Wednesday, December 17, 2008

Jalan-Jalan ke rumah Adik

Salam..

Hujung minggu lalu aku telah ke rumah adikku di Sg. Buluh sebb si Nina adik dari Teluk Intan turun KL.

Tengoklah telatah anak2 buah aku yang riuh macam tetttttss bila dah berjumpa..



Ada a few lagi gambar-gambar yang sempat disnap..nanti akan diuploadkan..hehehe

Chao!..

Terlebih Rajin

Salam..

Hari ini aku rasa macam rajin sket. Malam tadi aku siap rendam mihun dan blender bawang, cili dan masak nasi. Sebab dah jemu tak tau nak makan apa dan hari-hari makan benda yang sama dari kedai yang sama dan aku pun tukar selera merajinkan diri memasak..So inilah hasilnya.






Aku ni tak le pandai sangat memasak, tapi untuk diri sendiri lepas le.hehehe.Semua makanan ni aku hangkut bawak opis..jadi tak payah turun beli makanan lagi..tengoklah kalau turun pun beli sayur je la..yang menyelerakan sambal ikan bilis dengan tempoyak..walla..

Selamat menjamu mata

Monday, December 1, 2008

Aktiviti di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujung minggu lepas, aku pergi buat facial di Summit. Dipilih buat oxigen facial. Only selected VIP yang dapat treatment ni. Salah sorangnya akulah..muahahaha. Balik dari facial aku terus balik ke rumah dan menjalankan tanggungjawab memasak untuk tengahari tu.

Dalam pukul 3 petang adikku mengajak ke subang parade. Aku pun keluar balik dan berjumpa derang kat subang parade. Sempat la maka icecream mcd..hahahaha.dah macam kanak-kanak riang. Lagipun dah lama tak makan icecream rasanya. Balik dari subang parade aku tertidur kepenatan. Adik ipar aku plak sakit kepala. Sempat depa tidur dulu baru balik ke Sg. Buluh..

Nantilah sambung lagi..nak buat keje dulu..hehhehee

Chao!

Friday, November 28, 2008

Tetamu Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam aku dan keluarga beramai-ramai ke Kelana Jaya menghantar kakakku 2orang dan abang ipar ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan rukun islam mengerjakan ibadah haji. Kedatangan kami diiringi dengan hujan yang begitu lebat. Sedih la pulak tengok kakak ku semalam. Sebulan la den jadi ibu tunggul..hehhehe. Mana taknya akulah jadi lady boss kena jaga umah. Semua orang kena ikut cakap aku le beb!hehehhee

Seronok jugak tengok orang pegi mekah nih. Insyallah aku juga akan mengikuti menjadi tetamu Allah. Datenya tahun 2015, lagi 7 tahun. Mana la tau kalau duit dah cukup mungkin dapat pegi awal lagi kan..mudah2an.Aminn..

Aku stop kat sini dulu. Kita jumpa later, k?

Chao!

Wednesday, November 26, 2008

Anak Buah









Bismillahirrahmanirrahim..

Teman mencoret lagi. Tapi tak tau nak citer apa. Setakat ini aku dah ada ramai anak buah. Pangkat cucu pun dah banyak..hehheehe.

Gambar anak2 buah yang ada dalam koleksiku..

Wa chao dulu!

Tuesday, November 25, 2008

Award

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali ingin ku ucapkan ribuan terima kasih pada Ai di atas award yang diberikan. Teman punya blog ni tak de le best mana..banyak merapu jer..hehehee..Rasa terharu di atas perhargaan yang diberikan.



Neway thanx for the compliments.

Wednesday, November 19, 2008

Sampai Bila

Di manakah… kesetiaanmu
Di manakah… janjimu dulu
Di manakah…
Cinta kasih sayang yang kau berikan padaku

Sampai bila haruskah ku
Berpaut di dahan rapuh
Mungkinkah cintamu dulu mekar kini… layu

Sampai bila… harusku tunggu
Sampai bila… menanggung pilu
Sampai bila… kan aku jadi begitu sayu

Tak perlu lagi bertemu
Tak perlu lagi bermesra
Ku redhai… seandainya jodoh kita… tiada

Dulu kau pernah lafazkan padaku
Cintamu sejernih embunan pagi
Dulu kau hembus bisikan
Akulah nyawamu

Epilog cintaku di penghujung waktu
Berakhir disitu lembaran kasihku
Tinggallah kenangan antara kau dan aku
Biarkan ku membawa diriku ini

Epilog cintaku memori diuja
Ikatan cinta kini terlerai sudah
Mengundang seribu kenangan yang manis
Kaulah permata hatiku

