 

Lepas menunaikan solat maghrib kesemua barang makanan di bawa ke pondok untuk makan malam. Tema malam ni semua kena pakai shirt/blaus warna purple dan berkain batik. Rasa cam boria jer..tapi seronok weh! Menu malam dinner kami :-

- BBQ Chicken and Lamb with black pepper sos. By chef anum.
- Salad dan ayor promogenate with soda, daun pudina – by chef Uma
- Nasi Goreng dan Mee Goreng  - by hotel as per request.
- Kueh kaswi, Garlic bread, Sengkuang Calit, tembikai, kek,maruku, agar-agar santan,
  bubur pulut hitam, puding – by Ina, Na, Mas, Ijan, Kiah, Udi, Rames.
- Kek karot & Kek marble – by Kiah.
- Kek Suji – by Uma
- Kek Labu – by Udi.
- Mineral water – by Zana/Puji

Alhamdulillah. Semua makanan terhidang memang sedap-sedap belaka. Cuma teman jer yang kurang selera sikit sebab badan x berapa sihat. Asik minum ayor jer.Batuk tak baik-baik lagi. Kesian Puteri sampai hilang suara dia. Air yang paling best ayo promogenate yang dibancuh oleh chef Uma kita. TQ Uma for making one special for me. Sedap kan Puji..he he he. Next time boleh buat lagi..:-)))

Di sepanjang dinner malam tu tak abis-abis acara sakat menyakat terutama si Ijan. Memang gitu le gelagat kawan kita yang sorang ni sentiasa ceria. Aje ngan tak diam. Pok Pek Pok Pek nyakat kawan-kawan. Siap beregek dengan mekap bagai si Ijan. Pakai pulak baju ropol2. kih kih kih.  Masa tengah makan tu sembang punya sembang terkeluor ler perkataan ‘marinate’. Seperi biasa dengan selamba tanya kume balik apa maksud marinate tu..married ker. Semuanya ngekek ketawa dengan Ijan. Dia pun ketawa juge. Dia boleh buat selamba blurr dia jer. Tak cukup dengan tu banyak pulak petua si Ijan ni. Udah macam klinik tradisional jer.kih kih kih. Petua yang pertama dia nyuruh teman makan ice cream vanilla untuk hilangkan batuk. Matron Rames pun terkezoot dengor  petua si Ijan nih.hahahah. Petua kedua pulak kalau sakit gigi bubuh belacan, tak kira le apa jenis belacan. Letak pada tempat gigi yang sakit. Petua yang ketiga lagi best sesape yang terkena ulcer mulut ubat yang paling mujarab kena lempang katanya..wakaakaka. adehh! Pengsan kak Aji ketawa nengok si Ijan.Ju..Ijan pesan suruh kamu jadi protégé dia sebab banyak tips dia nak bagi kat kamu..baaaikk punya!!..hahahahaha. Itu kamu kena tanya Ijan sendiri yek! Keme tak tau..:-)))

Kalau pasai bergambor aje ngan riuh. Punya la havoc kat padang tu. Macam-macam aksi ada.Warga lain semuanya tak keluor. Deme bagi can le tu..he he he . Tambah baju semua bertema ungu. Memang cantik bila dipakai dengan batik. Terbaek semua.

Dah siap bergambor  aktiviti  berkarok di tingkat atas lobi hotel. Seperti biasa yang konker mic si Ms Ijan le dengan lagu2 dangdutnya. Selang seli dengan kawan-kawan lain yang turut menyumbang suara masing-masing. Yang lain dengor jer.ha ha ha. Pak Maun cuti joget sebab lagu x sesuai..he he he. Terima kasih Zana kerana belanja kami yer. Ingatkan lepas tu nak sambung ngeteh kat luar, last-last aku ngan Sap lepak kat bilik deme sebab Baya tertinggal kunci keter kat bilik kami. TQ Linda tolong buatkan kopi malam tu. Zana tq for biskut semperit. Sedap. Boleh order masa raya nanti..he he he.Borak punya borak last2 kami tidur bilik deme. Subuh baru balik bilik sendiri..ngeh ngeh ngeh











Hari kedua

Ingatkan selepas solat subuh nak sambung tidor tapi tak maunya pulak. So kami teruskan dengan sarapan pagi di hotel. Boleh tahan jugak menu sarapan pagi. Tapi yang paling best cucur bawangnya. Aje ngan lembut. Enak bangat. Si Rames yang rajin ambik kan. Sampai kat meja lesap masuk dalam mulut masing-masing.he he he. Tambah makan waktu panas-panas memang ler sedap. TQ Rames.