Monday, November 17, 2008

Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan kalimah bismillah aku memulakan coretan ini. Semenarnya tak tau apa nak tulis..hehehe. Last Friday night, teman balik kg naik bas plusliner kul 8.30 malam. Dah lama tak balik malam..tunggu punya tunggu bas datang kul 9 malam. Hampeh tul. dah le aku tunggu dari kul 7.15. Letih den. Mujur jugak dah sampai pudu hujan lebat. Kalau tidak mesti basah kuyup seh!..hehehe

Sebelum tu aku sempat tapau burger kat depan watson kotaraya tu. Burger dia memang sedap.hehhe. dapat lak pisang free satu sebab ari jemahat.hahaha. Aku planning naik je bas aku nak makan la burger tu. Tup tup yang duduk sebelah aku tu sorang mamat melayu. Segan plak nak makan. Aku cuma cekik pisang jer..muahaha. Perut aku dah le lapor..tp kena tahan jugak sebab malu punya pasal. Bila bas berhenti untuk rehat, aku cepat2 keluarkan burger tadi tu dan terus wallup masa mamat tu turun..muahahhaa. aku ni rupa jer brutal, tp semenarnya femalu seh! hahahaha. masih lagi ada ciri2 gadis melayu terakhir..wakakakaka!..

Itu le ceritaku pada minggu ni. tak tau nak tulis apa. Nanti aku hupdate later la ya.

Daa..

Monday, November 10, 2008

Kenduri Doa Selamat

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada sabtu lepas 8/11/08, kakakku telah mengadakan kenduri doa selamat. Ramai la adik badik abang ipar dan saudara mara yang lain datang. Cukup bulan ni kakakku akan berangkat ke tanah suci mekah. Selama sebulan aku mesti boring giler. Sunyi sket la, tak de kawan nak berborak. Anak buah aku sorang tu dah le keje..huhuhu

Semuga kakakku akan selamat pergi dan selamat pulang. Tolong doa2kan teman kat sini ya.

Tuesday, November 4, 2008

wajah kenangan




Bismillahirrahmanirrahim..

Wajah kenangan sewaktu kecil terimbas. Cumil gak aku sewaktu kecil nih. Dah le ada rupa anak cina..hahahhaa..

Chao!

Kenangan Alam Persekolahan



Bismillahirrahmanirrahim..

Aku paparkan sedikit gambar2 kenangan ketika di bersekolah di Sek. St. Bernadette's Convent Batu Gajah.

Zaman terindah yang tak dapat nak dilupakan. Akan ku kenang sehingga ke akhir hayat. Masih ada sebahagian kawan2 yang masih lagi berhubung di antara satu sama lain. Terima kasih kawan2 kerana masih sudi menjadi temanku..

Insyallah..akan ku sambung lagi coretanku ini. chao!!

Friday, October 31, 2008

Kemuncak Aidilfitri @ Dewan Tun Rahah KL on 29/10/08

Bismillahirrahmanirrahim

Hari Rabu yang lepas aku pegi ke majlis kemuncak Aidilfitri AF anjuran maestro. Yang paling best kami sampai kul 9.30 malam sebab sesat..hehhee. Meraikan harijadi adik maneh sekali.




4 dara pingitan..wakakakaka..

bergambar dengan Noni



Sempat jugak ku bergambar ngan nubhan..1st time jumpe..hiks

Antara kenangan terindah dalam kehidupanku..nanti sambung lagi..chao!

Lumrah Manusia

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang2 tak paham dengan perangai manusia. Macam mana nak cakap ek. Kalau nak buat perubahan tu kena la berubah untuk diri sendiri. Tak payah la nak menyindir orang lain. Kita pun pernah muda. Naluri dan keinginan tak dapat nak dipisahkan. Jangan kerana diri itu sudah berubah baik nak tunjuk la yang entertainment life ni tak perlu langsung. Yang penting kita tahu batasnya.

Kalau atas dasar nasihat tak pe..ingat mengingati tapi jangan terlalu lantang menyindir dengan terang. Kita sebagai manusia punya hati dan perasaan. Sembahyang tunggang tunggek pun tak guna kalau hati dah busuk.

Sememangnya aku tidak memahami setengah2 manusia yang begitu degil, stubborn, asyik dia yang nak menang. Tapi bila kita berhadapan dengan situasi orang yang sebegini jalan yang terbaik hanya mendiamkan diri. Bak kata orang sekarang, buat muka poyo jer..hahahaha..Kalau dilayan mungkin akan menjadi lebih teruk.