Acara games kali ini dikendalikan oleh Puan Presiden kita Suzana Ahmad. Sebelum permainan bermula puan presiden kita berucap dan berterima kasih kepada organizer di atas kejayaan kita berkumpul  dan komitment kawan-kawan untuk sama-sama memeriahkan aktiviti kita tahun ini. Masa games ni macam-macam aksi ada. Memang havoc dengan gelagat kumpulan masing-masing.  Games ada dua group – satu Convent bijik (Uma Dhevi) dan yang kedua kump. Ipoh mali (Rames). Yang pertama games passing buah mata kucing, yang kedua- masukkan air dalam botol dengan straw dan yang ketiga- lawan makan smp habis. Kemenangan berpihak pada kumpulan Convent bijik. Sempat Puan Hajjah Baya kita belanja makan icecream pagi tu.yum! yum! Terima kasih Baya. Zana kata hadiah untuk pemenang akan dibawa kepada next gedering.

Acara seterusnya acara Exchange Gift..memang best. Terbaek la kawan-kawan. Masing-masing happy dengan hadiah masing-masing. Kali ni camera penuh dengan gambo Sap jer.he he he. Setiap ahli diberi goodie bag yang disponsor oleh kawan kita Kamaran dan didalamnya ada souvenier botol dan kacang by ms sexiteri, Gepang by Anum dan buah limau Sunkist by Rozana. Terima kasih semua di atas segala sumbangan yang diberikan. Semuga kita akan dapat meneruskan tradisi ni lagi di masa akan datang. Insyaallah.

Sebelum berkemas nak check out deme sempat berendam di kolam. Kesian Rames x dapat juin sebab dia tunggu tak de sape di situ. Next time ye Rames..he he he. Sementara nak menunggu check out sempat Rames tunjuk cara nak hilangkan migraine. Dia tak bagi rakam. Sebelum bergerak sempat kami bergambar kenangan di lobi hotel. Sekali lagi Ijan buat lawak. Punya excited nak balik beg baju pun tinggal belakang. Elok je ngendai bawak goodie beg dia tu. Mujur masih kat hotel lagi..adehh!..ekekeke.

Dari hotel kami terus makan tengahari di gerai asam pedas semalam. Memang ramai orang datang makan di sini. Walaupun pedas tapi memang umph la asam pedas dia.Ucapan terima kasih dari kami semua pada Kiah kerana belanja makan tengahari kami dengan ayor coconut shake. Semuga dimurahkan rezeki selalu. Aminn. Di sini satu lagi insiden lawak dari Ijan.”sedap kome ayo coconut tree.”kih kih kih..adehh Ijan. Udah le cuaca paneh, asam pedas yang kow! Dia nohen jer dengan lawak dia. Boleh lagi sambung cerita marinate ni sebab tak sabor nak sampai rumah..kwang Kwang Kwang..jawapannya ada pada Ijan yer..hehehehe. Paham-paham jer ler yer kome!..:-)))

Sebelum teman mengundur diri, izinkan teman menyusun sepuluh jari kemaafan di atas segala kekhilafan samada dari segi perbuatan atau tutur kata. Halalkan apa yang termakan dan terminum di sepanjang kita berkawan. Kalau report tak best sorry ek!. Tengah idea kontang. Ini pun rasa dah panjang benor. Nanti jemu pulak kome baca..he he he. Kalau ada issue yang tertinggal harap maaf yer. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua di atas gedering yang paling happening..We look forward to our next vacation to Krabi..

Sekian, wassalam.

Intan
Sexiteri