Bagi aku, kalau berhadapan dengan situasi yang begini,aku biarkan sahaja. Biarlah aku yang beralah. Tak bersuara tak bermakna kita salah. Sesuatu kebenaran itu akan timbul juga. Cuma masa yang akan menentukan. Semuga Tuhan akan pancarkan sinar harapan buatku. Insyallah..mudah2an.Amin


Dah tak tau nak tulis apa, mulalah nak merepek merapu..muahahaha.

Akan disambung laterz..wassalam

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri di rumah kawan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ingat nak rest aje semalam memandangkan sebelah petang nak ke rumah kakak ipar kakakku di Sentul. Sebelah paginya pulak aku mengemas bilik ku yang dah macam tongkang pecah. Sakit mata dah tengok barang2 yang bersepah. Tiba2 aku mendapat call dari ex-colleague aku si Norley call jemput datang kenduri di rumahnya sempena tahlil arwah maknya. Sekali ngan kenduri buat ayah abang n kakak iparnya yang nak ke mekah 7/11/08ni. Nak tak nak pegi jugak la aku sebab rumah dia sama taman ngan aku. Berjanji ngan Mek Ha kami pun pegi la makan kat umah Norley tu. Kakak ku suruh Mek Ha singgah beraya lepas balik kenduri umah Norley. Tup tup dengan Norley sekali aku kidnap dia datang beraya sekali dengan Mek Ha..

Balik dari rumah Norley pun dah pukul 4 lebih. Last2nya aku tak jadi ikut kakak aku pegi open house dok melayan Mek Ha ngan Norley. Aku suka jugak sebab nanti penat nak makan lagi..muahahaa. Kami berborak sampai kul 7 petang.

Terimakasih Mek Ha n K.Norley..nanti datang lagi ya.

Itulah antara aktiviti aku di ujung minggu. Penat dengan aktiviti rumah terbuka..hehehehe

Chao!

Makan2 di Rumah Saiful Hazzly@26/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Kami berkumpul lagi walaupun dalam small group sebab Saiful tak menjemput ramai orang makan2 di rumahnya. Yang datang aku, k.azmah, Norzailan & family, Zarina & family & Maizan n family. Semua makanan di rumah Saiful memang best bangat terutama mee udang n sate ikan. Walla..yummy!

On the way balik, kami singgah di rumah Kamal & Salinda. Dapat la makan buah rambutan. Sampai aku mintak bawak balik. (tak malu betul..hehehe)

Yang penting hepi bangat. Sori x de snap gambor!

Chao!.

Jamuan di Rumah Mr Presiden Kelab e_SLW@19/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini kami ramai2 menyerbu ke rumah En. Azhar. Antaranya aku, K.Azmah n Umi, Quah & Family antara orang yang terawal sampai. Banyak la jugak juadah yang disediakan oleh isteri Encik Azhar. Terlupa nak snap gambor..huhu..

Aku n k.azmah beraya sampai kul 3 lebih. Tunggu hujan berhenti. Lepas tu k.azmah bawak aku jalan2 ke Tessco Setia Alam.

Antara yang hadir pada jamuan hari tu :-


1st group yang sampai..



2nd group..

Banyak jugak la yang tak dapat nak menghadirkan diri pada masa tu. Tunggu aje la next aktiviti.

Chao!..

Incanto's Open House @ 25/10/08

Bismillahirrahmanirrahim..

Raya sudah hampir ke penghujungnya. Semalam pula adalah merupakan perayaan Deepavali. Weekend yang lepas penuh dengan aktiviti open house. On last saturday aku, addya dan Izan together2 ke rumah Inc for jamuan raya. Masa sampai di rumah Inc, punya la ramai orang. Mula2 segan la pulak rasanya. Tak lama lepas tu Hezz, Maya & Phewwit (bawak Hirdy Jr) Wawa & arin. Kami menikmati juadah di rumah Inc. Bestnya semua makanan.

Thanks to Hezz jugak sebab bawak speghetti. Sedap la. Nanti wat lagi ek!..hehehe

Around 4 something Abad n Diddy sampai. Waktu tu rumah Inc memang masih lagi ramai tetamu yang datang.. tengok le gambor yang disnapkan..


3 dara pingitan..muahahaha


belated birthday boy..Diddy!!


arin yang cumil..mmuah


diddy n me..tu tengah sibuk nak potong kek!..hahahaa


jemaah yang hadir..hehehee

So Izan cam ner? Ensem tak Diddy bila tengok face to face..hehee. Len kali meh le join lagi, k?


layanzzzz..kita chao dulu. Idea tadak..

Monday, October 13, 2008

Ribut

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Sabtu yang lepas aku keluar ke Carrefour dan buat facial di Summit. Masa aku keluar tu cuaca terik. Terasa jugak le bahangnya. Akak aku plak ada kursus haji dan open house kat umah anak buah abang ipar aku. Aku tak larat nak ikut sebab bukan sikit2 rumah yang derang pegi. Lagipun aku nak relax sket dan memanjakan diri di salun..muahahaa. (dah mcm orang kaya la pulak..perasan)..hehheehe..apa2 pun as long aku happy.

Aku singgah di pejabat pos sb nak renew lesen kete..Setiap tahun asyik renew jer bawak keternya jarang sekali. dah le keternya pun tak de..hahhahaha..Kawan2 aku ckp simpan jer la lesen ko tu dalam album..hehhehe.Tahun ni aku terus renew 2 tahun terus..malas nak pikir lagi. Pas tu aku terus ke summit tuk buat facial.

Seronoknya dapat merelaxkan diri. Kelly plak bg aku souvenier dari australia..cantik bangat..thannx lalink..mmuah. Sepatutnya appt aku on friday evening tp disebabkan hujan lebat tu la aku postpone ari sabtu tengahari.

Mula2 planning nak singgah cuci mata kat Carrefour..Last minit tukar plan, nak terus balik ke rumah. Masa tu cuaca dah gelap. aku plak tak bawak payung..aku ckp tak pe la, aku tunggu kat bustop memandangkan aku pn x de payung kan. Tiba2 terus hujan turun dengan lebat campur dengan angin dan kilat yang kuat. Aku naik risau jugak. Masa tu ramai jugak le orang kat bustop. Aku terus membaca ayat2 quran bagi melegakan angin dan kilat yang kuat. Sempat jugak aku bang dalam hati. Aku tengok sendiri angin tu berjalan2. Habis basah baju aku. Mulut aku tak renti2 kumat kamit membaca..takut sangat masa tu. Lama jugak la aku kat bustop tu. Menyesal lak tak masuk C4..

Bila hujan dah mula reda barulah aku naik bas dengan baju yg basah kuyup. Cepat2 aku salin baju. Masa tu plak tak de current sebab kilat kuat sampai tendang main suis. Kakak aku tak sempat nak amik aku gi beraya umah Hisham sebb jalan pulak jem. Aku kata tak payah le. Aku suruh derang pegi terus..At least aku relax kat umah..hehheehe

Ok la..aku stop kat sini dulu..nanti aku hupdate lagi..

Tuesday, October 7, 2008

Kenangan Hari Raya 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah seminggu umat islam merayakan syawal nan indah ini. Aku pun baru aje mula bekerja ari nih..hehhe. dah seminggu cuti macam malez jer nak keje kan..masih mamai2 lagi..hahahaha.

Tahun ini aku sambut aidilfitri dgn sederhana saja..ada la beli 2-3 jenis biskut raya. Adik2 pun ada beli jugak kueh. so campur2 banyak jugak le biskut raya..masuk kepek2 lagi meriah.

Juadah hariraya pertama aku speghetti..walaupun tak berapa pandai tapi kira ok jugaklah..boleh dikatakan licin jugak le..balance yang tinggal pun cikit sangat..alhamdulillah..

Raya kedua pula aku beraya bersama-sama dengan teman2 sekolah..haru biru dibuatnya. Mana taknya tengok telatah Puji, Xana dan yang lelain hepi jer..dah mcm kanak2 riang. Grup kami yang paling bising sekali, sampai mak sedara sap pun aku rasa pening nengok kami tak renti2 mengusik dan ketawa tak hengat..hahahaha. Dari umah Sap kami terus ke rumah Leli yg tengah sarat mengandung anak ke-5..cayalah Leli..
Dari rumah Leli kami ke umah Ainon pulak..tapi tak masuk. cuma sembang kat luor jer sebab dah petang sangat..rugi tak dapat rasa laksa Ainun..hiks dan destinasi terakhir kami di rumah Muhaini..sempat Puji tangkap gambo kat kerusi tom tom bak..mak budak yang vogue gitu..muahahaha.. Yang paling best dapat duit raya dari Sap & Ani..

ni..kat umah Sap

masing2 memperagakan handbag..hiks

Raya ketiga pulak adik aku yang bongsu sampai. Masa tu Sue and family datang beraya kat umah..hehehe. Menunya ari tu lontong yang dimasak oleh adik iparku. Aku pulak menolong mak buat makaroni bakar..yummy bangat.

posing maut dari teman2ku yang vogue gitew..hehehe

ni le dia kanak2 riang kat atas kusi tom2 bak..hiks

Raya ke-3 ada kejadian yang tak disangka berlaku..kami semua sibuk kat dapur masa tu. anak2 buah aku semuanya main kat luar. Pas tu anak buah aku bg tau ada orang datang kat opahnya..mak aku pun pegi le tengok. Orang tu tanya ada ke hilang cucu ke umur dalam 2 tahun. Mak aku jawap tak de. Boleh plak mak aku sambung cakap kenapa la mak bapak budak tu tak jaga anaknya..last2nya cucu sendiri yang hilang..muahahaha.kemudian adik ipar aku menyusul ke depan. Lepas tu dia tanya anaknya yg lain mana Liyana. Semua tak tahu. panggil 2-3 kali tak juga ada. Masa tu baru le perasan Liyana yang hilang..apa lagi mak ngan adik ipar aku terus le ke blok belakang tu cari Liyana. Adik pompuan aku Ina cari sebelah sini..rupa2nya si Liyana ni jalan terus ke blok belakang. semua orang tak sedar. Aku rasa mesti adik aku mengamuk bila tau anak dia hilang..masa tu semua orang pegi semayang jumahat. Alhamdulillah anak buah aku tu selamat kat umah jiran blok belakang tu. Kalau dia jalan ke jalan besar aku tak tau apa akan jadi..nauzubillah..apa yang penting segala2nya dah selesai..lega aku. kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan.

Hari2 seterusnya aku tak kemana pun, cuma gi beraya umah Sue and then pegi melawat tessco baru kat seksyen 18.

Sampai setakat ini dulu coretanku kali ini..idea tadak..Nanti aku sambung lagi..chow dulu..

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka Puasa di Kelab Golf Selangor bersama Riz Angels

Bismilahhirahmanirrahim..

Pada minggu pertama puasa, aku telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Riz Angels bersama anak-anak yatim. Pergi bersama Sue, Eri & family. Tak sangka Diddy pn turut dijemput..





tak tau nak tulis apa..layanz..

Berbuka Puasa Bersama Noni Di Intai@ Restaurant

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari Rabu yang lepas ketika warga Selangor bercuti, aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama Noni di Intai2 Restoran di KL. Aku n Brit naik tren ke Ampang dan seterusnya menaiki teksi ke restoran. Enjoy tengok gambar yang di snap oleh adik manih Eyla dan Sab


Sessi menyambut kedatangan..hehhehe




ketawa apa tu dik..hiks


family photo

psst! Eyla akak cilok gambo..hehhehee

Thanks to uols kerana sudi menerima kehadiranku di majlis tersebut. Julia tima kasih di atas jemputan. Geng TAG kamu semua superb. Adik Jepung yang manis terima kasih, K. Ros yang vogue, Sab,Kak Umi & family, Seri, Madjo, Tiratam, Brit, Hanee and Dash..seronok dapat berkenalan dengan korang..mmuah..ada nama yang ketinggalan tak?
Lepas raya ni leh sambung meroyan balik..muahahahaha..

Di kesempatan ini izinkan daku memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang pernah ku lakukan baik dengan sengaja atau sebaliknya. Diharap sudilah memaafkan tuan hamba. Hamba hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan.

Akhirkata Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

Tuesday, August 19, 2008

Hitea@Seri Pasifik KL (9/8/08)

Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti yang dijanjikan aku,Sap, Ita n Xana sempat berkumpul lagi. Walaupun tak ramai tapi happening jugak le..yang bestnya bila mengimbau kembali zaman persekolahan dulu. Memang tak kering gusi dibuatnyer. Sayang Midah tak dapat join sebab dia sekolah ari tu. almaklum le kawan aku sorang tu Cikgu..tak pe Mie, nanti kita set lagi ya.

Tengok le zaman aku disekolah rendah dulu..kelakar le.



Ini pulak sewaktu hitea dengan Anum yang balik bercuti dua tahun lepas..



Anum masa ni masih jet lack lagi..belum sempat rehat lagi kitaorang suruh gak dia datang hitea..kesian dier. Sebab masa tu jer memasing free. Walaupun usia dah semakin meningkat tp memang seronok dapat jumpa kawan2 lama nih. Dah le geng aku ni sumernyer giler2 sket..memang tak kering gusi setiap kali berjumpa. Aku rasa tak de owang mcm kita orang nih...mcm kanak2 riang ribena walaupun ada di antara kami dah status mak2 orang.

Kalau dapat kembali ke zaman persekolahan memang seronok bangat. Aku nak belajar sungguh2. Masa yang lepas banyak main jer..tp kalau sekarang suruh aku belajar balik rasanyer otak pun dah karat. tak larat lagi dah rasanyer..hahahaha

k la..aku stop dulu..nanti sambung lagi..

Wassalam.

Pindah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak pagi lagi aku dah naik komuter ke Sg. Buluh. Aku bertolak dari Hotel Singgahsana dari kul 8.30 pagi. Sampai kat Sg. Buluh kul 9.30 pagi. Halim ngan Abah dah siap tunggu kat komuter Sg. Buluh dan terus ke umah Adir. Pagi tu aku dah lapar giler..maklum la malam tu makan tak puas..hehehee. Sempat minum teh tarik n makan roti telur, tp tak abis..abah tulun abiskan..hiks.

Sampai kat umah Adir, aku just tolong mana yang patut..lori datang dalam kul 10 lebih. penat seh, bayangkan kena turunkan barang dari tingkat 5. Aku cuma kemas dari atas jer.Yang lain2 mat2 boyan tu yang angkat bawah bawah..rasa 1/2 pengsan. Al maklum la memang penat giler.dah le malam tu tak tido sebab meroyan kat bilik budak2 Ria.

Sambung later ya..ngantuks ya amats. Lagipun tengah no idea..

Wassalam.

Endless Luve Riz & Nadia Dinner at Singgahsana Hotel (15/8/08)

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada mulanya aku agak berat nak join dinner pada hari Jumaat lepas..tapi Sue kata dah letak nama so I pun join la..Tema malam tu belang2. Aku memang tak de baju belang2. Last minit mingle kat C4 langsung terjumpa satu sweet blaus belang2. apa lagi aku pun grab la baju tu. The day before aku tengok blaus yang lain (belang) gaks, tp yang ni lagi sweet dengan kalernya yang pink. Lagipun aku tak de kaler baju warna pink. So aku pun amik..Pas tu gi cari kasut lak. Dalam pada kekontangan tu masih sempat bersopping lagi, boleh?hehehehe..

Hari yang dijanjikan pun tiba..Sue menunggu aku di komuter Subang. Kami ke singgahsana bersama2. Sampai kat hotel lebih kurang almost pukul 7 petang. Ok la tu. Lagipun dinner start kul 8.30 malam.


cumilnyer adik beradik nih..hehehehe

Credit to mnaa (http//sitiruzaimah@blogspot.com)

Seronok tengok persembahan Riz & Nadia..tapi rasa cam tak puas jew. Acara yang paling tidak dapat aku lupa bila Riz jemput aku untuk menari tarian poco2..lebih kurang cenggini dialog dier..

Riz : kak! jom kita menari poco2.
Aku : Eh Riz..akak tak pandai la..dengan nada malu2 kucing.muahahaa (dalam hati
bangga la jugak..)
Riz : Ala..Riz pun bukan pandai sangat, ikut jew? hahahahhaa..sweetnyer sore dia
(lembut mcm dunlop pillow..boreh..wakkakaka)

First time dalam sejarah aku naik pentas selain dari company dinner aku..aku ni memang femalu orangnyer..tapi entah kenapa malam tu kureng malu plaks..kelakar giler masa ni. Yang menang team Nadia sebab depa terer menari..hehehe



Ketika beraksi tarian poco2 ngan Riz..credit to mnaa sekali lagi.

Sessi penutupan dinner kami sempat bergambar beramai2 dengan dua2 adik nih..Antara kenangan yang tak akan ku lupakan sehingga ke akhir hayat.


Gambar beramai2..credit to kak maneh (sweetmmjourney@blogspot.com)

Sempat meroyan tengok video clip kat bilik budak2 Ria selepas konsert..best la korang. Tengok video yang Azlan rakam masa dinner tu..balik ke bilik kul 5.30 pagi. Punya la mengantuk bangat the next day tu..hahahaha..apa2 pun memang best..

Sekian untuk coretan kali ini..semuga kita berjumpa lagi..

Wassalam..

Tuesday, August 12, 2008

Diddy FC Bowling Tournament - 10/8/2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Ari ni aku nak citer pasal bowling tournament di Summit pada hari ahad lepas (10/8/08).Grup aku terdiri dari addya, incanto, hairuni n myself la..dah le pakai tshirt Diddy FC, tp main tuk Nonny FC..boleh, kan kelakar tu? Tapi itu lah kenangan yang mengusik jiwa kami yang bukan terdiri di kalangan pemain yang pro pun..baling bola pun sopan jew..hahahhaa. Addya yang begitu kreatip turut menyediakan tag untuk team kami..


team player nonny fc..hiks




cenderahati dari Diddy...

Yang paling kelakar team kami terpilih memenangi kategori team paling HOT..ngeh ngeh ngeh..itu la yang paling hepi sekali.Dapat la goodie bag dari Hot FM. Tak sangka la pulak..malu pun ada..hahhaha. Neway thanks to Hot FM (lebih hangat dari biasa)..Dalam banyak2 barang paling best dapat teddy bear 2..so cute. Jadi teman tido teman le..hiks!


Terima kasih tak terhingga kepada seluruh komuniti Diddy..nanti jangan serik jemput lagi ya..especially Diddy and Bad..sayang korang..peace mmuah

Wassalam..

Monday, August 4, 2008

I'm Not Single

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Sabtu yang lepas aku ke KLCC. Seorang teman mengajak aku tengok citer I'm not Single. Jalan citernya simple ajer, tp kelakar jugak le. Yang tak bestnyer watak si David Teoh n Ahmad Idham tu x relevan langsung ngan jalan cerita. Kalau Pierre dapat tambah sket rencah jalan citer ni mungkin lebih menarik.

Bila tengok lakunan Farid Kamil terasa gentleman sangat dier..so sweet.walaupun aku tak berapa minat Farid Kamil. Heroinnyer Lisa Suriati pun not bad jugak le lakunannyer..Kalau digilap lagi boleh jadi pelapis kepada pelakun yang sedia ada.

Aku x tau kenapa perut aku wat hal spanjang berada di KLCC..sampai masuk toilet 4-5 kali. mana taknyer asyik nak terkucil jew rasanyer..tak selesa langsung.

Usai menonton wayang kami ke Convention Center tengok PC fair. Punya la ramai orang, naik pening aku. Langsung aku tak membeli apa2 pun. Yang kelakarnyer boleh sesat, sampai 3x pusing baru jumpa jalan kuar..hahahaha..

Hari Ahad merupakan hari rehatku..aku jadi tukang masak. Lgpun gigi pulak sakit..nak buat apa pun rasa semacam. Smp hari ni gigi aku masih ada rasa sengal2 lagi.

Thursday, July 31, 2008

Supreme lagi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini aku terima aduan lagi..entah sampai bila la supreme ni nak simpan staff2 yang kuat mengecon nih..kalau had setakat mengecon tak kaco orang lain tak jadi hal la..ni sampai nak mengenakan orang ape lak jadahnyer..aku pun turut berangin jer, laki bini ni (x leh mention nama) sama jer..sekarang baru aku tau sebenarnya hati mereka ni busuk..

Aku pun tidak ketinggalan juga terkena..pinjam buku aku sampai hari ni x reti2 nak pulangkan. aku pun bukannyer cetak duit nak beli buku. aje yang tak ngasi tul (slanga orang perak le)..hehehe..bini dia pn aku dengar dah makin loghat..semuaya berselindung disebalik kelembutan..baik orng mcm aku nih rupa brutal serios, tapi kalau dah kenal tau la aku ni cam ner..(bukan le nak puji aku nih baik..hahahha)..lu pikir la sendiri.hiks.

Di supreme ni memang ramai melayu tak sedor diri..kalau ada pangkat pun bukannya boleh decision making..berlagak jer lebih. Entah apa la yang dah dimandremkan si mamat econ nih. aku pun x tau le. aku sememangnya dah lama geram dengan mamat poyo nih, perasan lebih..bukannyer tau prosedur pun.tunggu le masanya. Akan sampai jugak untuk ko..tak selama2nyer kau boleh bertahan..TENGOK AJE LE..

Yang penting aku dah angkat kaki dari situ..aku tak kose nak enterprem politikus kat supreme.tak mendatangkan faedah langsung.kalau dapat duit pun aku tak emboh.

Eeee geramnyer

Bismillahirrahmanirrahim..

Dua hari lepas memang geram..mana taknyer pagi2 lagi dah tertukar makanan. sepatutnya aku order mihun kosong tapi aku dapat mee goreng plak.tapi aku x kisah sangat..aku paham. lgpn abang tu dah gabra sket pasal ramai orang lain tunggu nak beli nasi lemak..aku mujur jumpa k.norley langsung aku tumpang order dengan dier sekali..kalau tak lagi lambat la aku kena tunggu...tp ini bukan main agenda yang buat aku geram.

Lebih kurang kul 10 pagi aku menerima panggilan dari mamok ex-boss aku..aku ingatkan dia saje jer nak tanya kabar atau ada aktiviti yang suruh aku join.tp sangkaan aku meleset..si mamok tu call sb nak mintak tolong katanyer. Aku ni tak kisahlah kalau boleh tolong. Apa yang uat aku terkezoot bila dia tanya aku ada ke aku pernah simpan SIRIM sticker yang lekat kat radio tu..aku jawabla aku x pernah simpan, semuanya aku bagi kat store..lagipun aku simpan nak wat haper. yang buat aku bengang ni dah le setahun lebih dah aku tinggalkan company tu..kenapa masih tanya aku lagi..aku dah tak ade kena mengenan dah..hampeh betul..petang tu langsung si mek ha & k.shida ajak aku gi lepak..

Entah la, sekarang ni aku lebih tak faham dgn sikap si mamok tu..ada assistant tak nak suruh..masa time aku dikerahnyer habis-habisan..sampai masa aku cuti pun asyik call jer..hangin jer aku dibuatnyer. Dah le semua benda aku kena buat, order, follow-up shipment local/overseas, reconcile a/c lagi, report lagi, order SIRIM sticket, buat import permit ISO lagi..memang aku tak de time langsung masa tu. Ada jer keje. Nak cuti pn rasa maleh. mana taknyer cuti pun tak tenang. Asyik ada jer benda dia nak tanya. Masalahnyer dia tu x nak mengaku kalau buat silap, nak pintpoint kat orang jer..tu la orang x pernah nak campur ngan orang.dah tu tak pernah keje tempat lain sebelumnyer.itu le jadinyer.

Kalau nak dicerita memang x abis2..malez dah aku nak ingat lagi..dia belum kena buku ngan ruas lagi..kita tunggu dan lihat jer mcm mana..

Wednesday, July 30, 2008

Kenapa Ingat Dier

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa ek? dua ke tiga hari ni asyik tingat kat dier jer..agaknya dia pun ingat kat aku kut..hehehehe.memang dah lama aku tak nampak dier, dengar citer dier..semuanya tentang dier.entah la. apa lagi yang ku nak tahu pasal dier. kalau nak diingatkan balik memang sakit hati..tapi aku bukan jenis mengungkit..cuma aku terkenang saat itu..pergi tanpa sebarang kata, tinggalkan diriku terkapai2, keliru, tanpa jawapan bagi persoalan yang tergantung bertahun2..

Aku telah lama memaafkan dirimu dan aku tidak menyimpan sebarang dendam pun pada dirimu. Aku anggap itu sebagai rencah asam garam dalam kehidupan..terima kasih aku ucapkan. Kehadiranmu pernah buatku rasa bahagia walau seketika cuma..

Doaku agar kau akan terus suksess di dalam kehidupan dan kerjaya yang melibatkan kemasyarakatan. Aku bangga kerana impianmu selama ini telah berjaya..cuma pintaku janganlah kau lupa pada orang2 yang pernah sama2 mengiringi kejayaanmu di hari ini. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran tapi secebis ingatan buat seorang yang pernah singgah di sudut hatimu.

Renungkanlah..hanya kau yang mampu..

Thursday, July 24, 2008

Corat Coret

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni rasa cam boring jerk..keje dah le banyak, tp x tau nak buat yang mana satu..lastnyer aku release tension jap kat sini..hehehehe.
Seronok rasanya dapat menjejak kasih kawan2 lama..semalam aku dapat bersms dengan seorang lagi rakan sekolahku..walaupun kami x sama kelas aku rasa terharu mereka sudi nak menghubungiku..tima kasih. Boleh dikatakan aku ni ramai jugak yang kenal masa sekolah dulu..(femes le katakan..hehehehe, pasan jap)..

Bulan depan sebahagian dari group ni akan bersantai di Seri Pacific (aktiviti sebelum pose tahun ni)..teruja rasanyer..maklum le dah lama x jumpa. Banyak cer yang pasti akan mengusik kenangan..tak shabarnyer nak jumpa korang..

Apa lagi ek? dah x de idea la pulak..nanti kita sambung lagi ya..

Monday, July 21, 2008

Birthday Celebration - 19/7/2008






Bismillahirrahmanirrahim..

Tarikh yang kutunggu dan kunantikan tiba jua akhirnya. Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih lagi berada di mukabumi ini sehingga ke hari ini.

Tanggal 19/7/2008 tidak akan ku lupakan sampai bila2..tarikh keramat dimana berlangsungnyer majlis Besday Celebration Nonny & Shawal..Aku rasa bertuah kerana majlis ini diadakan pada tarikh harijadiku pada hari yang sama. Seronok rasanyer..

Buat teman2 yang sama2 menjayakan majlis tersebut, terima kasih bebanyak. Apa yang terkurang ke terover ke, ku susun sepuluh jari kemaafan. Sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan..

Kepada semua kawan2, teman dan anak2 buah..terima kasih di atas ucapan yang kuterima sempena hari ulang tahunku..Saaaaaaayyyyyaaaaaaaang kat korang sumer..daku pun mengambil kesempatan mendoakan kebahagiaan kalian sumer..amin

Jom layanzz gambar..